Friday, 8 May 2020

IMAM SYAFIE MENYALAHI SUNNAH?



IMAM SYAFIE MENYALAHI SUNNAH?

Sorang penceramah mendakwa di atas sunnah cuba menggambarkan bahawa “IMAM SYAFIE MENYALAHI SUNNAH” kerana baca fatihah dibelakang imam dalam solat jahr (maghrib isyak subuh)
Berdalilkan hadis.( من كان له إمام فقراءة الإمام له قراءة)
Sesiapa yang berimam (menjadi makmum) maka bacaan imam (mencukupi) bacaannya.
BELIAU MENGATAKAN HADIS INI SHAHIH riwayat Imam Bukhari, Muslim AbuDaud dan Ahmad???
Bila di analisa, malangnya ia membuat kesalahan yang menjengkelkan.
Kata imam alBukhari hadis ini tidak thabit di sisi ahl hijaz, Iraq dan selainnya kerana mursal dan munqati’ (bahagian hadis daif) ( zawaid musannaf alhafiz abi bakr ibn abi syaibah hal 335)
Imam ibn jauzi hadis ini banyak turuq (jalan). Satu pun darinya tidak thabit sahih. (Al’ilal almutanahiyah1/428)
Imam ibn Hajar Asqalani : hadis ini daif disisi para huffaz hadis. Imam Dar Qutni telah merangkumi semua turuq dan kelemahannya. (fath albari 2/242)
Imam Nawawi hadis daif (khulasah alAhkam fi muhimmat assunan 1/377)
Imam albaihaqi : hadis tidah shahih (makrifah assunan wa alAthar no 953)
saya tidak membahas dalam bab fiqh mazhab lain. Cuma respon berkenaan status hadis sahaja.
Moga para netizen BERWASPADA dengan gejala cuba menggugat pegangan ummat di Negara ini yang bertapak hampir ribuan tahun. Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment