Saturday, 28 June 2014

Wahabi Mengatakan ALLAH Di Langit

Dalam suatu dialog ....

Inchik Tukang Repair Jam : Ainallah ? Ainallah ? Ainallah ? (Di mana ALLAH ?)

Habib Sepelet Al Gedebey : ALLAH itu wujud tidak bertempat.

Inchik Tukang Repair Jam : Enta sudah syirik, sudah kafir. Enta tak baca Al Quran. Surah Al A'raf ayat 54 :


إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy.

Enta sudah KAFIR. Kerana enta mengengkari ayat-ayat ALLAH. Dalam surah tersebut jelas ALLAH sebut DIA bersemayam, duduk bersila lendik di atas arasy. Arasy itu pula dilangit tempat Rasulullah SAW dimikrajkan.

Habib Sepelet Al Gedebey : Saya mahu tanya. Saya nak beri beberapa perkataan, saya mahu awak tunjuk kepada saya yang mana satu perkataan yang bersifat lemah/kekurangan dimiliki oleh makhluk, dan yang mana satu perkataan yang bersifat kesempurnaan yang layak untuk ALLAH.

Inchik Tukang Repair Jam terdiam.

Habib Sepelet Al Gedebey : Perkataan-perkataannya ialah ; Masak, Lurus, Duduk, Menguasai, Sempurna, Menjaga, Paling Layak.

Inchik Tukang Repair Jam : Perkataan yang mewakili sifat kelemahan/kekurangan ialah Masak, Lurus, Duduk. Manakala perkataan yang mewakili sifat kesempurnaan ialah Menguasai, Sempurna, Menjaga, Paling Layak.

Habib Sepelet Al Gedebey : Saya akan ambil satu perkataan yang mewakili sifat kelemahan iaitu DUDUK dan satu sifat yang mewakili sifat kesempurnaan iaitu MENGUASAI. Antara duduk dan menguasai, yang mana satu menampakkan KEAGUNGAN ALLAH ?

Inchik Tukang Repair Jam : Pastinya perkataan MENGUASAI.

Habib Sepelet Al Gedebey : Wahai Inchik Tukang Repair Jam, itulah masalah awak. Awak belajar bahasa Arab secara intensif part time. Belajar pun bahsa Arab amni (pasar). Balagah, nahu, saraf urud dan lain-lain awak tak belajar. Maka awak mentafsirkan ISTAWA dalam ayat ke 54 Surah Al A'raf sebagai bersemayam iaitu duduk. Sedangkan awak sendiri mengatakan sifat duduk itu adalah sifat kekurangan dan perkataan MENGUASAI adalah lebih dominan dalam menampakkan kekuasaan dan keagungan ALLAH.

Inchik Tukang Repair Jam, adakah awak sedar dan tahu bahawa berdasarkan kamus-kamus Arab seperti Misbahul Munir, Mukhtar al-Sihah, Lisanul Arab, Mukjam al-Buldan, dan banyak lagi, perkataan "ISTAWA" itu ada mempunyai sekurang-kurangnya 15 makna ? Antaranya ialah perkataan-perkataan yang saya sebutkan di awal tadi. Ada yang bersifat kekurangan dan ada yang bersifat kesempurnaan.

ISTAWA boleh membawa makna duduk/bersemayam. contoh
: – استوى الطالب على الكرسي : pelajar duduk atas kerusi.

ISTAWA juga boleh membawa makna menguasai, contoh
: قد استوى بشر على العراق من غير سيف ودم مهراق
Maknanya: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Bila ada dua makna, satu perkataan membawa makna yang mewakili kekurangan/kelemahan dan satu lagi perkataan membawa makna kesempurnaan. MENGAPA AWAK PILIH MAKNA YANG MEWAKILI KELEMAHAN UNTUK ALLAH ? Kemudian awak mengkafirkan orang yang menafikan sifat yang tidak layak bagi ALLAH SWT.

Oleh itu tafsiran sebenar bagi ayat 54 Surah Al A'raf ialah :



إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia MENGUASAI Arasy.

Sebab itu ulama SALAF menyusun ilmu Tauhid Sifat 20 yang BERSUMBERKAN AL QURAN. Bukan bermakna sifat ALLAH itu ada 20 sahaja. Tetapi kerana dalam Al Quran ada menyebut 20 sifat ALLAH yang jika dipelajari, difahami dan dihayati, seseorang itu akan kenal lebih banyak sifat-sifat kesempurnaan yang selayak bagi ALLAH dan menafikan segala sifat-sifat kekurangan yang tidak layak bagi ALLAH. Kerana tidak belajar sifat 20 inilah, maka orang macam awak tidak kenal ALLAH dan menetapkan sifat-sifat kekurangan kepada ALLAH. Maha Suci ALLAH dari sifat-sifat kelemahan dan kekurangan.

http://www.youtube.com/watch?v=N7DR8xIaYuE

No comments:

Post a Comment