Friday, 8 May 2020

WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTYMANIYYAH Part 4


WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTYMANIYYAH Part 4

Akhirnya Hussain bin Ali tahu akan Perjanjian Sykes-Picot selepas Deklarasi Balfour dilaksanakan pada November 1917. Hussain bin Ali tersedar bahawa dirinya dipergunakan. British menyedari hal ini dan menganggap Hussain bin Ali sebagai batu penghalang kea rah menakluki Tanah Arab dan membangunkan penempatan Yahudi di Palestine. Namun sudah terlambat, Mekah sudah jatuh ke tangan tentera pemberontak. Madinah sedang di dalam kepungan tentera pemberontak. Penarikan diri tentera Hussain bin Ali hanya menjadikan tentera Wahabi menjadi dominan dengan sokongan British dan sekutunya. Dalam keadaan Hussain bin Ali bersendirian, tiada sokongan dari uthmaniyyah, dan tiada sokongan dari Ibnu Rasyid pemerintah wilayah Utara, British semakin berani berterus-terang dan memaksa Hussain bin Ali bersetuju dengan pembahagian wilayah Arab dan pembangunan penempatan Yahudi. Andainya Hussain bin Ali masih menghalang, pihak British tanpa ragu akan mengambil tindakan ketenteraan ke atasnya. October 1918, Madinah jatuh ke tangan tentera pemberontak yang merupakan gabungan tentera Wahabi dan British. Tentera Uthmaniyyah dihalau keluar dari Hijaz. Rakyat di Mekah dan Madinah mula mengalami penyeksaan dan kekejaman hasil fatwa halal darah ajaran Wahabi.

Dalam Persidangan Kaherah, Mac 1921, Colonel Winston Churchil telah bertemu dengan semua pihak berkepentingan British di Timur Tengah bagi melaksanakan blue print yang terdapat dalam Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour. Dua arahan dikleuarkan. PERTAMA untuk menyogok wang kepada Hussain bin Ali agar bersetuju dnegan Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour. Tugas ni dipertanggungjawabkan kepada Captain Thomas Edward Lawrence, seorang perisik British. KEDUA untuk menyogok Ibnu Rasyid, pemerintah Hail (Wilayah Utara Arab) untuk tujuan yang sama. British memandang berat akan tindakan yang diambil oleh Ibnu Rasyid sewaktu Revolusi Arab 1916-1919. Sewaktu tentera pemberontak sibuk untuk menawan Mekahd an Madinah, Ibnu Rasyid dan tenteranya meluaskan penguasaan kerajaan sehingga utara Palestine dan Iraq pada tahun 1920. Ini menjadikan British bimbang halangan yang akan dilalui dalam merealisasikan penempatan Yahudi di Palestine. Cara yang difikirkan, ialah menyogok Ibnu Rasyid. Tugas ini dipertanggungjawabkan ke atas Ibnu Saud sendiri.
Captain Thomas Edward Lawrence menawarkan £100,000.00 setahun kepada Hussain bin Ali agar menyokong penempatan Yahudi di Palestine. Tetapi tawaran itu ditolak oleh Hussain bin Ali. Kegagalan menyogok Hussain bin Ali telah membawa kepada tindakan ugutan oleh T.E. Lawrence. Pihak British mengugut Hussain bin Ali, bahawa British akan bekerjasama dengan tentera Wahabi Ibnu Saud untuk memerangi Hussain bin Ali yang bersendirian tanpa sebarang pakatan dari Uthmaniyyah atau pun Ibnu Rasyid.

Sementara Ibnu Saud yang diutus untuk menyogok Ibnu Rasyid. Usahanya juga gagal. Ibn Rashid telah menolak semua tawaran dari Empayar British yang dibuat kepadanya melalui Ibn Saud kerana enggan menjadi anjing British. Apa yang berlaku kepada Hussain bin Ali, menjadikan Ibnu Rasyid lebih berhati-hati. Keengganan Ibnu Rasyid, telah mengancam kepentingan British dalam merealisasikan penempatan Yahudi di Palestine. Hasil saranan Sir Percy Cox di Kaherah, Ibnu Saud dan tentera Wahabinya diarah untuk menyerang pemerintahan Hail pimpinan Ibnu Rasyid. Sebagai balasan, British akan memberikan “upah” tambahan kepada Ibnu Saud sebanyak £10,000.00 sebulan dalam bentuk emas. Untuk menewaskan Ibnu Rasyid, tentera Wahabi Ibnu Saud dibekalkan dengan 10,000 senapang dan dilatih oleh tentera British. Pada September 1921, tentera Wahabi Ibnu Saud digerakkan menyerang kerajaan Ibnu Rasyid. November 1921, kerajaan Ibnu rasyid tumbang. Ibnu Saud secara rasminya menguasai, Riyadh, Mekah, Madinah dan Hail. Dan British mengisytiharkan Ibnu Saud dan kerajaan Saud sebagai Sultan Najad dan Empayar Najad.

