Friday, 8 May 2020

ULAMA RUJUKAN WAHABI JUGA MENGHARUSKAN SEDEKAH BACAAN AL QURAN KEPADA MAYAT

MEMBACA AL FATIHAH ATAU AL QURAN ATAU ZIKIR, LALU DISEDEKAHKAN KEPADA ORANG YANG MENINGGAL DUNIA.

APA PANDANGAN ULAMA-ULAMA RUJUKAN WAHABI?

1. IBNU TAIMIYAH
Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Iqtidla’ al-Shirat al-Mustaqim II/261:

اِنَّ ثَوَابَ الْعِبَادَاتِ الْبَدَنِيَّةِ مِنَ الصَّلاَةِ وَالْقِرَاءَةِ وَغَيْرِهِمَا يَصِلُ إِلَى الْمَيِّتِ كَمَا يَصِلُ إِلَيْهِ ثَوَابُ الْعِبَادَاتِ الْمَالِيَّةِ بِاْلإِجْمَاعِ وَهَذَا مَذْهَبُ أَبِي حَنِيْفَةَ وَأَحْمَدَ وَغَيْرِهِمَا وَقَوْلُ طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِ الشَّافِعِي وَمَالِكٍ وَهُوَ الصَّوَابُ ِلأَدِلَّةٍ كَثِيْرَةٍ ذَكَرْنَاهَا فِي غَيْرِ هَذَا الْمَوْضِعِ (اقتضاء الصراط المستقيم لابن تيمية 2 / 261)

“Sesungguhnya pahala ibadah secara jasmani seperti solat, membaca al-Quran dan lainnya, boleh sampai kepada mayat sebagaimana ibadah yang bersifat harta secara Ijma’. Ini adalah pendapat Abu Hanifah, Ahmad, kelompok ulama Syafi’eyah dan Malikiyah. Ini adalah yang benar berdasarkan dalil-dalil yang banyak, yang kami jelaskan di lain kitab ini (dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab Majmu’ al-Fatawa 24/306-313).”

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 1 vs Wahabi : 0

Dalam kitabnya AL Fatawa Al Kubra 3/363, Ibnu Taimiyah berfatwa :

الصَّحِيْحُ أَنَّهُ يَنْتَفِعُ الْمَيِّتُ بِجَمِيْعِ الْعِبَادَاتِ الْبَدَنِيَّةِ مِنْ الصَّلاَةِ وَالصَّوْمِ وَالْقِرَاءَةِ كَمَا يَنْتَفِعُ بِالْعِبَادَاتِ الْمَالِيَّةِ مِنْ الصَّدَقَةِ وَالْعِتْقِ وَنَحْوِهِمَا بِاتِّفَاقِ اْلأَئِمَّةِ وَكَمَا لَوْ دَعَا لَهُ وَاسْتَغْفَرَ لَهُ وَالصَّدَقَةُ عَلَى الْمَيِّتِ أَفْضَلُ مِنْ عَمَلِ خَتْمَةٍ وَجَمْعِ النَّاسِ وَلَوْ أَوْصَى الْمَيِّتُ أَنْ يُصْرَفَ مَالٌ فِي هَذِهِ الْخَتْمَةِ وَقَصْدُهُ التَّقَرُّبُ إلَى اللهِ صُرِفَ إلَى مَحَاوِيْجَ يَقْرَءُوْنَ الْقُرْآنَ وَخَتْمَةٌ أَوْ أَكْثَرُ وَهُوَ أَفْضَلُ مِنْ جَمْعِ النَّاسِ (الفتاوى الكبرى لابن تيمية 5 / 363)

“PENDAPAT YANG BENAR BAHAWA mayat mendapatkan manfaat dengan semua ibadah jasmani, seperti solat, puasa dan bacaan al-Quran, sebagaimana ibadah harta seperti sedekah, memerdekakan budak dan sebagainya berdasarkan KESEPAKATAN PARA IMAM, dan sebagaimana ia mendoakannya atau meminta ampunan untuknya. Sedekah untuk mayat lebih utama daripada mengkhatamkan al-Quran dan mengumpulkan orang. Jika mayat berwasiat agar hartanya digunakan untuk khataman dan tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka harta tersebut digunakan untuk keperluan membaca al-Quran dengan sekali khatam atau lebih dari satu kali. Dan mengkhatamkan al-Quran ini lebih utama daripada mengumpulkan orang lain” (al-Fatawa al-Kubra 5/363)

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 2 vs Wahabi : 0

Dalam Majmu’ Al Fatawa 24/165 oleh Ibnu Taimiyah menukilkan.

