Friday, 16 January 2015

Wahabi dan Air Hujan





Ada seorang cakap >>> Sape plak cakap hujan boleh di alih ?

Hujan .... boleh alih ke tak boleh alih ?

Jom kita tengok kejadian hujan dai sudut sains sekolah rendah darjah lima syllabus kementerian pendidikan Malaysia.

Awan yang terapung di atmosfera mengandungi wap air dan titisan awan yang tidak dapat jatuh ke permukaan bumi sebagai hujan kerana saiznya yang kecil,tetapi saiznya adalah cukup besar untuk membentuk awan yang dapat dilihat oleh manusia. Air di langit akan mengalami proses sejatan dan kondensasi secara berterusan. Kebanyakkan daripada air yang terkondensasi di dalam awan tidak akan jatuh ke bumi sebagai titisan air hujan kerana turbulen udara yang mengampaikan awan-awan di atmosfera.Proses hujan hanya dapat berlaku jika titisan air mula mengalami proses kondensasi dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air besar dan menjadi cukup berat untuk membentuk hujan.Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabungan berjuta-juta titisan awan.

Pendekata, hujan ada kaitan dengan awan. Awan pula terapung di atmosfera. Awan bergerak mengikut arah tiupan angin. Secara saintifiknya, hujan BOLEH dialih.

Apa kata Al Quran tentang kejadian hujan ?

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ (48)

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)


Sekarang, mari kita perhatikan 3 peringkat yang diutarakan di dalam ayat ini secara lebih teknikal.


Peringkat pertama; Dialah yang mengirim angin…..
Gelembung-gelembung air yang terbentuk melalui pembuihan lautan secara berterusan mulai pecah dan menyebabkan zarah-zarah air di tolak ke atas permukaan udara. Zarah-zarah ini, yang kaya dengan kandungan garam, kemudiannya dibawa oleh angin dan naik ke tingkat lebih tinggi di atmosfera. Zarah-zarah ini dipanggil aerosol, berfungsi sebagai perangkap air dan membentuk titisan awan. Dengan mengumpulkan wap air yang naik ke atas dari permukaan laut sebagai titisan halus.

Peringkat kedua. ……menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendakiNya. Dan menjadikannya bergumpal-gumpal…”
Awan adalah terbentuk dari wap air yang terkondensasi di sekeliling kristal garam atau zarah-zarah halus di udara. Di sebabkan titisan air dalam kepulan ini adalah kecil (dengan diameter antara 0.01 hingga 0.02 m), kepulan ini tergantung di udara dan tersebar merintangi langit. Dan dengan itu, langit kini diliputi dengan gumpalan awan.

Peringkat ketiga. …lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya”
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ (43)

“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)

Maka jika ditanya >>> Sape pulak cakap hujan boleh dialih ?

Maka kita jawab balik >>>> Tu laaaa. Kau ni waktu kecik2 dulu PEMALAS. Subjek sains FAIL manjang. Lepas tu masuk belajar jurusan agama. Asal bodoh dan pemalas aje, kau masukkan ke jurusan agama. Berjayalah sistem pendidikan British. Dah ler masuk jurusan agama, kau tu dengan sifat pemalas tak sudah dan bodoh gaban, TAK BACA Al Quran. Main taqlid buta dengan Al Bani, Utsaimin dan Ben Baz.

Lepas tu suka2 mulut aje cakap, hujan tak boleh alih, siapa cakap boleh alih tu bida'ah.

Hujan boleh alih. ALLAH yang ciptakan hujan, maka HARUS aje bagi ALLAH kalau nak alihkan. Kau nak alihkan hujan ? Mintalah ALLAH alihkan. Bukan dengan membida'ahkan, mensyirikkan dan mengkafirkan orang. Sains kau bodoh, agama dan Al Quran pun kau jahil.

Sebab tu aku cakap, ada ke Wahabi yang cerdik ?

Hehehehe

No comments:

Post a Comment