Friday, 8 May 2020

BENARKAH IMAM SYAFIE MELARANG SEDEKAH BACAAN AL QURAN KEPADA MAYAT?

Wahabi : Kamu ini mengaku sahaja bermazhab Syafi’e, tetapi ajaran Imam Syafi’e pun kamu tak ikut. Imam Syafi’e berfatwa, membaca Al Quran atau Al Fatihah untuk disekahkan kepada orang yang sudah meninggal dunia adalah TIADA dalam ajaran Islam. Amalan itu tidak sampai kepada mayat. Tapi kamu lakukan juga.
Ahli Sunnah Wal Jamaah : Kamu belajar disiplin ilmu Mazhab Syafi’e dari siapa? Dan Kitab apa yang kamu guna?
Wahabi : Aku beli kitab Al Umm Imam Syafi’e kat MPH, aku baca dan guna Google dan Youtube untuk faham.
Ahli Sunnah Wal Jamaah : Tak ada AUTHENTICITY kat situ. Kalau orang yang dalam Youtube tu pun tak mengaji disiplin Imam Syafi’e, macam mana kamu nak mempastikan disiplin ilmu yang BENAR, ASLI, AUTHENTIC dari Imam Syafi’e?
Wahabi … terdiam.
Ahli Sunnah Wal Jamaah : Sebab itu, kami yang bermazhab SYafi’e ini mementingkan SANAD. Sanad ini rantaian pengambilan ilmu, menjamin ilmu yang disampaikan dan diterima SAMA seperti kehendak Al Quran dan Hadith dan ijmak ulama. Macam saya, saya belajar dari arwah ayah, arawah ayah belajar dari arwah datuk, arwah datuk dari Kiai Suhaimi, Kiai SUhaimi dari Syeikh Nawawi AL Banteni, Syeikh Nawawi Al Banteni sanadnya memang tidak ada khilaf, bersambung dengan Imam-imam Ahli Sunnah Wal Jamaah sehinggalah kepada Imam Syafi’e rahimahullah dan seterusnya kepada Rasulullah ﷺ.
Kami Ahli Sunnah Wal Jamaah belajar dengan BERGURU secara jasmani dan rohani. BUKAN secara Google atau Youtube atau “siaran tertangguh”. Maka kami berani JAMIN. Disiplin ilmu tersebut tidak TERCEMAR atau TIDAK ROSAK oleh orang yang tidak faham dan tidak belajar disiplin ilmu Imam Syafi’e secara tuntas.
BENARKAH IMAM SYAFI’E MENGATAKAN MENGHADIAHKAN AL FATIHAH ATAU PAHALA KEPADA ORANG YANG MENINGGAL DUNIA ITU TIDAK SAMPAI PAHALANYA?
JOM Kita baca kitab berdasarkan disiplin Imam Syafie rahimahullah dan ulama-ulama mazhab Syafi’eyyah yang lain.
Dalil membaca al-Quran di kuburan adalah:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَةِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ فِي قَبْرِهِ (رواه الطبراني في الكبير رقم 13613 والبيهقي في الشعب رقم 9294 وتاريخ يحي بن معين 4 / 449)
“Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Jika diantara kalian ada yang meninggal, maka janganlah dilewat-lewatkan, segeralah dikebumikan. Dan hendaklah di dekat kepalanya dibacakan pembukaan al-Quran (Surat al-Fatihah) dan dekat kakinya dengan penutup surat al-Baqarah di kuburnya” (HR al-Thabrani dalam al-Kabir No 13613, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman No 9294, dan Tarikh Yahya bin Main 4/449)
Al-Hafidz Ibnu Hajar memberi penilaian pada hadis tersebut:
فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ أَخْرَجَهُ الطَّبْرَانِي بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ (فتح الباري لابن حجر 3 / 184)
“HR al-Thabrani dengan sanad yang hasan” (Fath al-Bari III/184)
Imam al-Nawawi mengutip kesepakatan ulama Syafi’eyah tentang membaca al-Quran di kuburan:
وَيُسْتَحَبُّ (لِلزَّائِرِ) اَنْ يَقْرَأَ مِنَ الْقُرْآنِ مَا تَيَسَّرَ وَيَدْعُوَ لَهُمْ عَقِبَهَا نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ وَاتَّفَقَ عَلَيْهِ اْلاَصْحَابُ (المجموع شرح المهذب للشيخ النووي 5 / 311)
“Dan dianjurkan bagi peziarah untuk membaca al-Quran sesuai kemampuannya dan mendoakan ahli kubur setelah membaca al-Quran. Hal ini dijelaskan oleh al-Syafi’e dan disepakati oleh ulama Syafi’eyah” (al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab V/311)
Di bahagian lain Imam Nawawi juga berkata:
قَالَ الشَّافِعِي وَاْلأَصْحَابُ يُسْتَحَبُّ أَنْ يَقْرَؤُوْا عِنْدَهُ شَيْئًا مِنَ اْلقُرْآنِ قَالُوْا فَإِنْ خَتَمُوْا الْقُرْآنَ كُلَّهُ كَانَ حَسَنًا (الأذكار النووية 1 / 162 والمجموع للشيخ النووي 5 / 294)
“Imam Syafi’e dan ulama Syafi’eyah berkata: Disunatkan membaca sebahagian dari al-Quran di dekat kuburnya. Mereka berkata: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran keseluruhan, maka hal itu dinilai bagus” (al-Adzkar I/162 dan al-Majmu’ V/294)
