Saturday, 28 June 2014

Wahabi Anti-Mazhab

Dalam suatu majlis dialog antara Habib Syeikh Sepelet Al Gedebey dengan seorang mamat yang KONONNYA membawa fahaman reformasi a.k.a. tajdid dalam beragama ......

Mamat Biri-biri : Saya membantah orang yang mengatakan Al Bani itu BUKAN ulama hadis.

Habib Sepelet : Terimalah hakikat bahwa Al Bani TIDAK PERNAH berguru dengan mana-mana ulamak hadis. Sejarah dan biografi tak menipu. Nasiruddin Al Bani itu BUKAN ulamak hadis. Dia hanya tukang repair jam. Dia beli buku tentang hadis dan baca sendiri. Dia ke library, pinjam buku tentang hadis dan baca sendiri. Dia tak ada guru dan tak pernah talaqqi dan dia tak pernah mempunyai sanad mempelajari ilmu hadis dari mana-mana ulamak hadis.

Mamat Biri-biri : Tapi terbukti, walau Al Bani tak belajar secara rasmi di mana-mana universiti atau mana-mana ulama hadis, Al Bani telah menjadi pakar hadis.

Habib Sepelet : Hadis di katakan SAHIH jika rantaian SANADnya jelas. Begitu juga ulama hadis. Jika rantaian ilmunya jelas, ada guru barulah dikatakan ulama hadis. Al Bani TAK ADA guru. Situ sudah cacat disiplin. Siapa yang endorse Al Bani sebagai ulamak hadis ? Saya lihat ulama-ulama hadis yang sah dalam duni Islam kini pun tidak mengiktiraf Al Bani sebagai ulama hadis. Yang mengatakan Al Bani ulama hadis ialah orang-orang yang seperti awak yang makhraj Al Quran masih tak betul, tajwid masih berterabur, qiraat Al Quran pun tak kenal. Dalam ilmu hadis, jika sanad tak jelas tak boleh dikatakan sahih, maka begitu jugalah dengan Al Bani, tiada sanad guru, maka ternafilah gelaran ulama hadis kepadanya. Malah mengatakan seorang yang tidak pernah berguru dalam ilmu hadis sebagai ulama hadis adalah perbuatan yang BIDAAH DHALOLAH. Hakikatnya Al Bani mendaifkan hadis-hadis Bukhari dan Muslim malah mengatakan Imam Bukhari dan Imam Muslim terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mengalahkan Syiah. Syiah mengatakan hadis dari Bukhari dan Muslim adalah hadis dhaif dan maudhu'. Tak ada beza antara Al Bani dengan Syiah.

Mamat Biri-biri : Al Bani bukan Syiah. Al Bani adalah Wahhabiy.

Habib Sepelet : Maka tak ada bezalah antara Syiah dan Wahhabiy. Kedua-duanya mengatakan hadis Bukhari dan Muslim adalah daif dan maudhu'. Cuma Syiah tak pula kata Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak beriman dan terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti dikatakan oleh Al Bani yang Wahhabiy.

Mamat Biri-biri terdiam.

Habib Sepelet : Jika anda ada sakit jantung. Mahukah jantung anda dibedah oleh saya ?

Mamat Biri-biri : Jika awak hendak membedah jantung saya, saya tak izinkan.

Habib Sepelet : Mengapa awak tak mahu ? Saya ada Degree in Pharmacy (major) dan Pengajian Islam (minor). Saya ada dua Master in Clinical Research dan Oncology dan saya ada PhD in Oncology. Saya juga ada membaca buku tentang jantung, penyakit jantung dan rawatan untuk sakit jantung.

Mamat Biri-biri : Awak bukan pakar jantung. Saya tak akan serahkan diri saya untuk dibedah oleh awak. Sebab awak TAK BELAJAR untuk menjadi pakar jantung yang disahkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.

Habib Sepelet : Mengapa awak begitu particular tentang orang yang merawat jantung awak ? Awak hendak pastikan orang yang merawat awak adalah orang yang disahkan. Sedangkan awak terima Al Bani sebagai pakar hadis walau pun TERBUKTI Al Bani tak pernah disahkan oleh mana-mana universiti atau ulamak hadis sebagai pakar hadis. Tidakkah awak berasa hipokrit ? Bila sakit jantung, awak inginkan seorang doktor yang ada lulusan dari universiti dan diiktiraf dari Majlis Perubatan untuk merawat anda. Tapi dari segi memahami hadis, awak tak pula sebegitu berdisiplin. Seolah-olah awak mahu hadis itu ikut kehendak nafsu awak, bukan awak ikut kehendak hadis. Hendak jadi ulama hadis, wajiblah belajar dan talaqqi hadis dari ulama hadis yang ada sanad. Barulah layak. KALAU setakat jadi tukang repair jam, baca buku sendiri tanpa guru, kemudian mengaku ulama pakar hadis macam Al Bani, itu MENIPU dan perbuatan BIDA'AH DHALOLAH namanya.

Mamat Biri-biri terus kelu.

http://www.youtube.com/watch?v=TUTPUrVjXjY

No comments:

Post a Comment