Friday, 8 May 2020

ADAKAH BENAR ULAMA HABA'IB ADALAH AHLI BID'AH?



ADAKAH BENAR ULAMA HABA'IB ADALAH AHLI BID'AH?
Sebelum saya berangkat ke Tarim, Yaman pd 2010 untuk bersuai kenal dengan corak pembelajaran ulama Haba'ib, saya terlebih dahulu memperdalami ilmu hadis di Afrika Selatan pd 2001-2009. Disana saya berpeluang untuk mempelajari kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bersama kutub Sittah yg lain, dari kulit ke kulit secara riwayah dan dirayah sehingga khatam.
Kemudian, setelah itu barulah saya pergi ke Yaman untuk mengambil ilmu dari Habaib yg mana mereka adalah ulama Ahlul Bait berketurunan Rasulullah SAW.
Sepanjang 3 tahun berada Tarim, Yaman, saya dapati para Habaib adalah golongan yang sangat memelihara sunnah Rasulullah SAW dari yg seringan2nya seperti penggunaan miswak sebelum solat sehingga sebesar-besarnya iaitu urusan dakwah, mengajak manusia kepada Allah. Semua sunnah2 Nabi dihidupkan dan diambil berat dengan penuh perhatian.
Sedikitpun saya tidak melihat amalan mereka bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Bahkan saya berpeluang melihat bagaimana hadis2 sahih dan pelbagai hadis2 yang lain dihidupkan satu persatu dihadapan mata kepala.
Disamping itu, budaya keilmuan dan intelektual Islam sangat rancak berjalan dari lepas subuh sehingga ke tengah malam. Walaupun Tarim adalah sebuah daerah kecil, namun didalamnya terdapat begitu ramai ulama Haba'ib yg mahir dalam pelbagai disiplin ilmu agama.
Oleh kerana itu, halaqah2 ilmu bertaburan di mana2 sama ada yg dibuat dalam rumah, masjid, ribat, dan madrasah. Boleh rambang mata dibuatnya untuk memilih halaqah ilmu mana yg hendak dihadiri. Dari ilmu tajwid qiraat sehinggalah kepada pengajian Sahih Bukhari.
Pengalaman yg tak dapat dilupakan ialah majlis khatam pembacaan kitab Sahih Bukhari yang dihadiri oleh 5000 orang. Itu adalah acara tahunan yg sangat dinanti2 oleh ramai orang.
Jika seandainya ketika keberadaan disana, saya dapati ulama Haba'ib ada melakukan amalan ahli bid'ah, terjebak dgn Syi'ah atau menyeleweng dari Sunnah, sudah tentu sayalah orang pertama yg akan angkat kaki meninggalkan mereka.
Ini adalah kerana ketika pengajian di Afrika Selatan selama 8 tahun, saya telah diajar dgn disiplin ilmu hadis yg sangat ketat dan disamping itu turut mempelajari selok belok kesesatan pelbagai ajaran2 menyeleweng yg terkeluar dari landasan Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini semua membuatkan saya sejak itu menjadi lebih berhati2 dan rigid untuk memilih dari siapa hendak diambil ilmu agama.
Sebenarnya sebelum menjejakkan kaki ke Yaman, saya sudah pun membuat research berkenaan amalan para Habaib yg dikatakan sebagai ahli bid'ah, melakukan khurafat, menyembah kubur, memuja orang mati, buat haji dan tawaf di maqam Nabi Hud, membuat hal2 syirik di kawasan perkuburan(kuburiyyun) , minta pertolongan dari makhluk, dan lain2.
Oleh itu, keberangkatan saya ke Yaman adalah bersama kesediaan untuk pulang semula ke tanahair jika amalan2 diatas benar terdapat pd mereka. Namun apa yg saya dapati ialah tidak ada satu pun yg diperkatakan itu adalah benar. Maka tahulah saya yg ia semata2 tohmahan dan fitnah semata2.
سُبْحَانَكَ هَٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيم
Saya menyaksikan tidak ada satu pun amalan mereka yg bertentangan dgn Sunnah. Bahkan mereka begitu serius dengan pegangan Sunnah Rasul dan sangat halus menekankan bab adab, akhlak, pentarbiahan budi pekerti dan penyucian hati. SubhanaAllah, setiap dari amalan mereka adalah bersandar kpd al-Qur'an dan Sunnah.
Disini saya dengan rendah hati ingin mempelawa rakan2 yg berpegang teguh dgn hadis2 sahih untuk datang ke Tarim, Yaman untuk dapatkan personal touch dan pengalaman bersama dengan para Habaib serta menyaksikan sendiri amalan2 mereka.