Hussain bin Ali dan kerajaannya terpaksa berhadapan dengan British dan Kerajaan Wahabi Empayar Najad. Rundingan dijalankan antara pihak British dan Abdullah bin Hussain (anak Hussain bin Ali) di Tansjordan. Mereka tiada pilihan. Sama ada diperangi atau menyerah diri secara aman dan terpaksa bersetuju dengan kandungan Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour. Abdullah mengutus surat keapda Hussain bin Ali meminta persetujuannya. Namun Hussain bin Ali menolak permintaan anaknya. Hussain bin Ali dia bahkan tidak peduli untuk membaca perjanjian antara British dan anaknya, sebaliknya membuat perjanjian draf sendiri untuk menolak kandungan Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour. Draf perjanjian Hussain bin Ali dikirmkan ke London untuk disahkan. Tapi sayang …. Nasi sudah menjadi bubur.

Pada bulan Mac 1923, pihak British memaklumkan kepada Ibn Saud bahawa British akan menghentikan subsidinya. Sebelum menghentikan subsidi, British akan membayar saguhati kepada Ibnu Saud sebanyak £ 50,000, yang menyamai subsidi yang diterima Ibnu Saud selama satu tahun. Pada bulan Mac 1924, setahun selepas British membuat pembayaran saguhati bernilai £ 50,000.00 kepada Ibn Saud, British mengumumkan bahawa ia telah menamatkan semua perbincangan dengan Hussain bin Ali untuk mencapai persetujuan. Selepas beberapa minggu, Ibnu Saud dan tentera Wahabinya telah menjalankan operasi ketenteraan sebagaimana diarahkan oleh Setiausaha Luar British, Lord Curzon sebagai paku terakhir untuk keranda Hussain bin Ali. Menjelang September 1924, Ibn Saud telah menakluk Taif. mengalahkan modal musim panas Sharif Hussain, Ta'if. Dalam masa yang sama, British mengutus surat keapda Abdullah bin Hussain di Transjordan agar tidak memberikan bantuan kepada ayahnya. Di Ta'if, tentera Wahabi melakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka menyembelih wanita dan kanak-kanak. Tentera Wahabi pergi ke masjid dan membunuh para ulama Islam yang tidak menerima ajaran Wahabi. Kemudian tentera Wahabi menawan tempat paling suci dalam Islam, kota Mekah, pada pertengahan Oktober 1924. Hussain bin Ali disingkirkan dan melarikan diri dan berkubu di Akaba. Tempat Hussain bin Ali digantikan oleh anak Ibnu Saud bernama Ali yang menjadikan Jeddah sebagai ibunegara.

Khuatir, Hussain bin Ali akan menggunakan Akaba sebagai tempat perhubungannya dengan dunia Arab di luar semananjung. Ini akan membolehkan Hussain bin Ali mengumpulkan kuasa untuk menentang British, British mengarahkan tentera Wahabi untuk menyerang Hussain bin Ali. 18 June 1925, Hussain bin Ali dipaksa melarikan diri dari Akaba.

Dalam usaha menakluk Jeddah, Ibnu Saud dan tentera Wahabinya telah mengepung Jeddah sejak January 1925. Kepungan selama 12 bulan akhirnya Jeddah jatuh ke tangan Wahabi apda December 1925. Berakhirlah 1000 tahun pemerintahan keluarga Rasulullah ﷺ di Jeddah. Dengan jatuhnya Jeddah, British telah mengisytiharkan Ibnu Saud sebagai RAJA HIJJAZ pada February 1926. Negara Wahabi baru ini kemudiannya menjalani rebranding kepada KONGDOM of SAUDI ARABIA pada tahun 1932.

