Dari blog Abu Hasan Chan (http://abuhasanchan.blogspot.my/2010/05/dipetik-drp-httpabu-syafiq.html)
WAHHABI HINA ILMU AKIDAH ISLAM
Di bawah ini rakaman kenyataan Wahhabi tersebut dan mereka yang terpengaruh dengan unsur Wahhabi. Dr Asri paling benci pengajian ilmu Tauhid Islam bahkan secara terang juga menghina Imam Al-Ghazali dalam rakaman ini. Tidak hairan jika ilmu tauhid pun dia (Asri) hina Imam Ghazali lagilah 'kena'.
KOMEN SAYA : ( Oleh Abu Hasan Chan )
Apa yang dikritik oleh 2 orang tokoh Wahabi Malaysia serta konco-konco tentang Sifat 20 adalah sesuatu yang melampau. Sungguhpun ilmu Sifat 20 adalah hasil pemikiran ulama tapi ia sebenarnya disusun untuk memudahkan ummat Islam mengenal dan memahami sifat-sifat Tuhan. Lebih-lebih lagi ia melibatkan orang awam yang kurang kemahiran dan tidak dalam ilmu tafsir dan hadith. Ia adalah jalan rengkas menyebut sifat-sifat Tuhan yang perlu diketahui secara dibilang sehingga 20 jumlahnya. Yang sebenarnya sifat-sifat Tuhan melebihi 20 dan yang selebihnya perlu diketahui juga dengan cara bertanya kepada orang-orang yang lebih berilmu.
Sebagai contoh ....jika ada orang yang baru memeluk Islam dia perlu sebagai permulaan mengenal Tuhan. Orang yang baru tidak perlu kita menunjukkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith tentang Tuhan itu Wujud , Tuhan itu Satu , Tuhan itu Baqa' (kekal dan tidak binasa), Tuhan itu Sama' .....Tuhan bersalahan dengan segala sesuatu yang merupakan makhluk .....dsbnya.
Begitu juga kita mengajar anak-anak kecil mengenal sifat-sifat Tuhan cara Sifat 20 sebagai asas. Cuma kita tidak perlu menyebut istilah-istilah Usuluddin secara terperinci , hanya perlu sebut apa itu maksud Wajibul-Wujud , Wahdaniah , Mukhalafatuhu lil-Hawadith ...dsbnya. Bukankah itu indah bila anak-anak kecil ditanam dengan bibit-bibit awal mengenal Tuhan ? Mereka belum bersedia untuk tahu dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Qur'an dan Hadith.
Tambahan pula ulama yang menyusun ilmu Sifat 20 adalah sebagai rumusan daripada ayat-ayat al-Qu'an dan Hadith , bukan rekaan semata-mata yang bercanggah secara mutlak dengan ajaran-ajaran Islam. Bahkan ilmu Sifat 20 akan menjadi senjata yang kuat untuk menolak dakyah Kristian dan fahaman syirik.
Sebagai contoh juga ...fahaman Kristian berkenaan TRINITI yang mereka percaya Tuhan Yang SATU terdiri daripada 3 oknum = Tuhan Bapa , Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Qudus. Ketiga-tiga oknum adalah Tuhan masing-masing yang bersamaan zat dan sifat. Jadi mereka percaya 3 Tuhan (Oknum) dikira sebagai satu. Begini maksudnya :
TRINITI = Tuhan Bapa + Tuhan Anak + Tuhan Ruh Qudus = SATU TUHAN.
Dalam istilah usuluddin ulama Islam mengajar kita secara tidak langsung akidah Syirik Kristianiti perlu ditolak secara aqli (menggunakan akal)
Akidah TRINITI mengatakan Tuhan adalah Satu tapi terdiri daripada 3 zat (oknum) = kam munfasil (bilangan terpisah zat berlainan)
Akidah TRINITI juga mengatakan 3 zat (oknum) itu semua adalah SEBATI sebagai Satu = kam muttasil (bilangan yang sebati zat menjadi satu)
Oleh ilmu Sifat 20 ada menyebut bahawa zat Allah Yang Maha Esa adalah tetap satu dan menolak kedua-kedua fahaman kam munfasil dan kam muttasil.
Jadi ilmu Sifat 20 adalah cara yang amat berkesan untuk menjaga akidah anak-anak dan ummat Islam daripada terjerumus kedalam fahaman Syirik ...umpama akidah TRINITI Kristian yang sesat.
Hujjah-hujjah konco-konco Wahabi adalah lemah dan tidak mengikut realiti Islam. Kalau dikira bid'ah sesat...sebenar boleh dikira banyak bid'ah dalam Islam seperti membubuh baris dan tanda-tanda bacaan al-Qur'an yang pada asalnya tidak berbaris. Ini untuk membantu ummat Islam membaca al-Qur'an dengan betul ...dan ilmu tajwid disusun oleh para ulama silam untuk tujuan ini ....dan al-Qur'an sendiri membuka ruang yang luas untuk ummat Islam mencari jalan mengkagumi ayat-ayatnya dan menolak dakyah-dakyah musuh Islam...sekalipun dengan cara menggunakan komputer dan internet.
Banyak lagi contoh-contoh boleh saya sebut. Bagi orang-orang Wahabi ...yang mereka membaca kitab-kitab hasil karya Ibnu Tamiyah , Ibnu Hazm , Ibnu Jauziah dsbnya ...tahukan mereka pada asalnya penulisan kitab-kitab mereka adalah merupada tulisan tangan kemudian disalin beberapa ratusan kali ...dan sebelum wujudnya percetakan moden ...banyak naskah manuskrip perlu dibandingkan kerana ada naskah yang tersilap salin dan perlu diperbetulkan. Itu semua kerja pakar-pakar yang mahir.
Saya hendak beritahu ...ilmu Sifat 20 adalah hasil kajian beratus-ratus tahun lamanya , disemak oleh ulama-ulama yang mahir ....dan kenapa dikira cara Sifat 20 adalah bida'ah yang sesat ? Adakah dalam ilmu Sifat 20 ada unsur-unsur syirik ?
Macam zaman komputer ini ....adakah sesiapa boleh memberi fatwa ..adakah kita mendapat pahala kalau kita mendengar bacaan al-Qur'an secara audio daripada CD ? Setahu saya kita perlu mendengar seorang manusia Islam yang membaca ayat-ayat al-Qur'an dan kita mempertikai ....kalau dengar CD bacaan al-Qur'an macam mana ? Ya ...itu bida'ah apa ? Ini kerana pada zaman Nabi belum ada komputer.
Tambahan lagi ....tafsir-tafsir al-Qur'an tidak semua terdiri daripada tafsir secara riwayat atau ma'thur. Banyak tafsir al-Qur'an terdiri daripada tafsiran secara dirayah (cara menggunakan aqal). Itu adalah hasil instinbat dan rumusan yang tidak bercanggahan dengan ajaran al-Qur'an dan hadith itu sendiri. Begitu juga ilmu Sifat 20 adalah hasil rumusan ulama-ulama Islam dan saya tidak kira mereka itu sesat walaupun mengikut pembahasan falsafah.
Alhamdulillah Posted 27th October 2017 by Anonymous
ReplyDelete