Ulamak hadis sendiri juga bermazhab, bahkan ada di antara mereka juga merupakan fuqaha dalam mazhab.
Imam Syah Waliyullah al-Dihlawi dalam kitabnya, al-Insaf (h. 57) berkata:
"Dari ini, Muhammad bin Ismail al-Bukhari rahimahullah tergolong dalam tingkatan ulama Syafieyyah. Di antara yang menyebutkannya sedemikian adalah Syeikh Tajuddin al-Subki. Beliau berkata: "Imam al-Bukhari belajar fiqh dari imam al-Humaidi, imam al-Humaidi belajar fiqh kepada imam al-Syafi'e. Dan guru kami yang sangat alim mengambil dalil dengan memasukkan Imam al-Bukhari rahimahullah dalam tingkatan fuqaha' Syafieyyah dalam Thabaqat mereka. Dan ucapan Imam al-Nawawi yang telah aku sampaikan membuktikan hal itu."
Imam Syah Waliyullah al-Dihlawi dalam kitab yang sama (hal. 68) juga berkata: "Adapun Imam Abu Daud dan Imam al-Tirmidzi rahimahullah adalah mujtahid muntasib kepada imam Ahmad dan Ishaq, begitu juga dengan Imam Ibnu Majah dan imam al-Darini rahimahullah sebagaimana yang aku ketahui. Adapun Imam Muslim, Imam Abbas al-Asham rahimahullah pengumpul kitab Musnad al-Shafi'e, dan orang yang aku sebut setelahnya mereka semua mengikuti mazhab al-Syafi'e."
Buat masa ini, sehingga kini admin masih tidak jumpa mana-mana ulama yang tidak bermazhab. Melainkan ulama mujtahid mutlak yang haram bertaqlid kepada mazhab yakni seperti aimmah yang empat, imam Hasan al-Basri dan sebagainya kerana sudah sampai kepada mereka tahap untuk berijtihad sendiri.
Pada zaman dulu sangat ramai mujtahid mutlak namun mazhab mereka tidak diteruskan kerana tidak lengkap untuk dianuti seperti mana 4 mazhab yang ada sekarang yakni mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hanbali.
Jadi kita pula siapa nak wujudkan 'mazhab' kelima? Itupun akhirnya kembali merujuk kepada syeikh-syeikh yang menyeru kepada 'sunnah' dari kalangan pengikut mazhab Hanbali seperti Uthaimin, Ibn Baz, Soleh Fauzan, Albani, Ibnu Taimiyyah dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment