LIMA AJARAN WAHABI SALAFY
SESAT DAN MENYESATKAN
AJARAN SESAT WAHABI PERTAMA.
Puak Wahabi
melarang orang belajar tentang sifat 20 pada hal ini dianjurkakn oleh
Ahlussunnah wal Jamaah. Ini jelas dapat dilihat di negara Arab Saudi.
Mereka menciptakan suatu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada sejak
dahulu, baik pada zaman nabi ﷺ atau pada zaman Sahabat
baginda.
Pengajian
baru itu mereka namakan dengan “Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah”. dan
tidak ada contoh dari nabi ﷺ tentang pembahagian ini, ini
bid"ah sesat yang besar dan sesat.
Tauhid ini
ada 2 jenis, kata mereka iaitu:
1. Tauhid
Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yang
menyembah berhala, atau dengan kata lainnya “Tauhid” orang yang syirik.
2. Tauhid
Uluhiyah iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman
dan Islamnya puak Wahabi.
Mereka
mengatakan bahawa dalam Al Quran disebut begini(mereka berani mentafsirkan
tanpa ilmu luar biasa beraninya padahal mereka badwi dan jahil:
” Katakanlah
(Wahai Muhammad): Kepunyaan siapakan langit dan bumi dan semua isinya
kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah
kepada mereka:
Mengapa kamu
tidak mengambil perhatian?” ( Al Mukminun:84-85)
Dengan ayat
ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang kafir pun percaya kepada
adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana menyembah berhala disamping pengakuannya
kepada adanya Tuhan iaitu Allah.
Dalil lain
yang mereka ajukan adalah:
“Dan kalau
engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi
dan menjadikan matahari dan bulan, mereka akan menjawab: Allah. Maka:
Bagaimana kamu berpaling daripada kebenaran?” (Al Ankabut:61)
Jadi
kesimpulan dari ajaran Wahabi, orang kafir mengakui adanya Allah tetapi
mereka menyembah selain Allah.
Jadi, kata
mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain
Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang
mempersekutukan Allah.
Adapun Tauhid
Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan
sehingga tidak ada yang disembah selain Allah.
Demikian
pengajian Wahabi.
Pengajian
seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. hairan kita melihat falsafahnya.
Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah
Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? Tidak!
Syirik dan
Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai
siang dengan malam.
Mungkinkah
bersatu siang dengan malam serentak?Begitulah juga tidak adanya syirik dan
tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik.
Tidak ada kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah
yang dipelopori oleh puak Wahabi & kini telah merebak ke dalam pengajian
Islam teruatamnya di Timur Tengah.
Kaum Wahabi
yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk
menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah,
bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir”
yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolong
dalam Tauhid Uluhiyah.
AJARAN SESAT WAHABI KEDUA
Qubbah di ats
kubur adalah Haram. Puak Wahabi
berpendapat bahawa membina qubah di atas makam perkuburan adalah haram
dan patut diruntuhkan.
Hal ini
dilaksanakan oleh mereka pada ketika memasuki Hijjaz pada gelombang yang
pertama tahun 1803M dan pada masa gelombang kedua pada tahun 1924M. Qubbah
makam Siti Khadijah r.ha di Mua’la Mekah dan Sahabat-sahabat lain, begitu
juga qubbah Sayidina Hamzah r.a dekat bukit Uhud begitu juga qubbah di
makam Baqi’ di Madinah semuanya diruntuhkan.
Bukan sahaja
qubah makam tetapi juga qubah peringatan Maulud Nabi di Suq Al Lail
juga diruntuhkan dengan meriam. Di seluruh dunia Islam selain yang
dikuasai Wahabi kita dapat melihat qubbah-qubbah ini seperti di Palestin,
Iraq, Maghribi, Mesir, Turki, Afghanistan, Pakistan, Syiria, Indonesia;
semuanya terdapat qubbah di atas maqam para ulama dan nabi-nabi.
Bagi kaum
Ahlussunnah wal Jamaah, membina qubbah-qubbah ini tidak ada salahnya
bahkan baik kerana sebagai tanda bagi ulama-ulama dan auliya-aulia yang
bermakan di situ disamping memudahkan para Muslimin mencarinya untuk
tujuan ziarah.
Tetapi kaum
Wahabi ini tidak berani meruntuhkan qubbah yang ada di atas makam
Nabi Muhammad SAW di Madinah kerana takut akan reaksi dunia Islam
seluruhnya.
AJARAN SESAT WAHABI KETIGA
Berdoa dengan
cara tawasul adalah syirik.
