Tuesday, 28 April 2015

Menyapu Muka Selepas Selesai Solat

Dhiya Zaid's photo.

Menyapu Muka
Sunat menyapu dahi dan muka setelah selesai solat berdasarkan perbuatan Nabi ﷺ yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik , katanya:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عليهِ و سلَّمَ إِذا قَضى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَه بيده اليمنى ثم قال: أشهد أن لاإله إلا الله الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عني الهم و الحزن
“Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai daripada solat, baginda menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil mengucapkan: "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kegundahan dan kedukaan."
Hadis ini diriwayatkan para ulamak di dalam kitab-kitab mereka antaranya;
1. Ibnu 'Ady di dalam kitab Al-Kamil fi Dhu'afa', 7/199
2. Ibnu Al-Qaisrani di dalam kitab Dzakhirat al-Huffadz, 3/1757
3. At-Tabarny di dalam kitab Al-Mu'jam Al-Awshat, 3/66
4. Ibn Rejab Al-Hanbali dalam kitab Fath Al-Bari, 5/202
5. Abu Nu'aim dalam kitab Hilyah Al-Auliya', 2/342
6. Al-Haitsami dalam kitab Majma' Az-Zawa'id, 10/113
7. Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Nata'ij Al-Afkar, 2/301
8. Ibn 'Allan dalam kitab Futuhat Al-Rabbaniyah, 3/57
Dan banyak lagi, termasuk dalam kitab 'Amal Al-Yaum Wa Al-Laylah karangan Ibnu Sunni, Al-Azkar karangan Imam Nawawi, dalam dinaqalkan oleh para ulamak mazhab Syafi'e di dalam kitab-kitab mereka sebagai amalan.
Adapun kenapa ianya tidak terdapat dalam kitab-kitab muktamad mazhab Syafi'e kerana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik ini termasuk dalam kategori hadis Dha'if. Berkenaan hadis Dhai'f dan hukum beramal dengannya boleh rujuk tulisan berikut :

No comments:

Post a Comment