ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT
Satu hari ….
Tambi Muallaf : Sesungguhnya Ahli Sunnah wal Jamaah berkeyakinan bahawa Allah di atas langit.
Habib Sepelet : SALAH TU. Itu BUKAN Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Itu fahaman Mujassimah dan Musyabihah.
Tambi Muallaf :Mengapa awak kata begitu ?
Habib Sepelet : Menurut Imam Abu Hasan Al Asy’ari rahimahullah, ALLAH SWT berfirman dalam Surah Asy Syura ayat ke-11 :
لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬ۖ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya)”
ALLAH adalah Pencipta. Langit adalah ciptaan ALLAH.
ALLAH itu Tuhan yang tidak diciptakan, dan tidak ada kesudahan. Maknanya … ALLAH itu tidak dilahirkan dan tidak akan mati.
Sedangkan langit adalah makhluk. Ada permulaan diciptakan, dan ada kesudahan kemusnahan bila tiba hari kiamat.
Bolehkah akal menerima, ALLAH memerlukan langit yang ada permulaan dan ada kemusnahan sebagai tempat untuk bersila lendik atau duduk melepak ?
Bolehkah akal menerima .... jika ALLAH ada dilangit, dan langit dicipta oleh ALLAH. Maka sebelum langit dicipta, ALLAH di mana ?
Bolehkah akal menerima, ALLAH memerlukan tempat seperti langit atau arasy untuk dirinya berada ?
Jika anda mengatakan ALLAH ada di langit, maknanya ALLAH memerlukan tempat, jika ALLAH memerlukan tempat, maknanya, ALLAH itu macam makhluk perlukan kerusi, perlukan rumah, perlukan tempat. Anda sudah menyamakan ALLAH dengan makhluk.
Akal yang waras tak boleh terima ALLAH sama dengan makhluk.
Tambi Muallaf : Itu cakap Imam Abu Hasan Al Asy’ari. Saya ikut Al Quran. Antara Imam Abu Hasan Al Asy’ari dengan Al Quran, Al Quran lebih benar sebab dari ALLAH.
Habib Sepelet : Hendak fahami Al Quran WAJIB dengan ilmu. Bukan baca terjemahan, terus buat tafsiran sendiri tanpa ilmu. Awak tu, ilmu tajwid, makhraj dan qiraat pun masih jahil. Macam mana awak boleh tafsir Al Quran sendiri ?
Tambi Muallaf : Cuba tengok ayat Al Quran ini. Al Quran cakap, ALLAH ada di langit. Tak kan nak tolak ayat Al Quran ?
Surah Hadid ayat ke - 4 : Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy.
ALLAH sendiri cakap DIA ada diatas langit dan duduk di arasy.
Habib Sepelet : Itu makna yang zahir. Ayat Al Quran ada ayat-ayat mutasyabihat dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan membuat takwil ke atas ayat mutasyabihat selama mana tidak menafikan sifat kesempurnaan bagi ALLAH SWT. Jika anda kata Surah Al HAdid ayat ke-4 itu sebagai dalil ALLAH berada di atas Asrasy atau di langit. Elok awak baca ayat ke-4 dari surah Al Hadid itu sampai habis.
سُوۡرَةُ الحَدید
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَاۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Surah Al-Hadid : Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (4)
Dalam ayat itu, ALLAH menyebut “ …. DIA bersemayam di atas arasy….”. Dalam ayat tersebut juga ALLAH menyebut, “ …….DIA tetap ada bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada…”
Ayat ini dari Al Quran , surah Al Hadid, ayat ke-4, menyatakan….. ALLAH ada di atas arasy dan ALLAH ada bersama-sama dengan kamu di mana sahaja kamu berada. ….Ini membuktikan menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit).
Mengapa Anda menganggap ayat yang Anda sebutkan tadi menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala ada di langit lebih utama untuk diyakini dari pada bahagian kedua ayat yang saya sebutkan yang menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit? Padahal kesemuanya juga dari Allah subhanahu wa ta‘ala, dari Al Quran, dari Surah yang sama dan dari ayat yang sama ?”
Jadi di mana ALLAH ? Jika anda kata ALLAH ada di arasy, di atas langit …. Bagaimana pula dengan dalil dari Al Quran, surah yang sama dan ayat yang sama mengatakan …. ALLAH ada bersama-sama dengan kita di mana sahaja kita berada..., dan kita pula berada di bumi, bukan di langit ?
SEBAB itu ayat-ayat mutasyabihat (ayat yang samar-samar) ini perlu ditakwil selama mana TIDAK menafikan isfat kesempurnaan yang selayak bagi ALLAH subhanahu wata'ala.
Tambi Muallaf : Saya belajar dari Syaikhuna Kapitan. Dia yang cakap ALLAH ada di langit.
Habib Sepelet : Issshhhhh … tadi saya bawa huraian dari Imam Abu Hasan Al Asy’ari rahimahullah, awak cakap, awak ikut Al Quran. Tak mahu ikut Imam Abu Hasan Al Asy’ari. Sekarang bila saya bawa dalil dari Al Quran, dari surah dan ayat yang awak guna juga. Sekarang awak tak mahu ikut Al Quran mahu ikut Syaikhuna Kapitan. Mana satu aqidah awak ?
Saya ingin membawa sebuah hadis dari Imam Muslim rahimahullah dalam Sahihnya :
Daripada Aisyah radhiallahu 'anha dengan lafaz: “Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam siapakah umat yang terbaik?” Baginda menjawab: “Generasi yang mana aku berada dengan mereka, kemudian generasi seterusnya kemudian generasi ketiga.”
Hadis dalam bab ini juga diriwayatkan daripada Buraidah dan Nu’man bin Bashir radhiallahu 'anhuma sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, jld. 5, ms. 350 & 440.
Dalam hadis tersebut Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wassallam bersabda, umat yang terbaik ialah di generasi beliau, dan dua generasi seterusnya. Maknanya ada tiga generasi iaitu tiga kurun (300 tahun). Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam memberi jaminan, umat terbaik ialah umat yang hidup 300 tahun sektar kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Imam Abu Hassan Al Asy’ari hidup pada tahun 260 Hijrah iaitu di kalangan umat terbaik yang DIJAMIN oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam sendiri.
Bandingkan Imam Abu Hasan Al Asy’ari dengan Syaikhuna Kapitan yang menjadi guru awak.
Imam Abu Hasan Al Asy’ari lahir di zaman umat terbaik, yang dijamin oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wassallam. Dia adalah seorang ulamak. Ayah Imam Abu Hasan Al Asy’ari adalah seorang ulamak hadis beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Syaikhuna Kapitan lahir di zaman Barisan Nasional di Malaysia. Dia hanyalah DRIVER LIMOUSINE di KLIA. Ayahnya bukan ulamak hadis, tetapi seorang non-muslim.
Mengapa awak menolak pendapat Imam Abu Hasan Al Asy’ari yang merupakan seorang ulamak dunia Islam dalam menghuraikan Al Quran tetapi awak menerima endapat Syaikhuna Kapitan yang BUKAN ulamak tetapi bekerja sebagai driver Limousine ?
Bila anda merujuk kepada yang BUKAN AHLINYA, maka sesatlah awak dari agama.
Keimpulannya : Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengatakan ALLAH itu wujud TANPA bertempat.
Mujassimah dan Musyabihah yang mengatakan ALLAH itu ada di atas langiit. Mujassimah dan Musyabihah adalah pegangan iktiqad yang bathil lagi mungkar.
Tambi Muallaf melopong mulut.
http://www.youtube.com/watch?v=SOVYBTS1cxQ

No comments:
Post a Comment