Friday, 8 May 2020

WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTYMANIYYAH Part 3


WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTYMANIYYAH Part 3

Kajian oleh Dr. Askar H. Al-Enazy, telah membuktikan peranan Imperialisme British dalam melahirkan Kerajaan Saudi baru. British menaja segala Gerakan Wahabi untuk melumpuhkan kerajaan-kerajaan Islam sambil meninggalkan tiga pihak berkuasa yang berlainan di semenanjung Arab: Sharif of Hijaz: Hussain bin Ali dari Hijaz (di sebelah barat), Ibn Rashid yang ahli keluarganya yang menjadi Gavernor Najad dibunuh Ibnu Saud, wilayah kekuasaannya dari Ha'il (di utara) dan Amir Ibn Saud dari Najd (di sebelah timur) bersama pengikutnya yang berfahaman takfiri Wahhabi.

Kekuatan umat Islam, terletak di tiga kota besar, Baitul Maqdis, Madinah dan Mekah. Saat itu, penghijrahan rakyat Yahudi di Eropah sudah pun dirancang ke bumi Palestine dan British menjangkakan, kaum Yahudi bakal menguasai Baitul Maqdis.

Kewujudan Ibnu Saud dan fahaman Wahabi di Hijaz, bakal menjadi pemangkin penaklukan dua lagi kota suci iaitu Mekah dan Madinah. Sayangnya, Gerakan Wahabi terpaksa berhadapan dengan EMpayar Uthmaniyyah, Gerakan Ibnu Rasyid dan Pemimpin Mekah Hussain bin Ali. British tahu bahawa Gerakan Wahabi tidak punya pilihan untuk mendapat kekuasaan dan menyebarkan fahaman Wahabi legacy Mohamad ABdol Wahab melainkan mempunyai “rakan kongsi” yang boleh menjamin kemenangan dalam setiap peperangan Gerakan Wahabi. Lantas British melalui Henry MacMahon telah menawarkan bantuan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, tawaran dari pihak British diterima oleh Ibnu Saud. Termeterai Perjanjian Daryn 1915.

Selepas menandatangani Perjanjian dengan British, Ibn Saud dan tentera Wahabinya mula terlibat dengan peperangan pada awal Januari 1915. Ibnu Saud berperang dengan Ibnu Rasyid. Pada peringkat awal, tentera Ibnu Saud ditewaskan oleh tentera Ibnu Rasyid. Wakil pihak British bernama Captain William Henry Irvine Shakespear mati terbunuh. Kekalahan ini hampir melumpuhkan Gerakan Wahabi pimpinan Ibnu Saud. British melihat perkembangan ini jika berterusan amat mengancam kepentingan British dan sekutunya di Timur Tengah.

Pesuruhjaya British di Mesir kemudian menghantar Lieutenant Colonel Sir Vincent Arthur Henry McMahon menemui Hussain bin Ali, pemerintah Hijjaz dengan harapan, dapat menjadikan Hussain bin Ali anjing British kedua di Hijjaz. Usaha Henry McMahon tidak sia-sia. Umpan yang diberikan, dimakan oleh Hussain bin Ali. Sehinggalah, sabuah kuasa yang sepatutnya memerangi Ibnu Saud membelot hanya kerana nikmat duniawi. Pemimpin Mekah, Hussain bin Ali disogok dengan wang dan harta oleh British sehingga membelot Khalifah Uthmaniyyah. Pembelotan ini adalah sumbangan paling besar kepada kekalahan Empayar Uthmaniyyah. Syarif Mekah mengetuai apa yang dipanggil 'Revolusi Arab' pada bulan Jun 1916 yang melenyapkan kehadiran tentera Turki Uthmaniyyah dari Hijaz secara total pada tahun 1919.

Hussain bin Ali melihat kemewahan yang diperolehi oleh Ibnu Saud dari British, Ini telah menggelapkan matanya. Dia yakin untuk benar-benar mengubah kedudukannya dengan kekuasaan dan kemewahan, Hussain bin Ali perlu membuat pakatan dengan British. British, melalui wakilnya Lieutenant Colonel Sir Vincent Arthur Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, telah menjanjikan kepada Hussain bin Ali kuasa dan kekayaan. Hussain bin Ali akan diberikan kekuasaan dan kekayaan melalui sebuah negara Arab yang bersatu dari Gaza ke Teluk Parsi yang akan ditubuhkan oleh British, setelah Turki Uthmaniyyah dapat dijatuhkan. Surat menyurat antara Hussain bin Ali dan Henry McMahon dikenali sebagai McMahon-Hussain Correspondence menjadi saksi atas “penjualan maruah diri” ini. Dari 14 Julai 1915 sehingga 10 March 1916, sebanyak 10 pucuk surat saling berbalas antara Hussain bin Ali dan Henry McMahon.

