Friday, 8 May 2020

TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA NYA?


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)

Ertinya :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad ﷺ) yang menjadi sangat berat kepada baginda sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) baginda pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-oarng yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar “.

Rasulullah ﷺ , Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Elyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan bin Add bin Humaisi bin Salaman bin Aws bin Buz bin Qamwal bin Obai bin Awwam bin Nashid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin 'Ayg bin Abqar bin Ubayd bin Ad-Daa bin Hamdan bin Sanbir bin YathRabi bin Yahzin bin Yalhan bin Arami bin Ayd bin Deshan bin Aisar bin Afnad bin Aiham bin Muksar bin Nahith bin Zarih bin Sani bin Wazzi bin Adwa' bin Aram bin Haidir bin Ismail عليه السلام bin Ibrahim عليه السلام bin Tarikh / Azar bin Nahur bin Asyu' bin Ar'us bin Faligh bin 'Abar (Hud) bin Saleh bin Arfahsyad bin Sam bin Nuh bin Lumka bin Mutawasyaleh bin Akhnukh (Idris) bin Azda bin Qinan bin Anwasy bin Syayts bin Adam عليه السلام.

1. Walau Nabi Adam عليه السلام adalah manusia pertama yang diciptakan bersama roh dan jasad fisik, Namun Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia pertama yang akan memasuki syurga ALLAH ﷻ.

2. Walau Nabi Idris عليه السلامdibawa memasuki ke syurga. Di saat Israk dan Mikraj, Rasulullah ﷺ dipertunjukkan kepada baginda apa yg Ada di dalam syurga dan neraka.

3. Walau Nabi Noh عليه السلام diberikan keupayaan membina bahtera penyelamat untuk menyelamatkan kaumnya dan haiwan dari tenggelam di dalam air bah yang besar. Rasulullah ﷺ pula diberikan keupayaan menyampaikan ajaran Islam yang menyelamatkan umat manusia dan seluruh alam dari azab di dunia sambil menjamin keselamatan di akhirat.

4. Walau Nabi Hud عليه السلام, ALLAH ﷻ datangkan awan hitam yang membunuh kaumnya (kaum Aad) yang menolak ajarannya. Umat Rasulullah ﷺ tatkala melakukan kemungkaran, ALLAH ﷻ melapangkan pintu taubat seluas-luasnya.

5. Walau Nabi Saleh عليه السلام diberikan seekor unta yang keluar dari dalam batu sebagai mukjizat untuk dipertontonkan kepada kaum Tsamud. Jasad tubuh Rasulullah ﷺ itu sendiri adalah mukjizat untuk dipertontonkan kepada seluruh alam.

6. Walau Nabi Ibrahim عليه السلام dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya yang engkar kepada ALLAH ﷻ, Rasulullah ﷺ pula diiktiraf sebagai manusia paling dipercayai oleh kafir Quraisy yang memusuhi baginda. Walau Nabi Ibrahim عليه السلام tidak hangus dibakar api mega milik Namrod. Umatnya Rasulullah ﷺ pula dijamin ALLAH, tidak hangus dibakar api neraka jika mencintai baginda.

7. Walau Nabi Luth عليه السلام diuji dengan Kaum Sodom yang mengamalkan budaya songsang. Rasulullah ﷺ pula diuji oleh kaum Quraisy yang bukan sekadar mengamakan budaya songsang, malah mengamalkan budaya jahiliah yang lebih teruk dari haiwan.

8. Walau Nabi Ismail عليه السلام, menyerahkan batang lehernya untuk dikorbankan yang kemudiannya digantikan dengan seekor kibasy oleh ALLAH ﷻ. Rasulullah ﷺ pula mengorbankan segala-galanya yang ada pada baginda, yang ada pada ahli keluarga baginda, yang ada pada para sahabat baginda demi keagungan syiar ALLAH ﷻ.

9. Walau Nabi Ishaq عليه السلام melahirkan Bani Israil dari Kana’an yang menjadi bangsa kontroversi sehingga penghujung zaman. Rasulullah ﷺ pula melahirkan sebaik-baik umat kerana menyeru kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada ALLAH ﷻ dengan sebenar-benar keimanan sehingga berlakunya Kiamat.

10. Walau Nabi Ya’qub عليه السلام berzuriyatkan Nabi Yusuf عليه السلام, lelaki setampan-tampan manusia di dunia. Rasulullah ﷺ pula berzuriyatkan Fatimah binti Rasulillah ﷺ, wanita yang melangkaui kecantikan bidadari di syurga.Walau Nabi Yaakob عليه السلام didoakan ayahnadanya, Nabi Ishaq عليه السلام. Rasulullah ﷺ pula ALLAH ﷻ berselawata ke atas baginda, dan memerintahkan seluruh alam berselawat ke atas baginda dan bagi yang bereselawat ke atas baginda, ALLAH ﷻ akan meningkatkan 10 derajat, ALLAH ﷻ menghapuskan 10 dosa dan ALLAH ﷻ Dan para malaikat Akan berselawat ke atasnya sebanyak 10 selawat.

11. Walau ketampanan Nabi Yusuf عليه السلام mampu menghijab kesakitan wanita bangsawan saat terpotong jari-jemari mereka dengan bilahan pisau yang tajam. Ketampanan Rasulullah ﷺ mampu menzahirkan kasih sayang dan keinsafan di dalam sanubari makhluk yang menatap wajah baginda.

12. Walau Nabi Ayub عليه السلامtersohor dengan kesabarannya menanggung sakit yang menimpa dirinya. Rasulullah ﷺ tersohor dengan kesabaran baginda menanggung penyakit masyarakat yang menimpa umat baginda.

13. Walau Nabi Syu’aib عليه السلامbermenantukan seorang Nabi iaitu Nabi Musa عليه السلام . Rasulullah ﷺ pula bermenantukan Saiyidina Ali bin Abu Talib كرم الله وجهه dan Saiyidina Osman bin Affan رضي الله عنه, dua orang sahabat baginda yang bukan Nabi tetapi dijamin syurga oleh ALLAH ﷻ.

14. Walau Nabi Musa عليه السلام diancam bunuh oleh Bani Israil. Rasulullah ﷺ pula diancam bunuh oleh Abu Jahal, Abu Lahab, dari darah daging baginda sendiri.

15. Walau Nabi Harun عليه السلام mempunyai kefasihan berbicara kepada Firaun sehingga mmebungkam lidah Firaun. Baginda Rasulullah ﷺ mempunyai kefasihan dalam tingkah laku sehingga umat terpersona dengan akhlak budi pekerti baginda.

16. Walau Nabi Zulkifli عليه السلام dilantik menjadi Raja oleh Sang Raja yang ingin penggantinya seorang yang berpuasa di siang hari dan beribadah di malamnya. Rasulullah ﷺ digelar Al-Amin, seorang yang dipercayai oleh kafir Quraaisy jahiliyah kerana sifat amanah baginda.

17. Walau Nabi Daud عليه السلام, kemerduan suaranya membaca kitab Zabur mengasyikkan makhluk di bumi. Burung yang berterbangan bisa terhenti terbang dan gugur ke bumi. Namun tatkala Rasulullah ﷺ membaca Al Quran, Abu Jahal, Abu Sufyan dan Al Akhnas merasa syahdu mendengarkan kemerduan suara baginda, Tufail bin Amru Ad Dusi memeluk Islam setelah mendengar Rasulullah ﷺ membaca Al Quran. Dan Walau Nabi Daud عليه السلام mampu meleburkan besi. Rasulullah ﷺ mampu meleburkan hati-hati manusia untuk tunduk mentaati ALLAH ﷻ

18. Walau Nabi Sulaiman عليه السلام dilantik ALLAH ﷻ sebagai Raja kepada manusia, haiwan dan jin. Rasulullah ﷺ pula dijadikan kekasih yang paling dicintai oleh Raja kepada segala Raja, ALLAH ﷻ.

19. Walau Nabi Ilyas عليه السلام adalah salah seorang yang dipanjangkan hayatnya oleh ALLAH ﷻ sehingga ke hari ini. Rasulullah ﷺ pula dihidupkan baginda di dalam hati-hati umat baginda yang mencintai baginda sehingga hari pembalasan.

20. Walau Nabi Ilyasa’ عليه السلام dikurniakan mukjizat untuk menghidupkan orang yang telah mati. Rasulullah ﷺ mampu menghidupkan hati dan jiwa yang telah mati dalam diri manusia.

21. Walau Nabi Yunus عليه السلام diutus ALLAH ﷻ berdakwah kepada satu kaum yang bukan dari kaum tempat lahirnya dan bermunajat di dalam kegelapan perut ikan Nun. Rasulullah ﷺ diutuskan ALLAH ﷻ berdakwah kepada seluruh umat manusia, jin alam semesta dan baginda lah cahaya di atas cahaya yang menerangi zulumat kegelapan jahiliyah.

22. Walau Nabi Zakariah عليه السلام menikahi gadis perawan dan dikurniakan zuriat, Nabi Yahya عليه السلام, pada usia 90 tahun. Rasulullah ﷺ menikahi Ummul Mukminin Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid رضي الله عنها‎ dan dikurniakan anak Siti Fatimah binti Muhammad رضي الله عنها‎.

23. Walau Nabi Yahya عليه السلام dipenggal kepalanya sebagai mahar seorang Raja untuk merebut cinta seorang pelacur. Rasulullah ﷺ menikahkan puterinya Fatimah Az Zhara رضي الله عنها‎. dengan Saiyidina Ali كرم الله وجهه. hanya bermaharkan sebuah baju besi bagi merebut cinta ILAHI.

24. Walau Nabi Isa عليه السلام dikhianati oleh pengikutnya yang rapat bernama Yahuza. Rasulullah ﷺ dicintai umat baginda, walau baginda dan mereka ada yang tidak pernah bersua jasad dan rupa.

25. Dan Nabi Muhammad ﷺ pula .....

Telah terbit bulan purnama kepada kami
Dari jalan yang bernama Wida’i
Dan kami melihat cahayanya bersinar
Lalu cahaya itu menerangkan bumi
Maka wajblah bagi kami untuk bersyukur
Selama mana ada orang yang menyeru di jalan ALLAH
Wahai Rasul yang diutuskan kepada kami
Engkau membawa panduan untuk ditaati
Dan kesukaan dan kegembiraan telah tiba
Wahai Nabi yang membawa ajaran yang sempurna
Engkaulah pemberi syafaat di Hari Pembalasan
Wahai Nabi yang mempunyai akhlak yang mulia
Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Pengampun dan Engkau pula adalah pemberi Syafaat. Maka Syafaatilah kami.

اللهمَّ صلِّ صلاةً كاملةً، وسلِّم سلامًا تامًّا على سيدِنَا محمّدٍ، الذي تَنْحَلُّ بهِ العُقَدُ وتَنْفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ وتُقْضَى بِهِ الحوائجُ وتُنَالُ بهِ الرّغائِبُ وحُسْنُ الخواتيمِ ويُسْتَسْقَى الغمامُ بوجهِهِ الكَرِيمِ وعلى آلهِ وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

Tidak cintakah engkau kepada baginda Rasulullah ﷺ ?

SALAM MAWLIDUR RASUL 1441 HIJRAH



No comments:

Post a Comment