DALIL & HUJJAH AQIDAH "ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT" YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL OLEH GOLONGAN WAHHABI.
الله موجود بلا مكان
1.) Dalil Al-Quran
قال الله تعالى: ليس كمثله شيء
(سورة الشورى، ١١)
قال الله تعالى: ليس كمثله شيء
(سورة الشورى، ١١)
Mafhumnya: Tidak ada sesuatupun yg menyamai Allah dari apa jua sudut sekalipun.(Asshuraa : 11)
2.)Dalil hadith
قال رسول الله: كان الله ولم يكن شيء غيره
(رواه البخاري والبيهقي وابن الجارود)
(رواه البخاري والبيهقي وابن الجارود)
Mafhumnya: Allah taala telah wujud pada azali dan tiada sesuatupun yg wujud selain Allah pada azaliy.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Bayhaqi]
3.) Dalil ijmak para ulama ahlul sunnah wal jamaah
وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
(رواه أبو منصور البغدادي في الفرق بين الفرق)
(رواه أبو منصور البغدادي في الفرق بين الفرق)
Mafhumnya: Telah bersepakat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa sesungguhnya Allah tidak diliputi oleh tempat dan juga tidak berlalu ke atasNya masa (Dinukilkan oleh Abu Mansur Al-Baghdadi dlm kitabnya Al-Farqu baina Al-Firaq)
4.) Dalil aqal
كما صح في العقل وجود الله قبل خلق الأماكن والجهات بلا مكان ولا جهة وكذلك صح في العقل وجود الله بلا مكان ولا جهة بعد خلق الأماكن والجهات لأنه لا يتغير.
Sebagaimana sah pada akal kewujudan Allah sebelum penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah, Begitu juga sah pada akal kewujudan Allaah setelah penciptaan tempat dan arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah Kerana Allah tidak berubah.
5). Telah berkata al-Imam Abu Jaafar At-Thohawi, (salah seorang ulama yang hidup pada kurun ke-3 terawal hijrah) :
تَعَاْلَىْ - أي الله- عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَاْيَاْتِ وَالْأَرْكَاْنِ وَالْأَعْضَاْءِ وَالْأَدَوَاْتِ لَاْ تَحْوِيْهِ الْجِهَاْتُ السِّتُّ كَسَاْئِرِ الْمُبْتَدَعَاْتِ
Terjemahannya: “Maha Suci Allah daripada mempunyai ukuran, batas-batas akhir(penghujung) dan sisi-sisi dan anggota-anggota badan yang besar dan anggota-anggota badan yang kecil. Dan Allah tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana makhluk ciptaanNya" [kitab Aqidah at-Tohawiyah karangan Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, Dar al-Fikr]
6.) berkata Saiyidina Ali :
قال الإمام علي رضي الله عنه: كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
(رواه أبو منصور البغدادي)
(رواه أبو منصور البغدادي)
Kata Imam Ali mafhumnya: Allah telah wujud pada azaliy tidak bertempat dan sekarang dia juga tidak bertempat sepertimana wujudnya pada azaliy. [Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi]
7.) Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-absat :
كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلَا خَلْقٌ وَلَا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maksudnya: "Allah ta’ala itu ada azali, sedangkan tempat tidak ada pun (masih belum wujud) sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah ta'ala itu ada azali dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu".
8.)Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al--Sifat[Al-Imam al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568]:
"يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَ أَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ, وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَ كَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَ أَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ".
Maksudnya:
"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itu pun diusir pergi."
"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itu pun diusir pergi."
Aqidah Imam Malik diperjelaskan lagi melalui kalam ulama' mazhab maliki seperti yang berikut;
9.)Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata di dalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dan tidak boleh jahil tentangnya[Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: `Alam al-Kutub, h. 65]:
"وَلا نَقُوْلُ إِنَّ الْعَرْشَ لَهُ – أَي لله – قَرَارٌ وَلا مَكَانٌ، لأَنَّ اللهَ تَعَالَى كَانَ وَلا مَكَان فَلَمَّا خَلَقَ الْمَكَاَنَ لَمْ يَتَغَيَّرْ عَمَّا كَانَ".