Surat Hussain bin Ali kepada Henry McMohan bertarikh 18 February 1916, disamping kekuasaan ke atas negara Arab baru, Hussain bin Ali meminta agar diberikan £ 50,000.00 dalam bentuk emas, senjata, peluru dan makanan. Sebagai balasan, anak Hussain bin Ali, Faisal bin Hussain pula menjanjikan 100,000 orang pemberontak untuk mencetus revolusi menentang Uthmaniyyah. Maklumbalas Henry McMahon pada tarikh 10 March 1916, mempersetujui permintaan Hussain. Maka pada tarikh 10 June 1916, gabungan tentera Hussain bin Ali, Ibnu Saud Gerakan Wahabi dan British, telah mencetuskan revolusi secara besar-besaran terhadap Uthmaniyyah. Secara rasminya Hussain bin Ali mengisytiharkan pembelotan Mekah terhadap Empayar Uthmaniyyah. Gula-gula yang ditawarkan British kepada Hussain bin Ali, untuk mewujudkan satu negara Arab bersatu dan bebas dari kuasa Uthmaniyyah yang terhampar dari Aleppo di Syria ke Aden di Yaman telah diterima Hussain dengan hati gembira. Dan Hussain Bin Ali sebagai “RAJA” kepada negara tersebut.

SEBALIKNYA, di pihak British pula, ini merupakan umpan untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam. Empayar Uthmaniyyah, merupakan empayar Islam yang telah menguasai dunia hampir 7 abad. Untuk menjatuhkan EMpayar Uthmaniyyah, kesemua kota suci milik umat Islam hendaklah dibawah tapak kaki British. Penghijrahan Yahudi Eropah ke Palestine bakal menakluki Baitul Maqdis. Sementara Mekah dan Madinah pula, British meletakkan Gerakan Wahabi sebagai bidak di papan catur Hijaz. Kekalahan Gerakan Wahabi kepada Ibnu Rasyid membimbangkan British. Untuk mengekalkan pencapaian Gerakan Wahabi dan menjatuhkan Uthmaniyyah di Hijaz, lebih banyak anjing perlu dilahirkan. Saat Hussain bin Ali termakan umpan, saat itulah British semakin giat menyalurkan bantuan kepada Gerakan Wahabi. Tentera, senjata, maklumat risikan, strategy perang dan apa sahaja diperlukan Gerakan Wahabi akan diberikan oleh British.

Surat-menyurat antara Hussain bin Ali dan Henry McMohan tidak dianggap perjanjian oleh British. British punya rencana membina sebuah EMPAYAR BARU milik Eropah di Tanah Arab. Selepas PERJANJIAN DARIN 1915 ditandatangani antara Ibnu Saud dan British, perbincangan demi perbincangan diadakan antara Ibnu Saud dan British tentang PEMBAHAGIAN Tanah Arab selepas kejatuhan Uthmaniyyah. British dan sekutunya (Peranchis, Italy dan Russia) juga membuat perbincangan akan pembahagian Tanah Arab. Italy dan Russia berminat menguasai Wilayah Barat (Afrika). British dan Peranchis pula berminat Timur Tengah. Ibnu Saud dan Gerakan Wahabi boleh dijadikan bidak untuk menguasai Sebahagian Semenanjung Arab. Persetujuan antara British, Peranchis dan Ibnu Saud dicapai. Semenanjung Arab akan dibahagikan kepada EMPAT BAHAGIAN. Pertama wilayah Hijjaz kepada Ibnu Saud. Kedua Pantai Barat Palestine akan dijadikan tempat penghijrahan kaum Yahudi Eropah (yang pada waktu itu menjadi masalah kepada bangsa Eropah yang lain), ketiga ialah wilayah milik British dan wilayah milik Peranchis yang kedua-duanya berada di luar Semenanjung Arab.

British yang diwakili Mark Sykes bersama sekutunya, Peranchis yang diwakili oleh Georges Picot terlebih dahulu dalam satu perjanjian rahsia, SYKES-PICOT AGREEMENT yang ditandatangani pada May 1916 sambil disaksikan oleh perwakilan dari Italy dan Russia. Dalam perjanjian tersebut menyatakan. Apabila EMpayar Uthmaniyyah berjaya dijatuhkan, negara-negara Arab yang berada di luar semenanjung Arab, akan dibahagi-bahagikan dan berada di bawah kawalan pengaruh British atau Peranchis. Selepas Perjanjian Sykes-Picot ditandatangai, pada tahun 1917 pula DEKLARASI BALFOUR dilaksanakan. Deklarasi Balfour adalah statement yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada tahun 1917 semasa Perang Dunia Pertama. Deklarasi Balfour mengumumkan sokongan untuk penubuhan "rumah kebangsaan untuk orang-orang Yahudi" di Palestine dan penempatan Yahudi di wilayah-wilayah kecil milik kerajaan Uthmaniyyah.

