Friday, 8 May 2020

UMRAH 2019 PART 1



UMRAH 2019 PART 1

Jemaah Umrah (JU) : Haji datang ikut travel agent mana?

Aku : saya ikut As-Suhaime Travel. Haji ikut mana?

JU : Saya ikut travel agent MXXXXXX

Aku : OK tak?

JU : Hmmmm (mengeluh)

Aku : Aiii … cam tak kena jer?

JU : Kita buat Umrah. Bayar all in kat RM8 ribu. Tapi …. Nak ziarah Maqam Syuhadak Uhud pun, Mutawif tak bagi. Suruh tengok dari jauh. Mutawif cakap, kalau ziarah Maqam Syuhadak Uhud, maknanya menyembah kubur. Bida’ah, syirik, sesat, masuk neraka.

Aku : HAHAHAHA …. Tu laaaa…. Lain kali …. Kalau nak pergi Umrah, tanya Travel Agent. Travel Agent tu ikut mazhab Syafie rahimahullah atau ikut Wahabi? Kalau Wahabi, memang laa kerjanya membida’ahkan orang atas perkara khilafiyah. Wahabi ni baca Hadith tak habis. Hadith yang di abaca tu pun tak betul. Dalam mazhab Syafie rahimahullah, tak ada masalah pun nak ziarah Maqam Syuhadak Uhud. Bukan maqam Syuhadak uhud sahaja, maqam umat Islam di mana-mana sahaja kita boleh ziarah sambil mendoakan mereka.

Jadi INGAT !!!!

Kalau nak menunaikan Umrah. Ada beberapa tips. Antara tips nya. TANYA TRAVEL AGENT, DIA IKUT MAZHAB SYAFIE RAHIMAHULLAH ATAU WAHABI? Kalau Travel Agent tu mengaku mazhab Syafie rahimahullah, Tanya lak, MUTAWIF IKUT MAZHAB SYAFIE RAHIMAHULLAH ATAU WAHABI? Kalau WAhabi, alamat sia-sialah nayar ribu-ribu. Dah lah bayar banyak, tapi kita tak boleh mengamalkan sunnah Rasulullah ﷺ, iaitu menziarahi maqam Syuhadak Uhud dan berdoa di maqam Syuhadak Uhud.

JU : Betul ke mazhab Syafie rahimahullah mensunnahkan menziarah maqam Syuhadak Uhud dan berdoa di maqam?

Aku : BENAR. Walau pun ada Wahabi cakap dengan BIADAP. Dia cakap ….. Kalau Imam Syafie rahimahullah belajar hadith, tentu Imam Syafie rahimahullah tak akan baca doa qunut …. Seolah-olah dia cakap, dia dengan PhD dia tu, lebih pandai dari Imam Syafie rahimahullah. Pada hal … kita tengok dia punya PhD, ada CGPA. Kami gelak aje. PhD ada CGPA???? HAHAHAHAHA …. Tak payah ilmu Hadith la, sebab Wahabi tu tak layak pun hendak dibandingkan dengan Imam Syafie rahimahullah.

Imam Syafie rahimahullah seorang Imam Mujtahid. Syarat menjadi Imam Mujtahid ialah hendaklah menghafal paling kurang 400,000 hadith beserta sanad dan matan. Maknanya, Imam Syafie rahimahullah bukan sekadar menghafal hadith, Imam Syafie rahimahullah adalah orang yang hidup di zaman yang dijanjikan oleh Rasulullah ﷺ sebagai sebaik-baik umat.

أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ سَمِعْتُ زَهْدَمَ بْنَ مُضَرِّبٍ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ : فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ[1]

Maksudnya :

Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada 'Imran bin Husain r.anhuma, dia berkata : “Telah bersabda Rasulullah ﷺ : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka.” Imran berkata :”Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman. (Diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari rahimahullah)

Manakala di dalam riwayat Muslim pula :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Maksudnya :

Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah ﷺ : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah)

Maknanya … Imam Syafie rahimahullah hidup dikurun yang dijanjikan oleh Rasulullah ﷺ sebagai kurun yang TERBAIK, kurun SALAFUS SOLEH.

Di zamannya, Imam Syafie rahimahullah menjadi rujukan ilmu Islam. Lain perkataan, Imam Syafie rahimahullah adalah ULAMAK SALAF yang menjadi rujukan DUNIA ISLAM.

Wahabi yang ada PhD berCGPA tu jadi rujukan siapa? Dia jadi rujukan Wahabi kat Malaysia aje. Tu pun banyak negeri MENGHARAMKAN Wahabi PhD berCGPA tu sebab fahaman yang bercelaru dan keliru (sebab dia tu TAK LAYAK berfatwa tapi buat fatwa berdasarkan kejahilan diri dia.)

Imam Syafie rahimahullah adalah ulamak salaf yang hidup di kurun umat terbaik yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ. Maknanya … Imam Syafie rahimahullah melihat anak-anak dan cucu-cucu para sahabat Rasulullah ﷺ beribadah. Pastinya anak-anak dan cucu-cucu para sahabat Rasulullah ﷺ diajar untuk beribadah oleh para sahabat yang bersama-sama berjuang di sisi Rasulullah ﷺ. Dan pastinya para sahabat Rasulullah ﷺ ini diajar beribadah oleh Rasulullah ﷺ sendiri.

Kesimpulannya, AUTHENTICITY ilmu Imam Syafie rahimahullah yang hidup lebih hampir dengan kehidupan Rasulullah ﷺ lebih di PERCAYAI berbanding Wahabi yang ada PhD berCGPA yang TERBUKTI banyak menipu berkali-kal (tak tsiqah). Wahabi yang ada PhD berCGPA tu pernah ke tengok anak-anak dan cucu-cucu sahabat Rasulullah ﷺ beribadah? Tengok Astro ada laaaa.

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mengatakan, beliau menghafal sejuta hadith dan gurunya(Imam Syafie rahimahullah) menghafal lebih banyak hadith dari dirinya. Wahabi yang ada PhD berCGPA rasanya, hadith 40 pun dia tak hafal, sanad dan matan hadith 40 pun memang tak hafal.
Imam Syafie rahimahullah, dalam manaqib yang ditulis oleh Imam Al Baihaqi menyatakan …. Imam Syafie menghafal al-Quran ketika usia tujuh tahun dan menghafal kitab Muwatta' Imam Malik ketika berusia 10 tahun. Beliau menghafal kitab Muwatta' yang memiliki hampir 70,000 hadis dalam masa sembilan malam.

Kalau hendak dibandingkan Wahabi yang ada PhD berCGPA? Dah tua pun tak hafal Al Quran, entah-entah qiraat Al Quran pun tak hafal. …. Speechless …. Wahabi tu TAK LAYAK hendak dibandingkan dengan Imam Syafie rahimahullah.
CUKUP untuk saya membela Imam Syafie rahimahullah.

Komentar saya ….. Orang yang di bidang akademik, kalau tengok PhD mempunyai CGPA, kami gelak aje .... Sebagaimana dia menghina Imam Syafie rahimahullah, saya kembalikan frasanya sebegini >>>> Kalau Wahabi tu belajar ilmu akademik, tentu Wahabi tu tak akan bangga dengan PhD berCGPA dia yang level budak diploma tu. HAHAHAHA. .

COMING SOON ....Betul ke ziarah maqam syuhadak Uhud itu menyembah kubur, bida'ah, syirik, kafir, sesat dan masuk neraka? ....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tips nak memilih Travel agent untuk umrah .... JANGAN PILIH TRAVEL AGENT WAHABI atau MUTAWIF WAHABI.

Kita bermazhab Syafie, kita ikut sahaja apa yang diajar dalam manhaj Imam Syafie rahimahullah.

No comments:

Post a Comment