SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA
AL FADHIL USTAZ DR UMAR BIN ABU
BAKAR AL HAFIZ PHD AL BESUTY
FELLOW DAR-AL
HADITH AL HASANIYYAH, MOROCCO
MAHALLUL QIYAM
DAN PERSOALANYA
Pada 2 Oktober 2017, ada seorang Ustaz lulusan Universiti Madinah, Ustaz Bakhtiar Affandi dalam kuliahnya di Surau Al Barakah, Taman Setiawan, Pulau Sebang Tampin telah membuat satu kenyataan yang berunsur kesesatan berkenaan berdiri di saat selawat sebagai tanda hormat kepada Rasulullah ﷺ (Mahallul Qiyam),
Ustaz Bakhtiar Affandi telah membuat kenyataan :
1. Berdiri sewaktu berselawat adalah dari Syaitan.
2. Berdiri sewaktu berselawat tiada dalil dalam Islam.
3. Kena ada kerusi kosong bila berselawat sebab Rasulullah ﷺ datang dalam majlis selawat.
Saya sebagai ahli qariah Surau Al Barakah terpanggil untuk memperjelaskan kenyataan sesat yang dibuat oleh Ustaz Bakhtiar Affandi tersebut. Dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya dan tidak mengizinkannya mengajar satu ajaran berunsur takfir.
Saya menghubungi sahabat saya, seorang fellow di Darul Hadith Al Hassaniyyah, Morocco. Dr Umar bin Abu Bakar Al Hafiz Al Besuty, seorang anak Melayu yang mempunyai PhD di bidang hadith dan belajar hadith secara bersanad dengan keluarga Al Ghumari, serta telah menghafal 50,000 hadith.
Berikut adalah soal jawab secara on-line antara saya dan Al Fadhil Ustaz Dr Umar bin Abu Bakar Al Hafiz.
@@@@@@@@@@@
SOALAN 1 : Ada seorang Ustaz cakap, mahallul qiyam semasa berselawat itu adalah dari syaitan. Sebab Rasulullah dah mati. Kakak kat rumah berselawat kena berdiri ke ? Tak ada dalil, nak berselawat kena berdiri. Lepas tu berselawat ramai-ramai, berdiri. Konon Rasulullah datang. Ada yang siapkan kerusi kosong untuk Rasulullah bila berselawat.

Jawapan 1 : BERAT TUDUHAN Ustaz tersebut.
Antara tuduhan Ustaz berkenaan :
1. Mahallul qiyam ini adalah dari syaitan kerana Rasulullah ﷺ sudah wafat.
2. Tiada dalil dalam Islam untuk berdiri sewakktu selawat.
3. Kena ada kerusi kosong bila berselawat sebab Rasulullah ﷺ datang.

Ustaz berkenaan, sama ada dia tidak jujur ATAU
dia seorang jahil tapi berlagak pandai. Sama ada dia tidak jujur atau berlagak
pandai, kedua-duanya keadaan menjadikan dia seorang yang TIDAK TSIQAH dan tidak
boleh kita belajar dengannya. Imam Bukhari tidak mengambil ilmu, riwayat dan
fatwa dari orang yang tidak tsiqah.
Tuduhan Ustaz tersebut yang pertama dan kedua. Berdiri
sewaktu berselawat itu dari syaitan dan tiada dalil berselawat mahallul qiyam dalam Islam.
Maka kami akan menjawab secara ILMIAH atas ketidak jujuran serta tohmahan jahil yang dibuat Ustaz berkenaan.
Maka kami akan menjawab secara ILMIAH atas ketidak jujuran serta tohmahan jahil yang dibuat Ustaz berkenaan.
Kami menjawab. Ustaz berkenaan seorang yang
TIDAK BERADAB. Tidak berhati-hati dalam tutur kata.
Dan kita ketahui bahawa selawat adalah zikir kerana
diperintahkan dalam Al-Quran dan banyak hadith. Dengan demikian, membaca selawat
TETAP DIBOLEHKAN SAMA ADA DALAM KEADAAN DUDUK ATAU BERDIRI. Dalilnya ALLAH ﷻ berfirman :
ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka BERDIRI dan DUDUK dan semasa mereka BERBARING mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka (Al Imran : Ayat 191)
ALLAH ﷻ berfirman , orang yang mengingati ALLAH
sambil BERDIRI atau duduk atau dalam keadaan berbaring.
Adakah Surah Al Imran ayat 191 itu
dari syaitan?
Saya menyeru agar Tuan/Puan suruh Ustaz tu pergi bertaubat dan pergi belajar lagi. Jangan jadi jumud dan menyesatkan orang awam.
Apa kata ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah berkenaan berdiri sewaktu berselawat ke atas Rasulullah ?
Syeikh Jaafar bin Hassan Al Barzanji. Seorang ulama mazhab Syafie di Madinah dan menjadi MUFTI MAZHAB SYAFIE di Madinah. Seorang pakar hadith yang menghafal ratusan ribu ahdith beserta sanad dan matannya. Belliau mempunyai ilmu hadith bersanad sehingga Imam Bukhari rahimahullah dan Imam Muslim rahimahullah. Dalam kitabnya yang tersohor, Maulid Al Berzanji. Beliau menulis.
ومحيا كالشمس منك مضيء أسفرت عنه ليلة غراء ليلة المولد الذي كان للدين سرور بيومه وازدهاء مولد كان منه في طالع الكفر وبال عليهم ووباء يوم نالت بوضعه إبنت وهب من فخار ما لم تنله النساء وأتت قومها بأفضل مما حملت قبل مريم العذراء وتوالت بشرى الهواتف أن قد ولد المصطفى وحق الهناء هذا وقد استحسن القيام عند ذكر مولده الشريف أئمة ذوو رواية وروية فطوبى لمن كان تعظيمه صلى الله عليه وسلم غاية مرامه ومرماه

Maknanya : "Demikianlah para Imam yang memiliki riwayat dan pemikiran, MEMANDANG BAIK UNTUK BERDIRI ketika menyebutkan kelahirannya yang mulia (Rasulullah ﷺ ). Maka kebaikanlah yang diperolehi orang yang memberi penghormatannya terhadap Nabi ﷺ sampai ke puncak harapan dan tujuan."
Syeikh Jaafar Bin Hassan Al Berzanji menyatakan "PARA IMAM" iaitu imam-imam mazhab mengatakan BAIK untuk beridri di saat menyebutkan kelahiran Rasulullah ﷺ dan berselawat ke atas Rasulullah ﷺ.
Apa lagi ? Siapakah Ustaz yang menyesatkan orang berdiri memuliakan Rasulullah ﷺ hendak dibandingkan dengan Mufti Mazhab Syafie Madinah, Pakar Hadith Bersanad kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim, menghafal ratusan ribu hadith?
Ustaz tersebut bukan mufti, bukan pakar hadith, hadith 40 pun tidak hafal. Layakkah dia hendak menyesatkan fatwa ulama yang lebih besar, lebih agung, lebih banyak ilmu dari dirinya?
Nasihat saya, jangan gopoh mengeluarkan kenyataan menyesatkan orang dengan ilmu yang sangat sedikit. Pergilah belajar.
Berkenaan berdiri saat maulid ini atau Mahallul Qiyam, ia merupakan QIYAS dari menyambut kedatangan Islam dan Syariah Rasulullah ﷺ , dan menunjukkan semangat atas kedatangan sang pembawa risalah pada kehidupan kita, hal ini lumrah saja, sebagaimana penghormatan yg dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ adalah berdiri, sebagaimana diriwayatkan ketika Sa'ad bin Mu'adz radhiyallahuanhu dating, maka Rasulullah ﷺ saw berkata kepada kaum ANSAR : "Berdirilah untuk tuan kalian" . Ini dari Sahih Bukhari hadith no.2878, dan Sahih Muslim hadith no.1768). Demikian pula berdirinya Thalhah radhiyallahuanhu untuk Ka'b bin Malik radhiyallahuanhu.
Maknanya, berdiri mahallul qiyam ada
dalil dari Al Quran dan Hadith secara qiyas dan qiyas adalah salah satu sumber hukum dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka yang menolak qiyas, bukan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah.
