SOAL JAWAB BERKENAAN NUR MUHAMMAD SURAU PUSAT LATIHAN DAN SIMPANAN SENJATA NUKLEAR, BIOLOGI DAN KIMIA
SOALAN 1 : Ada seorang Ustaz menyatakan, konsep Nur Muhammad ini adalah konsep sesat, bida’ah dan syirik yang diada-adakan oleh pengikut Syiah. Maknanya, konsep Nur Muhammad ini berasal dari Syiah. Apa pandangan Ustaz ?
JAWAPAN 1 : Berat tuduhan tersebut. Ustaz tersebut sama ada dia TIDAK JUJUR atau dia seorang JAHIL. Sama ada tidak jujur atau jahil, dari segi ADAB, kita tidak boleh menuntut ilmu agama darinya.
Bila dia kata konsep ini adalah bida’ah, syirik dan berasal dari Syiah dia mengatakan konsep Nur Muhammad tidak ada di zaman Rasulullah ﷺ dan para sahabat yang diredhai ALLAH ﷻ.
Sebenarnya konsep Nur Muhammad ini sudah dibahaskan di KALANGAN PARA SAHABAT Rasulullah ﷺ..
BUKTINYA, secara ILMIAH, konsep Nur Muhammad ini dibahaskan oleh DUA ORANG SAHABAT RASULULLAH ﷺ.
Sahabat pertama ialah Saiyidina Ibnu Abbas radhiyallahuanhu. Sila buka kitab TAFSIR IBNU ABBAS. Dalam Tafsir Ibnu Abbas berjudul TANWIR AL MIQBAS cetakan Lebanon: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, Halaman 296. Saiyyidina Ibnu Abbas Radhiyallahuanhu yang wafat pada tahun 68 Hijrah, TELAH membahaskan tentang NUR MUHAMMAD dalam tafsir Surah An Nur ayat ke 36 pada kalimat “Nur ‘ala Nur” (Cahaya di atas cahaya). Ini BUKTI Nur Muhammad sudah ada di zaman sahabat Rasulullah ﷺ.
Sahabat kedua ialah Saiyidina Abu Darda radhiyallahuanhu. Ini dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar Al Asqalaniy rahimahullah dalam kitabnya “Ta’jil Al-Manfa’ah”. Beliau menukilkan kenyataan Sulaiman ibn Ahmad Ath-Thabrani (Imam Thabarani) dalam kitab Musnad Asy-Syamiyin, cetakan Beirut: Muassasah Ar-Risalah, 1984 Jil. III, hal. 385. Dalam kitab tersebut, Saiyidina Abu Darda radhiyallahuanhu juga menjelaskan konsep Nur Muhammad sewaktu beliau menjelaskan Sirah ibn Fatik Al-Asadi. Anda semua boleh rujuk Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ta’jil Al-Manfa’ah Bizawa’id Rijal Al-‘imah Al-Arba’ah, (Beirut: Dar Al-Basya’ir, 1996) Jil. I, hal. 568.
Apakah Saiyyidina Ibnu Abbas radhiyallahuanhu dan Saiyidina Abu Darda radhiyallahuanhu menganut fahaman Syiah ? Apakah Saiyidina Ibnu Abbas dan Saiyidina Abu Darda radhiyallahuanhum itu SYIRIK? …. MUSTAHIL. Kedua-duanya sahabat Rasulullah ﷺ yang diredhai ALLAH ﷻ. Mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang paling hampir dengan Rasulullah ﷺ dan yang paling LAYAK menghalalkan konsep Nur Muhammad.
Apabila Ustaz tersebut mengatakan konsep Nur Muhammad ini adalah bida'ah, maknanya konsep Nur Muhammad tidak ada di zaman Rasulullah ﷺ . Jadi apakah Ustaz tersebut tidak tahu, bahawa Saiyidina Ibnu Abbas dan Saiyidina Abu Darda' radhiyallahuanhum adalah para sahabat yang hidup di zaman Rasulullah ﷺ ? Tidak kah Ustaz tersebut memperkatakan sesuatu yang BERSALAHAN dengan fakta?
Sesungguhnya Ustaz tersebut SALAH kerana TIDAK JUJUR atau JAHIL. Justeru itu Ustaz tersebut mengajak orang awam untuk memfitnah para sahabat Rasulullah ﷺ. Ini AMAT bahaya. Sewajarnya dilaporkan Ustaz ini kepada pihak penguasa agama.
SOALAN 2 : Ustaz tu cakap, Nur Muhammad ini tiada sandaran dalil dari Al Quran dan Hadith. Betulkah?
JAWAPAN : SALAH TU. Nur Muhammad ada BANYAK dalil dari Al Quran dan Hadith. Antara dalil Al Quran ialah :
Firman ALLAH ﷻ :
يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٥)
Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad ﷺ) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu CAHAYA KEBENARAN (Nabi Muhammad aka NUR MUHAMMAD) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al Maidah ayat : 15)
Ini salah satu ayat Al Quran yang ada hubung kait dengan Nur Muhammad. Antara ayat lain ialah Surah An Nur ayat 35 dan 36. Dan ada BANYAK lagi ayat-ayat Al Quran yang menjadi dalil akan konsep Nur Muhammad.
Antara dalil Hadith pula :
Dari Maisarah Al Ajrah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد.
“Aku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda ” Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad”
Hadith ini telah diriwayatkan oleh ramai imam besar hadith antaranya ialah IMAM AHMAD, IMAM AL BUKHARI ( dalam kitabnya TARIKH). AT THOBARANIY DAN AL HAKIM. KESEMUA IMAM-IMAM YANG SAYA SEBUTKAN TADI MENSAHIHKANNYA. Berkata AL HAFIZ IBNU HAJAR AL ASQALANIY ” SANADNYA ADALAH KUAT “.
Secara langsung, dakwaan Ustaz yang mengatakan TIADA dalil dari Al Quran dan Hadith adalah TERTOLAK. Ini bermakna Ustaz berkenaan sebenarnya TIDAK BELAJAR dan TIDAK ADA ILMU. Seeloknya carilah Ustaz yang benar-benar belajar agama dan ada banyak ilmu. Bukan Ustaz yang jahil tetapi merasakan dirinya paling alim.
SOALAN 3 : Ustaz tu cakap, hadith berkenaan Nur Muhammad KESEMUANYA adalah Hadith Palsu. Katanya lagi, meriwayatkan hadith palsu bermakna berdusta atas nama Nabi dan menempah tempat duduk di dalam neraka. Benarkah Ustaz ?
JAWAPAN 4 : Dakwaan Ustaz tersebut adalah TIDAK BENAR. Dalil hadith yang berhubungkait dengan Nur Muhammad yang saya sebutkan tadi diriwayatkan oleh :
1. Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad
2. Imam Al Hakim dalam kitab Mustadrak ‘ala Sahihain
3. Imam Bukhari dalam kitab At Tarikh
4. Imam Al Baghawi dalam Ma'alim Al Tanzil
5. Imam Ibn As Sakan
6. Imam Abu Nuaim dalam kitabnya Al Hilyah
7. Imam Ibnu Hajar Al Asqalaniy dalam kitabnya Al Isabah
8. Qadi ‘Iyad yang terkenal dengan kitab al-Shifa,
9. Imam al-Suyuti dalam kitabnya Tafsir Jalalain dan Al Riyad Al Aniqa
10. Firuzabadi dalam kitabnya Tanwir al-Miqbasnya atau Tafsir ibn ‘Abbas.
11. Imam Fakhru’d-Din al-Razi, dalam kitabnya Tafsir al-Kabir
12. Qadi al-Baidawi dalam kitabnya Tafsir al-Baidawi
13. Al-Nisaburi dalam kitabnya Ghara’ib al-Qur’an
14. Al-Baghawi dalam kitabnya Ma’alim al-Tanzilnya
15. Al-Tabari dalam kitabnya Tafsir At Tabari dan al-Riyad al-Nadira
16. Tirmidzi dalam kitabnya Sunan Tirmidzi
17. Baihaqi dalam kitabnya Daala’il al-Nubuwwah
18. Ibn Hajar Haitami dalam kitabnya D ala’il al-Nubuwwah
19. Ibn Kathir dalam kitabnya Tafsir Ibnu Kathir dan kitab Mawlidur Rasulullah
20. Al-Nasafi dalam kitabnya Tafsir al-Madarik
21 dan ramai lagi
Kesemua ulama-ulama Hadith yang saya sebut meriwayatkan hadith tersebut adalah ulama-ulama BESAR di bidang hadith khususnya Imam Bukhari. Kesemua mereka bukan sekadar menghafal Al Quran, mereka juga menghafal ratusan ribu hadith beserta sanad dan matan.
Apakah KESEMUA ulama-ulama berkenaan meriwayatkan Hadith Palsu ?
Apakah KESEMUA ulama-ulama berkenaan sudah menempah tempat duduk di dalam neraka kerana berdusta atas nama Rasulullah ﷺ kerana meriwayatkan hadith palsu ?
TIDAK SAMA SEKALI!!!
Adakah Ustaz tersebut menghafal AL Quran ? Apakah Ustaz tersebut menghafal ratusan ribu hadith beserta sanad dan matan ? Jika tidak. Apa hak Ustaz tersebut hendak menuduh imam-imam hadith ini meriwayatkan hadith palsu ? Sungguh TIDAK BERADAB.
Ustaz yang menuduh hadith berhubungkait dengan Nur Muhammad adalah hadith palsu, dia sebenarnya yang berdusta atas nama Rasulullah ﷺ dan memfitnah ulama-ulama besar Hadith.
SOALAN 4 : TAPI .... Ustaz tu dari Parti (politik) saya. Tak kan saya nak kata dia tu SALAH?
JAWAPAN 4: Sewaktu ditanya, Rasulullah ﷺ menjawab :
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْم
Maksudnya : "Wahai Rasulullah! Apakah termasuk dalam `asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya?. Jawab baginda: Tidak! Tetapi `ASOBIYYAH ITU ADALAH SESEORANG MENOLONG KAUMNYA ATAS PERKARA KEZALIMAN."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad dengan sanad yang SAHIH.
Dah tahu Ustaz tersebut berdusta, jahil, memfitnah para sahabat asulullah ﷺ , menafikan dalil dari Al Quran dan Hadith, memperlecehkan para Imam Besar Hadith, malah MENGAJAK anda semua untuk melakukan kemungkaran yang sama. MENGAPA MASIH HENDAK IKUT?
Politik itukah yang menjamin anda masuk syurga?
Kalau nak jadi Ahlis Sunnah Wal Jamaah, jadilah betul-betul. Jangan jadi asobiyyah berselimutkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bila kaum kita buat salah, kita usaha cari dalil untuk halalkannya. Bila kaum lawan buat benda baik, kita usaha cari jalan untuk mengatakannya haram. Ini penzaliman namanya kerana meletakkan hukum bukan pada tempatnya. Bukan begini ajaran Islam.
Daripada anda pergi berhimpun dengar ceramah politik mengkudakan agama, baik anda duduk rumah dalam MCO bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak COVID-19.
No comments:
Post a Comment