Friday, 8 May 2020

MAKNA "KULLU" DALAM HADITH KULLU BID'ATIN DHALALOLAH


Pak Wahab : Saya tak suka membaca Facebook kamu. Kamu banyak menghentam Wahabi dan Salafi.
Sunni : Apa yang saya hentam ? Saya hanya menyatakan apa yang benar berkenaan Wahabi Salafi. Isu-isu yang Wahabi Salafi bawa, kesemuanya adalah isu khilafiyah yang sudah selesai dibahaskan sejak 1000 tahun lalu. Tetapi kamu membawa isu yang sudah selesai, kamu serahkan kepada masyarakat yang tidak ada ilmu untuk berijtihad, sehingga timbul kekeliruan, timbul perpecahan, timbul kafir mengkafir. Maka kami sebagai pendakwah, kami terpaksa membetulkan kembali masyarakat agar mereka tidak mengungkit-ungkit perkara khilafiyah, sebaliknya berusaha menyebarkan Islam kepada non-muslim agar mereka bersyahadah dan menerima Islam sebagai agama mereka. Kamu sibuk mengkafirkan orang Islam atas perkara khilafiyah. Kami pula sibuk meng-Islamkan orang kafir atas perkara aqidah. KAMU SERANG, KAMI TERANG.
Pak Wahab : Apa isu khilafiyah nya ? Kami menurut langsung dari Al Quran dan Hadith. Isu yang kami bawa adalah isu pokok, bukan isu khilafiyah. Ini apa ? (sambil melihat ke arah tasbih yang digunakan Sunni untuk berwirid). Ini adalah bida'ah kerana Nabi tidak pernah menggunakan Tasbih. Setiap yang baharu adalah bida'ah. Setiap bida'ah adalah ke neraka.
Sunni : Itu masalah kamu. Bukan masalah saya. Masalah kamu, kamu jahil, bodoh dan malas mengaji. Maka kamu sempitkan Islam berdasarkan kejahilan kamu. Hehehe
Pak Wahab : SIAPA JAHIL ??? Kau itu siapa ? Aku ini belajar 9 tahun di Jordan. Aku ada BA bahasa Arab. AKU USTAZ. AKU PUBLIC FIGURE. Kau itu siapa ? Hanya belajar bidang perubatan. Engkau bukan Ustaz pun.
Sunni : Itu bukan masalah saya. Itulah masalah kamu. Orang lain buat BA, 4 tahun. Kamu buat BA 9 tahun. Hehehe Lepas tu, sepatutnya dengan belajar 9 tahun di Jordan, kamu jadi lebih pandai. Tapi ternyata IQ anda hanya setakat IQ budak kecil belum baligh. Itulah masalah kamu. Buktinya, kalau sekadar ada BA Bahasa Arab sudah jadi ustaz, habis tu orang Arab Kristian, Orang Arab Yahudi dan orang Arab Majusi yang fasih berbahasa Arab dari kamu itu semua Ustaz ke ? Miskinnya hujjah kamu Hehehehe
Pak Wahab : Apakah kamu tidak beriman dengan hadis :
وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ ، وَكُلَّ ضَلالَةٍ فِي النَّارِ
Nabi sendiri berkata ... "Setiap yang baharu itu bida'ah dan setiap yang bida'ah itu masuk ke neraka." .... Menggunakan Tasbih untuk berzikir, tidak pernah dilakukan oleh Nabi. Sekarang pada tarikh 21 March 2015, jam 2.40 PM, bertempat di Masjid Muktafibillah, engkau telah melakukan bida'ah dalam beribadah kerana menggunakan Tasbih untuk beribadah.
Sunni : Hehehehe. MISKINNYA HUJAH kamu. Saya nak tanya. Bila masuk waktu Asar ?
Pak Wahab : Hari ini, Asar masuk pukul 4.18 PM.
Sunni : Nah lihat. Kamu sendiri membida'ahkan diri sendiri. Hehehe Zaman Nabi ﷺ, mana ada jam. Nabi ﷺ, para sahabat, semua tengok gerakan matahari untuk menentukan waktu solat. Maka menggunakan jam untuk menentukan waktu solat, mengikut ajaran kamu adalah bida'ah dhalolah dan masuk ke neraka. Kamu sendiri membida'ahkan diri kamu dan memasukkan diri kamu ke neraka. Hehehe
Pak Wahab terdiam. Muka gabra. Tapi masih tak berpuas hati.
Sunni : Sebab itu dalam ajaran AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH, berdasarkan manhaj SALAFUSSOLEH, bida'ah ini terbahagi dua. Bida'ah hasanah yang diharuskan syara' dan bida'ah sayyiah yang dtegah oleh syara'.Hehehe