Deklarasi itu terkandung dalam surat bertarikh 2 November 1917 ditandatangani oleh Setiausaha Luar Negara United Kingdom, Arthur Balfour kepada LORD ROTHSCHILD, seorang pemimpin masyarakat Yahudi British, yang memimpin PERSEKUTUAN ZIONIS GREAT BRITAIN DAN IRELAND. Teks perisytiharan itu diterbitkan dalam akhbar pada 9 November 1917. Ibnu Saud terlibat secara langsung dalam kedua-dua perjanjian dan deklarasi tersebut.

Mengapa British memilih Ibnu Saud dan Gerakan Wahabi berbanding Hussain bin Ali dan ahli Mekah dalam keutamaan dalam perjanjian ?

PERTAMA …. Ibnu Saud bukan seorang berpelajaran. Dia hanya inginkan kuasa dan kekayaan sambil menaikkan legacy nenek moyangnya, ajaran Wahabi. Pengikut-pengikutnya dari kalangan kaum Badwi pedalaman yang juga tidak berpelajaran dan mudah diperbodoh-bodohkan. Sementara Hussain bin Ali pula adalah seorang yang terpelajar, dan ahli Mekah yang mempunyai ramai ilmuwan, alim ulama yang sukar untuk dicatur oleh British.

KEDUA … Ajaran Wahabi itu sendiri. Mengkafirkan umat Islam atas perkara khilafiyah. Ini akan memecahkan kesatuan umat Islam. Sekali gus menjadikan Gerakan Wahabi membunuh umat Islam yang tidak sama fahaman dengannya berdasarkan fatwa halal darah. Tangan British akan jadi “bersih dari darah” umat Islam. Ini akan mempercepatkan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Hijjaz. Seterusnya akan menjatuhkan sama sekali Empayar Uthmaniyyah di dunia.

KETIGA ... Hussain bin Ali hanyalah ALAT untuk mencetus pemberontakan. Jika Hussain bin Ali tahu rancangan yang dipersetujui dalam Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour yang bakal dilaksanakan, British yakin, Hussain Bin Ali tidak akan memberi kerjasama dan Revolusi Arab tidak akan berlaku. Kesempatan yang ada apabila Hussain bin Ali sudah mula bersedia dengan "kuasa dan kekayaan" yang dijanjikan, merupakan peluang untuk memulakan perselisihan sesama bangsa Arab di Hijjaz. Lebih-lebih lagi, Ibnu Rasyid yng menjadi pemerintah di wilayah Utara Hijjaz, amat sukar diajak berunding.

Kita kembali kepada Hussain bin Ali. Selepas meletus Revolusi Arab di Mekah pada 10 Jun 1916, Mekah ditakluk oleh pakatan tentera pemberontak yang terdiri dari tentera Hussain bin Ali, Ibnu Saud dan British. Peperangan berlarutan dan merebak ke Madinah. Seramai 50,000 tentera pemberontak menyerang Madinah yang dipertahankan oleh tentera Uthmaniyyah dari Turki seramai 11,000 tentera. Dari tahun 1916 sehingga 1918, Madinah dikepung dan diserang oleh pakatan tiga tentera. Kepungan pemberontak terhadap kota Madinah mengakibatkan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain menyebabkan ramai penduduk Madinah mati kelaparan. Ada yang terpaksa memakan rumput, akar-akar kayu dan keldai. Dalam keadaan yang sukar untuk menang, pemimpin tentera Uthmaniyyah di Madinah, Fahruddin Pasha mengarahkan agar khazanah-khazanh di Madinah termasuk barangan milik Rasulullah ﷺ yang ada di Madinah dipindahkan ke Turki agar tidak jatuh ke tangan tentera pemberontak khususnya tentera Wahabi yang sangat membenci barangan peninggalan Rasulullah ﷺ.

Tanggal 30 October 1918 … Gencatan Senjata Mudros ditandataangani oleh pihak Uthmaniyah bersama tentera pemberontak. Secara rasminya pemerintahan Uthmaniyyah di Hijaz telah BERAKHIR. Innalillahi wainna ilaihirajiun.

January 1919 … Madinah jatuh ke tangan tentera pemberontak.

Akan disambung …..

