Friday, 8 May 2020

IBNU TAIMIYAH MENGHARUSKAN SEDEKAH BACAAN AL QURAN KEPADA MAYAT

Wahabi : membaca AL Fatihah dan sedekahkan bacaan Al Fatihah tersebut kepada yang telah meninggal dunia adalah bida'ah dhalolah, sesat, syirik, kafir dan masuk ke neraka.
Ahli Sunnah Wal Jamaah : KASIHAN kat Ibnu Taimiyah.
Wahabi : Apasal?
Ahli Sunnah Wal Jamaah : Wahabi semua mengikut fatwa Ibnu Taimiyah. Bagi Wahabi Ibnu Taimiyah adalah yang paling layak diikuti. Sampai Mufti Pasir Berdengung yang mensyirikkan qasidah memuji Nabi SAW, tanpa segan silu membuat puisi memuji Ibnu Taimiyah.
Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidla’ al-Shirat al-Mustaqim II/261:
اِنَّ ثَوَابَ الْعِبَادَاتِ الْبَدَنِيَّةِ مِنَ الصَّلاَةِ وَالْقِرَاءَةِ وَغَيْرِهِمَا يَصِلُ إِلَى الْمَيِّتِ كَمَا يَصِلُ إِلَيْهِ ثَوَابُ الْعِبَادَاتِ الْمَالِيَّةِ بِاْلإِجْمَاعِ وَهَذَا مَذْهَبُ أَبِي حَنِيْفَةَ وَأَحْمَدَ وَغَيْرِهِمَا وَقَوْلُ طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِ الشَّافِعِي وَمَالِكٍ وَهُوَ الصَّوَابُ ِلأَدِلَّةٍ كَثِيْرَةٍ ذَكَرْنَاهَا فِي غَيْرِ هَذَا الْمَوْضِعِ (اقتضاء الصراط المستقيم لابن تيمية 2 / 261)
“Sesungguhnya pahala ibadah secara jasmani seperti solat, membaca al-Quran dan lainnya, boleh sampai kepada mayat sebagaimana ibadah yang bersifat harta secara Ijma’. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, Ahmad, kelompok ulama Syafi’eyah dan Malikiyah. Ini adalah yang benar berdasarkan dalil-dalil yang banyak, yang kami jelaskan di lain kitab ini (dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa 24/306-313).”
Maka Wahabi secara langsung menuduh Ibnu Taimiyah sebagai Ahli Bida'ah yang kufur dan masuk ke neraka.
Rasulullah SAW bersabda, Ulama adalah pewaris para Nabi.
Rasulullah SAW tak cakap pilot kapal terbang itu pewaris para Nabi. Jadi carilah asatizah yang BELAJAR secara khusus akan hukum-hakam untuk pastikan manhaj aqidah, ibadah dan akhlak yang benar.
Kita baru sahaja menerima berita kewafatan Ustaz Ismail Kamus. Hilang lagi seorang permata di tanah air kita. AYUH KITA MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN PAHALANYA KITA SEDEKAHKAN KEPADA ARWAH.
BIssirril Fatihah.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من أهله وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار
اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بعده واغفرلنا وله ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك غفور الرحيم
اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة ولا تجعل قبره حفرة من حفر النار
اللهم اجرنا في مصيبتنا واخلفنا خيرا منها
الفاتحة
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

No comments:

Post a Comment