Dialog antara Syaikhuna Kapitan dengan Habib Sepelet Al Gedebey.
Syaikhuna Kapitan : Saya bangga. Anak saya sewaktu lahir saya tidak azankan dan saya tidak iqamahkan.
Habib Sepelet : Masya ALLAH. Mengapa jadi begitu ?
Syaikhuna Kapitan : Kerana tidak ada dalil dalam Al Quran dan hadis yang menyuruh melakukannya. Melakukannya adalah menambah-nambah perkara dalam agama. Segala perkara yang baharu adalah bida’ah dan setiap yang bida’ah akan masuk ke neraka.
Habib Sepelet : Kasihan anak-anak awak. Sepatutnya perkara pertama yang mereka dengar ketika dilahirkan ialah KALIMAH TAUHID. Azan dan iqamah adalah seruan kalimah tauhid.
Syaikhuna Kapitan : Ahhh. Itu adalah bida’ah. Sesat. Syirik. Masuk ke neraka.
Habib Sepelet : Saya ingin bertanya. Apakah mengerjakan Haji itu adalah ibadah ?
Syaikhuna Kapitan : Tentulah. Itu adalah ibadah yang utama dan menjadi rukun Islam.
Habib Sepelet : Adakah bermusafir untuk mengerjakan Haji adalah ibadah dan dinilai berpahala oleh ALLAH SWT ?
Syaikhuna Kapitan : Tentu sekali. Ianya adalah usaha yang perlu dilakukan untuk melaksanakan Haji bagi kita yang tinggal jauh dari mekah. Nabi SAW pun ada bersabda “Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku ini, dan Masjidil Aqsa.”. Maka musafir dalam mengerjakan Haji juga adalah ibadah.
Habib Sepelet : Jika begitu, kaum Wahhabiy seperti anda HARAM mengerjakan Haji menaiki kapal terbang. Kena berjalan kaki atau naik unta. Ibadah Haji itu adalah ibadah yang khusus dan menjadi rukun Islam yang nyata. Musafir mengerjakan Haji juga adalah ibadah. Zaman Rasulullah SAW dan salafussoleh, mereka beribadah Haji tidak menaiki Kapal Terbang, kerana zaman dahulu tidak ada kapal terbang. Tidak ada pilot. Jadi menaiki Kapal Terbang untuk mengerjakan ibadah Haji adalah benda baharu dalam agama. Menurut ajaran awak, segala perkara yang baharu adalah bida’ah dan setiap yang bida’ah akan masuk ke neraka.Malah siapa yang jadi Pilot adalah bida’ah, haram, sesat dan syirik. Kerana zaman dahulu juga tidak ada jawatan Pilot Kapalterbang.
Syaikhuna Kapitan : Enta salah faham tu Habib.
Habib Sepelet : Ya benar. SAYA SALAH FAHAM KERANA BERPEGANG KEPADA AJARAN AWAK.. Bukankah awak juga yang kata …. Setiap yang tak ada dalil Al Quran dan Hadis, jika ditambah-tambah dalam agama, maka hukumnya adalah bida’ah, setiap yang bida’ah adalah sesat, haram, syirik dan akan masuk neraka … Awak juga yang cakap begitu. BUKAN SAYA.
Syaikhuna Kapitan : Yang dimaksudkan dengan ibadah ialah ibadah yang jelas dalam agama. Menambah-nambah perkara yang baru tanpa dalil dari Al Quran dan Hadis adalah bida’ah.
Habib Sepelet : Bukankah awak juga yang mengatakan bahawa ibadah Haji adalah ibadah YANG JELAS ada dalil dari Al Quran dan Hadis ? Bukankah awak juga yang kata musafir untuk mengerjakan Haji juga adalah ibadah yang jelas ada dalil dari Al Quran dan Hadis ? Maka mengikut ajaran awak, dalam Al Quran dan Hadis TIDAK ada menyebut kapal terbang dan juruterbang. Maka menaiki kapal terbang untuk bermusafir dan mengerjakan ibadah Haji adalah haram, bida’ah, sesat dan syirik. ….. BUKAN SAYA YANG KATA. …. Awak sendiri yang kata.
Syaikhuna Kapitan terus terkedu.
Habib Sepelet : Sebab itu kita kena ikut Imam Mazhab. Jangan nak memandai-mandai buat fatwa sendiri. Awak tu siapa ? Awak tu hanya driver taxi saja. Awak bukan ulama, bukan kiyai, bukan ustaz pun. Orang kalau sakit jantung, mereka akan cari doctor pakar jantung yang diiktiraf. Mereka tak cari tukang repair jam untuk bedah jantung. Begitu juga dalam hal ehwal agama. Hendak tahu hukum halal dan haram, rujuklah dengan ulama sebab mereka diakreditasi sebagai orang yang berilmu yang sahih. Bukan dengan driver taxi atau limousine.
Begitu juga dengan mengazankan dan mengiqamahkan bayi yang baru lahir. Walau awak kata tidak ada dalil Al Quran dan Hadis, SYARIAT TIDAK mengharamkan melakukannya. Hadis mengazankan bayi yang baru lahir kata awak adalah berdasarkan Hadis Dhaif, itu sama sekali BUKAN HALANGAN HARAM untuk beramal dengan hadis dhoif. Hadis dhoif, MASIH dari Rasulullah SAW., masih boleh dijadikan amalan. Tetapi tidak boleh dijadikan dalil. Maka para ulamak yang TERBUKTI BERILMU mengalu-alukan amalan mengazankan dan mengiqamahkan bayi yang baru lahir. Mengikut fatwa ulamak, itu lebih baik dari meminta hukum dari orang yang BUKAN Ulamak.
Awak tidak mahu ikut hadis dhoif tapi saya tengok awak tak juga beramal dengan hadis Sahih yang menyuruh umat Islam solat Subuh dan Isya secara berjemaah di MASJID. Awak tak terasa awak seorang hipokrit ?
Mengazankan bayi adalah lebih baik dari memperdengarkan kata-kata pujian ke atas bayi walau dari mulut si ayah atau si ibu. Bukankah kalimah tauhid itu adalah sebaik-baik kalimah melengkaui kalimah yang terlafaz dari mulut si ayah dan si ibu ?
Mengazankan dan mengiqamahkan bayi yang baru lahir adalah soal khilafiyah. Tapi bila awak menuduh orang yang mengamalkannya sebagai pembuat bida'ah, sesat, haram dan masuk neraka. Maka tanggungjawab saya untuk mendedahkan kebodohan awak. Agar orang lain tidak terikut ajaran bodoh awak.
Ustaz Zamihan Al-Ghari, Ustaz Zamihan Al-Ghari,
http://www.youtube.com/watch?v=7erLSPGboew

No comments:
Post a Comment