Maksudnya:
"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, kerana Allah taala telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".
"Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, kerana Allah taala telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".
10.) Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`i berkata:
إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلَا مَكَانَ فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الْأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لَا يَجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغَيُّرُ فِي ذَاتِهِ وَلَا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ
Maksudnya: " Sesungguhnya Dia ta’ala ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpa bertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya". [Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi'i oleh al-Hafiz Muhammad Murtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithafus-Sadatil-Muttaqin]
11.)Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri(t.t), al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h. 144]:
"وَأَمَّا الإِمَامُ الْجَلِيْلُ أَبُوْ عَبْدُ اللهِ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ الشَيْبَانِي فَقَدْ ذَكَرَ الشَّيْخُ ابن حَجَرِ الْهَيْثَمِيْ أَنَّهُ كَانَ مِن الْمُنَزٍّ هِيْنَ اللهَ تَعَالَى عَنِ الْجِهَةِ وَالْجِسْمِيَّةِ, ثُمَّ قَالَ ابْنُ حَجَرٍ مَا نَصَّهُ: وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هَذَا الإِمَامِ الأَعْظَمِ مِنْ أَنَّهُ قَائِلٌ بِشَيْءٍ مِنَ الْجِهَةِ أَوْ نَحْوِهَا فَكِذْبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِرَاءٌ عَلَيْهِ".
Maksudnya:
"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya."
"Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya."
12.) Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[Diriwayatkan oleh Ibn `Asakir al-Dimasyqi(571 H), Tabyin Kadhib al-Muftari fi-ma Nusib ila al-Imam Abi Hasan al-Asy`ari, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 150] berkenaan Allah ta`ala:
"كَانَ اللهُ وَلا مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجْ إِلَى مَكَانٍ. وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانَ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ".
Maksudnya:
"Allah telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu), kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak bertempat)".
"Allah telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu), kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak bertempat)".
13.) Berkata al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi radiyallahu`anhu (W. 333 H)[Al Imam Abu Mansur Al Maturidi(t.t), al-Tauhid, (t.tp): (t.p). h. 69] di dalam kitabnya al-Tauhid:
"إِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ كَانَ وَلا مَكَانَ...فَهُوَ عَلَى مَا كَانَ, وَكَانَ عَلَى مَا عَلَيْهِ الآنَ, جَلَّ عَنِ التَّغَيُّرِ وَالزَّوَالِ وَالاِسْتِحَالَةِ".
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Subhanahu wata`ala wujud tanpa bertempat. Dia kini sama seperti wujud-Nya sebelum ini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha suci Allah ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan".
"Sesungguhnya Allah Subhanahu wata`ala wujud tanpa bertempat. Dia kini sama seperti wujud-Nya sebelum ini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha suci Allah ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan".
IMAM SYAFIE MENGKAFIRKAN MUJASSIMAH YANG KATA ALLAH DUDUK ATAS ARASY
Orang Yang Mengatakan Allah Duduk Atas Arasy Tetapi Tidak Sama Dengan Duduk Manusia, Maka ia Dihukum KUFUR kerana dia telah menisbahkan TEMPAT BAGI ALLAH
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata[1]:
"مَنْ قَالَ أَوِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ".
Maksudnya:
"Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir ".
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi`e radiyallahu `anhu (W. 203 H) berkata[2]:
"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كُفْرٌ لا صَلاة وَرَاءَهُ".
Maksudnya:
"Barangsiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam (duduk) di atas `Arasy, maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (makmum) di belakangnya".
Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din `Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr al-Suyuti (W. 911 H) berkata di dalam kitabnya al-Ashbah wa al-Naza’ir[3]:
"قَالَ الشَّافِعِيُّ: لا يُكَفَّرُ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ. وَاسْتَثْنَىْ مِنْ ذَلِكَ: الْمُجَسِّمُ وَمُنْكِرُ عِلْمِ الْجُزْئِيَّاتِ".
Maksudnya:
"Al-Syafi`e berkata: "Tidak dikafirkan ahli Kiblat kecuali dari hal itu ialah mujassim (orang beraqidah tajsim) dan orang yang mengingkari ilmu (Allah berkenaan) juz’iyyat".
Al-Imam al-Mutakallim al-Faqih al-Mu’arrikh al-Shaykh al-Fakhr Ibn al-Mu`allim al-Qurashi al-Dimashqi (W. 725 H) berkata dalam kitabnya Najmul-Muhtadi wa-Rajmul-Mu`tadi[4]:
"نَقَلاً عَنِ الشَّيْخِ الإِمَامِ أَقْضَى الْقُضَاةِ نَجْمُ الدِّيْنِ فِيْ كِتَابِهِ الْمُسَمَّى كِفَايَةُ النَّبِيْهِ فِيْ شَرْحِ التَّنْبِيْهِ فِيْ قَوْلِ الشَّيْخِ أَبِي إِسْحَاقِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فِيْ بَابِ صِفَةِ الأَئِمَّةِ: "وَلا تَجُوْزُ الصَّلاةَ خَلْفَ كَافِرٍ لأَنَّهُ لا صَلاةَ لَهُ فَكَيْفَ يُقْتَدَى بِهِ". قَالَ: "وَهَذَا يُفْهَمُ مِنْ كُفْرِهِ مُجْمَعٌ عَلَيْهِ وَمَنْ كَفَّرْنَا مِنْ أَهَلِ الْقِبْلَةِ كَالْقَائِلِيْنَ بِخَلْق الْقُرْءَانِ وَبِأَنَّهُ لا يَعْلَمُ الْمَعْدُوْمَاتِ قَبْلَ وُجُوْدِهَا وَمَنْ لَمْ يُؤْمِنْ بِالْقَدْرِ وَكَذَا مَنْ يَعْتَقِدُ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا حَكَاهُ الْقَاضِيْ حُسَيْنٌ هُنَا عَنْ نَصِّ الشَّافِعِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ".
Maksudnya:
Nukilan daripada al-Shaykh al-Imam Aqdal-Qudah Najm al-Din dalam kitabnya yang berjudul Kifayat al-Nabih fi Syarh al-Tanbih dalam pendapat al-Shaykh Abu Ishaq radiyallahu`anhu dalam Bab Sifat Para Imam: “Tidak boleh solat di belakang seseorang yang kafir kerana tidak ada suatu solat pun baginya maka bagaimana pula dia boleh diikuti”. Dia berkata: “Dan ini difahami dari kekufurannya adalah suatu yang diijmakkan [disepakati] ke atasnya dan sesiapa yang telah kami kafirkan mereka daripada kalangan ahli qiblat seperti golongan yang berpendapat dengan aqidah bahawa al-Quran itu makhluk, dengan aqidah bahawa Allah tidak mengetahui perkara yang tiada sebelum kewujudan perkara tersebut, golongan yang tidak beriman dengan taqdir, demikian juga [kufur] golongan yang beri`tiqad (berkeyakinan) bahawa Allah duduk di atas Arasy sebagaimana diceritakan oleh al-Qadi al-Husayn di sini daripada nas al-Syafi`i radiyallahu`anhu".
Al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad Ibn Muhammad al-Misri al-Syafi`e al-Asy`ari yang dikenali dengan nama Ibn Hajar al-Haythami (W. 974 H) berkata[5]:
"وَاعْلَمْ أَنَّ الْقَرَافِيَّ وَغَيْرَهُ حَكَوْا عَنِ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ وَ أَحْمَدَ وَأَبِي حَنِيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ الْقَوْلَ بِكُفْرِ الْقَائِلِيْنَ بِالْجِهَةِ وَالتَّجْسِيْمِ وَهُمْ حَقِيْقُوْنَ بِذَلِكَ".
Maksudnya:
“Dan ketahuilah bahawa al-Qarafi dan selain beliau telah menceritakan daripada al-Syafi`e, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah radiyallahu`anhum tentang pendapat kufurnya golongan yang berpendapat dengan arah [tempat] dan tajsim (bagi Allah ta`ala), dan mereka (para imam mazhab tersebut) pasti tentang perkara tersebut”.
Al-Shaykh Muhammad Zahid al-Kawthari-Wakilul-Mashikhah al-Islamiyyah di negara Khilafah `Uthmaniyyah - (W.1371 H) berkata di dalam kitabnya Maqalat al-Kawthari[6]:
"إِنَّ الْقَوْلَ بِإِثْبَاتِ الْجِهَةِ لَهُ تَعَالَى كُفْرٌ عِنْدَ الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ هُدَاةِ الأَمَّةِ كَمَا نَقَلَ عَنْهُمُ الْعِرَاقِيُّ عَلَى مَا فْيْ شَرْحِ الْمِشْكَاةِ لِعَلِيِّ الْقَارِيِّ".
"إِنَّ الْقَوْلَ بِإِثْبَاتِ الْجِهَةِ لَهُ تَعَالَى كُفْرٌ عِنْدَ الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ هُدَاةِ الأَمَّةِ كَمَا نَقَلَ عَنْهُمُ الْعِرَاقِيُّ عَلَى مَا فْيْ شَرْحِ الْمِشْكَاةِ لِعَلِيِّ الْقَارِيِّ".
Maksudnya:
"Sesungguhnya pendapat yang menetapkan arah bagi Allah taala itu adalah suatu kekufuran di sisi para imam yang empat yang menjadi pemimpin hidayah umat sebagaimana yang dinukilkan oleh al-`Iraqi berdasarkan apa yang ada di dalam kitab Sharh al-Mishkat oleh (al-Mulla) `Ali al-Qari."
Al-`Allamah al-Shaykh al-Muhaddith al-Hafiz al-Faqih `Abdullah al-Harari yang dikenali dengan gelaran al-Habashi (W. 1429 H) berkata dalam kitabnya al-Sirat al-Mustaqim[7]:
"وَيَكْفُرُ مَنْ يَعْتَقِدُ التَّحَيُّزَ للهِ تْعَالْى أَوْ يَعْتَقِدُ أَنَّ اللهَ شَيْءٌ كَالْهَوَاءِ أَوْ كَالنُّوْرِ يَمْلأُ مَكَانًا أَوْ غُرْفَةً أَوْ مَسْجِدًا وَنُسَمِّي الْمَسَاجِدَ بُيُوْتَ اللهِ لا لأَنَّ اللهَ يَسْكُنُهَا بَلْ لأَنَّهَا أَمَاكِنُ يُعْبَدُ اللهُ فِيْهَا. وَكَذَلِكَ يَكْفُرُ مَنْ يَقُوْلُ: (اللهُ يَسْكُنُ قُلُوْبَ أَوْلِيَائِهِ) إِنْ كَانَ يَفْهَمُ الْحُلُوْلَ. وَلَيْسَ الْمَقْصُوْدُ بِالْمِعْرَاجِ وُصُوْلَ الرَّسُوْلِ إِلَى مَكَانٍ يَنْتَهِيْ وُجُوْدُ اللهِ تَعَالَى إِلَيْهِ وَيَكْفُرُ مَنْ اعْتَقَدَ ذَلِكَ إِنَّمَا الْقَصْدُ مِنْ الْمِعْرَاجِ هُوَ تَشْرِيْفُ الرَّسُوْلِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاطِّلاعِهِ عَلَى عَجَائِبِ فِي الْعَالَمِ الْعُلْوِيِّ وَتَعْظِيْمُ مَكَانَتِهِ وَرُؤْيَتِهِ للِذَّاتِ الْمُقَدَّسِ بِفُؤَادِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُوْنَ الذَّاتُ فِي مَكَانٍ".
