Friday, 8 May 2020

WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTHMANIYAH Part 1




WAHABI PEMUSNAH KHALIFAH UTHMANIYAH Part 1

Serangan Wahabi ke atas dunia Islam, khususnya ke atas Empayar Khalifah Uthmaniyyah sebenarnya telah berlaku sejak tahun 1800-an.

Peperangan besar pertama antara golongan Wahabi dan Khalifah Uthmaniyyah berlaku pada tahun 1811 hingga 1818 antara pihak Khalifah Uthmaniyyah di Mesir pimpinan Muhammad Ali Pasha dengan tentera kerajaan Emiriyah Diriyah pimpinan Mohamad Ibnu Saud. Emiriyah Diriyah adalah negara Wahabi pertama. Ia ditubuhkan pada tahun 1744 hasil gabungan Mohamad bin Abdol Wahab An Najdi dan Pemimpin puak Saud, Mohamad bin Saud. Ianya ditubuhkan atas dua matlamat. Matlamat Mohamad Ibn Saud untuk mendapatkan kekuasaan dan kekayaan di Hijaz dengan menumbangkan Khalifah Uthmaniyyah. Matlamat kedua ialah matlamat Mohamad Abdol Wahab An Najdi untuk menyebarkan ajaran Wahabi yang dianggap ajaran Islam modern yang menjalani reformasi.


Ada pihak menyatakan, Gerakan Wahabi ini BUKAN oleh Mohamad Bin Abdol Wahab An Najdi. Tetapi merujuk kepada ajaran Abdol Wahab bin Abdol Rahman bin Rustum. HAKIKATNYA, Abdol Wahab bin Abdol Rahman bin Rustum hidup sekitar tahun 200 Hijrah. Sedangkan ajaran tajsim Ibu Taimiyah dan fatwa Halal darah Ibnu Taimiyah muncul pada tahun 700 Hijrah dan diperjuangkan oleh Mohamad Abdol Wahab An Najdi pada tahun 1800-an. Maknanya, Gerakan Wahabi ini bukan kesinambungan ajaran Abdol Wahab Rustum, sebaliknya ajaran Mohamad Abudl Wahab An Najdi.

Pada tahun 1744, kedua-dua Mohamad bin Abdol Wahab dan Mohamad bin Saud bersumpah untuk mencapai matlamat mereka. Perkahwinan antara anak Mohamad bin Saud, Abdol Aziz bin Mohamad, dan anak perempuan Mohamad bin Abdol Wahab An Najdi, menguatkan lagi gabungan persepakatan mereka untuk mencapai matlamat. Hasil perkahwinan antara anak Mohamad bin Saud (Abdul Aziz) dengan anak Mohamad bin Abdol Wahab, mereka dikurniakan seorang putera, Saud bin Abdul Aziz bin Mohamad bin Saud.

Gabungan Persepakatan Saud-Wahabi menjadikan usaha penguasaan mereka berlaku pantas dan menguasai wilayah-wilayah Badwi di Hijaz. Wilayah pertama dicerobhi dan dikuasai oleh pakatan Saud-Wahabi adalah Najad. Tanah kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Kemduian terus berkembang di bahagian Pantai timur Hijaz, termasuklah Kuwait hingga ke Utara Oman. Gerakan ketenteraan Saud-Wahabi terus berkembang sehingga tahun 1765, Mohamad Bin Saud meninggal dunia, dan tempatnya digantikan oleh anaknya Abdul Aziz Bin Mohamad bin Saud, menantu kepada Mohamad Abdul Wahab. Sejak kematian Mohamad Bin Saud, sebagai mertua, Mohamad Abdul Wahab telah menjadi penasihat kepada Abdul Aziz bin Mohamad bin Saud. Pada tahun 1792, Mohamad Abdol Wahab meninggal dunia.

Pada tahun 1801, Tentera Wahabi pimpinan Abdul Aziz bin Mohamad Bin Saud, telah menyerang kota Karbala dan memusnahkan maqam Saiyidina Hussein, para wali ALLAH dan membunuh lebih 5,000 orang awam, atas slogan “MEMBASMI SYIRIK”. Tindakan Abdul Aziz As Saud ini menerima reaksi kekerasan dari pihak lawan. Pada tahun 1802, Abdul Aziz As Saud, dibunuh oleh seorang pemuda Syiah sewaktu dalam perjalanan kembali ke Najad. Tampuk pemerintahan diwarisi oleh cucu Mohamad bin Abdul Wahab iaitu Saud bin Abdul Aziz bin Mohamad bin Saud.

