Berbanggalah bila dilabel Wahhabi wahai pengikut wahhabi
Ada pos daripada Adam Holland (nama holland tu pun tak sunnah) kononnya gelaran wahhabi tiada kaitan dengan Muhammad Abdul Wahhab tetapi ia adalah kepada Abdul wahab Rustum.
Macam biasa.. penganut wahhabi kalau tak menipu memang tak sah. Berbohong, khianat dah menjadi sebahagian hidup mereka. Mari kita baca fakta mengenai gelaran wahhabi :
1. Tokoh Wahhabi iaitu Ben Baz sendiri menisbahkan wahhabi kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.
الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد
Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.
[Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]
2. Pengikut wahhabi iaitu Ahmad bin Hajr Abu Thomi mengaku dan menulis dalam kitab الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية :
استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.
Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.
[m/s: 105]
3. Pengikut wahhabi iaitu Dr. Muhammad Ahmad Ismail mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.
Antara tajuk2 dalam buku ini:-
الوهابية جددت " منهاج النبوة "
Maksudnya: "Al-Wahhabiyyah memperbahrui Manhaj Nabawi".
4. Dr Yusof al Qardhawi (ikutan Wahhabi Malaysia) juga menggunakan istilah wahhabi
https://m.facebook.com/
5. Saudara Muhammad bin Abdul Wahhab iaitu Sulaiman bin Abdul Wahab juga menulis kitab bertajuk : As Sawa'iqul ilahiyyah Firadd 'alal WAHHABIYYAH
6. Terdapat banyak negeri di Malaysia yang menolak dan ada yang mengharamkan ajaran Wahhabi (lihat gambar) . Dan negeri-negeri ini juga mengharamkan ajaran syiah sesat.
6. Ironi sekali pengikut wahhabi Malaysia marah bila mereka disebut sebagai wahhabi hingga terpaksa mengubah nama seperti atsari, salafi, pengikut hadis sohih, ahli sunnah, pro tajdid dan sebagainya.
7. Kemudian berdalih kononnya Abdul Rahman Rustum itulah wahhabi. Padahal Ajaran Abdul Wahhab bin Rustum bukanlah Wahhabi tetapi Wahbi.
Ini dijelaskan oleh tokoh sejarah iaitu Ibnu Khaldun :
Dalam kitab Tarikh Ibnu Khaldun juzuk II halaman 98, beliau berkata :
وكان يزيد قد أذل الخوارج ومهد البلاد فكانت ساكنة أيام روح ورغب في موادعة عبد الوهاب بن رستم وكان من الوهبية فوادعه
Perhatikan dari teks di atas : (ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻦ ﺍﻟﻮﻫﺒﻴﺔ)
dan adalah Abdul Wahhab bin Rustum sebagian dari “Wahbiyyah”
Sepatutnya pengikut wahhabi berbangga dengan gelaran tersebut !
Kredit : KTMFWDM
No comments:
Post a Comment