Salafus Soleh
telah menyusun kaedah-kaedah aqidah yang menerangkan aqidah islam, untuk
menjaga pemahaman aqidah yang dibawa Nabi Muhammad ﷺ, yang difahami oleh sahabat, tabi’in dan
tabiuttabi’in. Sehingga kita, umat yang ahkir dari umat Nabi Muhammad ﷺ yang lemah iman, yaqin ,ilmu dan amal
ini , tetap berada dalam aqidah islam yang shahih. Aqidah tersebut dikenal
dengan aqidah sifat 50 yang menjelaskan makna kalimat Tauhid “Laa ilaha
illallah - Muhammadarrasulullah”.
“Laa ilaha
illallah “ mengandungi 41 sifat yaitu 20 sifat wajib bahagi Allah, 20 sifat
mustahil bahagi Allah dan 1 sifat yang jaiz (boleh ) bahagi Allah.
Kalimat “Muhammadarrasulullah”
mengandungi 4 sifat yang wajib bahagi nabi Muhammad ﷺ (siddiq, amanah, fathonah, tabligh), 4
sifat yang mustahil, dan 1 sifat yang jaiz (boleh) bahagi Muhammad SAW. Baca ”
Risalah kitab aqidah sifat 20 Syaikh Abdul Ghani”
Tidak ada
satupun salafus soleh yang membahagi-bahagi iman/aqidah dalam tiga pembahagian
ini. Hanya Mohamad Abdol Wahab An Najdi dan anak muridnya (sekte sesat wahabi) yang
membahagi aqidah menjadi 3 yaitu rububiyah, uluhiyah dan asma washifat.
Pembahagian
aqidah secara serampangan ini memang sengaja dibuat oleh Wahabi untuk menyesatkan
umat. Mari kita lihat hujjah ahlusunnah atas kesesatan aqidah wahabi ini.
ULUHIYYAH DAN
RUBUBIYYAH : Suatu Kerapuhan Aqidah Uluhiyyah dan Rububiyyah Ciptaan Ibnu Taimiyah
Pembahagian tauhid kepada dua iaitu tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah
telah dicipta dan dipelopori oleh Ibnu
Taimiyyah Al Harrani (wafat 728H). Pembahagian seperti ini boleh MENGELIRUKAN terutamanya orang awam yang
kurang mendalami ilmu. Kegelincirin Dari Landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Tidak pernah disebut di dalam sunnah nabawiyah bahawa tauhid itu terbahagi
kepada uluhiyyah dan rububiyyah. Dan bahawa mereka yang tidak mengerti tauhid
uluhiyyah adalah yang mengetahui tauhid rububiyyah sebagaimana yang diketahui
oleh golongan musyrikin. Perkara ini tidak pernah disebut langsung oleh
mana-mana sahabat, tabi'in mahupun atba' tabi'in termasuklah Imam Ahmad bin
Hanbal sebagai mana yang didakwa oleh Ibnu Taimiyah. Malah tidak terdapat juga di
dalam karya-karya murid-muridnya yang terkenal, Ibnu Al Jauzi dan Al Hafiz Ibnu
Kathir.
Mari kita
lihat kesesatan faham rububiyah-uluhiyah wahabi :
1. Orang
kafir dianggap beriman dengan tauhid rububiyah Hujjah Ahlusunnah atas kesesatan
tersebut diatas :
Tauhid
Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yang menyembah berhala, atau dengan kata lainnya
“Tauhid” orang yang syirik.