Setelah 11 tahun kematian Mohamad Abdol Wahab, dan 2 tahun kematian Abdul Aziz Bin Mohamad bin Saud, cucu Mohamad Bin Abdol Wahab, Saud bin Abdul Aziz As Saud, pada tahun 1803, telah memimpin tentera untuk menyerang wilayah-wilayah utama pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah di Hijaz. Taif adalah wilayah pertama dikuasai, diikuti oleh dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah jatuh ke tangan Wahabi pada tahun 1805. Selepas menakluki dua kota suci. Tentera Wahabi juga menyerang perjalanan dagang Khalifah Uthmaniyyah dan menangkap serta menyiksa orang-orang awam yang masih taat kepada pemerintah Uthmaniyyah dan ajaran mazhab. Kejatuhan dua kota Suci, Mekah dan Madinah ke tangan tentera Wahabi telah mendesak, pemerintah Uthmaniyyah, Sultan Mustafa ke-IV menjalankan operasi ketenteraan. Pada December 1807, Sultan Mustafa ke-IV telah mengarahkan Governor Uthmaniyyah di Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas tentera-tentera Wahabi yang banyak menyiksa dan membunuh orang awam yang dianggap telah kafir. Namun usaha Muhammad Ali Pasha menemui kegagalan akibat, perselisihan politik dalaman akibat percaturan British yang merasuah tokoh-tokoh penting negara. Pada tahun 1814, Saud bin Abdol Aziz bin Mohamad bin Saud meninggal dunia dan tempatnya di wariskan kepada Abdullah bin Saud, cicit kepada Mohamad bin Abdol Wahab An Najd.

Sehinggalah pada tahun 1817, Ibrahim Pasha bin Muhammad Ali Pasha bangkit bagi menebus maruah ayahnya. Berbekalkan ilmu dan diplomasi, Ibrahim Pasha telah mendapat sokongan kabilah-kabilah Arab dalam berhadapan dengan tentera Wahabi. Dalam perjalanan dari Mesir ke Mekah dan Madinah. Tentera pimpinan Ibrahim Pasha telah menewaskan wilayah-wilayah agama takfiri Wahabi. Antaranya Unaizah dan Buraidah. Faktor kemenangan Ibrahim Pasha, adalah kerana sokongan rakyat Unaizah dan Buraidah sendiri yang melihat sendiri kekejaman tentera Wahabi menyiksa dan membunuh orang yang dianggap kafir kerana berbeza pendapat. Selepas menakluk dua wilayah tersebut, tentera Ibrahim Pasha bergabung dengan kabilah-kabilah yang pernah dizalimi oleh tentera Wahabi. Mereka bergerak ke pusat pentadbiran Kerajaan Saudi iaitu Dirayah.

Sebelum tiba di kota Dirayah, tentera Ibrahim Pasha telah diserang oleh tentera Wahabi pada April 1818. Sejak itu, peperangan antara tentera Ibrahim Pasha dan tentera Wahabi berpanjangan dan setiap pertempuran , memihak kepada tentera Ibrahim Pasha. Faktornya, rakyat tempatan sudah sedar akan kesesatan dan kekejaman ajaran Wahabi. Pertempuran berlaku sehinggalah September 1818, tentera Ibrahim Pasha berjaya menakluki dan menghancurkan Diriyah. Berakhirlah kerajaan Saudi pimpinan Abdollah bin Saud bin Abdol Aziz bin Mohamad bin Saud, cicit kepada Mohamad Abdol Wahab. Pemimpin-pemimpin politik Wahabi mendapat layanan sebagai tawanan perang, sementara para ulama Wahabi dihukum dengan hukuman yang berat pemerintah Khalifah Uthmaniyah kerana ajaran sesat takfiri dan halal darah yang dibawa mereka.

Walaupun negara Wahabi pertama telah berjaya dimusnahkan oleh Khalifah Uthmaniyyah, dengan bantuan British dan sekutunya, kerajaan Saud Wahabi dihidupkan semula oleh .......

Akan bersambung …………….

RUJUKAN

1. Tarikh Najad, Matbu’at Darat Al Malik Abdul Aziz, Al Mamlakah Al Arabiyah As-Saudiyyah

2. Sauds's campaign for Hejaz and the two holy cities Archived 2010-09-14 at the Wayback Machine, Islam Life online magazine

3. Abdullah bin Saud's capture Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource

4. Abdullah bin Saud's execution Archived 2010-01-06 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource

5. House of Saud Revivals Archived 2010-01-07 at the Wayback Machine, King Abdullah Ibn Saud Information Resource

6. Afaf Lutfi al-Sayyid-Marsot. A History of Egypt From the Islamic Conquest to the Present. New York: Cambridge UP, 2007.

7. Vasiliev, Alexei. The History of Saudi Arabia. NYU Press. ISBN 9780814788097. Retrieved 21 February 2017

8. Elizabeth Sirriyeh, Salafies, "Unbelievers and the Problems of Exclusivism". Bulletin (British Society for Middle Eastern Studies), Vol. 16, No. 2. (1989), pp. 123-132

9. Fahmy, Khaled (2012). Mehmed Ali: From Ottoman Governor to Ruler of Egypt. Oneworld Publications. p. 30. ISBN 9781780742113.

10. Al-Enazy, Askar H., “The Creation of Saudi Arabia: Ibn Saud and British Imperial Policy, 1914-1927,”

No comments:

Post a Comment