Friday, 8 May 2020

WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTHMANIYYAH Part 2



WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTHMANIYYAH Part 2

Kerajaan Pertama Wahabi pimpinan Abdullah bin Saud, cicit kepada Mohamad bin Abdul Wahab, tumpas kepada tentera Uthmaniyyah, pimpinan Ibrahim Pasha. Peperangan antara tentera Uthmaniyyah dan Wahabi bermula pada April 1818. Kota Diriyah kemudian dikepung oleh tentera Uthmaniyah yang akhirnya tentera Wahabi menyerah diri pada September 1818. Abdullah bin Saud dan para ulama Wahabi dihantar ke Istanbul dan dihukum mati.

Walaupun Kerajaan Saud-Wahabi berjaya dimusnahkan, namun serpihan pengikut masih tidak mampu dihapuskan secara total. Peristiwa yang berlaku antara 1802 hingga 1818, telah dikaji oleh pihak British sebagaimana didedahkan dalam kajian Dr Askar Al Enazy. Maka usaha dilakukan untuk menghidupkan semula Kerajaan Saud-Wahabi Kedua untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah secara total.

Pakatan kekeluargaan Mohamad Bin Saud dan Mohamad Abdul Wahab An Najd telah berjaya menubuhkan Kerajaan Pertama Saud-Wahabi. Namun kerajaan yang mendapat sentuhan anak Mohamad bin Saud, bernama Abdol Aziz bin Mohamad berakhir pada tahun 1818.

Putera kedua Mohamad Bin Saud, iaitu Abdullah bin Saud, adik kepada Abdol Aziz bin Saud. Abdullah mempunyai seorang anak lelaki bernama Turki bin Abdullah bin Mohamad bin Saud. Sewaktu penaklukan Diriyah, pusat pentadbiran Kerajaan Saud-Wahabi oleh Ibrahim Pasha pada tahun 1818. Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Saud berjaya melarikan diri bersama pengikutnya. Turki bersembunyi selama dua tahun agar tidak tertangkap oleh penguasa Uthmaniyyah, sambil melancarkan serangan gerila kepada tentera Uthmaniyyah dengan Hasrat menguasai Najd.

Pada tahun 1823, Turki As Saud bergabung dengan kabilah-kabilah Badwi yang mendokong fahaman Wahabi menyerang Najad dari penguasaan tentera Mesir Uthmaniyyah. Pada Ogos 1824, Najad jatuh ke tangan tentera Turki As Saud dan diisytiharkan sebagai Riyadh, ibukota baru Kerajaan Saud menggantikan Diriyah yang telah musnah dalam peperangan tahun 1818. Kerajaan Saudi-Wahabi kedua terdiri. Walau berjaya menakluki Riyadh dan menubuhkan Kerajaan Saudi-Wahabi kedua, Turki dengan kelicikan politik, mengisytiharkan akan tunduk kepada pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan akan membayar ufti kepada kerajaan. Tindakannya menguasai Najd (Riyadh) atas alasan menghalau tentera Mesir dan digantikan dengan orang asal Hijaz sebagai penguasa. Ini sebenarnya adalah satu usaha “membeli masa” oleh Turki As Saud untuk menyatukan kabilah-kabilah Badwi berfahaman Wahabi. Pihak Uthmaniyyah menerima tawaran Turki As-Saud walau ditentang oleh kabilah-kabilah Badwi tempatan yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah serta sedar permainan politik Turki As-Saud.

Sejak 1828, tentera Turki terus memerangi kabilah Arab dan Badwi yang enggan tunduk kepada pemerintahannya. Laporan yang diberikan kepada pihak Uthmaniyyah adalah “membenteras pemberontakan.” Pada tahun 1830, penguasaan Turki As Saud meliputi Pantai Timur Hijaz dan Teluk Parsi.

Tanggal 9 May 1834, Turki As Saud dibunuh oleh tiga pembunuh yang diupah oleh sepupunya Mushari bin Abdul Rahman As Saud. Mushari As Saud kemudian mengisytiharkan bahawa dirinya adalah RAJA keapda Kerajaan Saud Wahabi Kedua. Ini mengundang kemarahan anak lelaki Turki bernama Faisal. Faisal dengan sokongan tentera telah memerangi Mushari As Saud, dan mengambil alih pemerintahan kerajaan Saudi. Namun apda tahun 1838, setelah pihak Uthmaniyyah mendapat informasi akan kekejaman Kerajaan Saud, sekali lagi tentera Mesir dihantar memerangi Kerajaan Saud pimpinan Faisal bin Turki As Saud. Faisal bin Turki As Saud tewas dan dipenjarakan di Mesir. Kerajaan mesir kemudian melantik Khalid bin Saud bin Abdol Aziz bin Mohamad bin Saud, adik kepada Abdollah bin Saud sebagai pemimpin Kerajaan Saud yang baru.

Sewaktu Mesir mengalami krisis dalaman angkara tentera-tentera perikatan musuh, tentera Mesir di Riyadh dipanggil balik. Meninggalkan Khalid bin Saud bin Abdol Aziz bersendirian. Khalid yang dianggap pembelot dari kalangan keluarga Saud kemudian digulingkan oleh Faisal bin Turki As Saud,i selepas beliau dibebaskan dari penjara. Faisal bin Turki As Saud kemudian menjadi pemerintah di Riyadh. Selepas kematian Faisal bin Turki As Saud, pemerintahan negara diwariskan kepada Abdullah bin Faisal bin Turki As Saud. Namun pemerintahannya menghadapi krisis keluarga dan diperangi oleh saudaranya, Abdul Rahman bin Faisal bin Turki As Saud. Dalam peperangan tersebut, Abdul Rahman bin Faisal As Saud tewas dan bersembunyi di Kuwait.

Anak kepada Abdul Rahman bin Faisal bin Turki As Saud bernama Abdul Aziz. Abdul Aziz bercita-cita tinggi, ingin menebus maruah ayahnya dan mengambil tampuk pemerintahan Saud. Khalifah Uthmaniyyah tidak memberi muka kepadanya. Apa lagi kerajaan Saudi pimpinan Abdullah bin Faisal bin Turki As Saud masih lagi mencari dan memusuhi dirinya. Namun dengan bantuan pemgukut-pengikutnya, ahli keluarga yang masih bersimpati kepadanya DAN pengintip serta tentera upahan British, beliau berjaya merampas pemerintahan di Riyadh selepas membunuh Governor yang dilantik oleh Al Rashid, pemerintah Ha'il yang dilantik oleh Khalifah Uthmaniyyah. Abdul Aziz bin Faisal bin Turki As Saud kemudian menggunakan gelaran IBNU SAUD.

Tertegaknya Kerajaan Saud pimpinan Ibnu Saud, mengundang permusuhan dari tiga kuasa besar waktu itu. Pertama dari Kabilah Al Rashid yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Governor Riyadh yang dibunuh Ibnu Saud. Kedua dari Pemimpin Mekah, Hussain bin Ali yang melihat fahaman Wahabi sebagai satu kesesatan dan ketiga dari pihak Khalifah Uthmaniyyah sendiri yang melihat Saud sebagai tali barut British di Hijaz. Melihatkan tiga ancaman kuasa besar dan penolakan bangsa Arab terhadap ajaran Wahabi yang menjadi fahamannya, Ibnu Saud tiada pilihan, melainkan menjalinkan pakatan RASMI dengan pihak British.