Tauhid Uluhiyah
iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman dan Islamnya
puak Wahabi. Mereka mengatakan bahawa dalam A1 Quran disebut begini:
” Katakanlah
(Wahai Muhammad): Kepunyaan siapakan langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui? Mereka akan
menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah
kepada mereka: Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?” ( A1 Mukminun : 84-8 5)
Dengan ayat
ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang kafir pun percaya kepada
adanya Tuhan
tetapi imannya tidak sah kerana menyembah berhala disamping pengakuannya kepada
adanya Tuhan iaitu Allah. Dalil lain yang mereka ajukan adalah: “Dan kalau
engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan
menjadikan matahari dan bulan, mereka akan menjawab: Allah. Maka: Bagaimana
kamu berpaling daripada kebenaran?” (A1 Ankabut:61)
Jadi
kesimpulannya, orang Wahabi, orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah
selain Allah. Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi
menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang mensyirikkan
Allah. Adapun Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan
Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Allah.
Demikian
pengajian Wahabi.Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. Tiada
sandaran dalil dari Al Quran dan Sunnah. Tiada atsar dari para sahabat. Hatta
para salafus soleh serta imam-imam mazhab yang hidup sekitar 300 tahun dari
zaman Rasulullah ﷺ
juga TIDAK pernah mengatakan, orang kafir itu BERTAUHID tetapi MENSYIRIKKAN ALLAH.
Apa yang dibawa oleh Wahabi ini adalah ajaran FALSAFAH. Bukan ilmu aqidah
berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
Hairan kita
melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum
Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat
Tauhid? Tidak! Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara
yang berlawanan bagai siang dengan malam. Mungkinkah bersatu siang dengan malam
serentak? Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri
seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua-duanya sekali.
Jelas ini
adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi dan kini telah
merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di Timur Tengah. Kaum Wahabi yang
sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia
yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah
wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang
mengikuti mereka sahaja adalah tergolong dalam Tauhid Uluhiyah.
Wahai wahabi
itu adalah “perkataan orang-orang kafir” yang mana perkataan mereka tidak sama
seperti keyakinan didalam hati mereka dan perbuatan mereka. Dan mereka sama
sekali tidak termasuk kategori “ iman“ dari segi manapun. Lihat definisi iman menurut
ahlusunnah :
“iman adalah
menyakini Allah dalam hati yang diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan
perbuatan (kitab sulam taufiq)”.
Maka
penafsiran ahlusunnah dalam ayat ini :
Kalau kamu
bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka? Mereka akan menjawab
Allah.” “Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit
dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan? Mereka akan mengatakan
Allah.” (QS. A1 Ankabut: 61)
“Dan kalau
kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menurunkan air dari langit lalu
menghidupkan bumi setelah matinya? Mereka akan menjawab Allah.” (QS. A1
Ankabut: 63)
Mereka
(orang-orang kafir dalam ayat diatas) tidak digolongkan dalam “beriman” kerana
ini adalah hanya sekadar “ucapan”
tapi tidak ada keyakinan dalam hati dan
tidak diamalkan dalam perbuatan. Ahlusunnah menyimpulkan “orang yang menyakini tauhid dan boleh menjawab
pertanyaan munkar-nakir dalam kubur saja
yang digolongkan telah “ beriman”.
Ketahuilah
wahai wahabi!
Jika manusia
mati dan dimasukan kedalam kubur maka akan
ditanya oleh malaikat tiga perkara :
- Man rabbuka
? (Siapa Tuhan (Rabb) kamu?
Maka mukminin
(orang2 yang beriman) akan menjawab : Allahu Rabbii (Allah adalah rabb (tuhan) kami!
Kenapa Allah
tidak bertanya siapa ilah kamu ? (uluhiyah versi wahabi) kerana tauhid itu adalah iman yang tidak boleh
dibezakan /atau dipisah2kan (rububiyah dan
Uluhiyah)!, Seseorang yang beriman pada rubbubiyah pasti juga beriman pada uluhiyah!.
Sedangkan
aqidah sesat wahabi ini mengatakan : orang ini (orang kafir) beriman pada rububiyah
tapi tidak beriman pada uluhiyah!
Sungguh kesesatan tauhid yang nyata!
