TAREQAT, TASAWWUF DAN SUFI DARI SYIAH ?
Dalam satu dialog antara Habib Sepelet Al Gedebey dengan Dr Masalah .....
Dr Masalah : Ana nak nasihatkan enta. Tareqat, ilmu tasawwuf dan sufi ini tak ada asas dalam Islam. Tak ada zaman Rasulullah SAW. Al Quran dari ALLAH sampai kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab 100%. Hadis disampaikan Rasulullah SAW 100% dalam bahasa Arab. Tak ada disebut istilah ilmu tareqat, ilmu tasawwuf dan ilmu sufi. Itu semua benda baharu dalam agama. Segala yang baharu adalah sesat. Sesat tempatnya di neraka.
Habib Sepelet : Salah tu wei. Awak seorang PhD, janganlah nak down grade level awak dengan pemikiran sebegitu. Al Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW 100% dalam bahasa Arab. Di masa zaman Rasulullah SAW, tak ada juga istilah ilmu tajwid, tak ada istilah ilmu qiraat Al Quran, ilmu nau, ilmu saraf, ilmu balaghah dan lain-lain. Hatta zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang diredhai ALLAH SWT, Al Quran juga tidak ada tulisan yang bertitik dan berbaris. Itu SEMUA adalah benda baharu dalam agama. Adakah kedudukan mempelajari kesemua ilmu tersebut dan mengamalkan ilmu tersebut adalah bidaah yang membawa ke neraka ? Come on laa Bro. Kalau awak tak belajar ilmu-ilmu tu, awak tak boleh hendak faham makna Al Quran. Apakah kerana itu saya lihat ramai orang-orang Wahhabiy yang tak tahu membaca Al Quran bertajwid dan berqiraat kerana merasakan ianya adalah bidaah ? Malanglah orang Wahhabiy kalau begitu. Hehehe
Dr Masalah : Bukan begitu maksud ana. Enta lihat orang yang mengamalkan tareqat, tasawwuf dan sufi. Mereka semua tak lepas membaca BARZANJI. Barzanji itu amalan Syiah. Ada amalan bidaah, kufur dan syirik dalam bacaan Barzanji kerana memuji Rasulullah SAW secara melampau. Ghuluw.
Habib Sepelet : Salah tu wei. Sekali lagi awak salah dan memalukan orang yang ada PhD. Awak beli mana PhD awak ?
Bacaan Mawlid Barzanji itu bukan orang tareqat sahaja baca. Orang yang cintakan Rasulullah SAW sahaja yang baca. Awak tahu ke Mawlid Berzanji tu amender ?
Mawlid Berzanji itu, ialah kisah sejarah Rasulullah SAW. Ditulis dalam bentuk syair. Kalau awak kata sejarah Rasulullah SAW yang menjadi makhluk yang PALING MULIA pernah ALLAH ciptakan adalah melampau, bidaah, syirik dan jadi kafir. Maka siapa sahaja yang baca sejarah Mohd Abdul Wahab, sejarah Dato Seri Najib Razak, sejarah Barrack Obama, semua jadi bidaah, syirik dan jadi kafir. Sebab nama-nama itu bukan nama makhluk yang paling mulia ALLAH ciptakan.
Jika awak kata Mawlid Berzanji itu adalah amalan Syiah, awak tahukah siapa penulis kitab Mawlid Berzanji tu ? Penulis kitab Mawlid Berzanji itu ialah Syaikh Ja’far bin Husin bin Abdul Karim bin Muhammad yang berasal dari Berzanja nama tempatnya. Keturunannya sampai kepada Rasulullah SAW. Sanad keluarganya seperti berikut :
Sayid Ja’far ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Muhammad ibn Sayid Rasul ibn Abdul Sayid ibn Abdul Rasul ibn Qalandar ibn Abdul Sayid ibn Isa ibn Husain ibn Bayazid ibn Abdul Karim ibn Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn Abdullah ibn Ismail ibn Al-Imam Musa Al-Kazim ibn Al-Imam Ja’far As-Sodiq ibn Al-Imam Muhammad Al-Baqir ibn Al-Imam Zainal Abidin ibn Al-Imam Husain ibn Sayidina Ali r.a.
Dari kitab manaqib “AR RAUDHUL A'THAR FI MANAQIB AS SAYYID JA'FAR, di nyatakan Sayid Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Soraf, Nahu, Mantiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usulul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadits, Usul Hadits, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah. Syaikh Ja’far Al-Barzanji juga seorang Qodhi (hakim) dari mazhab Maliki yang beriktiqad Ahlus Sunnnah Wal Jamaah aliran Asy’ariah Wal Maturidiyah dan menjadi Khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di Masjid Nabawi.
Di mana Syiahnya Sayyid Ja’far Al Barzanja ?
Ampun maaf. Jika dibandingkan ilmu Sayyid Ja’far Al Barzanja dengan ilmu awak. Awak sebenarnya tak ada apa. Jadi apa kapasiti awak hendak menuduh Sayyid Ja’far Al Barzanja dan kitab sejarah kehidupan Rasulullah SAW sebagai Syiah sedangkan TAK ADA walau sedikit pun unsure Syiah dalam kehidupan dan karya Sayyid Ja’far Al Barzanja.
Dr Masalah : Tapi dalam kitab tersebut banyak memuji-memuji Rasulullah SAW secara melampau. Hanya Syiah yang melakukannya.
Habib Sepelet : Silap lagi tu wei. Awak sudah silap buat kali ketiga pada kali ini. Siapa sebenarnya yang suruh kita memuji Rasulullah SAW ? Firman ALLAH SWT :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
ALLAH yang suruh kita berselawat ke atas Rasulullah SAW. Apakah itu perbuatan yang melampau ? Hanya orang yang hendak ALLAH ikut cakap dia sahaja yang kata melampau. Maha Suci ALLAH. ALLAH bersifat dengan sifat IRADAH, mustahil ALLAH bersifat dengan sifat KARAHAH. Sebab itu kena belajar ilmu Tauhid Sifat 20. Awak menyesatkan ilmu Tauhid Sifat 20, sebab itu awak tak nampak perbuatan awak itu sebenarnya sesat lagi menyesatkan.
Dr Masalah terus membisu.
http://www.youtube.com/watch?v=A4zpQ3oIDK8

No comments:
Post a Comment