Friday, 16 January 2015

TAHU TAK APA PUNCA BANJIR?




KALAM USTAZ Mohammad Asraff Ayob

TAHU TAK APA PUNCA BANJIR?

.
Saya nampak, ada masalah besar bila kita ni terlalu melihat kehidupan ikut neraca sains. Terlalu follow hukum sebab-akibat. Berfikir terlalu logik sampai dalam hal banjir, kita hilang punca.

Antaranya, ramai yang mengomen tak tentu hala dalam majlis selawat di dataran merdeka rabu ini.

Mereka kata program ini membazir. Baik sedekahkan kos RM 200k tu kepada mangsa dari buat majlis selawat yang berhibur & 'nyanyi-nyanyi'. Time ni lah kita cakap ikut fiqh aulawiyat padahal kita pun tak menyumbang mana. Sembang je lebih. Kalau betul aulawiyat, orang yg kecoh komen tu pergilah ke kelantan terus, duk sana bantu tiap-tiap hari. Then, keluarkan wang simpanan ASB anda, derma separuh. Jangan cakap dari jauh je.

Amacam, ada brani? Ha... kan dah pucat muka. Kalau tak berani, anda pun 'aulawiyat' tak betul.

Cakap je lebih. Macam tin kosong. Bising.

Ni saya nak terang betul-betul mana 'logik' yang orang fikir logik ni tak nampak. Baca sampai habis. Fahami hujung-pangkal.

Tuan-puan semua, percayalah, jika kita menyumbang berbilion pun dengan harapan nak selesaikan banjir, ia takkan selesai selagi kita tak settlekan perkara ini dari PUNCANYA.

Soalnya, apa punca banjir?

- Musim tengkujuh? - Salah.
- Air laut pasang, so banjir tak surut - Langsung tak tepat.
- Awan yg bawa hujan stay, tak ke tempat lain - kena tolak 10 markah.

Ni nak habaq. Ini puncanya :

JAWAPAN TEPAT : BANJIR INI DARI ALLAH TA'ALA.

Ia bukan episod kejadian alam yang datang setiap hujung tahun. Allah datangkan sebab Dia NAK TEST (EXAM) kita. Mungkin Allah sedang Murka. Mungkin juga Allah nak naikkan darjat kita.

Bila kita sedar yang banjir ini dari DIA, maka kita perlu minta sungguh-sungguh kepadaNya untuk hentikan banjir ini. Anologinya, bila rumah anda banjir sebab pili air pecah, pergilah betulkan pili, bukan beli lebih banyak baldi-gayung nak tadah air.

Itu anologi utk faham WHY majlis selawat ni diadakan.

SOALAN : Mengapa ia dibuat besar-besaran?

Sebab, dosa yang kita lakukan selama ni pun 'besar-besaran' juga kan? Allah Ta'ala dah lama murka sebab, selama ni kita berkira denganNya. Kita lupakanNya. Kita warnai hidup dengan maksiat. Hati kita terlalu busuk sampaikan orang nak buat baik pun kita cakap membazir.

So, nak tampal benda besar, tak cukup dengan usaha kecil doa sensorang di rumah. Tak memadai solat hajat satu surau je.

Kena buat 'grand'. Kena keluarkan 'kos besar' untuk jemput semula rahmat Tuhan yang hilang.

Rahmat kasih-sayang Tuhan ni mahal tau, dan Dia sedang tarik rahmatNya dari kita. Banjir ini mungkin salah-satu dari alamat kemurkaan yang dizahirkanNya.

Frankly speak, actually 200k ni amat 'cheap' jika nak dibandingkan dengan nilai RAHMATNYA.

Jangan berkira sangat bila nak cari rahmat Tuhan, kerana apabila rahmat tu ditarik, bukan 200k hilang, tapi berbillion ringgit hilang sekelip mata je.

Tak percaya? Anda kiralah sendiri kos kerosakan akibat banjir.

Tak perlu kira, sebab ia takkan terkira.

SOALAN : mengapa majlis selawat, bukan solat baca Yasin ke?

Anda kena faham satu perkara. Jika kita berdoa & solat hajat sahaja, doa kita akan melalui banyak 'filter' Tuhan. Dia akan filter keikhlasan, sumber wang kita, even Dia akan tengok doa itu datang dari orang soleh atau orang yang 'banyak buat hal' denganNya.

Saya fikir, ikut condition kita sekarang ni, maaf cakap, susah doa tu nak di'approved'. (tak tahulah kalau anda 'solehlah' sangat.)

Tapi dalam islam ni ada 'short-cut'. Ada 'jalan belakang' utk doa diterima.

Caranya adalah SELAWAT.

Jika kita minta ikut syafaat nabinya, berdoa dengan didahulukan pujian & selawat terhadap manusia dikasihiNya, dalam banyak kes, Allah akan makbulkan.

Ingatlah, Rasulullah s.a.w adalah 'main point' rahmat Tuhan terkumpul. Bila kita memohon via 'main point' itu, Allah mudah datangkan rahmat kepada kita.

Logiknya begini : jika anda nak minta projek dari 'orang besar', confirm tak dapat sebab dia tak kenal pun anda. Jika kenal pun, anda bukan dalam 'circle'nya. Jadi, mintalah MELALUI orang yang rapat dengan 'orang besar'. InsyaAllah, peluang nak dapat lebih besar kan?

Itu jawapan logik, sebab kalau saya bagi dalil Quran-hadith, ada je cara nak pusing interpret ke makna lain.

LAST :

- Hadirlah ke majlis selawat malam 31.12.14 ni di dataran merdeka. Jika tidak berkesempatan, anda 'hadir' dari rumah. Ada siaran langsung melalui TV Alhijrah sebagai alternatif. Bila syeikh doa, anda tadah tangan sekali, aminkan doanya. Mana tahu, dengan keikhlasan anda mengaminkan dari jauh, Allah angkat segala musibah ini.

- Teruskan menyumbang. Ada banyak saluran untuk itu. Jika tidak, doa dari jauh & galakkan orang lain menyumbang. Jika tak mahu juga. Duk diam-diam. Jangan jadi 'negatif', komen sana komen sini.

Sekarang adalah masa kita tunjukkan kesatuan, tunjukkan yang kita masih ada 'hati'.

Ya Allah Ya Arhamar Rohimin, kami mohon dengan penuh kerendahan diri, Engkau angkatlah segala musibah & dugaan banjir yang dilalui oleh saudara-saudara kami.

Dengan berkah syafaat Rasulullah s.a.w

Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa alaa a'lihi wasohbihi wasallam.

.
.
.
Us. Asraff Ayobb
Ini masa terbaik untuk banyakkan 'komunikasi' dengan Tuhan via Al-Quran. Masih tak cekap baca Quran? Meh, saya ajar ikut cara 'short-cut'. Lebih Fast & Easy.

No comments:

Post a Comment