2. Dalam
menjelaskan makna Tauhid, Wahabi menafsirkan kalimat “laa ilaha illallah” tanpa
menyertakan penafsiran kalimat “Muhammadarrasulullah”
Sehingga akan
mengkafirkan orang-orang yang mukmin (yaqinnya hanya pada Allah) tapi ia
“bertawasul dengan nabi”, “bertabaruk dengan benda-benda peninggalan nabi” dan
sebagainya. (padahal tawasul dan tabaruk adalah sunah Para Nabi).
Hujjah
ahlusunnah Dalam Perkara ini :
Dalam
penafsiran makna aqidah islam tidak boleh memisahkan antara kalimat iman “laa ilaha illallah ” Dengan Kalimat Amal
““Muhammadarrasulullah”.
Maka kenapa
ahlusunnah dan nabi adam, nabi yusuf, sahabat nabi dan salafus soleh bertawasul
dan tabaruk ?Maka jawaban lisan kami dan keyakinan hati kami menjawab
“Kami yakin bahawa Makhluq (selain Allah)
tidak boleh yang memberi manfaat dan mudharat,
tapi hanya Allah yang memberi manfaat dan mudharat.
Kami
bertwasul dan ber-tabaruk kerana
perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ”
Untuk masalah
ini kami jelaskan makna kalimat tauhid “Laa ilaha illallah Muhammadarrasulullah”
:
a) Maksud
Kalimat iman “laa ilaha illallah “
Ketahuilah!
Bahwa kalimat “laa ilaha illallah ” adalah kalimat”iman (dalam kenyakinan/i’tiqad dalam hati”
Makna ”
Menyakini bahawa makhluq (selain Allah) tidak punya kuasa apapun!, Hanya Allah
yang punya kuasa (Hanya Allah yg dapat memberi manfaat dan mudharat, Allah yang menciptakan, memelihara, memberi rezqi,
menghilangkan sakit, menurunkan hujan
dan sebagainya.)”
Seperti :
Makan tidak boleh memberi kenyang, tapi Allah yang memberi kenyang! Minum tidak boleh menghilangkan haus, tapi
Allah yang menghilangkan Haus! inilah
maksud kalimat ini, sedangkan kenapa kita makan, minum dsb? Akan dijelaskan dengan kalimat tauhid yang kedua
“Muhammadarrasulullah”
b) . Maksud
kalimat amal “Muhammadarrasulullah”
Maka Kalimat
iman “laa ilaha illallah ” dalam iqrar al’ubudiyah (janji penghambaan kita pada
Allah /syahadat ) tidak boleh dipisahkan dengan Kalimat amal yaitu “Muhammadarrasulullah”
.
Maksudnya :
Segala perbuatan yang akan membawa kejayaan didunia dan ahirat adalah hanya
dengan mengikut sunah Nabi Muhammad ﷺ.
Jadi, kita
akan jawab : “Saya yakin bahwa makanan tidak boleh yang memberi kenyang, tapi
Allah yang memberi kenyang. Saya Makan kerana Perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad ﷺ”
- (kerana
Allah perintahkan untuk makan adan bekerja yang halal “kuluu minathayibati wa’malu shalihaa”(al qur’an)
- dan juga
rasulullah makan dan minum dengan penuh adab dan do’ a (lihat kitab hadits bab makan ).
Jadi mengenai
tawassul dan tabaruk :
Maka jawaban
lisan kami dan keyakinan hati kami menjawab :
“Kami yakin
bahwa Makhluq (selain Allah) tidak boleh yang memberi manfaat dan mudharat, tapi hanya Allah yang memberi
manfaat dan mudharat.
