Saturday, 28 June 2014

Wahabi Membida'ahkan Amalan Salafussoleh

Satu hari Habib Sepelet Al Gedebey bermusafir bersama Ustaz Mat Melanun dalam kereta Kancilnya dari Perlis menuju ke Johor. Sesambil bermusafir itu, mereka bersembang.

Ustaz Mat Melanun : Zikir .... ilahilas tu lil firdaus ... tu doa sesat, bida'ah, syirik. Doa orang sesat. Dia punya doa ... Tuhan ku, aku tidak layak untuk syurga MU. Tapi tak pula aku sanggup ke neraka MU. Oleh itu kurniakanlah, ampunan kepada ku. Sesungguhnya, ENGKAU lah pengampun dosa-dosa besar .... Kan kerja orang sesat, bida'ah dan syirik. Doa kat ALLAH, tak mahu masuk syurga. Nak masuk neraka.

Habib Sepelet : Mengapa kata macam tu ?

Ustaz Mat Melanun : Sebab zikir tu, dia minta tak mahu masuk syurga. Orang sesat sahaja yang tak mahu masuk syurga.

Habib Sepelet Al Gedebey mendengar sahaja sambil tersenyum. Apabila sampai di Toll Jalan Duta di PLUS Highway. Habib Sepelet memberi isyarat membelok masuk ke arah Istana Negara.

Ustaz Mat Melanun : Enta nak pergi mana ?

Habib Sepelet : Kita masuk Istana Negara kejap. Ana mahu jumpa kawan baik ana, yang Di Pertuan Agung.

Ustaz Mat Melanun : Nak masuk istana sekarang ke ?

Habib Sepelet : Alang-alang kita dah sampai depan istana. Kita masuk sekarang ler.

Ustaz Mat Melanun : Mana boleh Habib. Kita gerak dengan kereta Kancil enta yang kecil dan panas tak ada air cond ni dari tadi tak berhenti. Sepanjang perjalanan berpeluh, dengan bau asap ekzos dengan debu dan habuk kat highway. Mana boleh masuk istana macam ni ?

Habib Sepelet : Oh ye ke ?

Ustaz Mat Melanun : Iya laa. takkan nak masuk Istana dalam keadaan badan kotor, bau hamis, ketiak masam.

Habib Sepelet : Kalau macam tu OK lah. Kita patah balik ke Bukit Tagar.

Ustaz Mat Melanun : Enta nak pergi mana ke Bukit Tagar ?

Habib Sepelet : Enta kan tak mahu masuk Istana. Jadi ana nak ke Bukit Tagar, kat situ ada pusat pelupusan sampah Bukit Tagar, nanti enta lepak-lepaklah dulu kat pusat pelupusan sampah tu. Tak pun ana hantar enta ke loji kumbahan Indah Water yang berhampiran. Enta berenang dulu dalam kolam kumbahan tu. Lepas ana jumpa Yang Di Pertuan Agung, ana keluar istana, ana jemput enta kita sambung musafir ke Johor. OK tak ? (jawab Habib Sepelet sambil tersenyum)

Ustaz Mat Melanun : Bila pulak ana cakap ana nak melepak di pusat pelupusan sampah Bukit tagar ? Bila pulak ana cakap ana nak berenang kat kolam kumbahan IWK ? (dengan nada marah).

Habib Sepelet : Begitu juga dengan zikir atau doa taubat ... ilahilas tu lil firdaus ... Bila pula orang yang amal zikir tu cakap nak masuk neraka ? Zikir taubat tu guna bahasa orang tawaddhuk sebab selain para Nabi dan Rasul, manusia lain SEMUA melakukan dosa. Nabi dan Rasul sahaja yang maksum dan terpelihara dari dosa. Jadi orang yang berzikir dan lafazkan doa taubat mereka sedar mereka berdosa, lalu mereka tak layak nak masuk syurga. Sama macam enta, enta sedar enta kotor, berpeluh, bau masam hamis, enta sedar enta tak layak nak masuk istana.

Jadi mereka yang melafazkan doa taubat tu, tak mahu masuk neraka. Macam enta, tak mahu melepak kat pusat pulupusan sampah atau loji kumbahan.

Maka mereka mohon ampun dari ALLAH, agar dosa-dosa mereka diampunkan. Lalu mereka layak masuk syurga.

Ustaz Mat Melanun terdiam kemalu-maluan kerana kesempitan akalnya terserlah.

http://www.youtube.com/watch?v=E0vMZla4Fks

No comments:

Post a Comment