British yang membawa fahaman secular, memisahkan pentadbiran politik dari agama. Hasil kajian intelligen pihak Bristish dan sekutunya (Peranchis dan Italy), Gerakan Wahabi boleh dijadikan alat untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyyah dan melebarkan kuasa Britishd an sekutunya di Timur Tengah. Walau Ibnu Saud dan pengikutnya tidak ramai tetapi sifat tamak dan gila kepada kekuasaan adalah perkara yang boleh digunakan oleh British untuk menjalinkan usaha sama. Lebih-lebih lagi British dapat melihat ajaran Wahabi yang dibawa oleh Ibnu Saud mempunyai elemen takfiri atas perkara-perkara khilafiyah, mampu digunapakai untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam, ini adalah "bom jangka" milik British untuk memusnahkan Khalifah Uthmaniyyah. Lebih-lebih lagi pengikut Ibnu Saud adalah puak-puak Badwi pendalaman yang tidak berpelajaran dan mudah diperbodoh-bodohkan.

Blue print untuk Kerajaan Saudi-Wahabi Kedua dirancang. Pentadbiran politik akan diuruskan oleh keluarga diraja Saud. Sementara Agama diuruskan oleh ulama-ulama besar fahaman Wahabi. Cita-cita Ibnu Saud .... PERTAMA : Menjadi penguasa kepada seluruh Tanah Arab ... dan .... KEDUA meletakkan ajaran Mazhab Wahabi sebaris dengan ajaran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat dan jika perlu, mendominasi atau menghapuskan terus mazhab-mazhab Ahli SUnnah Wal Jamaah dengan ajaran Islam yang telah direformasikan oleh leluhurnya, Mohamad Abdol Wahab An Najd. Untuk menutup sejarah kekejaman dan sifat takfiri yang dilakukan oleh Kerajaan Pertama, Kerajaan Saudi mengisytiharkan mengikuti mazhab Hanbali.

Pada tahun 1915, secara rasminya Ibnu Saud menandatangani perjanjian dengan pemerintah British dalam satu perjanjian, PERJANJIAN DARIN 1915, yang mengisytiharkan bahawa Kerajaan Saudi adalah dibawah perlindungan Kerajaan EMpayar British. Bermulalah secara rasmi, Kerajaan Saudi Wahabi menjadi anjing British untuk menumbangkan Khalifah Uthmaniyyah di Hijaz.

Akan disambung ......

RUJUKAN
1. Tarikh Najad, Matbu’at Darat Al Malik Abdul Aziz, Al Mamlakah Al Arabiyah As-Saudiyyah
2. Sauds's campaign for Hejaz and the two holy cities Archived 2010-09-14 at the Wayback Machine, Islam Life online magazine
3. Abdullah bin Saud's capture Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
4. Abdullah bin Saud's execution Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
5. House of Saud Revivals Archived 2010-01-07 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource
6. Afaf Lutfi al-Sayyid-Marsot. A History of Egypt From the Islamic Conquest to the Present. New York: Cambridge UP, 2007.
7. Vasiliev, Alexei. The History of Saudi Arabia. NYU Press. ISBN 9780814788097. Retrieved 21 February 2017
8. Elizabeth Sirriyeh, Salafies, "Unbelievers and the Problems of Exclusivism". Bulletin (British Society for Middle Eastern Studies), Vol. 16, No. 2. (1989), pp. 123-132
9. Fahmy, Khaled (2012). Mehmed Ali: From Ottoman Governor to Ruler of Egypt. Oneworld Publications. p. 30. ISBN 9781780742113.
10. Al-Enazy, Askar H., “The Creation of Saudi Arabia: Ibn Saud and British Imperial Policy, 1914-1927,”
11. David Howarth, “The Desert King: The Life of Ibn Saud” (London: Quartet Books, 1980), pg. 133 and Randall Baker, “King Husain and the Kingdom of Hejaz” (Cambridge: The Oleander Press, 1979), pg.201-202
12. Eugene Rogan, “The Arabs: A History”, (London: Penguin Books, 2009), pg.220.
13. Gary Troeller, “The Birth of Saudi Arabia” (London: Frank Cass, 1976) pg.91.

No comments:

Post a Comment