Friday, 8 May 2020

MAZHAB AHLI HADITH



AHLI HADITH: Tidak bermazhab & tidak berpegang dengan manhaj Asyari???

Siapa ahli hadith dan siapa yang CLAIM diri mereka ahli hadith?

Menjawab persoalan ini, ayuh kita lihat senarai Ahli Hadith yang dikenali ramai:
1. Amirul Mukminin fil Hadith Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
2. Mujtahid Fatawa Imam Nawawi
3. Mujtahid Fatawa Imam Ar-Rafie
4. Ashabul Tarjih Imam Ibnu Hajar Al-Haitami
5. Ashabul Tarjih Imam Ramli
6. Al-Hafiz Imam Baihaqi
7. Al-Hafiz Imam Al-Hakim
8. Al-Hafiz Imam Suyuthi
9. Syeikhul Islam Zakaria Al-Anshari
10. Sultanul Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd Salam.

* Mereka ahli hadith, bahkan mereka telah mencapai tahap tertinggi dalam keilmuan hadith, namun mereka tetap berpegang dengan MAZHAB SYAFIE dan MANHAJ ASYARIE

Selain itu, terdapat beberapa ulama dan ahli hadith yang tegas mempertahankan pegangan mazhab dan manhaj Asyairah. Antaranya:
1. Al-Hafiz Imam Ad-Daruqutni
2. Al-Hafiz Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
3. Al-Hafiz Imam Al-Qadhi ‘Iyadh
4. Al-Hafiz Imam Ibnu As-Shalah
5. Al-Hafiz Imam Al-Mizzi
6. Al-Hafiz Imam Zainuddin Al-‘Iraqi
7. Al-Hafiz Imam Badruddin Al-‘Ainiy
8. Al-Hafiz Imam Ibnu al-Mulaqqin
9. Al-Hafiz Imam Ibnu Daqiq al-‘Idi
10. Al-Hafiz Imam Murtadha Az-Zabidi
11. Al-Hafiz Imam Al-Laknawi
12. Al-Hafiz Imam Mulla Ali al-Qari
13. Al-Hafiz Imam Ibnu ‘Asakir
14. Al-Hafiz Imam Ibnu Jauzi al-Hanbali
15. Al-Hafiz Imam As-Sakhawi

* Ulama Hadith dan Ulum Hadith
Al-Khathtabi, Abu Nu’aim al-Ashbahani, As-Sam’ani, Ibnu Qathtan, Ibnu Al-Munayyir, Ibnu Al-Baththal, kebanyakkan ulama yang mensyarahkan as-Shahihain dan pensyarah as-Sunnan, Ibnu Jamaah, Al-Allaiy, Ibnu az-Zamalkani, Az-Zaila’i, Ibnu ‘Illan, Al-Munawi,’, Al-Jalal Ad-Dawwani, al-Baiquni, dan ramai lagi para ulama selain mereka.

* Ulama daripada Al-Hanafiyyah
Al-Kasani, As-Sarkhasi, Az-Zaila’i, Ibnu Al-Humam, Ibnu ‘Abidin dan kebanyakan ulama India dan Pakistan yang beraliran Deoband seperti Ketua Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandahlawi, Maulana Rasyid Gongohi, Maulana Yunus Jounpuri, Maulana Asadullah dan ramai lagi para ulama selain mereka.

* Ulama daripada Al-Malikiyyah
Ibnu Rusyd, al-Qarafi, Asy-Syatibi, Ad-Dardir, Ad-Dusuqi, Al-Laqqani, Az-Zurqani, An-Nafrawi, As-Sanusi, kebanyakan ulama Asy-Syanaqithah, ulama Al-Maghrib Al-‘Arabi, keluarga Al-Maliki dan ramai lagi ulama selain mereka.

* Ulama daripada As-Syafi’iyyah
Al-Juwaini dan anaknya Imam Al-Haramain, Ar-Razi, Al-Aamidi, Al-Asfarayini, Al-Baqilani, Al-Mutawalli, Ibnu Shalah, An-Nawawi, Ar-Rafi’I, Sultanul Ulama Izz bin Abd as-Salam, Ibnu Daqiq al-Iyd, Al-Azra’i, Al-Isnawi, As-Subki, Zakaria Al-Anshari, Ibnu Hajar Al-Haithami, Ar-Ramli,As-Syirbini, Al-Mahalli, Ibnu Al-Muqri, Al-Bujairimi, Al-Baijuri, Ibnu Al-Qasim Al-‘Abbadi, Qalyubi, ‘Umairah, Ibnu Qassim al-Ghazzi, keluarga Al-Ahdal dan ramai lagi ulama selain mereka.

PERSOALAN YANG MUNCUL,
Siapakah ahli hadith yang mereka maksudkan? SIAPA AHLI HADITH yang tidak bermazhab dan tidak bermanhaj Asyairah?
1. Ibnu Taimiyyah kah??
2. atau Ibnu Qayyim??
3. mungkin juga Albani??
* atau kita dapat simpulkan bahawa ahli hadith (yang tidak bermazhab dan bermanhaj Asyairah) yang dimaksudkan ialah WAHABI SALAHPI. Betul???

Kalau itu yang dimaksudkan tak payah kelirukan orang ramai. Pakai je gelaran tulen kamu. JANGAN TAKUT. Jangan cuba claim diri itu dan ini. HAKIKATNYA, benda sama cuma brand berbeza. Bukti??
- pada saat Ibn Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dipertikaikan, kamu MENGAMUK.
- pada saat Albani dan Bin Baz dikritik, kamu PERTAHANKAN.
- pada saat Muhammad bin Abd Wahab ditolak, kamu menjadi INCRIDIBLE HULK.
- pada saat fahaman Wahabi diharamkan, kamu MELENTING.

Fikir-fikirkanlah... 

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)


No comments:

Post a Comment