Jangan lupa untuk mencari dan bertanya mengenai dalil dari nas al-Qur'an dan hadis kepada amalan yg mereka lakukan. Dan inilah yg saya lakukan sepanjang bergaul dengan ulama Haba'ib.
Amat mudah untuk memperkatakan sesuatu yg tidak diketahui secara pasti jika tidak berada di tempat itu untuk membuktikan kesahihan sebuah berita.
Pada pemerhatian saya, ada beberapa faktor yg menyebabkan orang mudah membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan keatas para Habaib, antaranya ialah:
1) sikap terburu2 untuk menyalahkan tanpa usul periksa(tabayyun)
2) menelan bulat2 tohmahan yang dibuat oleh orang lain
3) sikap buruk sangka akibat dari fanatik(hanya kelompoknya saja yang betul) atau kerana kejahilan diri
4)tidak pernah berada di tempat para Habaib dan bergaul dengan mereka untuk menyaksikan amalan2 mereka
5) kegagalan untuk memahami makna "Sunnah" dengan beranggapan bahawa apa sahaja yang tidak dilakukan Nabi(al-tarku), itu bukan Sunnah. Sehingga tidak dapat membezakan diantara "tak ikut Sunnah" dengan "tak ikut hadis"
6) kegagalan memahami skop makna ibadah dengan beranggapan bahawa yg namanya ibadah mesti disebutkan secara jelas dalam Quran dan hadis. Sehingga tidak dapat membezakan antara "ibadah mahdhah" dan "ghair mahdhah".
7)mencampur adukkan secara salah antara perbincangan aqidah , ilmu fiqh dan tasawuf, yg membawa kpd kesimpulan yg keliru seperti perbahasan tawassul dan tabarruk dibincangkan dibawah aqidah. Sehingga dgn mudah menyesatkan orang lain
8)menjadikan isu khilafiyah sebagai perbahasan pokok dalam Aqidah sehingga mudah mensyirikkan sesuatu amalan.
9)salah faham kepada mafhum bid'ah sehingga dgn mudah membid'ah dolalahkan sesuatu amalan.
10) meletakkan sebuah disiplin ilmu bukan pd kerangka ilmunya yg betul contohnya seperti menjadikan kitab Hadis Bukhari dan Muslim sebagai sebuah mazhab fiqh
11) masih belum berjumpa dengan dalil keharusan sesuatu amalan
12) tidak dapat berlapang dada dengan sebuah isu yg berada dlm ruang perselisihan pendapat
13) dan banyak lagi...
Sehari dua ini, ada pihak yg cuba membuat tohmahan terhadap al-Habib Ali al-Hamid dengan pelbagai tuduhan. Akan tetapi, punca berlakunya tuduhan itu adalah kembali kepada faktor2 yg telah saya nyatakan diatas.
Pesanan saya buat saudara2 yg saya kasihi dari yg kuat berlatarbelakang hadis sahih, saya juga bersama kalian, namun bersikap adillah dalam menilai sesebuah kelompok. Meskipun ulama Haba'ib tidak maksum tapi usah mudah jump to conclusion dan tergesa2 membuat kenyataan bukan pada tempatnya.
Teruslah mencari kebenaran namun jangan kerana kita membaca beberapa buah kitab atau belajar sesebuah pemikiran atau melihat beberapa gambar yang berlegar di alam maya kemudian dengan melulu menghukum orang lain dengan sesat atau sebagainya.
Akhiran, saya mengajak untuk bertafakkur dan bertazakkur dengan hadis Sahih yg berikut ini:
أنا تاركٌ فِيكم ثَقلينِ: أوَّلهما: كتابُ الله، فيه الهُدى والنُور؛ فخُذوا بكتاب الله، واستمسِكوا به، فحثَّ على كِتاب الله ورغَّب فيه، ثم قال: وأهلُ بَيْتي، أُذكِّركم اللهَ في أهلِ بيتي، أُذكِّركم اللهَ في أهل بيتي، أُذكِّركم الله في أهلِ بَيتي
Aku akan meninggalkan kepada kalian Ats-Tsaqalain [dua hal yang berat(sangat penting)] yaitu : Pertama,Kitabullah yang padanya berisi petunjuk dan cahaya, kerana itu ambillah ia (yaitu melaksanakan kandungannya) dan berpegang teguhlah kalian kepadanya’. Beliau menekankan pengamalan Kitabullah dan menggesa untuk sentiasa berpaut padanya.
Kemudian Baginda melanjutkan : ‘ (Kedua), dan ahlul-baitku(ahli keluargaku) Aku ingatkan kalian akan Allah terhadap ahlu-baitku’ – beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali
(Riwayat Muslim)
Oleh: iqbal Zain al-jauhari
Shuhadak Mahmud, Umie Safa and 35 others
15 shares
Like

No comments:

Post a Comment