Friday, 8 May 2020

SAIYIDAH KHADIJAH BINTI KHUWAILID AL KUBRO RHA



✨ 11 RAMADHAN - Haul Sayyidah Khadijah Al Kubro رضي الله عنها ✨
🌙 Manusia yang paling dicinta oleh Mahluk paling dicinta Allah
dan satu-satunya manusia yang mendapatkan salam langsung dari Allah
Semoga kita mendapatkan keberkahan
baik berkah bulan Ramadhan dan keberkahan
Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah
Tanpanya dan tanpa pengorbanan jiwa dan raga wanita contoh sepertinya, kemungkinan kita tidak akan dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam sepertimana yang kita kecapi pada hari ini.
NASABNYA :
Beliau ialah Sayyidah Khadijah binti Khuwailid ibn Asad ibn Abdul 'Uzza ibn Qusay al Asadiyyah r.a. Bertemu (keturunannya) dengan (keturunan) Nabi Muhammad ﷺ pada moyangnya, Qusay yang telah menyatukan qabilah-qabilah Quraisy.
Bondanya ialah Fatimah binti Zaaidah ibn al Asam, dari keturunan Bani 'Aamir ibn Luai ibn Ghalib.
Beliau dibesarkan dalam keluarga yang suci dan sebaik-baik keturunan, sesempurna kehidupan dan sebaik-baik akhlak sehingga beliau menjadi seorang wanita yang sempurna budi pekerti dan akalnya.
PERIBADIANNYA :
Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها adalah intan permata yang sangat mahal harganya, wanita suci yang amat bersopan santun, mempunyai kecantikan, kelebihan, kematangan dan kebijaksanaan dalam menghadapi semua permasalahan. Beliau juga memiliki daya pentadbiran yang baik dan pengurusan yang teratur, memiliki firasat yang tajam dan bercita-cita tinggi.
GELARAN :
Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها lebih dikenali dengan gelaran al Kubra (Wanita Agung) kerana kedudukannya yang lebih besar daripada kedudukan wanita-wanita yang lain dan beliau sememangnya paling layak dan berhak dianugerahkan dengan semuanya itu.
KEWAFATANNYA :
Beliau dipanggil Illahi pada 11 Ramadhan 3 tahun sebelum hijrah Nabi ﷺ (menurut pendapat yang paling sohih). Ketika wafat, Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها berusia 65 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Ma'la.
"Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu ke atasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang telah Engkau simpan di sisinya. Ya Allah! Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas suaminya al Amin; Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya sekalian."
Semoga semangat dan jiwa Sayyidah Khadijah رضي الله تعالى عنها sentiasa membara dan tidak pernah pudar di dalam jiwa Muslimah hari ini demi meneruskan perjuangan mempertahankan Islam yang suci ini.
Rujukan : Manaqib Sayyidah Khadijah Al Kubra' yang ditulis oleh cucundanya, al Muhaddith Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani رحمه الله تعالى


SITI KHADIJAH⁣ RADIALLAHU ANHA.
Beliau wafat pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hijrah ke Madinah. Siti Khadijah RA wafat dalam usia 65 tahun⁣.
Diriwayatkan, ketika Siti Khadijah sakit menjelang ajal, Siti Khadijah berkata kepada Rasululllah Sallallahu Alaihi Wasallam,⁣ Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu.⁣
Jawab Baginda Rasulullah, jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya.
Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,⁣
"Puteriku Fatimah, aku yakin ajalku akan tiba, yang aku takutkan adalah seksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan serbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.⁣"
Mendengar itu Baginda Rasulullah berkata,⁣
"Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga⁣." ⁣
Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Didakapnya isteri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu⁣, saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan.
Baginda Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,⁣
"Untuk siapa kain kafan itu wahai Jibril?"
"Kain kafan ini untuk Khadijah, untukmu ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan." jawab Jibril.
Malaikat Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.⁣
Baginda Rasulullah bertanya,
"Kenapa, wahai Jibril?⁣"
Malaikat Jibril menjawab,
"Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kain kafan, dia akan dipenggal dan gugur syahid tanpa kain kafan dan tak dimandikan."
Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,⁣
"Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu."
"Semua hartamu kau infaqkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu. Namun begitu, mengapa permintaan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar serban?"⁣
Allah...😭😭
Sumber: Kitab Al Busyro, Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki

No comments:

Post a Comment