MEMPERTIKAIKAN AMALAN UMAT ISLAM DENGAN MENUKIL PERNYATAAN
ULAMA DARI KITAB MUKTABAR SECARA TIDAK AMANAH (iatu edit atau
menggunting-gunting kalimat) MERUPAKAN PERBUATAN KEJI DAN SANGAT TIDAK
BERAKHLAK.
SELAIN TERMASUK TELAH MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, JUGA
TERMASUK TELAH MEMFITNAH ULAMA YANG PERKATAANNYA TELAH MEREKA NUKIL,
MERENDAHKAN KITAB ULAMA DAN JUGA TELAH MENIPU KAUM MUSLIMIN .
DAKWAH WAHABI BENAR-BENAR PENUH KEPALSUAN DAN KEBOHONGAN.
MEMPERALATKAN NAMA IMAM SYAFIE UNTUK MENJATUHKAN AMALAN TAHLIL. SUNGGUH MEREKA
INI AMAT KEJI JUGA DENGKI.
Kitab I’anatuth Thalibin (إعانة الطالبين) adalah kitab Fiqh karangan
Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha
Ad-Dimyatiy Asy-Syafi’i, yang merupakan syarah dari kitab Fathul Mu’in, Kitab
ini sangat masyhur dikalangan masyarakat Nusantara dan juga salah satu kitab
yang menjadi rujukan pengikut madzhab Syafi’iyyah dalam ilmu Fiqh diseluruh
dunia. Namun, sayang, ada sebagain kecil kalangan yang tidak bermadzhab Syafi’i
(anti Madzhab), mengaku pengikut salaf, mengambil secara tebuk-tebuk isi kitab
ini untuk mengharamkan Tahlil yang merupakan amalan sudah masyhur dikalangan
pengikut madzhab Syafi’i. Bukannya berdakwah secara benar namun yang mereka
lakukan, malah menunjukkan kedengkian hati mereka dan ketidak jujuran mereka
dalam menukil perkataan ulama. Ini hanya salah satu kitab yang kami cuba
luruskan dari nukilan TIDAK JUJUR yang telah mereka lakukan. Masih banyak lagi
kitab Ulama yang di-edit dan disalahertikan maknanya oleh mereka, seperti kitab
Al-Umm (Imam Syafi’i), Al-Majmu’ Syarah Muhadzab Imam An-Nawawi, Mughni
al-Muhtaaj ilaa Ma’rifati Ma’aaniy Alfaadz Al Minhaj, dan kitab-kitab ulama
lainnya.
*PEMBAHASAN
Setidak-tidaknya ada 5 pernyataan yang kami temukan, yang
mereka EDIT DAN MENYALAHTAFSIRKAN dari kitab I’anah at-Thalibin secara TIDAK
JUJUR dan TIDAK AMANAH maksud dari pernyataan tersebut untuk mengharamkan
Tahlil. Ini banyak dicantumkan di media social milik mereka seperti Facebook,
Blog, Youtube dan dikutip oleh sesama mereka secara membabi buta tanpa ilmu.
Berikut ini yang mereka nukil secara TIDAK JUJUR, yang punya kitab i’anah
at-tholibin silakan bersama-sama kita meniliti ketidak jujuran dalam menukilkan
perkataan secara tidak amanah.
1. Teks arabnya ;
1. Teks arabnya ;
(نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)
“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat, dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama, dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)
2. Teks arabnya ;
وما اعتيد من جعل أهل الميت طعاما ليدعوا الناس إليه، بدعة مكروهة – كإجابتهم لذلك، لما صح عن جرير رضي الله عنه. كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة
“Dan apa yang dibiasakan manusia tentang hidangan dari keluarga si mayat yang
disediakan untuk para undangan, adalah bid’ah yang tidak disukai agama,
sebagaimana datangnya para undangan ke acara itu, kerana ada hadith shahih yang
diriwayatkan dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu: Kami menganggap bahawa berkumpul di
rumah keluarga si mayat, mereka menghidangkan makanan setelah penguburannya,
adalah termasuk nihayah (meratap) –yakni terlarang.
3. Teks arabnya ; وفي البزاز: ويكره اتخاذ الطعام في اليوم الاول والثالث وبعد الاسبوع، ونقل الطعام إلى القبر في المواسم “Dalam Kitab Al Bazaz : Dibenci menyediakan makanan pada
hari pertama, tiga, dan setelah tujuh hari, dan juga mengirim makanan ke
kuburan secara bermusim.
4. “Dan diantara bid’ah yang munkarat yang tidak disukai
ialah apa yang biasa dikerjakan orang tentang cara penyampaian rasa duka cita,
berkumpul dan acara hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram.
(I’anatut Thalibin, Sarah Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).
5. “Dan tidak ada keraguan sedikitpun, bahawa mencegah
umat dari bid’ah munkarat ini adalah menghidupkan Sunnah Nabi SAW , mematikan
BID’AH, membuka seluas-luasnya pintu kebaikan dan menutup serapat-rapatnya
pintu-pintu keburukan, kerana orang-orang memaksa-maksa diri mereka berbuat
hal-hal yang akan membawa kepada hal yang diharamkan. (I’anatut Thalibin, Sarah
Fathul Mu’in, Juz 2 hal. 145-146).
Kelima-lima point inilah yang digunakan oleh manusia yang
TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR dinukilkan secara-cara tebuk-tebuk, di-edit dan
diselewengkan makna sebenarnya.
Kami akan mulai membahas point-point diatas, sebagai
berikut :
===========================================================
===========================================================
POINT PERTAMA :
WAHABI MENUKILKAN :
Teks arabnya ;
(نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر)
“Ya, apa yang dilakukan manusia, yakni berkumpul di rumah keluarga si mayat,
dan dihidangkan makanan, merupakan bid’ah munkarah, yang akan diberi pahala
bagi orang yang mencegahnya, dengannya ALLAH akan kukuhlah kaedah-kaedah agama,
dan dengannya dapat mendukung Islam dan muslimin” (I’anatuth Thalibin, 2/165)
AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH MENJAWAB :
Nukilan diatas merupakan bentuk KETIDAK JUJURAN, dimana
orang yang membacanya akan menyangka bahawa berkumpul di tempat ahli (keluarga)
mayyit dan memakan makanan yang disediakan adalah termasuk bid’ah Munkarah,
PADAHAL BUKAN SEPERTI ITU yang dimaksud oleh kalimat tersebut. Mereka telah
menggunting (menukil secara tidak jujur) kalimat tersebut sehingga makna
(maksud) yang dkehendaki dari kalimat tersebut menjadi kabur. Padahal, yang
benar, bahawa kalimat tersebut merupakan JAWAPAN ke atas pertanyaan yang
ditanyakan sebelumnya. Itu sebabnya, kalimat yang mereka nukil dimulai dengan
kata “NA’AM” (iya)”.
AYUH KITA BACA TEKS YANG LENGKAP TANPA DITEBUK-TEBUK,
DIEDIT DANDISELEWENGKAN MAKNANYA !!!!
~BERIKUT TEKS YANG LENGKAP ;
وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة. فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟
“Dan sungguh telah aku perhatikan mengenai pertanyaan yang
ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekkah (مفاتي مكة المشرفة) tentang apa yang dilakukan oleh Ahli (keluarga) mayat perihal
makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawaban mereka atas perkara
tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawaban
tersebut) yaitu mengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulia (المفاتي الكرام) di negeri
“al-Haram”, (semoga (ALLAH) mengabadikan manfaat mareka untuk seluruh manusia
sepanjang masa), TENTANG KEBIASAAN (urf) yang khusus di suatu negeri bahawa
jika ada yang meninggal, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenal
dan tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahawa mereka (pentakziyah) itu
menunggu (disajikan) makanan dan kerana rasa sangat malu telah meliputi ahli
(keluarga mayat) maka mereka membebani diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan
(kemudian keluarga mayat) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah)
dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan. Maka apakah bila seorang
ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa
kasihannya kepada ahli mayat dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut
secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang
lurus, yang berasal dari manusia yang Baik (خير البرية) dan (kembali) kepada jalan BAGINDA ﷺ (semoga
shalawat dan salam atas BAGINDA), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk
keluarga Jakfar”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan
(pelarangan itu) ?
أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين.
“Penjelasan sebagai jawaban terhadap apa yang telah di tanyakan, (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده, Ya .. ALLAH aku memohon kepada-Mu supaya memberikan
petunjuk kebenaran ”.Iya.., apa yang dilakukan oleh manusia dari berkumpul
ditempat ahli (keluarga) mayat dan menghidangkan makanan, itu sebahagian dari
bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya.
ALLAH akan mengukuhkan dengannya kaedah-kaedah agama dan mendorong Islam serta
umat Islam”
INI TEKS ASAL YANG PENUH. YANG MERUPAKAN SATU BENTUK QUESTION AND ANSWER TANPA DITEBUK-TEBUK, DIEDIT, DISELEWENGKAN MAKNA.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Betapa apa yang dikehendaki dari pernyataan diatas telah keluar konteks saat pertanyaannya DIPOTONG, DITEBUK-TEBUK, DIEDIT DAN DISELEWENGKAN MAKNA SEBENAR sebagaimana nukilan mereka dan KETIDAKJUJURAN ini yang mereka gunakan untuk melarang Tahlil arwah..
Ketidak jujuran ini yang mereka dakwahkan untuk MENIPU
umat Islam atas nama Kitab I’anatuth Thalibin dan Al-‘Allamah Asy-Syekh Al-Imam
Abi Bakr Ibnu As-Sayyid Muhammad Syatha Ad-Dimyathiy Asy-Syafi’i.
Dalam pertanyaan dan jawaban diatas, yang sebenarnya
termasuk sebahagian dari bid’ah Munkarah adalah kebiasaan pentakziyah MENUNGGU
(MENGHARAPKAN) HIDANGAN MAKANAN (بأنهم ينتظرون الطعام) DI TEMPAT AHLI (keluarga) yang terkena mushibah
kematian.
Akal sihat pun akan menganggap bahawa kebiasaan itu tidak
wajar dan memang patut untuk di hentikan. Maka, sangat wajar juga bahawa Mufti
diatas menyatakan kebiasaan tersebut iaitu MENUNGGU HIDANGAN DARI KELUARGA SI
MAYAT sebagai bid’ah Munkarah, dan penguasa yang menghentikan kebiasaan
tersebut akan mendapat pahala. Namun, kerana keluasan ilmu dari Mufti tersebut
tidak berani untuk menetapkan hukum “Haram” kecuali jika memang ada dalil yang
jelas dan sebab-sebabnya pun luas.
Tentu saja, Mufti tersebut kemungkinan AKAN BERKATA LAIN
DENGAN HUKUM BERBEZA jika membahasnya pada sisi yang lebih umum (bukan tentang
KES SCENARIO yang ditanyakan), dimana pentakziyah datang untuk menghibur,
menyabarkan ahli (keluarga) mayat bahkan membawa (memberi) bantuan berupa
material untuk pengurusan mayat dan untuk menghormati pentakziyah yang datang.
Pada kegiatan Tahlil arwah, orang tidak akan datang ke
rumah ahlil mushibah dengan kehendaknya sendiri, melainkan atas kehendak tuan
rumah. Jika tuan rumah merasa berat tentu saja tidak perlu mengadakan tahlil
dan tidak perlu mengundang. Namun, siapa yang lebih mengerti dan faham tentang
“memberatkan” atau “beban” terhadap keluarga mayat sehingga menjadi alasan
untuk melarang kegiatan tersebut? Apakah orang lain atau ahli (keluarga)
mayat itu sendiri ? Tentu saja yang lebih tahu adalah ahli (keluarga) mayat.
Keinginan ahli (keluarga) mayat untuk mengadakan tahlil arwah dan mengundang
tetangga atau orang lain untuk datang ke kediamannya merupakan pertanda ahli
(keluarga) mayat memang menginginkannya dan tidak merasa keberatan, sementara para
tetangga (hadirin) yang diundang sama sekali tidak memaksa ahli (keluarga)
mayat untuk mengadakan tahlil arwah. Ahli (keluarga) mayat mengetahui akan
dirinya sendiri bahawa mereka mampu dan dengan senang hati beramal untuk
kepentingan saudaranya yang meninggal dunia, sedangkan hadirin hanya tahu
bahawa mereka di undang dan memenuhi undangan ahli (keluarga) mayat.
Sungguh betapa sangat menyakitkan hati ahli (keluarga)
mayat jika undangannya tidak dipenuhi dan bahkan makanan yang dihidangkan tidak
dimakan atau tidak disentuh. Manakah yang lebih utama, melakukan amalan yang
“dianggap makruh” dengan menghibur ahli (keluarga) mayat, membuat hati ahli
(keluarga) mayat senang, ATAU menghindari “yang dianggap
makruh” dengan menyakiti hati ahli (keluarga) mayat ? Tentu saja akal yang
sihat pun akan menilai bahawa menyenangkan hati orang dengan hal-hal yang tidak
diharamkan adalah sebuah kebaikan yang berpahala, dan menyakiti perasaannya
adalah sebuah kejelekan yang dapat berakibat dosa.
Disisi yang lain antara ahli (keluarga) mayat dan yang
diundang, sama-sama mendapatkan kebaikan. Dimana ahli (keluarga) mayat telah
melakukan amal soleh dengan mengajak orang banyak mendo’akan anggota keluarga
yang meninggal dunia, bersedekah atas nama mayat, dan menghormati tamu dengan
cara memberikan makanan dan minuman. Pada sisi yang di undang pun sama-sama
melakukan amal soleh dengan memenuhi undangan, mendo’akan mayat, berdzikir
bersama, menemani dan menghibur ahli (keluarga) mayat. Manakah dari hal-hal
baik tersebut yang diharamkan ? Sungguh ulama yang BERKELAYAKANi benar-benar
bijaksana dalam menetapkan hukum “makruh” kerana melihat dengan seksama adanya
potensi “menambah kesedihan atau beban yang membebankan”, meskipun jika
seandainya hal itu tidak benar-benar ada.
Adanya sebagian kegiatan Tahlil arwah yang dilakukan oleh
orang awam, yang sangat membebani dan menyusahkan, kerana ketidak mengertiannya
pada dalam masalah agama, secara umum TIDAK BOLEH dijadikan alasan untuk
menetapkan hukum haram atau terlarang. Bagi mereka, lebih layak diberi tahu
atau diajari bukan di hukum sebagai sesat, bida'ah, syirik,, kafir dan ahli
neraka.
SAYA SUDAH PUN MENJAWAB KETIDAK JUJURAN WAHABI dan MEMBERSIHKAN NAMA IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH DAN KITAB IA'NUT THALIBIN DARI FITNAH WAHABI YANG MENGEDIT, MENEBUK-NEBUK DAN MENYELEWENGKAN MAKNA DALAM POINT PERTAMA MEREKA.
SAYA SUDAH PUN MENJAWAB KETIDAK JUJURAN WAHABI dan MEMBERSIHKAN NAMA IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH DAN KITAB IA'NUT THALIBIN DARI FITNAH WAHABI YANG MENGEDIT, MENEBUK-NEBUK DAN MENYELEWENGKAN MAKNA DALAM POINT PERTAMA MEREKA.
Anda hendak belajar tentang mazhab Syafie ? Belajarlah
dari orang yang belajar secara talaqi bersanad. Bukannya dari orang bertaraf
tukang fitnah tak takut neraka yang hanya tahu tebuk sana-sini, edit sana-sini
dan menyelewengkan makna.
BERSAMBUNG ................
No comments:
Post a Comment