Dari sudut propaganda, British membantu Wahabi menguasai Hijjaz dalam tiga sudut.

PERTAMA : mereka menggambarkan dan berpendapat bahawa pencerobohan Ibn Saud terhadap Hijaz didorong oleh fanatik keagamaan dan bukannya oleh pertimbangan-pertimbangan geo-politik imperialisme British. Penipuan ini dikemukakan hingga ke hari ini. Terbaru di dokumentari BBC "Bitter Lake" yang diakui oleh Adam Curtis, di mana beliau menyatakan bahawa "visi yang tidak bertoleransi terhadap wahhabisme" mendorong "arab badwi" untuk mewujudkan Arab Saudi.

KEDUA, British menggambarkan extrimisme ajaran Wahabi yang dibawa Ibn Saud sebagai tindakan agresif yang disalahtafsir sebagai kejam sedangkan Wahabi hanya inginkan Islam kembali ke bentuk paling “murni.” Iaitu Islam yang dimodernkan dan reformasikan sendiri oleh Mohamad Abdol Wahab dengan persetujuan British…. Murnikah Islam yang dibawa Wahabi? Mengkafirkan umat Islam atas perkara khilafiyah, menghalalkan darah orang yang berbeza pendapat, serta menyamakan ALLAH dengan makhluk. Murnikah ajaran Wahabi?

KETIGA , Sejarawan British menggambarkan Gerakan Wahabi Ibn Saud sebagai Gerakan kumpulan bebas dan bukan sebagai alat British yang digunakan untuk menyentuh sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepada kepentingan British. Sebagai contoh, kajian terbaru Profesor Eugene Rogan tentang sejarah mengenai orang Arab mendakwa bahawa "Ibn Saud tidak mempunyai kepentingan dalam memerangi Empayar Uthmaniyyah”. Kenyataan Profesor Eugene Rogan meleset, kerana sejarah membuktikan Ibnu Saud dan tentera Wahabinya terlibat dalam memerangi Uthmaniyyah pada tahun 1915. Profesor Eugine Rogan menegaskan bahawa Ibn Saud hanya berminat untuk memajukan "cita-citanya" yang secara kebetulan sentiasa selari dengan orang-orang dari Kerajaan British.

Kesimpulannya, salah satu aspek dari Deklarasi Balfour adalah komitmen Kerajaan British untuk "menggunakan usaha terbaik mereka untuk memudahkan" penciptaan "sebuah negara penempatan rasmi untuk orang Yahudi”. Tidak dinafikan, banyak negara di dunia hari ini dicipta oleh British. Tetapi apa yang menjadikan kerjaan Wahabi Saudi Arabia tersendiri dari negara-negara ciptaan British, adalah bahawa sempadan utara dan timur laut Saudi Arabia memudahkan usaha penciptaan negara Israel. Sekurang-kurangnya pemusnahan dua pemerintah Arab dari Ha'il (Ibnu Rasyid) dan Hijaz (Hussain bin Ali) oleh Wahhabi Ibnu Saud didasarkan pada penentangan pemimpin mereka untuk memudah carakan projek pembinaan negara Zionis milik British di Palestine.

Oleh itu, sangat jelas dan tidak mampu dinafikan bahawa usaha British untuk mewujudkan negara Zionist Israel di Palestine, tertanam dalam DNA geografi Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Ibnu Saud dan tentera Wahabinya.

Akan disambung …..

