Dia Meletakkan Dahinya Di Atas Kubur Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Daud bin Abu Soleh bahawa beliau berkata :
"Suatu hari Marwan melihat seorang lelaki meletakkan dahinya di atas kubur lalu Marwan berkata, "Adakah kamu mengetahui apa yang kamu lakukan?" Kemudian lelaki tersebut menghadap Marwan, rupa-rupanya lelaki itu ialah Abu Ayyub al Ansari radiyaLlahu 'anhu, beliau berkata, "Ya, aku tahu, aku sebenarnya bertemu dengan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bukannya bertemu batu dan aku dengar Baginda bersabda :
لا تيكو على الدين إذا وليه أهله, ولكن ابكوا عليه إذا وليه غير أهله
Ertinya : "Janganlah kamu menangisi agama apabila ia dipegang oleh orang berkelayakan tetapi tangisi ia apabila ia dipegang oleh orang yang bukan ahlinya" (Riwayat Ahmad)
Al Hakim meriwayatkan dalam al Mustadrak dengan sanad yang sama dan beliau menyatakan sahih serta diperakui oleh az Zahabi dan as Suyuthi dalam al Jami' ash Shagir. Begitu juga diriwayatkan oleh Abu al Hussain bin Ja'far dalam kitab Akhbar al Madinah, daripada al Muthalib bin Abdullah bahawa hadith tersebut menyebutkan dengan maksud "tiba-tiba Marwan melihat lelaki yang selalu pergi ke kubur"
Riwayat ini adalah sahih dengan himpunan riwayatnya.
Gambar : Sekitar kawasan pemaqaman Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam.

No comments:
Post a Comment