Saturday, 9 May 2020

Benarkah Imam al-Nawawi menyalahi Imam al-Shafi'i?



Dr Khalif Muammar
9 hrs ·

Benarkah Imam al-Nawawi menyalahi Imam al-Shafi'i?

Pseudo-Salafi (Wahabi): Imam Nawawi mengambil satu pandangan yang lain daripada yang digunakan dalam mazhab kerana (kononnya) bersandarkan satu hadith yang mungkin tidak sampai kepada mujtahid mazhab yang lain. Ini bermakna beliau tidak terikat dengan mazhab dan ini adalah hal yang normal, kerana Imam al-Shafi’i sendiri berkata apabila sahih sesuatu hadith maka itu adalah mazhabku.

Jawapan: Imam al-Nawawi rahimahullah adalah seorang mujtahid dalam mazhab al-Shafi’i, pandangan beliau sering dianggap sebagai pandangan muktamad dalam mazhab. Sebagai seorang mujtahid bermakna beliau berhak untuk mengambil pandangan yang lain daripada pandangan para mujtahid dalam mazhab. Namun perbezaan pandangan ini hanyalah berlaku di dalam hal2 furu’ (cabang) dan bukan usul (pokok). Oleh kerana itu meskipun beliau memilih beberapa pandangan (ikhtiyarat) yang berbeza dengan yang lain dalam mazhab atau merentas mazhab maka tidak dapat dikatakan bahawa Imam al-Nawawi tidak terikat dengan mazhab, atau mazhabnya adalah mengikut hadith sahih semata2.

Hakikatnya imam al-Nawawi berpegang teguh dengan mazhab al-Shafi’i dalam fiqh, mengikut Pegangan Asha’irah dalam Aqidah, meskipun beliau adalah seorang mujtahid. Maka seyogianya bagi orang awam, dan yang belum mencapai martabat mujtahid, lebih berdisiplin mengikuti mazhabnya dan tidak ‘berijtihad’ sesuka hati dan menganggap dirinya lebih tahu daripada imam-imam mazhab

No comments:

Post a Comment