RUJUKAN
1. Tarikh Najad, Matbu’at Darat Al Malik Abdul Aziz, Al Mamlakah Al Arabiyah As-Saudiyyah
2. Sauds's campaign for Hejaz and the two holy cities Archived 2010-09-14 at the Wayback Machine, Islam Life online magazine
3. Abdullah bin Saud's capture Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
4. Abdullah bin Saud's execution Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
5. House of Saud Revivals Archived 2010-01-07 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
6. Afaf Lutfi al-Sayyid-Marsot. A History of Egypt From the Islamic Conquest to the Present. New York: Cambridge UP, 2007.
7. Vasiliev, Alexei. The History of Saudi Arabia. NYU Press. ISBN 9780814788097. Retrieved 21 February 2017
8. Elizabeth Sirriyeh, Salafies, "Unbelievers and the Problems of Exclusivism". Bulletin (British Society for Middle Eastern Studies), Vol. 16, No. 2. (1989), pp. 123-132
9. Fahmy, Khaled (2012). Mehmed Ali: From Ottoman Governor to Ruler of Egypt. Oneworld Publications. p. 30. ISBN 9781780742113.
10. Al-Enazy, Askar H., “The Creation of Saudi Arabia: Ibn Saud and British Imperial Policy, 1914-1927,”
11. David Howarth, “The Desert King: The Life of Ibn Saud” (London: Quartet Books, 1980), pg. 133 and Randall Baker, “King Husain and the Kingdom of Hejaz” (Cambridge: The Oleander Press, 1979), pg.201-202
12. Eugene Rogan, “The Arabs: A History”, (London: Penguin Books, 2009), pg.220.
13. Gary Troeller, “The Birth of Saudi Arabia” (London: Frank Cass, 1976) pg.91.
14. Fromkin, David (1989). A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286, 288. ISBN 978-0-8050-6884-9.
15. Martin Sicker (2001). The Middle East in the Twentieth Century. Greenwood Publishing Group. p. 26. ISBN 978-0275968939. Retrieved July 4, 2016
16. Peter Mansfield, British Empire magazine, Time-Life Books, no 75, p. 2078 Eugene Rogan, The Fall of the Ottomans, p.286
17. Sykes-Picot Agreement - World War I Document Archive". wwi.lib.byu.edu. Archived from the original on 2009-04-26. Retrieved 2009-09-23.
18. Alexander Mikaberidze (22 July 2011). Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia [2 volumes]: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. pp. 861–. ISBN 978-1-59884-337-8.
19. Goldstein, Erik (1987). "British Peace Aims and the Eastern Question: The Political Intelligence Department and the Eastern Committee, 1918". Middle Eastern Studies. 23 (4): 419–436. doi:10.1080/00263208708700719. JSTOR 4283203
20. James Barr (27 October 2011). A Line in the Sand: Britain, France and the struggle that shaped the Middle East. Simon and Schuster. pp. 83–. ISBN 978-1-84983-903-7.
21. Report of a Committee Set up to Consider Certain Correspondence Between Sir Henry McMahon and the Sharif of Mecca in 1915 and 1916 Archived 24 October 2015 at the Wayback Machine, UNISPAL, Annex A, paragraph 19.
22. Munayer Salim J, Loden Lisa, Through My Enemy's Eyes: Envisioning Reconciliation in Israel-Palestine, quote: "The Palestinian-Israeli divide may be the most intractable conflict of our time."
23. Rubin, Martin (2010). "The Great Promise, review of Jonathan Schneer's Balfour Declaration". The Wall Street Journal. Retrieved 8 October 2017. As Mr. Schneer documents, the declaration was, among much else, part of a campaign to foster world-wide Jewish support for the Allied war effort, not least in the U.S.
24. The Return to Jerusalem What representatives of Muslim and Christian communities think of Zionism]. Le Matin (in French). France. 1 March 1919. Retrieved 23 July 2017.
25. Military Intelligence and the Arab Revolt: The first modern intelligence war, Polly a. Mohs, ISBN 1-134-19254-1, Routledge, p. 41.
26. Yesilyurt, Nuri (2006). "Turning Point of Turkish Arab Relations:A Case Study on the Hijaz Revolt"
27. Jeremy Wilson (1989) Lawrence of Arabia: The Authorised Biography of T. E. Lawrence. William Heinemann. ISBN 978-0-434-87235-0. p. 548
28. Rogan Eugene (11 April 2002). "Frontiers of the State in the Late Ottoman Empire: Transjordan, 1850-1921". Cambridge University Press. p. 233. Retrieved 1 June 2017.
29. The Arab Movements in World War I, Eliezer Tauber, Routledge, 2014 ISBN 9781135199784 p =80-81
30. Wilson, Mary C. 'The Hashemites, the Arab Revolt, and Arab Nationalism' in The Origins of Arab Nationalism (1991), ed. Rashid Khalidi, pp. 204–24. Columbia University Press.


No comments:

Post a Comment