(وَسُئِلَ) عَمَّنْ هَلَّلَ سَبْعِيْنَ أَلْفَ مَرَّةٍ وَأَهْدَاهُ لِلْمَيِّتِ يَكُوْنُ بَرَاءَةً لِلْمَيِّتِ مِنْ النَّارِ حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ أَمْ لاَ ؟ وَإِذَا هَلَّلَ اْلإِنْسَانُ وَأَهْدَاهُ إلَى الْمَيِّتِ يَصِلُ إلَيْهِ ثَوَابُهُ أَمْ لاَ ؟ (فَأَجَابَ) إذَا هَلَّلَ اْلإِنْسَانُ هَكَذَا سَبْعُوْنَ أَلْفًا أَوْ أَقَلَّ أَوْ أَكْثَرَ وَأُهْدِيَتْ إلَيْهِ نَفَعَهُ اللهُ بِذَلِكَ وَلَيْسَ هَذَا حَدِيْثًا صَحِيْحًا وَلاَ ضَعِيْفًا وَاللهُ أَعْلَمُ (مجموع الفتاوى لابن تيمية 24 / 165)

“Ibnu Taimiyah ditanya tentang seseorang yang membaca tahlil tujuh puluh ribu kali dan dihadiahkan kepada mayat sebagai pembebas dari api neraka, apakah ini hadis sahih atau bukan? Ibnu Taimiyah menjawab: Jika seseorang membaca tahlil sebanyak tujuh puluh ribu, atau kurang, atau lebih banyak, lalu dihadiahkan kepada mayat, maka ALLAH AKAN MENYAMPAIKANNYA, Hal ini bukan hadis sahih atau daif” (Majmu’ al-Fatawa 24 /165)

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 3 vs Wahabi : 0

Dalam Majmu’ Al Fatawa lagi :

(وَسُئِلَ) عَنْ قِرَاءَةِ أَهْلِ الْمَيِّتِ تَصِلُ إلَيْهِ ؟ وَالتَّسْبِيْحُ وَالتَّحْمِيْدُ وَالتَّهْلِيْلُ وَالتَّكْبِيْرُ إذَا أَهْدَاهُ إلَى الْمَيِّتِ يَصِلُ إلَيْهِ ثَوَابُهَا أَمْ لاَ ؟ (فَأَجَابَ) يَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ قِرَاءَةُ أَهْلِهِ وَتَسْبِيْحُهُمْ وَتَكْبِيْرُهُمْ وَسَائِرُ ذِكْرِهِمْ ِللهِ تَعَالَى إذَا أَهْدَوْهُ إلَى الْمَيِّتِ وَصَلَ إلَيْهِ وَاللهُ أَعْلَمُ (مجموع الفتاوى لابن تيمية 24 / 165)

“Ibnu Taimiyah ditanya mengenai bacaan oleh ahli keluarga mayat yang terdiri dari tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, apabila mereka menghadiahkan kepada mayat apakah pahalanya boleh sampai atau tidak? Ibnu Taimiyah menjawab: Bacaan kelurga mayat BOLEH SAMPAI, baik tasbihnya, takbirnya dan semua dzikirnya, kerana ALLAH Ta’ala. Apabila mereka menghadiahkan kepada mayat, MAKA AKAN SAMPAI KEPADANYA” (Majmu’ al-Fatawa 24/165)

