Friday, 8 May 2020

MAKMUM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SECARA PERLAHAN SELEPAS IMAM MEMBACA AL-FATIHAH SECARA KUAT



ADAKAH MAKMUM MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SECARA PERLAHAN SELEPAS IMAM MEMBACA AL-FATIHAH SECARA KUAT (DALAM SOLAT BERJEMAAH) ITU MENYALAHI SUNNAH RASULULLAH SAW?

Tular di Media Sosial, seorang penceramah yang mengatakan bahawa amalan membaca Surah al-Fatihah secara perlahan selepas Imam membaca Surah al-Fatihah secara kuat adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAW.

Benarkah tiada hadis berkenaan hukum tersebut?

Sebenarnya, amalan membaca surah al-Fatihah secara perlahan selepas Imam membaca surah al-Fatihah tersebut didokong oleh hadis yang Sahih.

Ulama'-ulama' Mazhab Syafi'ie berdalilkan hadis berikut:

عن ابي هريرة، عن النبي صلى ال له عليه وسلم: من صلى صلاة لم يقرأ فيها بأم القران فهي خداج ثلاثا، غير تمام. فقيل لأبي هريرة : إنا نكون وراء الأمام. فقال: اقرأ بها في نفسك

"Dari Abu Hurairah R.A yang meriwayatkan dari Nabi S.A.W. Yang bersabda: "Sesiapa menunaikan Solat tanpa membaca di dalamnya Ummul-Quran (yakni al-fatihah) maka solatnya adalah cacat (tidak sempurna) 'Baginda mengulangi sabdanya itu sebanyak tiga kali. Lalu ditanya kepada Abu Hurairah R.A: 'Bagaimana jika kami menunaikan solat di
belakang imam?". Jawab Abu Hurairah R.A.: 'Bacalah al-Fatihah itu dalam diri kamu"
(Hadis riwayat Imam Muslim. Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hukum amalan membaca surah al-Fatihah secara perlahan adalah bersandarkan hadis Sahih yang dinukilkan oleh Imam Hadis, bukannya rekaan para ilmuwan.

No comments:

Post a Comment