RUJUKAN
1. Tarikh Najad, Matbu’at Darat Al Malik Abdul Aziz, Al Mamlakah Al Arabiyah As-Saudiyyah
2. Sauds's campaign for Hejaz and the two holy cities Archived 2010-09-14 at the Wayback Machine, Islam Life online magazine
3. Abdullah bin Saud's capture Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
4. Abdullah bin Saud's execution Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
5. House of Saud Revivals Archived 2010-01-07 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
6. Afaf Lutfi al-Sayyid-Marsot. A History of Egypt From the Islamic Conquest to the Present. New York: Cambridge UP, 2007.
7. Vasiliev, Alexei. The History of Saudi Arabia. NYU Press. ISBN 9780814788097. Retrieved 21 February 2017
8. Elizabeth Sirriyeh, Salafies, "Unbelievers and the Problems of Exclusivism". Bulletin (British Society for Middle Eastern Studies), Vol. 16, No. 2. (1989), pp. 123-132
9. Fahmy, Khaled (2012). Mehmed Ali: From Ottoman Governor to Ruler of Egypt. Oneworld Publications. p. 30. ISBN 9781780742113.
10. Al-Enazy, Askar H., “The Creation of Saudi Arabia: Ibn Saud and British Imperial Policy, 1914-1927,”
11. David Howarth, “The Desert King: The Life of Ibn Saud” (London: Quartet Books, 1980), pg. 133 and Randall Baker, “King Husain and the Kingdom of Hejaz” (Cambridge: The Oleander Press, 1979), pg.201-202
12. Eugene Rogan, “The Arabs: A History”, (London: Penguin Books, 2009), pg.220.
13. Gary Troeller, “The Birth of Saudi Arabia” (London: Frank Cass, 1976) pg.91.
14. Fromkin, David (1989). A Peace to End All Peace: The Fall of the Ottoman Empire and the Creation of the Modern Middle East. New York: Owl. pp. 286, 288. ISBN 978-0-8050-6884-9.
15. Martin Sicker (2001). The Middle East in the Twentieth Century. Greenwood Publishing Group. p. 26. ISBN 978-0275968939. Retrieved July 4, 2016
16. Peter Mansfield, British Empire magazine, Time-Life Books, no 75, p. 2078 Eugene Rogan, The Fall of the Ottomans, p.286
17. Sykes-Picot Agreement - World War I Document Archive". wwi.lib.byu.edu. Archived from the original on 2009-04-26. Retrieved 2009-09-23.
18. Alexander Mikaberidze (22 July 2011). Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia [2 volumes]: A Historical Encyclopedia. ABC-CLIO. pp. 861–. ISBN 978-1-59884-337-8.
19. Goldstein, Erik (1987). "British Peace Aims and the Eastern Question: The Political Intelligence Department and the Eastern Committee, 1918". Middle Eastern Studies. 23 (4): 419–436. doi:10.1080/00263208708700719. JSTOR 4283203
20. James Barr (27 October 2011). A Line in the Sand: Britain, France and the struggle that shaped the Middle East. Simon and Schuster. pp. 83–. ISBN 978-1-84983-903-7.
21. Report of a Committee Set up to Consider Certain Correspondence Between Sir Henry McMahon and the Sharif of Mecca in 1915 and 1916 Archived 24 October 2015 at the Wayback Machine, UNISPAL, Annex A, paragraph 19.
22. Munayer Salim J, Loden Lisa, Through My Enemy's Eyes: Envisioning Reconciliation in Israel-Palestine, quote: "The Palestinian-Israeli divide may be the most intractable conflict of our time."
23. Rubin, Martin (2010). "The Great Promise, review of Jonathan Schneer's Balfour Declaration". The Wall Street Journal. Retrieved 8 October 2017. As Mr. Schneer documents, the declaration was, among much else, part of a campaign to foster world-wide Jewish support for the Allied war effort, not least in the U.S.
24. The Return to Jerusalem What representatives of Muslim and Christian communities think of Zionism]. Le Matin (in French). France. 1 March 1919. Retrieved 23 July 2017.
25. Military Intelligence and the Arab Revolt: The first modern intelligence war, Polly a. Mohs, ISBN 1-134-19254-1, Routledge, p. 41.
26. Yesilyurt, Nuri (2006). "Turning Point of Turkish Arab Relations:A Case Study on the Hijaz Revolt"
27. Jeremy Wilson (1989) Lawrence of Arabia: The Authorised Biography of T. E. Lawrence. William Heinemann. ISBN 978-0-434-87235-0. p. 548
28. Rogan Eugene (11 April 2002). "Frontiers of the State in the Late Ottoman Empire: Transjordan, 1850-1921". Cambridge University Press. p. 233. Retrieved 1 June 2017.
29. The Arab Movements in World War I, Eliezer Tauber, Routledge, 2014 ISBN 9781135199784 p =80-81
30. Wilson, Mary C. 'The Hashemites, the Arab Revolt, and Arab Nationalism' in The Origins of Arab Nationalism (1991), ed. Rashid Khalidi, pp. 204–24. Columbia University Press.


No comments:

Post a Comment