Ulama-ulama
Wahabi selalu menfatwakan bahawa berdoa dengan cara tawasul adalah syirik
dan haram. Hal ini tidaklah menghairankan kerana fahaman Wahabi ini adalah
penerus yang fanatik dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah yang sesat
itu. Pendirian kaum Ahlussunnah wal Jamaah dalam soal tawasul sudah
diperjelaskan dalam bab yang terdahulu yang membincangkan fatwa-fatwa Ibnu
Taimiyah. Pada bab itu telah kami kemukakan
dalil-dalil Al Quran dan hadis-hadis yang berkaitan dengan tawasul itu. Sila
rujuk kembali.
AJARAN SESAT
WAHABI KEEMPAT
Menyambut
Maulidur Rasul adalah haram dan bidaah dholalah.
Ulama Wahabi
menfatwakan bahawa menyambut sambutan Maulidur Rasul SAW adalah haram dan
bidaah dholalah . Hujah mereka adalah kerana Rasul SAW dan para Sahabat Rasul
SAW tidak mengamalkannya dan ianya merupakan satu perkara bidaah(yang
diada-adakan) dalam
Islam dan
bagi mereka setiap bidaah adalah sesat.Ini bertentangan dengan pendapat jumhur
ulama Ahlussunnah wal Jamaah yang membolehkan sambutan
Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati jasa-jasa Rasul SAW dan sebagai
tanda terima kasih kita kepada Rasul SAW yang membawa rahmat ke sekalian
alam dengan kelahirannya ke muka bumi ini.
Bagi
Ahlussunnah wal Jamaah, bidaah itu terbahagi kepada 2 iaitu bidaah hasanah dan
bidaah dholalah. Dan sambutan maulidur rasul ini termasuk dalam kategori
bidaah hasanah (baik).
Kerana ketika
sambutan Maulidur rasul inilah , amalan-amalan baik dan ibadah
banyak dilakukan seperti selawat, berzanji, mendengar ceramah sirah nabi,
nasyid dan pelbagai aktiviti yang menanam rasa kecintaan kita kepada Rasul
SAW dengan harapan untuk mendapatkan syafaatnya di Akhirat kelak.
Ulama Wahabi
juga pernah menuduh bacaan selawat ketika Maulidur Rasul yang
menyebut: “Anta nuurun faqaunuri” yang bermaksud “Andalah cahaya di atas
cahaya” sebagai bercanggah dengan ayat Al Quran ke 35 surah An Nur yang
berbunyi: “Allahu nurus samawa ti wal ard” yang mereka terjemahkan sebagai
” Allah adalah cahaya langit dan bumi.”
Ulama Wahabi
menafsirkan selawat tersebut berlawanan dengan ayat Al Quran tadi kerana
bagi mereka, Allah adalah cahaya langit dan bumi dan sekiranya Rasul
adalah cahaya di atas cahaya, maka seolah-olah Rasul SAW adalah lebih
tinggi dan mulia daripada Allah SWT. Maha Suci Allah! Lihatlah betapa
dangkalnya tafsiran Wahabi ini yang hanya menerima tafsiran zahiriah
ayat Quran
tersebut dan tidak mengupas maksud simbolik atau batiniah surah tersebut.
Bagi
Ahlussunnah wal Jamaah, tafsiran ayat Quran 35 surah An Nuur itu sepatutnya berbunyi: “Allah
adalah cahaya (petunjuk/hidayah) langit dan bumi” dan bukannya seperti yang
ditafsir oleh ulama Wahabi tersebut.
Sekiranya
tafsiran ulama Wahabi ini diterima, maka kita telah melakukan syirik
dengan mengatakan Allah itu adalah cahaya sepertimana cahayanya para
malaikat, matahari, lampu, lilin dan sebagainya. Maha Suci Allah daripada
bersifat seperti makhluk-Nya.
Mari kita
melihat surah As Syura:11 yang bermkasud: “Tiada yang menyerupai-Nya
sebarang sesuatu.” Tetapi hal ini pun tidaklah menghairankan kerana mereka
lebih gemar mengikuti Ibnu Taimiyah laknatullah itu dalam menerima
tafsiran zahiriah semata-mata tanpa mengupas dan melihat
maksud tersirat dalam sesuatu surah itu.
KESESATAN AJARAN WAHABI KELIMA
Istigatsah
Syirik. Tersebut di
dalam kitab karangan ulama Wahabi bertajuk “ Al Hidayatus Saniyah wat
Tuhfatul Wahabiyah” pada muka surat 66 begini:
“Barangsiapa
menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib atau
Mahjub perantara antara mereka dengan Allah, kerana mereka hamper dengan
Allah, seperti yang banyak diperbuat orang di hadapan raja-raja, maka
orang itu kafir, musyrik, halal darahnya dan hartanya, walaupun ia
mengucapkan 2 kalimah syahadat, walaupun dia sembahyang, puasa dan mendakwakan
dirinya Muslim.”
Jelas menurut
buku Wahabi ini bahawa kaum Wahabi mengkafirkan sekalian orang Islam
yang sudah membaca syahadat kalau orang Islam.
No comments:
Post a Comment