Kami
bertwasul dan ber-tabaruk kerana Perintah Allah dan sunnah NabiMuhammad ﷺ
Dalil-tawasul
dan Tabaruk :
Nabi
Adam Bertawassul dengan Nabi Muhammad ﷺ. Sebelum Nabi Muhammad Lahir. Saiyidina Umar ra.
berkata bahawa bahaginda Rasulullah ﷺ berkata :
Tatkala Nabi Adam a.s. telah berbuat kesalahan (yang dengan sebab itu nabi Adam
a.s. telah dihantar dari syurga ke dunia ini maka bahaginda a.s. senantiasa
berdoa dan beristighfar sambil menangis-nangis). Sekali beliau mengangkat
kepalanya ke langit dan memohon : “ Ya
Allah. Aku memohon
(keampunan) kepada Engkau dengan berkat Muhammad ﷺ. Maka Allah SWT mewahyukan kepadanya : “ Siapakah
Muhammad ﷺ ini,
yang engkau memohon keampunan
dengan berkatnya? Bahaginda a.s menjawab : Ketika Engkau jadikan aku,maka
sekali daku melihat ke ‘ arasymu dan terpandang tulisan Laa
ilaha illallahu Muhammadurrasuulullahi
(Tidak ada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah - Nabi Muhammad ﷺ
adalah Utusan Allah). Maka aku yakin bahawa tiada siapa pun yang lebih
tinggi darinya disisi-Mu yang namanya Engkau letakan bersama Nama Mu” …
Lantas Allah
mewahyukan kepada bahaginda a.s. : ”Wahai Adam, sesungguhnya dia adalah Nabi Akhir zaman dari keturunanmu. Sekiranya dia
tidak ada maka pasti aku tidak akan menciptakanmu” (Dikeluarkan dari Thabrani dalam Jami’ushaghir
dan juga Hakim
dan Abu Nu’aim dan Baihaqi keduanya dalam dalam kitab Ad -Dalail).
Keterangan :
Pada masa itu apa dan dengan cara bagaimanakah bahaginda
Adam AS memohon keampunan kepada Allah ﷻ tentang
hal ini didapati berbagai macam riwayat tetapi tidak ada perselisihan dalam
riwayat tersebut. Ibnu Abbas ra berkata bahawa Nabi Adam AS pernah menangis
yang jika tangisan seluruh manusia dikumpulkan maka tidak akan menyamai
tangisan Adam AS. Sehingga bahaginda tidak mengangkat kepalanya ke langit. Didalam
sebuah hadits diterangkan : “Andaikata
titisan air mata nabi Adam as ditimbang dengan
titisan airmata seluruh anak cucunya. Maka titisan air mata beliaulah yang akan
memberati.”
Maka
dalam keadaan yang sedemikian itu bagaimana
bahaginda bermunajat dan memohon pengampunan itu tidak mungkin diduga oleh
manusia biasa. Oleh itu tentang cara-cara mengenai memohon keampunan yang
diterangkan dalam hadits diatas tidaklah terdapat kesukaran apapun. Salah
satunya adalah memohon keampunan denganbekat bahaginda ﷺ dan tertulisnya kalimah “laa ilah illallah
Muhammadurrasulullah” di Arsy.
Juga
disebutkan dalam hadits yang lain. Bahaginda ﷺ bersabda : Saat akumemasuki syurga (pada malam mi’raj) aku melihat kedua
belah pintu surga tertulis tiga baris kalimat.
Kalimat Pertama : Laa ilaha illallahu Muhammadurrasuulullah. (Tidak adatuhan yang
berhaq disembah melainkan Allah - Nabi Muhammad ﷺ adalah Utusan Allah). Kalimat kedua : maa qaddamnaa wajadnaa wamaa
akalnaa rabihnaa wamaakhalafnaa khasarnaa “Apa-apa yang telah kami hantar
kemuka (sedekah dan sebagainya) telah diterima. Apa-apa yang telah kami makan
(didunia) telah menguntungkan kami. Dan apa-apa yang kami tinggalkan (didunia)
telah merugikan kami. Kalimat ketiga :“ummatum madznibatun warabbun ghafuurun” “Umat adalah pendosa dan Tuhan pengampun” (Fadhilat Dzikir, Hadits 2 zikir,
Hadits 28)
Jadi
telah jelas bahawa Nabi Adam bertawasul dengan nabi Muhammad ﷺsebelum
nabi dilahirkan kerana ketinggian derajat Nabi Muhammad ﷺ
dan Nama Nabi Muhammad Tertulis di Arsy. Jadi saat rasulullah belum
dilahirkan,saat rasulullah hidup maupun saat rasulullah sudah wafat .maka
dibolehkan bertawasul dengan keberkatan Nabi ﷺ. (kerana ketinggian derajat
NabiMuhammad ﷺ dan Nama Nabi Muhammad Tertulis di ‘Arsy).
