Saturday, 28 June 2014

Wahabi Kata Asal Berbeza Pendapat Dengan Wahabi Adalah Syiah

WAHABI SALAHPI KATA ...Part 1

Wahabi Salahpi kata :

Bila baca sambut Asyura itu adalah Syiah ? Betul ke ?
Bila belajar tasawwuf dan amal zikir tareqat, itu adalah Syiah ? Betul ke ?
Bila kita hormati dan santuni ulamak-ulamak di kalangan Ahlul Bait, itu adalah Syiah ? Betul ke ?
Bila kita baca Barzanji, itu adalah Syiah ? Betul ke ?

Jom kita lihat. Apa kata ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah BERDASARKAN Al Quran dan Sunnah.

Sambut Hari Asyura itu adalah Syiah ???
Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa." (Bukhari)

Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya”. (Bukhari, Muslim)

Apakah Imam Bukhari dan Imam Muslim itu adalah Syiah ? … TIDAK. Imam Bukhari dan Imam Muslim tu beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Nanti Wahabi Salahpi akan kata lak : Dah hang pi sambut Hari Asyura dengan masak bubuq. Itu hang sama dengan Syiah.

Maka kita jawab : Awat hang bodoh piang sangat. Syiah sambut 10 Muharam bukan dengan masak bubur. Syiah sambut 10 Muharam dengan menyiksa dan melakukan kemudaratan kepada diri sendiri dengan menetak, menghiris dan lain-lain aktiviti sebagai memperingati kesyahidan Saiyidina Hussien bin Saiyidina Ali ra.

Kan beza dua perkara tu.

Kalau masak bubur pun tak boleh. Habis tu hang siap masak chicken chop 10 Muharam tu, lagi hebat dari masak bubur. Hang Bapak Syiah kaa ?

Nanti Wahabi Salahpi akan cakap balik …. Hang masak bubur ramai-ramai kat surau. Bida’ah tu.

Kita jawab balik … Hai, masak bubur ramai-ramai pun tak boleh ka ? Hang bagi kami duitlah. Kami masak chicken chop ramai-ramai kat surau. 10 Muharam, kami puasa. Kami berbuka sama-sama kat surau. Kami masak bubur ramai-ramai kat surau. Sebab bubur tu dari nasi, makanan ruji. Kendian senang dapat bahan mentah dan murah. Lainlah hang nak bagi duit, kami beli ayam daging grade A1. Kami masak chicken chop ramai-ramai kat surau untuk berbuka. Bodoh punya Wahabi Salahpi.

Dan apabila segala persoalan yang dtimbulkan oleh Wahabi Salahpi dapat dijawab dan ditangkis, maka puak-puak Wahabi Salahpi ini akan melabel orang yang berjaya mematahkan hujjah mereka sebagai AHBASH.

Mengapa AHBASH ?

Kerana AHBASH adalah sebuah gerakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie di zaman ini yang banyak mendapat kejayaan membawa dalil dari Al Quran dan Sunnah dan ijithad ulamak-ulamak muktabar dalam mendedahakn kesesatan Wahabi Salahpi membida'ahkan dan mensyirikkan umat Islam (takfir) yang tidak sefahaman dengan mereka. Maka bertungkus lumuslah Wahabi Salahpi memomok-momokkan AHBASH agar masyarakat takut kepada AHBSAH. Bila masyarakat takut dan benci kepada AHBASH, maka hujjah AHBASH dalam mendedahkan kesesatan Wahabi Salahpi tidak diterima oleh masyarakat. Maka semakin senanglah Wahabi Salahpi menyesatkan masyarakat dan mengajar mereka berlaku takfir (membida'ahlan, menyesatkan dan mensyirikkan orang yang tidak sependapat dengan mereka).

Jika anda digelar AHBASH oleh pengikut Wahabi Salahpi, maka BERSYUKURLAH. Kerana Wahabi Salahpi telah mengiktiraf anda sebagai pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menentang perbuatan takfir oleh Wahabi Salahpi.

Hehehehe

Syiah bukan dicirikan berdasarkan pandangan Wahabi Salahpi yang sempit dan jumud. Tetapi Syiah ditakrifkan seperti dalam link dibawah.

https://www.facebook.com/notes/mat-taiko/kesesatan-syiah-laknatullah/10151170492910769
 — with Mohd Hanif and 8 others.

No comments:

Post a Comment