Pak Wahab : Apakah kamu tidak beriman dengan hadis yang menyatakan ”SETIAP" perkara yang baharu adalah bida'ah. Perkataan "KULLU" dalam hadith, menunjukkan STIAP atau KESEMUA TANPA PENGECUALIAN. Aku belajar bahasa Arab, aku tahulah. Kau itu siapa ?
Sunni : Itu masalah kamu. Tafsiran kamu. Terjemahan kamu. Berdasarkan MAKNA ZAHIR. Jika setakat makna zahir aja sudah boleh tafsir ayat-ayat ALLAH dan hadith-hadith Rasululah ﷺ, budak belum baligh pun boleh tafsir Al Quran dan hadith dengan makna zahir. Tak perlu ada ilmu urud, mustalohah, nahu, saraf, bayan dan lain-lain. Hehehe
Pak Wahab : Apakah kamu tidak beriman dengan hadis "Kullu bid'atin dhalolah" ? Apakah kamu hendak menolak Imam hadith An Nasai'e ?
Sunni : Hehehe Saya beriman dengan hadis tersebut dan saya tidak menoak Imam Nasai'e. Saya hanya tidak beriman dengan tafsiran kamu dan menolak kamu sebagai Ustaz yang layak mentafsir.
Pak Wahab : Sekarang engkau sendiri berccakap bagai orang mabuk. Sedangkan dalam hadith tersebut jelas mengatakan SETIAP. "Kullu" itu bermakna "setiap". Tidak ada pengecualian.
Sunni : Baiklah. Dah ramai Wahabi Salafi yang bertaubat, selepas mengajak berhujjah akan perkataan "kullu". Saya berdoa, mudah-mdahan ALLAH akan membuka hati anda untuk meninggalkan ajaran Wahabi Salafi. Hanya orang yang ikhlas ingin mencari kebenaran, akan menerima hujjah ILMIAH, berfikir dan bertafakur, lantas menjadikan diri lebih baik dari hari-hari yang sudah berlalu. Justeru itu, mereka akan meninggalkan isu-isu khilafiyah yang membuang masa untuk mengajak orang kepada Islam atas dasar aqidah. Saya sendiri akan membuktikan bahawa perkataan "KULLU" itu tidak membawa makna "KESEMUA" tanpa ada sebarang pengecualian.
Pak Wahab : Dipersilakan. Tapi dalilnya mestilah dari Al Quran dan Hadith ya. Mimpi, yaqazah, takwil-takwil, tidak diterima.
Sunni : Baiklah. saya akan memerik dari Al Quran, Surah Al Anbiya, ayat ke-30.
وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
Maknanya "Dan KAMI jadikan dari air, SETIAP benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman ?
Apakah perkataan "KULLU" dalam ayat tersebut membawa makna KESEMUA tanpa pemngecualian ?
Pak Wahab : Ya. Benar. Sebagaimana Hadith, Al Quran juga membuktikan bahawa perkataan "KULLU" itu membawa makna "SETIAP" atau "KESEMUA" tanpa sebarang pengecualian. Kepada yang mengubah dan memandai-mandai mengatakan bahawa "KULLU" itu bukan membawa makna "KESEMUA", kononnya ada bida'ah yang hasanah, mereka adalah Ahli Bida'ah seperti kamu.
Sunni : Apa buktinya, kesemua yang diciptakan ALLAH itu dari air jika anda mengatakan "KULLU" itu adalah "KESEMUA" ?
Pak Wahab : Lihat sahaja bumi ini. Fakta GEOGRAFI, Lebih 70% dari bumi adalah air. Kita dijadikan dari AIR MANI. Tubuh kita juga 70% adalah air.
Sunni : Oh belajar dari CIKGU GEOGRAFI rupanya hehehe. Anda mengatakan ayat Al Quran tersebut juga menggunakan perkatan "KULLU" sebagai "KESEMUA" tanpa ada pengecualian. Maknanya berdasarkan kefahaman kamu, SEMUA makhluk dicipta oleh ALLAH dari air.
Pak Wahab : Ya, benar. Bukankah kamu sendiri yang mendatangkan dalilnya.
Sunni : Jadi bagaimana pula ayat ke 15 dari Surah Ar Rahman ?
وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ۬ مِّن نَّارٍ۬
Maknanya : Dan DIA menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
ALLAH sendiri menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. Bukan dari air. Ini adalah bukti perkataan "KULLU" tidak membawa makna mutlak sebagai "KESEMUA".
Cuba pula buka Hadis SAHIH Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Rasulullah ﷺ bersabda :
خُلِقَتْ الْمَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُم
Malaikat itu diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari apa yang telah diterangkan kepada kamu semua.
Rasulullah ﷺ sendiri mengatakan jin dibuat dari api, malaikat dari cahaya dan Nabi Adam AS dari apa yang telah diberitakan. APAKAH Rasulullah ﷺ juga Ahli Bida'ah menurut pandangan kamui kerana tidak mematuhi tafsiran kamu berkenaan perkataan "KULLU" itu adalah "KESEMUA" ?
Pak Wahab terdiam. Gabra.
Sunni : Buka Surah As Shaffat ayat ke -11.
فَٱسۡتَفۡتِہِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآ‌ۚ إِنَّا خَلَقۡنَـٰهُم مِّن طِينٍ۬ لَّازِبِۭ
Maknanya : Setelah nyata kekuasaan Kami maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
ALLAH sendiri menceritakan, ALLAH telah menciptakan makhluk iaitu manusia dari tanah liat. Maka dalil apa yang anda gunakan bagi membuktikan perkataan "KULLU" itu tidak boleh ada yang lain ?
Buka pula surah As Shod ayat ke 76 :
قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ‌ۖ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬
Maknanya : Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.
Ini membuktikan Iblis diciptakan dari api dan Nabi Adam AS diciptakan dari tanah. BUKAN dari air sebagaimana kamu nyatakan akan ayat tadi di atas berdasarkan tefsiran kamu atas perkataan "KULLU".
Dan dari sebuah hadith Sahih riwayat Imam Tirmidzi.
في الحديث الذي رواه الترمذي "أن الله خلق آدم من قبضة قبضها من جميع الأرض فجاء بنو آدم على مثل ذلك، منهم الطيب والخبيث والسهل والحزن وغير ذلك"
Maknanya : Rasulullah ﷺ bersabda " Sesungguhnya ALLAH menciptakan Adam AS dari segenggam tanah yang diambil dari seluruh bahagian bumi, maka anak cucu Adam pun seperti itu jga, sebahagian ada yang baik dan buruk, ada yang mudah (lembut) dan kasar dan sebagainya.
Sunni : Jadi saya sudah membuktikan bahawa ALLAH dan Rasulullah ﷺ TIDAK menetapkan perkataan "KULLU" itu sebagai "KESEMUA SEKALI". Jadi bagaimana anda yang belajar Bahasa Arab 9 tahun di Jordan, masih sempit dan jahil akan tafsiran perkataan "KULLU" ?
Pak Wahab masih terdiam. Tidak mampu menjawab.
Sunni : Sebab itu, jangan fikir sudah berbahasa Arab anda mampu mentafsir dan membuat huku fatwa. Jika sekadar mengunakan makna zahir sudah boleh buat fatwa, jadi mufti. Budak belum baligh pun boleh buat fatwa berdasarkan makna zahir.
Sebab itu ada ilmu balaghah, nahu saraf, urud, asbabun nuzul, urud, ma'ani, mantiq dan lain-lain lagi. Agar kita semua dapat membuat tafsiran yang TEPAT dan JITU. Fadhilatus Syaikh Usamah Al Azhari menyatakan 4 syarat utama dalam memahami sebarang Ayat Al-Qur’an,Hadith atau sebarang perbahasan dalam persoalan agama:
1. Mestilah menghimpunkan segala ayat dan hadith yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
2. Mestilah berkemampuan untuk menyusun atur dan menggabungjalinkan segala dalil yang telah dihimpunkan tadi.
3. Mestilah memastikan ketepatan dalam mengeluarkan makna dari lafaz-lafaz ayat dan hadith tersebut dengan mengikuti disiplin istinbat yang betul (lughah arabiah dan usul fiqh)
4. Kefahaman yang telah dikeluarkan tadi ditimbang dan disemak pula dengan perkara teras dan pokok dalam agama juga maqasid syariah.

PENGAJARAN :
1. Kalau setakat sudah pandai berbahasa Arab, itu BELUM melayakkan anda menjadi Ahli Tafsir.
2. Kalau setakat mentafsir berdasarkan makna zahir ayat, budak belum baligh pun boleh jadi ahli tafsir berdasarkan makna zahir.
Kamu serang, Kami terang. Hehehehe

No comments:

Post a Comment