Friday, 8 May 2020

SIAPA AL-ALBANI SEBENARNYA?



SIAPA AL-ALBANI SEBENARNYA?

Benarkah Al-Albani :
a. Pakar Ilmu Hadith?
b. Layak berfatwa?
c.Layak mentakhrij hadith?

Posting ini akan memberi fakta dan mitos berkenaan Albani yang menjadi rujukan mufti, ustaz dan penganut fahaman Wahhabi.

al-Hafiz Abdullah al-Ghumari al-Maghribi adalah seorang ulama hadith yang terkenal di Maghrib selain beliau juga merupakan guru kepada kebanyakkan masyaikh di Universiti al-Azhar menegaskan di dalam kitabnya al-Rad 'ala al-Albaani, h. 8 :

الألباني ومبلغ علمه
هُو مُحمّد نَاصِر الدِين الألبَانِي أصلاً, إعتكفَ فِي بَادئ أمْره فِي غُرفة المَكتبة الظَاهِرية - دِمشق - إنكبّ فِيها عَلى القِراءة, وإنعكفَ عَلى المُطالعة, فَظن فِي نفسهِ أنهُ أصبحَ مِن أهْل هَذا الشأن, فَتجرأ عَلى الفَتوى, وعَلى تضعِيف وَتصحِيح مَا لا يُوافِق هَواه مِن الأحَادِيث, وعَلى التهجّم عَلى العُلماء المُعتبرين, مَع إدعائه أنّ الحفظ إنقطعَ هَذه الأيَام فَتراه مَرة يغيِر عَلى أقْوال العُلماء بالتَشنِيع, ومَرة عَلى الأحَادِيث الجياد بالتَضعِيف والتَوهِين, حَتى إنّ صَحيح البُخارِي ومُسلم لَم يسلمَا منهُ. وَعلى هَذا فإنَ إسناده مَقطُوع ويَعود إلى الكُتب التِي تَصفحهَا لَوحده, وإلى الأجْزاء التِي قَرأهَا مِن غَير تلقّ, ويدّعِي أنهُ خَليِفة الشَيخ بَدر الدِين الحسني الذِي كَانت السبحة لا تَسقطَ مِن يدهُ حَتى أثنَاء درسه ثُم يبدّع -أي الألبَانِي- من يستعملهَا

 “[Bab] AL-ALBAANI DAN KADAR ILMUNYA. Dia adalah Muhammad Nasiruddin al-Albaani, berasal dari bangsa Albania. Pada awalnya dia tinggal lama di sebuah bilik di al-Maktabah al-Zahiriyyah, Damsyiq. Dia menyibukkan diri dengan membaca buku-buku. Dia melazimkan diri dengan membuat bacaan.

Seterusnya dia MENYANGKAKAN dirinya telah menjadi seorang yang tinggi martabatnya (merasakan dirinya setanding dengan alim ulama), maka beranilah dia mengeluarkan fatwa (fatwa TANPA ILMU), memberanikan diri untuk mendhaifkan dan mensahihkan hadis yang tidak menepati hawa nafsunya, berani MENGHENTAM para ulama yang muktabar disamping dia mendakwa bahawa al-Hifzh (ilmu secara hafalan hadith) telah terputus pada hari ini, lalu kamu dapat melihat sesekali dia MENGUBAH pendapat-pendapat ulama dengan mengherdik mereka, sesekali dia MENGUBAH hadis-hadis yang jayyid (baik statusnya) kepada dhaif dan melemahkannya sehinggakan Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim kedua-duanya pun tidak selamat daripadanya.

 Berdasarkan perkara ini, sesungguhnya sanad periwayatannya TERPUTUS, hanya kembali kepada beberapa kitab yang dia belik-belik sendiri dan hanya kembali kepada beberapa keratan yang dia baca TANPA bertalaqqi daripada guru. Dia mendakwa bahawa dia adalah khalifah kepada as-Syeikh Badr ad-Din al-Hasani yang mana tasbih tidak pernah lekang dari tangannya hatta semasa memberi pengajian (kepada muridnya), kemudian datang al-Albaani membidaahkan orang menggunakan tasbih” Intaha.

 Al-Albaani antara rujukan golongan al-Wahhabiyyah yang menonjolkan diri agar dipandang sebagai seorang yang mendahului para ulama hadith hakiki sebelumnya. KONONNYA, dia mengetahui apa yang tidak diketahui oleh para ulama tersebut. Dalam masa yang sama adab yang BURUK serta bahasa yang MELAMPAU disandarkan kepada ulama dengan tuduhan para ulama hadith itu lemah, alpa, tidak sehebatnya akhirnya dia sendiri terjerumus pada perkara yang dia sendiri sandarkan kepada ulama.

👉 Contohnya, dalam bukunya yang berjudul Salsilah al-Ahadith as-Sohihah, jilid 1 halaman 238, no 365, al Albaani berkata :

و يحيى بن مالك هذا ، قد أغفله كل من صنف في رجال الستة فيما علمنا فليس هو في " التهذيب " " و لا في " التقريب " و لا في " التذهيب " . نعم ترجمه ابن أبي حاتم فقال : " يحيى بن مالك ، أبو أيوب الأزدي العتكي البصري المراغي

“Yahya bin Malik ini, telah sengaja dilalaikan oleh semua ulama yang mengarang dalam rijal al-Sittah/perawi sunan sittah sebagaimana yang kami tahu. Dia tidak ada dalam kitab "al- Tahzib" tiada juga dalam al-Taqrib serta kitab al Tazhiib. Ya, beliau dibiodatakan oleh ibn Abi Hatim lalu dia berkata : Yahya bin Malik Abu Ayub al Azdi al ^Atki al Bishri Al Maraghi".

Sanggahan :

📕 Apa yang MELUCUKAN ialah biodata Yahya bin Malik ini sememang ada dalam Al-Tahzib (j. 12 h. 19), al-Taqrib (h. 718), dan al-Tazhiib yang merupakan ringkasan Tahzib al-Kamal karangan al-Mizzi (j. 33, h. 60), tidak sebagaimana dakwaan al-Albaani.

CUMA barangkali kerana tidak mahir dan ALLAH INGUN MENUNJUKKAN kebenaran hakiki kepada masyarakat mengenai wajah diri sebenar al-Albaani dan kejahilannya, itu yang al-Albaani memberi ulasan ianya tiada dalam ketiga-tiga kitab tersebut. Namun, hakikatnya ketiga-tiga kitab tersebut membiodatakan Yahya bin Malik dengan gelarannya. Kata mereka :

أبو أيوب المراغي الأزدي العتكي البصري اسمه يحيي ويقال: حبيب بن مالك

“Abu Ayub al-Maraghi al Azdi al ^Atki al Bishri namanya adalah Yahya, dipanggil juga Habib bin Malik"
.
Pembiodataan ini adalah sama sebenarnya dengan apa yang dinukilkan oleh al-Albaani daripada ibn Abi Hatim. Siapa yang ingin meneliti ketepatannya bolehlah merujuk rujukan-rujukan yang menyebut biodata tersebut meskipun hakikat kewujudannya dinafikan oleh al-Albaani sendiri.

 Apa yang terserlah adalah KETIDAKPAKARAN dan sikap GELOJOH dalam menghentam para ulama walaupun dia tidak menyedari bahawa dirinya sangatlah cetek dalam mendalami dan memahami kitab-kitab para ulama.

Amat melucukan berpuluhan tahun dia membuat kajian, tahqiq, dan tanqib sebagaimana dakwaannya, dalam masa yang sama penuntut ilmu dalam kalangan Mubtadiien yang hanya tahu mentakhrij biodata dengan senang mempamerkan kejahilannya. Inilah rupa sebenar al-Albaani yang bercita-cita untuk meletakkan dirinya dalam kedudukan para Huffaz dan golongan Muhaddithin namun.. هيهات هيهات (amat terlalu jauh lagi).

*KESIMPULAN:*

1⃣ al-Albaani tidak termasuk dalam ulama yang mensahihkan hadith dan mendaifkannya.

2⃣Ilmu hendaklah diambil secara bertalaqqi dan berguru dengan guru yang thiqah. Method pengajian hadith cara al-Albaani dengan hanya membaca buku adalah jalan yang salah dan senang menjerumuskan seseorang ke kancah penyelewengan. Hari ini mereka yang ikut jalan al Albaani hanya mengambil ilmu dengan cara melayari internet sahaja, youtube, berwhatsapp dan sebagainya. Sudah tentu keadaannya lebih parah lagi. Imam Syafie berkata : " Orang yang mencari ilmu tanpa sanad sama seperti orang yang mencari kayu api di waktu malam lalu memikul seberkas kayu api yang ada dalamnya ular sedangkan dia tidak mengetahuinya".

3⃣. Antara sikap yang sering dipamerkan oleh al-Albaani persis cara ibn Taymiyyah dan mereka yang seumpamanya iaitu dengan cara mengherdik, menghina dan menghentam para ulama. Barangkali inilah cara mereka untuk memasyhurkan diri dan menjadikan diri mereka nampak setanding dengan para ulama Islam. Hakikatnya.. .. هيهات هيهات (amat terlalu jauh lagi).

4⃣ al-Albaani antara contoh yang banyak suka mengubah kenyataan para ulama dalam kitab-kitab mereka. Dan kini kita mendapati dalam dunia Islam di kebanyakkan pusat percetakan banyak kitab-kitab yang terbukti diubah dan pentahqiqnya adalah benar-benar dari kalangan al-Wahhabiyyah.

5⃣ Berdasarkan penilaian terhadap buku-buku yang ditulis oleh al-Albaani kita dapati terdapat banyak percanggahan yang membuktikan kelemahan yang ketara al-Albaani dalam bidang hadith. Hadith yang sama dihasankan atau disahihkan kemudian tanpa dia sedari hadith itu juga di tempat yang lain dia dhaifkan. Semoga Allah taala membuka mata hati masyarakat kita agar menjauhi dan tidak mengambil maklumat dan ilmu daripada rujukan golongan al-Wahhabiyyah ini.


No comments:

Post a Comment