Kita hendak ikut Al Quran dan Hadith
atau hendak ikut ikut Ustaz Yang Tak Jujur berkenaan ?
Kalau alasan Ustaz berkenaan, “Nabi
dah mati. MUSTAHIL Nabi datang dan kita kena berdiri untuk menghormati Nabi.” …
Jika itu hujjah Ustaz berkenaan.
Kita balas semula :
Pada saat membaca doa tahiyat akhir
dalam setiap shalat, kita selalu mengucapkan:
ﺍَﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻚَ ﺃَﻳُّﻬَﺎ
ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ
“assalamualika ayyuhan nabiy”, salam
kepada Engkau wahai Nabi
Sila perhatikan huraiannya, pada
saat menyebut Nabi dalam solat kita diharuskan memakai kata ganti ﻙَ atau kata ganti orang kedua atau dlamir mukhatab, yang bererti kamu
atau anda. Kita tidak menyebut nabi dengan dlamir ghaib ﻩُ atau dia, atau beliau. Kita menyebut Nabi dengan engkau. Ini ertinya
bahawa pada saat kita berdoa seakan-akan Nabi Muhammad ﷺ hadir di hadapan kita. MENGAPA ? Bukankah
Rasulullah ﷺ sudah wafat ? Mengapa kita memberi salam kepada Rasulullah ﷺ
?
Kita boleh menyimpulkan bahwa doa
yang dipanjatkan kepada Allah SWT dalam tahiyat akhir itu tidak akan diterima
tanpa menyebut Nama Muhammad SAW, tanpa menghadirkan beliau.
Ini membuktikan, Ustaz yang tidak jujur berkenaan, sama ada dia sendiri tidak faham makna bacaan dalam solat atau dia sendiri sebenarnya jahil. Maka dia suka-suka ikut nafsunya tanpa landasan ilmu berfatwa mengatakan ini sesat, ini dari syaitan, ini masuk neraka, ini syirik. Sewajarnya, ustaz-ustaz yang mengelirukan orang awam ini dilaporkan kepada pihak berkuasa dan diharamkan dari mengajar.
Berkenaan Mahalul Qiyam ini, Sayid Bakri bin Sayid Muhammad
Syatha Ad-Dimyathi dalam I‘anatut Thalibin memberi huraian seperti berikut.
فائدة) جرت العادة أن
الناس إذا سمعوا ذكر وضعه صلى الله عليه وسلم يقومون تعظيما له صلى الله عليه وسلم
وهذا القيام مستحسن لما فيه من تعظيم النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد فعل ذلك كثير
من علماء الامة الذين يقتدى بهم. قال الحلبي في السيرة فقد حكى بعضهم أن الامام
السبكي اجتمع عنده كثير من علماء عصره فأنشد منشده قول الصرصري في مدحه صلى الله
عليه وسلم: قليل لمدح المصطفى الخط بالذهب على ورق من خط أحسن من كتب وأن تنهض
الاشراف عند سماعه قياما صفوفا أو جثيا على الركب فعند ذلك قام الامام السبكي
وجميع من بالمجلس، فحصل أنس كبير في ذلك المجلس وعمل المولد. واجتماع الناس له
كذلك مستحسن.
Ertinya,
“Sudah menjadi tradisi bahawa ketika mendengar kelahiran Nabi Muhammad ﷺ disebut-sebut, orang-orang akan berdiri
sebagai bentuk penghormatan bagi rasul akhir zaman. Berdiri seperti itu
didasarkan pada istihsan (anggapan baik) sebagai bentuk penghormatan
bagi Rasulullahﷺ . Hal ini dilakukan banyak ulama terkemuka ikutan
umat Islam. Pertemuan umat Islam demi kelahiran Rasulullah SAW juga didasarkan
pada istihsan,” Boleh rujuk kitab Sayid
Bakri bin Sayid Muhammad Syatha Ad-Dimyathi, kitab I‘anatut Thalibin, cetakan Darul
Fikr, Beirut, Libanon, tahun 2005 M/1425-1426 H, juz III, halaman 414.
