HADITH DOA JIBRIL MENJELANG RAMADHAN YANG SAHIH :
Dari 3 orang sahabat Nabi رضي الله عنهم
(1) Dari Sayyiduna Jabir bin Samurah رضي الله عنه
عن جابر بن سمرة رضي الله عنه قال: ((صعد النبي صلى الله عليه وسلم المنبر فقال: آمين, آمين, آمين. قال: أتاني جبريل عليه السلام فقال: يا محمد, من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار, فأبعده الله. قل: آمين. فقلت: آمين. قال: يا محمد, من أدرك شهر رمضان, فمات, فلم يغفر له, فأدخل النار, فأبعده الله. قل: آمين. فقلت: آمين. قال: ومن ذكرت عنده فلم يصل عليك, فمات فدخل النار, فأبعده الله. قل: آمين. فقلت: آمين))
رواه الطبراني (2/243) (2022).
قال المنذري في ((الترغيب والترهيب)) (3/218): رواه الطبراني بأسانيد أحدها حسن، وقال الهيثمي في ((مجمع الزوائد)) (8/142): رواه الطبراني بأسانيد وأحدها حسن, ولهذا الحديث طرق.
Terjemahan:
Dari Sayyiduna Jabir bin Samurah رضي الله عنه katanya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah naik ke minbar,kemudian mengatakan "Aamin,Aamin,Aamin"
Kemudian Baginda bersabda;
"Aku telah didatangi oleh Jibril عليه السلام dan beliau berkata;
[Wahai Muhammad,barangsiapa yang mendapati salah seorang dari kedua orang tuanya (tetapi tidak mendapatkan keredhaannya) dan dia mati lalu dimasukkan ke neraka,maka telah jauhlah (rahmat) Allah darinya,maka ucapkanlah; 'Aamin'!]
Maka aku berkata; Aamin.
Kemudian dia berkata lagi: [Wahai Muhammad barangsiapa yang mendapati Ramadhan, kemudian dia mati,sedangkan dia tidak diampuni,lalu dimasukkan ke neraka,maka telah jauhlah (rahmat) Allah darinya,maka ucapkanlah; 'Aamin'!]
Maka aku berkata; Aamin.
Kemudian dia berkata lagi: [Barangsiapa yang mendapati namamu disebut dihadapannya, namun dia tidak berselawat kemudian dia mati,lalu dimasukkan ke neraka,maka telah jauhlah (rahmat) Allah darinya,maka ucapkanlah; 'Aamin'!]
Maka aku berkata; Aamin
Riwayat Imam At Thabarani dan bahawa Imam al-Munziri berkata: Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan beberapa sanad. Salah satunya hasan.
Dan dianggap Hasan oleh Imam Al Haitsami.
(2) Dari Sayyiduna Abi Hurayrah رضي الله عنه
عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم صعد المنبر فقال : ( آمين آمين آمين ) قيل : يا رسول الله إنك حين صعدت المنبر قلت : آمين آمين آمين قال : ( إن جبريل أتاني فقال : من أدرك شهر رمضان ولم يغفر له فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين ومن أدرك أبوية أو أحدهما فلم يبرهما فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين ومن ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين )
رواه ابن حبان ( 3/188 ) 907
- والطبراني في المعجم الكبير( 2/243)(2022)
والمعجم الأوسط(8/113) (8131 )
Terjemahaan:
Dari Sayyiduna Abi Hurairah رضي الله عنه,katanya,Rasulullah صلى الله عليه وسلم naik ke atas mimbar, kemudian Baginda bersabda :
“Aamiin… Aamiin… Aamiin…”.
Kemudian ditanyakan (oleh para sahabat), kepada Baginda :
“Wahai Rasulullah, (mengapakah) saat engkau naik ke atas mimbar, engkau sampai mengatakan Aamiin (3x)? ”
Baginda menjawab:
“Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan (puasa), kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadhan tersebut), maka ia dimasukkan ke dalam api neraka dan (rahmat) Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah: Aamiin”. Kemudian aku mengaminkannya.
“Dan barang siapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian dia mati, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan (rahmat) Allah jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin”
“Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan selawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan (rahmat) Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah; Amin, maka aku katakan “Amin”
Riwayat Imam Ibn Hibban, dan At-Tabrani
(3) Dari Sayyiduna Ka'ab bin 'Ujrah رضي الله عنه
وعن كعب بن عجرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
احضروا المنبر فحضرنا فلما ارتقى درجة قال
آمين
فلما ارتقى الدرجة الثانية قال
آمين فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال
آمين فلما نزل قلنا يا رسول الله لقد سمعنا منك اليوم شيئا ما كنا نسمعه قال
إن جبريل عليه السلام عرض لي فقال بعد من أدرك رمضان فلم يغفر له قلت آمين فلما رقيت الثانية قال بعد من ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت آمين فلما رقيت الثالثة قال بعد من أدرك أبويه الكبر عنده أو أحدهما فلم يدخلاه الجنة قلت آمين
رواه الحاكم وقال صحيح الإسناد
Terjemahan:
Dari Sayyiduna Ka’ab bin Ujrah رضي الله عنه katanya, Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda, “Mendekatlah kalian ke mimbar!”
Lalu kami pun mendekati mimbar itu. Ketika Rasulullah menaiki tangga mimbar yang pertama, beliau berkata, “Amin.” Ketika baginda menaiki tangga yang kedua, baginda pun berkata, “Amin.” Ketika beliau menaiki tangga yang ketiga, baginda pun berkata, “Amin.”
Setelah Rasulullah turun dari mimbar, kami pun berkata,
“Ya Rasulullah, sungguh kami telah mendengar dari engkau pada hari ini, sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya.”
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,
“Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan.” Maka aku berkata, “Amin”
Ketika aku menaiki tangga yang kedua, Jibril berkata,
“Celakalah orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak berselawat ke atasmu.” Aku pun berkata, Amin.’
Ketika aku melangkah ke tangga ketiga, Jibril berkata,
“Celakalah orang yang mendapati ibu bapaknya yang telah tua, atau salah satu dari keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk syurga.” Akupun berkata, Amin.
Hadith riwayat Imam Al Hakim dan beliau memberikan komentar: Hadith ini sahih Isnadnya.
والله أعلم
Hadiah ilmu dari Maulana Hussain Yusuf kepada alfaqir Ahmad bin Shadan.
أهلاً وسهلاً يا رمضان
No comments:
Post a Comment