3.
Kesesatan tauhid Asma wa shifat wahabi adalah mengambil makna zaahir af ’al (perbuatan)
Allah dalam ayat dan hadits Mutasyabihat. Sehingga mensifati Allahd engan sifat
makhluq seperti yang disebutkan dalam kitab-kitab mereka : Tuhan duduk, Tuhan
di arsy, Tuhan di langit, Tuhan punya
dua tangan, punya jari-jari, punya dua kaki, tuhan berlari kecil, tuhan
berjalan, tuhan naik turun dan sebagainya.
Hujjah Ahlusunnah atas kesesatan ini :
1. Wahabi mengatakan : “Allah ada tangan tetapi tangan Allah
berbeza dengan tangan Makhluk”. Mereka mengatakan mereka menerima secara zahir,lalu
mereka katakan lagi bahawa yang zahir
itu beza dengan zahirnya makhluk.
Maka kami bertanya : “ lalu makna zahir mana yang
mereka katakana” menerima secara zahir ???
Inilah akidah akal akalan mereka. Tak ada satu orang pun salafus soleh
yang mempunyai akal sebegini.
2. Wahabi
mempunyai keyakinan bahawa Tuhan bersemayam di arsy.
Maka kami
bertanya. Manakah yang berjarak lebih dekat ke arsy : seseorang dalamkeadaan
berdiri atau sujud?
Cuba anda fikirkan, manakah yang
berjarak lebih dekat ke arsy : seseorang dalam keadaan berdiri atau sujud ? Sudah tentu berdiri lebih
dekat ke arsy. Jadi apabila anda
berpendapat bahawa Allah bersemayam di Arsy, maka dimanakah hadits yang mengatakan, “Paling
dekatnya kedudukan seorang hamba dengan Tuhannya adalah apabila dia dalam keadaan sujud ”
3. Kita tanya kepada Wahabi …. Sebelum
Allah ciptakan semua makhluq (zaman azali) … .semua makhluq tidak ada (langit,arsy,tempat, ruang,arah,cahaya,atas,bawah
… .smua makluq tidak ada,kerana
Allah belum ciptakan …) pada
saat itu dimana Allah? dan setelah Allah ciptakan semua
makhluq(langit,arsy,arah,tempat dan sebagainya), dimana Allah?
Ingat : Sifat Allah adalah qidam,
tetap, tidak berubah.. Sifat Allah tidak sama dengan makhluq.
4 . Kita tanya Wahabi lagi …. kenapa kamu solat masih hadap ke kiblat, katanya
Allah diatas?
Ingat!!! Langit hanyalah kiblat doa, bukan tempat
bersemayam Allah..
Ingat !!! Allah ada tanpa tempat, tanpa arah.
WAHABI TIDAK BERIMAN DENGAN SIFAT QIDAM DAN ZAMAN AZALI
Qidam bermakna sudah sedia ada ( adanya tidak
didahului oleh tidak adanya).
Dalil : huwal awwalu wal akhiiru. Huwa yaitu
Allah, al awwalu, Dzat yang awal, wal akhiiru dan Dzat yang akhir.
Sifat
mustahil / lawan ( muhal ) qidam = huduts ( baru )
SEDANGKAN MAKHLUQ ADALAH BARU
No comments:
Post a Comment