MENJAWAB FITNAH MAZA SI TUKANG FITNAH
[SIRI PENJELASAN DAN JAWAPAN TERHADAP FITNAH YANG TERSEBAR TERHADAP AS-SYAIKH ALI JUM'AH 1]
Di sini adalah sedikit catatan tentang penjelasan Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah tentang ucapan beliau di hadapan tentera Mesir dalam menghadapi kumpulan bersenjata di Sinai yang diputarbelit dan diselewengkan dari maksud asalnya.
Ucapan itu disebarkan dengan mengatakan bahawa Fadhilatus Syaikh telah menghalalkan darah pendemontrasi dan tragedi di Rab'ah adalah berpunca dari ucapan beliau yang disebarkan luaskan iaitu "Idrob fil malyan"(tembaklah ke arah mereka).
Setelah penjelasan dibuat masih ada sebahagian pihak yang masih menyebarkan fatwa menghalalkan darah pendemonstran malah mengarang tulisan seakan syair dalam mengiyakan perkara tersebut.
Sekadar catatan tambahan berdasarkan rekod tarikh peristiwa :
1.Tragedi Rab'ah berlaku pada 14 Ogos 2013.
2.Ucapan Fadhilatus Syaikh di hadapan pasukan keselamatan Mesir (yang mengandungi 'idrob fil malyan' adalah pada tarikh 18 Ogos 2013. Ianya ditujukan pada golongan pengganas dan pemberontak di Sinai.
Ucapan panjang berkaitan 'tembaklah mereka itu..' :
"...oleh yang demikian,golongan pelampau dan khawarij ini sekiranya datang tembakan yang dimulakan oleh pihak mereka,atau dari pihak yang meramaikan jumlah mereka dan bukan dari kalangan mereka,ataupun datang tembakan dari arah mereka walaupun dengan satu tembakan peluru,maka tembaklah ke arah mereka.
Jangan sesekali kamu membiarkan terbunuh/terkorbannya anggota-anggota kamu dan tentera kamu disebabkan oleh pihak khawarij itu.
Apakah (sebab) yang membuatkan mereka keluar?Apakah yang membuatkan mereka melakukan (perbuatan yang mengundang) 'bala' ini (yakni menyerang anggota keselamatan)?
Para Fuqaha' telah menyebutkan bahawa kita mestilah menyerang mereka.akan tetapi - alhamdulillah,perkara ini kita laksanakan - kita tidak boleh menambahkan serangan ke atas mereka yang tercedera dari kalangan mereka.
Kita menembak mereka pada kaki mereka,lalu mereka terjatuh,maka cukuplah.
Bawalah mereka itu ke hospital,lalu diambil tindakan dengan digari mereka/penjarakan mereka.
Kita juga tidak boleh mengejar pihak yang telah melarikan diri dari kalangan mereka dengan tujuan untuk membunuh mereka..." (tamat petikan ucapan sepanjang 2 minit)..."
Berdasarkan rekod tarikh ini sahaja,sangatlah tidak sesuai untuk kita simpulkan bahawa ucapan pada tarikh 18 Ogos 2013 menjadi punca kepada peristiwa 14 Ogos 2013.
3. Antara perkara yang patut juga menarik perhatian kita adalah ucapan sebahagian pimpinan Ikhwan yang berucap di pentas Medan Rab'ah bertarikh 31 Julai 2013 :
"...aku ucapkan pada para pemuda (yang berhimpun pada hari ini) bahawa tidak boleh tidak,mestilah dibentuk di Utara Sinai satu "Majlis Harb"...(ketumbukan/ pasukan perang) "Majlis Harb"..."Majlis Harb"...
keduanya..tidak boleh tidak kita mestilah bersepakat bahawasanya telah tamat zaman damai...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...
selepas terbentuknya majlis harb ini di utara Sinai,kita akan memberitahu kepada tentera Mesir,pasukan keselamatan Mesir,dan pasukan perisik,para hakim dan pemuka-pemuka Mesir yang telah khianat..bahawasanya kita pada hari ini..sesiapa sahaja yang bertindak mengapa-apakan kita,kita akan bertindak ke atas mereka...
ketiga...telah bermula 'civil disobedience' di seluruh Utara Sinai..
keempat..telah tibanya hari untuk kita katakan kepada polis Mesir polis Mubarak untuk kamu semua keluar dari Utara Sinai...keluar kamu semua dari Utara Sinai...
kelima..kita katakan kepada tentera As-Sisi pengkhianat,majlis tentera yang khianat,dan tentera Mesir yang khianat..telah tibanya hari ini..kita katakan kepada tentera Mesir bahawasanya kami adalah pejuang!Kita semua adalah mujahidin!
Kita katakan mereka...berambuslah kamu semua dari utara Sinai...berambuslah kamu semua dari utara Sinai..."
(pautan video : https://www.youtube.com/ watch?v=BA6S7D35IXE)
Ucapan dari pihak ini sendiri pada 31 Julai 2013 itu mendedahkan bahawa mereka sedang menyiapkan ketumbukan perang di Utara Sinai untuk berperang dengan tentera Mesir.