Maksudnya:
"Dan kafirlah sesiapa yang beri`tiqad ada ruang bagi Allah taala atau beri`tiqad bahawa Allah adalah suatu seperti udara atau seperti cahaya yang memenuhi suatu tempat atau bilik atau masjid. Kita menamakan masjid sebagai rumah Allah bukanlah kerana Allah mendiami masjid, tetapi kerana masjid itu suatu tempat yang di dalamnya Allah disembah. Demikian juga kafirlah sesiapa yang berkata: “Allah mendiami hati para wali-Nya” jika dia memahami (ungkapan tersebut) dengan aqidah hulul. Mi`raj bukanlah bermaksud sampainya Rasul ke suatu tempat yang kewujudan Allah taala sampai padanya, dan kafirlah sesiapa yang beriktikad begitu. Tujuan Mi`raj hanyalah semata-mata kemuliaan atau keraian buat Rasul sallallahu`alaihi wa-sallam dengan mendedahkan kepada baginda tentang perkara-perkara ajaib di alam tinggi dan juga suatu pengagungan pada kedudukan baginda. Baginda melihat Zat Yang Maha Suci dengan hatinya tanpa Zat tersebut ada di suatu tempat".
[1] Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155.
[2] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih dan al-Imam Ibn Mu`allim al-Qurasyi (W 725 H) didalam kitabnya Ibn Mu`allim al-Qurasyi dalam kitabnya Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu`tadi.
[3] Al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar (1998), al-Ashbah wa al-Naza’ir fi Qawa`id wa-Furu` Fiqh al-Syafi`e, c-4, Beirut: al-Kutub al-Arabiy, h. 744. - lihat dalam Kitab al-Riddah -
[4] Ibn al-Mu`allim al-Qurashi, “Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mu`tadi”, manuskrip, National Library - Paris/ 638, h. 287.
[5] Ibn Hajar al-Haythami(t.t), al-Minhaj al-Qawim `ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Damsyik: Mua’assasah `Ulum al-Qur’an, h. 224.
[6] Al-Kawthari(t.t), Maqalat al-Kawthari, Riyadh: Dar al-Ahnaf, h. 321.
[7] `Abdullah al-Harari(t.t), al-Sirat al-Mustaqim, Beirut: Dar al-Mashari` li al-Tiba`ah wa al-Nashr wa al-Tawzi`, h. 26.
قَالَ الإِمَامُ الحَافِظُ ابْنُ شَاهِين البَغْدَادِيُّ رَحِمَهُ اللهُ (ت ٣٨٥ ه):
ReplyDeleteحَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ الأَشْعَثَ السِّجِسْتَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ حَرْبٍ، قَالَ: قَالَ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ:
"مثلُ الْجَهْمِيَّةِ مثلُ رَجُلٍ قِيلَ لَهُ: أَفِي دَارِكَ نَخْلَةٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. قِيلَ: فَلَهَا خُوصٌ؟ قَالَ: لا. قِيلَ: فَلَهَا سَعَفٌ؟ قَالَ: لا. قِيلَ: فَلَهَا كَرَبٌ؟ قَالَ: لا. قِيلَ: فَلَهَا جِذْعٌ؟ قَالَ: لا. قِيلَ: فَلَهَا أَصْلٌ؟ قَالَ: لا. قِيلَ: فَلا نَخْلَةَ فِي دَارِكَ.
هَؤُلاءِ الْجَهْمِيَّةُ، قِيلَ لَهُمْ: لَكُمْ رَبٌّ؟ قَالُوا: نَعَمْ. قِيلَ: يَتَكَلَّمُ؟ قَالُوا: لا. قِيلَ: فَلَهُ يَدٌ؟ قَالُوا: لا. قِيلَ: فَلَهُ قَدَمٌ؟ قَالُوا: لا. قِيلَ: فَلَهُ إِصْبَعٌ؟ قَالُوا: لا. قِيلَ: فَيَرْضَى وَيَغْضَبُ؟ قَالُوا: لا. قِيلَ: فَلا رَبَّ لَكُمْ !!".