Dalam kitab Al Halabiyah Juz 1 Halaman 137.
Sebuah kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Diriwayatkan bahwa Imam Al Hafiz
Taqiyuddin Assubkiy rahimahullah, seorang Imam Besar yang menghafal 100,000
hadith beserta sanad dan matan dan ulama terkemuka di zamannya bahawa dia berkumpul
bersama para Muhaddits dan Imam Imam besar di zamannya dalam perkumpulan yang
padanya dibacakan puji pujian untuk Nabi ﷺ lalu diantara syair-syair itu mereka pun
seraya berdiri termasuk Imam Assubkiy dan seluruh imam-imam yang hadir
bersamanya, dan didapatkan kesejukan yang luhur dan cukuplah perbuatan mereka
itu sebagai ikutan kita. Dan berkata Imam Ibn Hajar Alhaitsamiy rahimahullah
bahawa Bid'ah hasanah sudah menjadi kesepakatan para imam bahawa itu merupakan
hal yang sunnah, (berlandaskan hadist shahih muslim no.1017 yang terncantum
pada Bab Bid'ah) yaitu bila dilakukan mendapat pahala dan bila ditinggalkan
tidak mendapat dosa, dan mengadakan maulid itu adalah salah satu Bid'ah
hasanah, dan berkata pula Imam Assakhawiy rahimahullah bahwa mulai abad ketiga
hijriyah mulailah hal ini dirayakan dengan banyak sedekah dan perayaan agung
ini di seluruh dunia dan membawa keberkahan bagi mereka yg mengadakannya.
Sumber hukum kita adalah dari Al Quran, Hadith,
Ijmak Ulama dan Qiyas.
Saya sudah mendatangkan dalil Al Quran, dalil
Hadith, Ijmak Ulama dan Qiyas akan DIBOLEHKAN berdiri sewaktu berselawat (Mahallaul Qiyam) untuk menghormati Rasulullah ﷺ dan terbukti
mahallul qiyam ini bukan dari syaitan.
Suruhlah Ustaz yang tak jujr itu bertaubat atas
kelancangan mulutnya.
Dari keterangan di atas kita dapat menarik simpulan bahawa berdiri saat mahallul qiyam bukan BUKAN SATU PERINTAH YANG WAJIB dari Al-Quran atau hadith. Hendak beridiri dipersilakan. Hendak duduk, juga dibolehkan. Yang dilarang ialah menuduh ianya dari ajaran syaitan, bida’ah yang masuk ke neraka, dosa besar.
Ingin ditegaskan, mahallul qiyam itu lebih
didorong oleh akhlak umat terhadap nabinya. Para ulama memandang bahawa berdiri
untuk menghormati Rasulullah ﷺ adalah
sesuatu yang baik (istihsan).
Adapun, menyediakan kerusi kosong, KONON, untuk
Rasulullah ﷺ
duduk sewaktu majlis selawat. INI TIDAK PERNAH BERLAKU DI MANA-MANA MAJLIS
SELAWAT. Itu hanya rekacipta Ustaz tersebut secara TIDAK AMANAH. Maka
sewajarnya beliau membawakan bukti. Bukan sekadar bawa cerita-cerita sampah dan
tuduhan tanpa asas yang hanya memperlihatkan sifat tidak juur dan tidak amanah
beliau ke atas ilmu.
Selagi jasad masih sihat, hadirilah majlis-majlis yang memperingati hari kelahiran Rasulullah ﷺ kerana di situ rahmat ALLAH ta’ala ﷻ turun sehingga menambah pengalaman rohani tidak sedikit orang yang hadir. Di samping itu ada baiknya kita berdiri saat mahallul qiyam sebagai bentuk cinta dan takzim kita kepada Nabi Muhammad ﷺ sebagaimana dilakukan oleh ara sahabat, para ulama salaf dan orang=orang yang mencintai Rasulullah ﷺ . Semoga Allah memberikan mandat syafa’at kepada Rasul-Nya untuk menyelamatkan kita di dunia maupun di akhirat.
Demikian jawapan yang dapat kami kemukakan.
Semoga boleh difahami dengan baik.
No comments:
Post a Comment