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 4 vs Wahabi : 0

2. SYAIKH MUHAMAD SALEH UTSAIMIN
dalam Majmu' Fatawa wa Rasail Syaikh Utsaimin:

وأما القراءة للميت بمعنى أن الإنسان يقرأ و ينوي أن يكون ثوابها للميت، فقد اختلف العلماء رحمهم الله هل ينتفع بذلك أو لا ينتفع؟ على قولين مشهورين الصحيح أنه ينتفع، ولكن الدعاء له أفضل

Berkenaan dengan membaca (Surah Al Fatihah atau Al Quran) untuk si mati dalam erti bahawa seseorang membaca dan bermaksud untuk mendapat pahala untuk si mati, para ulama berbeza pendapat, semoga Tuhan mengasihani mereka, adakah dia mendapat manfaat dari itu atau tidak? Dia mempunyai dua ucapan yang terkenal dan benar bahawa DIA MENDAPAT MANFAAT DARINYA, tetapi doa lebih baik baginya.

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 5 vs Wahabi : 0

3. SYAIKH MOHAMAD ABDOL WAHAB AN NAJDI (PENGASAS AJARAN WAHABI)

Mohamad Abdol Wahab An Najdi dalam kitabnya, Al- Ahkam Tamanni al-Maut muka surat 75 mendatang satu hadith yang MENGHARUSKAN hadiah pahala bacaan Al Quran kepada orang yang sudah meninggal dunia :

وَحَدِيْثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ مَرْفُوْعًا مَنْ مَرَّ عَلَى الْمَقَابِرِ وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ أَحَدَ عَشَرَ مَرَّةً وَوَهَبَ اَجْرَهُ لِلاَمْوَاتِ اُعْطِىَ مِنَ اْلاَجْرِ بِعَدَدِ اْلأَمْوَاتِ رَوَاهُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ السَّمَرْقَنْدِي (التفسير المظهرى 1 / 3733 وشرح الصدور بشرح حال الموتى والقبور للحافظ جلال الدين السيوطي 1 / 303)

“Barangsiapa melewati kuburan kemudian membaca surat al-Ikhlas 11 kali dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang telah meninggal, maka ia mendapatkan pahala sesuai bilangan orang yang meninggal. Diriwayatkan oleh Abu Muhammad al-Samarqandi”

KESIMPULAN : HARUS menghadiahkan bacaan Al Quran, Al Fatihah, tasbih, tahlil dan tahmid kepada mayat.

PERCAPAIAN - Ahli Sunnah Wal Jamaah : 6 vs Wahabi : 0

Dari perbahasan di atas … apa yang kita dapat simpulkan?

1. Orang yang mati-mati mengamalkan dan menyebarkan fahaman Wahabi, SEBENARNYA mereka sendiri TIDAK BELAJAR ILMU AGAMA WAHABI.
2. Jika ilmu agama Wahabi sendiri mereka tak belajar, anda yakinkah ilmu yang mereka bawa?
3. Anda yakinkah, mereka semua beramal dengan hadith SAHIH SAHAJA? …. ATAU … beramal mengikut hawa nafsu mereka?
4. Anda yakinkah, mereka itu layak untuk dijadikan ikutan ?
5. Anda yakinkah kitab-kitab Imam SYafie yang mereka ulas atau ajarkan? Sedangkan kitab-kitab Imam Wahabi pun mereka tak baca dan belajar?


Image may contain: ‎possible text that says '‎FATWA ULAMA WAHABI TENTANG KIRIMAN PAHALA SYEKH MUHAMMAD BIN SHALIH AL-UTSAIMIN الميّت أن الراجح Pendapat yang unggul, sesungguhnya orang yang mati dapat mengambil manfaat dengan kiriman pahala tersebut. Seseorang boleh membaca al-Qur'an al-Fatihah dengan si Fulan atau Fulanah dari kaum Muslimin, baik dia kerabatnya pun bukan kerabatnya. Karena telah datang dalil bolehnya menghadiahkan pahala tersebut kepada meninggal Majmu' al- Tsamin Fatawa Ibn 'Utsaimin,j 2 halaman 115) يقر أن للإنسان أنه من فلانة أو المسلمين غير أم قريباً كان لأنّه العبادات جنس في صرفها انتهى للميّت‎'‎

No comments:

Post a Comment