- شرح مذاهب أهل السنة لابن شاهين، ت عادل بن محمد ، ط مؤسسة قرطبة، ص ٣٣-٣٤، الأثر رقم (٣٤).
Berkata al-Imam al-Hafiz Ibn Shahin al-Baghdadi (wafat 385 Hijrah):
`Abdullah bin Sulayman bin al-Ash`ath al-Sijistani telah menceritakan kepada kami, kata beliau: Ayahku telah menceritakan kepada aku, [beliau meriwayatkan] daripada Sulayman bin Harb, beliau berkata: Hammad bin Zayd berkata:
Perumpamaan bagi Jahmiyyah adalah umpama seseorang yang ditanya:
Di rumah engkau ada pokok kurma? Dijawabnya: Ya. Ditanya lagi: Pokok itu ada daun? Dijawabnya: Tidak. Ditanya lagi: Ada pelepah? Dijawabnya: Tidak.
Ditanya lagi: Ada pangkal pelepah? Dijawabnya: Tidak. Ditanya lagi: Ada batang? Dijawabnya: Tidak.
Ditanya lagi: Ada akar? Dijawabnya: Tidak.
Maka kita katakan kepadanya: Di rumah engkau tiada pokok kurma.
Golongan Jahmiyyah ini ditanya: Kalian mempunyai Tuhan? Dijawab mereka: Ya.
Ditanya lagi: Tuhan kalian boleh bercakap? Dijawab mereka: Tidak.
Ditanya lagi: Dia ada tangan? Dijawab mereka: Tidak. Ditanya lagi: Dia ada kaki? Dijawab mereka: Tidak. Ditanya lagi: Dia ada jari? Dijawab mereka: Tidak. Ditanya lagi: Dia mempunyai sifat redha dan murka? Dijawab mereka: Tidak.
Maka kita katakan kepada mereka: Kalian tidaklah mempunyai Tuhan!!
- Sharh Mazahib Ahl al-Sunnah oleh Ibn Shahin, tahkik `Adil bin Muhammad, cetakan Muassasat Qurtubah, halaman 33-34, athar nombor (34).
Komen Tak Ada Kena Mengena dengan Topik.ASWJ mentanzihkan Allah swt drp sifat makhluk sebagaimana yg Dia jelaskan dlm AlQuran
ReplyDeleteليس كمثله شيئ...
ولم يكن له كفوا أحد....
Jadi Allah swt Maha Suci drp menyerupai makhlukNya samada berjisim samada jisim itu kasar spt manusia, bumi dsb atau halus spt jin, malaikat, cahaya, elektrik dsb , Maha Suci drp beranggota kerana ia adalah lawazim ( kebiasaan) bagi makhluk, Maha Suci drp bertempat, Maha suci drp gerak dan diam, Maha suci drp berpihak ( atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan, dalam atau luar) dan tidak berlalu padaNya masa.
ما خطر بالبال فالله يخالف ذلك
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSIFAT TUHAN yang SAHIH adalah sprt dlm SURAH AL IKHLAS ....tiada NAS SAHIH AL QURAN DAN HADIS ttg Sifat TUHAN adalah TIDAK BERTEMPAT DAN TIDAK BERARAH, melainkan ini semua KHAYALAN manusia dlm bidang SUFI, ILMU KALAM DAN ILMU FALSAFAH.
ReplyDeleteTUNJUKAN skg DIMANA TEMPAT DAN ARAHNYA PUKUL 5.39 ptg?....MASA pun bersifat sprt itu TIDAK BERTEMPAT DAN TIDAK BERARAH, adakah kamu samakan SIFAT TUHAN sprt SIFAT MASA TIDAK BERTEMPAT DAN TIDAK BERARAH? TIDAK BERTEMPAT DAN TIDAK BERARAH itu adalah SIFAT MASA.BUKAN SIFAT TUHAN