Friday, 8 May 2020

UMRAH 2019 PART 2



UMRAH 2019 PART 2

Jemaah Umrah (JU) : Saya, laki bini. Menabung bertahun. Bayar kat RM8 ribu seorang nak buat Umrah dengan travel MXXXXX. Dah sampai bumi Jabal Uhud. Mutawif ajak naik Bukit Pemanah, tengok maqam syuhada Uhud. Tak bagi pergi hampir dengan maqam. Bida'ah katanya. Syirik lagi sesat. PELIKNYA ... Lepas turun bukit, Mutawif suruh pergi shopping kat gerai-gerai di Uhud. Macam shopping kat gerai tu lebih mulia dari ziarah maqam syuhada.

Aku : Haji ... Kalau nak shopping, tak perlu bayar RM8 ribu datang sini. Baik ke Vietnam atau Bandung. Tak sampai RM800. Itu tempat shopping. Kita ke sini untuk beribadah dan amalkan SUNNAH Rasulullah ﷺ. yang kita tak boleh buat di Malaysia. Syuhada Uhud, kesemua mereka adalah sahabat Rasulullah ﷺ. Mereka CONFIRM ahli syugra. CONFIRM mati syahid. RUGILAH dah sampai ke tempat yang CONFIRM berkat dan menjadi SUNNAH Rasulullah ﷺ menziarahinya, kita TAK AMAL.Rugi. Rugi. Rugi. Dan BODOH-lah Wahabi yang jadi Mutawif tu. Sebab itu kerajaan Saudi sendiri sedang dalam usaha mengeluarkan fahaman Wahabi dari urusan pemerintahan Saudi. Kerana terbukti fahaman Wahabi ni SEMPIT, JUMUD, JAHIL.

JU : Mutawif tu cakap, ziarah kubur ni bida'ah. Nabi tak buat. Tak ada dalil yang sahih.

Aku : SALAH TU. Rasulullah ﷺ ada bersabda :

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا““

Maksudnya : Dahulu saya melarang kalian berziarah kubur, tapi (sekarang) berziarahlah kalian,”(Diriwayatkan Imam Muslim rahimahullah).

Hadith tersebut, Rasulullah ﷺ sendiri suruh menziarahi kubur. Hadith tu diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah. TAK SAHIH KE?

SabdaRasulullah ﷺ lagi :

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ أَلَافَزُورُوهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ،وَلَا تَقُولُوا هُجْرً “

Dahulu saya melarang kalian berziarah kubur, tapi (sekarang) berziarahlah kalian,sesungguhnya ziarah kubur dapat melunakkan hati, menitikkan (air) mata,mengingatkan pada akhirat, dan janganlah kamu berkata buruk (pada saat ziarah),” (Hadith diriwayatkan Imam Hakim rahimahullah).

Dua hadith di atas. MENGHARUSKAN menziarah kubur. Yang mengharuskan menziarahi kubur ialah RASULULLAH ﷺ sendiri. Jika Wahabi menuduh menziarahi kubur adalah penyembah kubur, ahli bida’ah, syirik, kafir, sesat, dan ahli neraka. Seolah-olah Wahabi mengatakan Rasulullah ﷺ adalah penyembah kubur, ahli bida’ah, syirik, kafir, sesat, sesat dan ahlineraka. ALANGKAH SESATNYA AJARAN WAHABI NI. Nak ikut Rasulullah ﷺ atau nak ikut Wahabi? Saya nak jadi umat Rasulullah ﷺ, saya tak nak jadi Wahabi.

Kesimpulan yang saya boleh buat .... Wahabi ni JAHIL pasal Hadith. Mutawif Wahabi tu Jahil murakab. Ajaran Wahabi ni sempit, jumud dan jahil. Menziarahi kubur adalah SUNNAH Rasulullah ﷺ. Fahaman Wahabi ni, secara tak sedar, menuduh Rasulullah ﷺ. sebagai penyembah kubur, ahli bida'ah, sesat, syirik dan ahli neraka. Sebab tu saya tak nak jadi Wahabi.

JU : Mutawif tu bawa kami naik Bukit Pemanah. Tengok maqam syuhada dari atas bukit. Sambil cerita bida'ahnya menziarahi maqam Syuhada dan menjadi penyembah kubur jika berdoa di kubur.Lepas tu bawa kami turun bukit, suruh kami shopping di gerai-gerai dataran Uhud.

Aku : Mutawif tu menyerlahkan keBODOHan diri dia dan kesesatan ajaran Wahabi.

Sabda Rasulullah ﷺ dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi rahimahullah :

عَنِ اْلوَاقِدِى قَالَ : كَانَ النَّبِـىُّ يَـزُوْرُ شُهَدَاءَ اُحُدٍ فِيْ كُلِّ حَوْلٍ وَاِذَا بَلَغَ رَفَعَ صَوْتـَهُ فَيَقُوْلُ : سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ ِبـمَا صَبَرْتـُمْ فَـنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ . ثُمَّ اَبُوْ بَكْرٍ يَـفْعَلُ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ عُمَرُ ثُمَّ عُثْمَانُ .رواه البيهقى

Ertinya: Al-Waqidy berkata “Nabi Muhammad ﷺ berziarah ke makam syuhada’ uhud pada setiap tahun, apabila telah sampai di makam syuhada’ uhud beliau mengeraskan suaranya seraya berdoa : "Keselamatan bagimu wahai ahli uhud dengan kesabaran-kesabaran yang telah kamu perbuat, inilah sebaik-baik rumah peristirahatan. Kemudian Abu Bakar pun melakukannya pada setiap tahun begitu juga Umar dan Utsman.

Hadith ini diterangkan dalam kitab Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin juz XIV hal.271, kitab Mukhtashar Ibnu Katsir juz 2 hal.279, dan dalam kitab Raddu al-Mukhtar ‘ala al-durri al-Mukhtar juz 1 hal 604.

Dalam hadith berkenaan, MEMBUKTIKAN :
1. Rasulullah ﷺ MENZIARAHI maqam syuhada SETIAP TAHUN.
2. Rasulullah ﷺ BERDOA DI MAQAM Syuhada Uhud.
3. Amalan Rasulullah ﷺ menziarahi maqam syuhada Uhud dan berdoa di maqam syuhada Uhud ADALAH SUNNAH Rasulullah ﷺ. Bukan bida'ah. Bukan syirik. Bukan sesat. Bukan masuk neraka.
4. Perbuatan Rasulullah ﷺ yang menizarahi maqam Syuhada Uhud dan berdoa di maqam Syuhada Uhud diikuti pula oleh Saiyidina Abu Bakar As Siddiq, Saiyidina Umar Al Khattab al Farouq dan Saiyidina Uthman Ibnu Affan.

INI BUKTI KESUNNAHAN menziarahi maqaqm Syuhada Uhud dan berdoa di maqam Syuhada Uhud.

Wahabi secara tidak langsung, menuduh Rasulullah ﷺ, Saiyidina Abu Bakar As Siddiq, Saiyidina Umar Al Khattab dan Saiyidina Uthman Ibnu Affan sebagai penyembah kubur, ahli bida'ah, syirik, sesat dan ahli neraka. Fahaman Wahabi ni sama aje dengan fahaman Syiah. Cuma mereka berselindung atas nama SALAHPI. Malu nak mengaku Wahabi.

Oleh itu, tolong war-warkankepada ahli jemaah Tuan Haji. Jika hendak menziarahi maqam Syuhada Uhud dan berdoa di maqam Syuhada Uhud untuk MENGAMALKAN SUNNAH Rasulullah ﷺ. Esok selepas sarapan pagi, boleh berkumpul di stesen bas Menara Jam, hadapan Hotel Hilton Madinah. Saya akan bawa Haji dan ahli jemaah naik bas. Kita ke Uhud dan saya akan bawa Tuan Haji dan ahli jemaah menziarahi maqam Syuhada Uhud dan berdoa di sisi maqam Syuhada Uhud. KITA MAZHAB SYAFIE, kita diajarkan berdasarkan hadith yang saya bawakan tadi bahawa menziarahi maqam Syuhada Uhud dan berdoa di maqam Syuhada Uhud adalah SUNNAH Rasulullah ﷺ.

Wahabi atau SALAHPI ni, mulut mereka aje yang katamereka memperjuangkan sunnah dan anti-bida'ah. Hakikatnya, merekalah yang anti-sunnah dan benci kepada sunnah Rasulullah ﷺ.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

1. Pastikan syarikat Travel Agent anda BUKAN fahaman Wahabi.
2. Pastikan Mutawif Umrah anda BUKAN fahaman Wahabi.
3. Istiqamah dengan manhaj Imam Syafie rahimahullah.

No comments:

Post a Comment