Muhammad Noorazam bin Bahador
Graduan Darul Ifta' al-Misriyyah
— with Alwi Al-bakaniyy.[SIRI PENJELASAN DAN JAWAPAN TERHADAP FITNAH YANG TERSEBAR TERHADAP AS-SYAIKH ALI JUM'AH 1]
Di sini adalah sedikit catatan tentang penjelasan Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah tentang ucapan beliau di hadapan tentera Mesir dalam menghadapi kumpulan bersenjata di Sinai yang diputarbelit dan diselewengkan dari maksud asalnya.
Ucapan itu disebarkan dengan mengatakan bahawa Fadhilatus Syaikh telah menghalalkan darah pendemontrasi dan tragedi di Rab'ah adalah berpunca dari ucapan beliau yang disebarkan luaskan iaitu "Idrob fil malyan"(tembaklah ke arah mereka).
Setelah penjelasan dibuat masih ada sebahagian pihak yang masih menyebarkan fatwa menghalalkan darah pendemonstran malah mengarang tulisan seakan syair dalam mengiyakan perkara tersebut.
Sekadar catatan tambahan berdasarkan rekod tarikh peristiwa :
1.Tragedi Rab'ah berlaku pada 14 Ogos 2013.
2.Ucapan Fadhilatus Syaikh di hadapan pasukan keselamatan Mesir (yang mengandungi 'idrob fil malyan' adalah pada tarikh 18 Ogos 2013. Ianya ditujukan pada golongan pengganas dan pemberontak di Sinai.
Ucapan panjang berkaitan 'tembaklah mereka itu..' :
"...oleh yang demikian,golongan pelampau dan khawarij ini sekiranya datang tembakan yang dimulakan oleh pihak mereka,atau dari pihak yang meramaikan jumlah mereka dan bukan dari kalangan mereka,ataupun datang tembakan dari arah mereka walaupun dengan satu tembakan peluru,maka tembaklah ke arah mereka.
Jangan sesekali kamu membiarkan terbunuh/terkorbannya anggota-anggota kamu dan tentera kamu disebabkan oleh pihak khawarij itu.
Apakah (sebab) yang membuatkan mereka keluar?Apakah yang membuatkan mereka melakukan (perbuatan yang mengundang) 'bala' ini (yakni menyerang anggota keselamatan)?
Para Fuqaha' telah menyebutkan bahawa kita mestilah menyerang mereka.akan tetapi - alhamdulillah,perkara ini kita laksanakan - kita tidak boleh menambahkan serangan ke atas mereka yang tercedera dari kalangan mereka.
Kita menembak mereka pada kaki mereka,lalu mereka terjatuh,maka cukuplah.
Bawalah mereka itu ke hospital,lalu diambil tindakan dengan digari mereka/penjarakan mereka.
Kita juga tidak boleh mengejar pihak yang telah melarikan diri dari kalangan mereka dengan tujuan untuk membunuh mereka..." (tamat petikan ucapan sepanjang 2 minit)..."
Berdasarkan rekod tarikh ini sahaja,sangatlah tidak sesuai untuk kita simpulkan bahawa ucapan pada tarikh 18 Ogos 2013 menjadi punca kepada peristiwa 14 Ogos 2013.
3. Antara perkara yang patut juga menarik perhatian kita adalah ucapan sebahagian pimpinan Ikhwan yang berucap di pentas Medan Rab'ah bertarikh 31 Julai 2013 :
"...aku ucapkan pada para pemuda (yang berhimpun pada hari ini) bahawa tidak boleh tidak,mestilah dibentuk di Utara Sinai satu "Majlis Harb"...(ketumbukan/
keduanya..tidak boleh tidak kita mestilah bersepakat bahawasanya telah tamat zaman damai...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...tiada lagi jalan damai selepas hari ini...
selepas terbentuknya majlis harb ini di utara Sinai,kita akan memberitahu kepada tentera Mesir,pasukan keselamatan Mesir,dan pasukan perisik,para hakim dan pemuka-pemuka Mesir yang telah khianat..bahawasanya kita pada hari ini..sesiapa sahaja yang bertindak mengapa-apakan kita,kita akan bertindak ke atas mereka...
ketiga...telah bermula 'civil disobedience' di seluruh Utara Sinai..
keempat..telah tibanya hari untuk kita katakan kepada polis Mesir polis Mubarak untuk kamu semua keluar dari Utara Sinai...keluar kamu semua dari Utara Sinai...
kelima..kita katakan kepada tentera As-Sisi pengkhianat,majlis tentera yang khianat,dan tentera Mesir yang khianat..telah tibanya hari ini..kita katakan kepada tentera Mesir bahawasanya kami adalah pejuang!Kita semua adalah mujahidin!
Kita katakan mereka...berambuslah kamu semua dari utara Sinai...berambuslah kamu semua dari utara Sinai..."
(pautan video : https://www.youtube.com/
Ucapan dari pihak ini sendiri pada 31 Julai 2013 itu mendedahkan bahawa mereka sedang menyiapkan ketumbukan perang di Utara Sinai untuk berperang dengan tentera Mesir.
Muhammad Noorazam bin Bahador
Graduan Darul Ifta' al-Misriyyah
No comments:
Post a Comment