Saturday, 28 June 2014

Wahabi Mengatakan Mazhab Adalah Bida'ah Yang Masuk Neraka

Satu hari, ketika Habib Sepelet Al Gedebey sedang beristirehat di luar surau madrasahnya, datanglah seorang pemuda muallaf yang terkenal sebagai bekas gangster yang memeluk Islam.

Apek Gangster : Assalamu alaikum Habib.

Habib Sepelet : Wa alaikumsalam wa rahmatullahi wabarakatuh. Ada apa-apa saya boleh bantu ?

Apek Gangster : Saya tak berapa setuju dengan Habib mengajar golongan muallaf tentang agama.

Habib Sepelet : Ada masalah apa dengan saya mengajar muallaf ?

Apek Gangster : Saya tak setuju Habib ajar orang-orang muallaf belajar mazhab Syafie. Ajarlah mereka guna AL Quran dan Hadis. Biar mereka direct dengan Al Quran dan Hadis. Tak payah mazhab-mazhab ni. Mazhab-mazhab ni benda baru. Tak ada zaman Rasulullah SAW dan salaf. Mazhab ni bida'ah. Segala bida'ah itu sesat dan masuk neraka.

Habib Sepelet : Nak direct dengan Al Quran dan Hadis, boleh ke muallaf tu berbahasa Arab ?

Apek Gangster : Tak perlu bahasa Arab. Sekarang sudah ada terjemahan Al Quran dan Hadis dalam bahasa Melayu dan Inggeris maaa.

Habib Sepelet : Oh gitu ke ? TAPI ... bahasa Arab itu bahasa syurga. Zaman Rasulullah SAW Al Quran dan Hadis diturunkan 100% dalam bahasa Arab, tidak diturunkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Zaman Rasulullah SAW tak ada Al Quran dan Hadis terjemahan. Itu perkara baru dalam agama. Bida'ah ni. Segala yang bida'ah itu sesat dan masuk neraka. Sepatutnya awak yang berpendapat begitu, WAJIB belajar bahasa Arab, WAJIB belajar ilmu nahu, saraf, qiraat, urud, balagah dan lain-lain. Supaya awak semua baca Al Quran dan Hadis serta memahaminya dalam Bahasa Arab. Baru itu tak bida'ah. (Habib Sepelet menjawab sambil tersenyum)

Apek Gangster terdiam.

Habib Sepelet : Sebab itu kita kena ikut mazhab. Sebab mazhab ini adalah pandangan ulama mujtahidin yang alim, yang LAYAK berijtihad dan buat fatwa. Sebagai contoh Imam Syafie, umur 7 tahun dah hafal Al Quran, umur 10 Tahun dah hafal kitab Muwattaa, umur 13 tahun dah mengajar di Masjidil Haram. Imam Syafie berijtihad berdasarkan Al Quran dan Hadis dn dia lihat bagaimana para sahabat Rasulullah SAW, para tabiin beramal dengan Al Quran dan Hadis. Pendekata, apa yang diajar oleh Imam Syafie ADALAH AMALAN PARA SALAF yang sebenar. Bukannya ajaran orang mengaku salaf, tapi tak ikut amalan orang salaf.

Orang salaf yang sebenar mereka tahu dan dengar Rasulullah SAW bersabda : Solat lah sebagaimana kamu melihat aku bersolat. Mereka ikut dari A to Z. Rasulullah SAW bila solat, PASTI Rasulullah SAW akan pakai jubah, kopiah dan serban. Orang salaf, mereka akan ikut betul-betul WALAU mulut mereka tak buat slogan ikut salaf.

Orang salaf CELOP, mereka sibuk cerita kat orang mereka ikut salaf. Nak guna Al Quran dan Hadis direct. Tapi waktu solat, pakai T-Shirt Adidas, seluar Jeans, PAKAI KASUT lagi jenama Nike. Ini kita nampak tak beradab dengan ALLAH. Sebab apa, kalau waktu konvokesyen, mereka boleh pakai overall dengan tali leher kerana menghormati Vice Chancellor. Sayangnya, sewaktu mengadap dan menyembah ALLAH, mereka pakai pakaian jenama Yahudi. Nauzubillah. Mana salafnya ?

Malah, kalau mahu ikut salaf. Ada hadis SAHIH dari Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW bersabda, baginda SAW marah kepada orang yang tidak solat berjemaah DI MASJID di waktu Subuh dan Isyak sehingga Nabi SAW mahu himpunkan kayu api dan membakar rumah mereka. Orang-orang SALAF CELOP ini termasuklah awak, tak nampak pun muka di masjid untuk solat Subuh dan Isyak secara berjemaah.

Pengakuan Salaf hanya di mulut. Hanya slogan kosong.

Hendak ikut Salaf ? Maka ikutlah mazhab. Kerana Imam Mazhablah yang membawa ilmu Salaf yang sebenar.

http://www.youtube.com/watch?v=mohVdWhcnrM

No comments:

Post a Comment