Murid Imam Syafi’e yang juga perawi Qaul Qadim, al-Za’farani, berkata:
وَقَالَ الْحَسَنُ بْنُ الصَّبَّاحُ الزَّعْفَرَانِي سَأَلْتُ الشَّافِعِيَّ عَنِ اْلقِرَاءَةِ عِنْدَ الْقَبْرِ فَقَالَ لاَ بَأْسَ بِهَا (الروح لابن القيم 1 / 11)
“Al-Za’farani (perawi Imam Syafii dalam Qaul Qadim) bertanya kepada Imam Syafii tentang membaca al-Quran di kuburan. Beliau menjawab: Tidak apa-apa” (al-Ruh, Ibnu Qoyyim, I/11)
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengulas riwayat al-Za’farani dari Imam Syafi’e ini:
وَهَذَا نَصٌّ غَرِيْبٌ عَنِ الشَّافِعِي وَالزَّعْفَرَانِي مِنْ رُوَاةِ الْقَدِيْمِ وَهُوَ ثِقَةٌ وَإِذَا لَمْ يَرِدْ فِي الْجَدِيْدِ مَا يُخَالِفُ مَنْصُوْصَ الْقَدِيْمِ فَهُوَ مَعْمُوْلٌ بِهِ (الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع للحافظ أحمد بن علي بن محمد بن علي بن حجر العسقلاني 1 / 85)
“Ini penjelasan yang asing dari al-Syafi’e. Al-Za’farani adalah perawi Qaul Qadim, ia orang terpercaya. Dan jika dalam Qaul Jadid tidak ada yang bertentangan dengan penjelasan Qaul Qadim, maka Qaul Qadim inilah yang diamalkan (iaitu boleh membaca al-Quran di kuburan)” (al-Imta’, al-Hafidz Ibnu Hajar, I/11)
Ibnu Hajar mengulas dengan lebih tegas dan kuat:
ِلأَنَّ الْقُرْآنَ أَشْرَفُ الذِّكْرِ وَالذِّكْرُ يَحْتَمِلُ بِهِ بَرَكَةٌ لِلْمَكَانِ الَّذِي يَقَعُ فِيْهِ وَتَعُمُّ تِلْكَ الْبَرَكَةُ سُكَّانَ الْمَكَانِ وَأَصْلُ ذَلِكَ وَضْعُ الْجَرِيْدَتَيْنِ فِي الْقَبْرِ بِنَاءً عَلَى أَنَّ فَائِدَتَهُمَا أَنَّهُمَا مَا دَامَتَا رَطْبَتَيْنِ تُسَبِّحَانِ فَتَحْصُلُ الْبَرَكَةُ بِتَسْبِيْحِهِمَا لِصَاحِبِ الْقَبْرِ … وَإِذَا حَصَلَتِ الْبَرَكَةُ بِتَسْبِيْحِ الْجَمَادَاتِ فَبِالْقُرْآنِ الَّذِي هُوَ أَشْرَفُ الذِّكْرِ مِنَ اْلآدَمِيِّ الَّذِي هُوَ أَشْرَفُ الْحَيَوَانِ أَوْلَى بِحُصُوْلِ الْبَرَكَةِ بِقِرَاءَتِهِ وَلاَ سِيَّمَا إِنْ كَانَ الْقَارِئُ رَجُلاً صَالِحًا وَاللهُ أَعْلَمُ (الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع للحافظ ابن حجر 1 / 86)
“Sebab al-Quran adalah dzikir yang paling mulia, dan dzikir mengandung berkah di tempat dibacakannya dzikir tersebut, yang kemudian berkahnya merata kepada para penghuninya (kuburan). Dasar utamanya adalah penanaman dua tangkai pohon oleh Rasulullah ﷺ di atas kubur, dimana kedua pohon itu akan bertasbih selama masih basah dan tasbihnya terdapat berkah bagi penghuni kubur. Jika benda mati saja ada berkahnya, maka dengan al-Quran yang menjadi dzikir paling utama yang dibaca oleh makhluk yang paling mulia sudah pasti lebih utama, apalagi jika yang membaca adalah orang soleh” (al-Hafidz Ibnu Hajar, al-Imta’ I/86)
Kalaupun ada pernyataan dari Imam Syafi’e terkait tidak sampainya pahala bacaan al-Quran yang dihadiahkan pada orang yang meninggal, maksudnya adalah jika dibaca dan TIDAK dihadiahkan kepada orang yang meninggal atau tidak dibaca di hadapan mayatnya. Maka jika dibaca lalu diniatkan agar pahalanya diperuntukkan bagi orang yang meninggal atau dihadapan mayat, maka bacaan itu boleh sampai kepadanya (Ibnu Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra II/27 dan al-Dimyathi Syatha dalam I’anat al-Thalibin III/259)
Kesemua ulama-ulama yang dinukilkan adalah ualam-ulama Hadith yang BERMAZHAB SYAFIE. Kesemua mereka MENGHARUSKAN membaca Al Fatihah atau membaca Al Quran dan sedekahkan kepada mayat.
Saya senaraikan ulama Hadith yang d ijadikan rujukan dalam perbahasan ini.
1. Al Hafidz Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al Asqalani As Syafi'e
2. Imam Abu Zakaria Muhyuddin bin Syaraf An Nawawi As Syafi'e
3. Imam Hasan bin Muhammad Az-Za’farani Asy Syafi'e
4. Imam Shihabuddin AbuAl Abbas, Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar Al Haytami Asy Syafie.
Jadi kamu ikut Ahli Hadith yang mana?
Kalau setakat level pilot kapalterbang atau apek jual ikan atau kerani akaun atau Ustaz tak betul tajwid … Saya rasa lebih sunnah kita ikuti ulama pewaris para Nabi dan adalah bida'ah kita ikuti fatwa pilot kapal terbang atau apek jual ikan atau kerana akaun atau Ustaz tak betul tajwid.
SEBARKAN !!!!

1 comment: