Friday, 8 May 2020
MAZA SESAT
Dalam berfatwa KONON nak ikut Al Quran Dan Hadith. Rupa2nya ikut cakap non Muslim. Wahabi oh Wahabi. Sebab Tu Aku tak ikut Wahabi.
Dari FB Abdul Aziz
Rasa tertarik malam ni untuk memberikan coretan dan sepatah dua kata berkaitan video baru dari Sahibus Samahah Dr.Maza ini
Poin sahibus samahah yang penting yang disebut pada video tersebut
1)Beliau rasa tidak patut untuk pakai purdah di Malaysia
2)Pakai purdah memberi non muslim persepsi yang salah terhadap islam maka
3)Qaul yang mewajibkan memakai purdah adalah dhaif
Komentarku secara ringkas:-
1)SS Dr.Maza menekankan berulang kali di dalam video tersebut untuk memberi keluasan di dalam beramal dengan pandangan imam-imam mazhab.
Jika idea keluasan sangat disokong, sepatutnya SS Dr.Maza juga haruslah biarkan mereka yang mahu berpurdah untuk teruskan berpurdah, kerana memberikan mereka ruang dan menggalakkan mereka untuk memakai purdah adalah salah satu bentuk dari memberi keluasan beramal dengan pandangan para imam mazhab.
2) Mafhum dari kalam beliau, memakai purdah memberi persepsi kepada non muslim bahawa menjadi wanita muslimah ini sukar maka seeloknya tidak dipakai purdah
Beberapa persoalan yang timbul:
A)Adakah persepsi non muslim merupakan antara perkara yang diambil kira dan diraikan di dalam mengisukan sebuah fatwa
2)Sejauh mana persepsi non muslim diambil kira, apa dhabit(standard) di dalam mengambil kira persepsi non muslim ketika mengeluarkan fatwa.
Jika tiada dhabit, maka orang lain boleh sahaja berhujah bahawa kita tidak perlulah solat lima waktu, ia memberi persepsi kepada non muslim bahawa menjadi seorang muslim ni payah lah, asik-asik kena solat.
3)Ya jumhur tidak mewajibkan memakai purdah
Namun elok untuk diketahui bahawa tiga mazhab yang tidak mewajibkannya iaitu Mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi, para ulama' mereka berfatwa bahawa wajar/digalakkan bahkan ada yang mewajibkan memakai purdah ketika ada fitnah dan banyak berlaku fasad. (Rujuk Mausu'ah Fiqhiah Kuwaitiyyah dan Al-mu'tamad Fil Fiqh As-syafie)
Dan seperti yang sedia maklum, zaman sekarang ni fitnah dan fasad sebanyak butiran pasir di lautan.
Disini terzahirnya kepentingan membezakan diantara qaul-qaul yang tertera pada kitab fiqh mazhab dan apa yang Al-mufta bih(yang difatwakan) oleh para ulama' mazhab tersebut.
Dari sini isu lain timbul, berlaku pertentangan sekarang diantara menolak mafsadah iaitu bahaya yang boleh tertimpa kepada wanita apabila mendedahkan wajahnya dan maslahah mencantikkan islam di mata non muslim.
Sini kita kena ingat dua perkara
1)Dar'u al-mafasid awla min jalb al-masalih/menolak mafsadah lebih patut dari meraih maslahah
dan betul kah maslahah itu haqiqiah atau ianya hanya mutawahhamah sahaja.
2) Maslahah mencantikkan islam di mata non muslim ini diletakkan di martabat mana rasanya:
Dhoruri? Haajji? Tahsini?
Dan bagaimana menjamakkan nas-nas yang mengambil kira perspektif non muslim dan nas-nas yang menyuruh untuk mukhalafah secara jelas dengan non muslim pada sesetengah perkara.
Bear in mind bahawa kita sedang berbicara tentang konteks isu ini di Malaysia, tanah air tercinta.
Bagi student ilmu syariah, isu-isu seperti ini adalah medan yang luas untuk mempraktikkan teori ilmu usul fiqh, qawaid fiqh, maqasid syariah dan Sina'ah Al-fatwa
P. S: silakan komen dengan murni dan ilmiah
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment