Friday, 20 June 2014

Anak Muda, Rasul & Tuhan-nya 9 June 2010 at 10:17

Anak Muda, Rasul & Tuhan-nya

9 June 2010 at 10:17
Kematian Asaari Muhammad menimbulkan semula isu dan fitnah yang melanda AURAD MUHAMMADIAH. Sebagai salah seorang pengamal Aurad Muhammadiah yang aku perolehi dari nasab Saiyidi Sheikh Muhamamd Bin Abdullah As Suhaimi di Singapura, aku terpanggil untuk memperjelaskan segala kekusutan dan fitnah yang melanda. Banyak message di Inbox FB ku bertanya akan isu-isu yang sama dari mereka yang sama ada inginkan penjelasan ikhlas dari ku, atau dari mereka yang ingin memprovoke (biasanya dari alairan Wahabi) atau dari mereka yang kurang senang bila aku menjawab bahawa "Apa yang dibawa oleh Asaari Muhammad dan jemaahnya yang bertentangan dari segi aqidah dan syariat, bukan dari Aurad Muhammadiah". Malah sewaktu Asaari Muhammad membuat perisytiharan bahawa Aurad Muhammadiah adalah sesat dan salah di kaca TV pada tahun 1994, Ustaz Muhammad Taha As Suhaimi sendiri memaafkan perbuatan Asaari Muhammad dan menyerahkan Asaari Muhammad kepada orang dalam.

Memandangkan terlalu banyak message Inbox di FB yang aku perolehi. Ada yang memberi sokongan aku dedahkan apa yang berlaku dalam Arqam. Ada yang bertanyakan penjelasan. Ada juga yang memaki-hamun dan mengugut hendak membunuh aku (akhlak anak didik manusia yang kononnya Sohibuzzaman). Aku mengambil kesempatan untuk menjawab segala fitnah dan tuduhan yang terhasil akibat perbuatan seorang manusia dan jemaahnya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tahun : 1992 ...

Lokasi : Markaz Siswa .....

Waktu itu ada seorang ahli Majlis Syuyukh Al Arqam, membacakan petikan dialog antara Abuya Imam Asaari At Tamimi dan Rasulullah SAW. Antara petikannya adalah berbunyi :

"Rasulullah SAW menjanjikan saya daulah dan saya akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh lagi TIGA BULAN" ..........

Berderau darah seorang anak muda bila mendengar petikan dialog antara Abuya Imam Asaari At Tamimi dan Rasulullah SAW. Rasa macam tak percaya. Suasana di rasakan oleh anak muda itu, terasa kelam dan gelap. Hatinya mengucap panjang. Ahli Majlis Syuyukh tersebut rasanya nampak perubahan yang berlaku di wajah anak muda tersebut. Dia terus merenung anak muda itu. Renungan ahli Majlis Syuyukh itu dibalas dengan pandangan yang tajam. Dia tahu ... anak muda itu tak berpuas hati.

Anak muda itu dilabel seorang "pemberontak" yang sering menyusahkan "boss"2 Arqam. Bila ada ahli yang tak cukup makan di Kampung Sungai Burung, dialah orang pertama yang akan bising kepada penjaga dana. Kalau ada anak buah yang diperlekehkan oleh "boss"2 Arqam kerana kemiskinan mereka, dialah yang akan bertemu "boss"2 tersebut dan bertanya kepada mereka "Apa masalah ustaz sampai sanggup aibkan si polan si polan nidepan org ramai?"

Itulah watak dan sifat anak muda ... seorang yang cukup tak disenangi oleh "boss"2 Arqam, bukan disebabkan rambutnya yang panjang mencecah bawah bahu .... tetapi kerana dia seorang yang suka berdepan. Mereka gelar anak muda itu "RAMBO". Walau pun anak muda tak disenangi oleh "boss"2 Arqam, anak muda itu amat2 dan sangat2 disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang. Dari orang kaya, sampailah orang miskin. Dari rakyat biasa sampailah orang politik. Dari Tan Sri, Dato' hinggalah ke samseng & gangster. Semua kawan anaka muda. Tiap kali mereka ingin buat program, anak muda itulah yang dicari. BUkannya "boss" Arqam, sehingga "boss" yang cintakan pangkat jawatan terasa tersisih.
Bila ahli Majlis Syuyukh tersebut habis membaca "petikan dialog KONONNYA antara Asaari dan Rasulullah SAW dalam usrah di Markaz Siswa, anak muda terus bersuara.

Anak Muda (AM) : Dialog tersebut adalah palsu dan satu pendustaan atas nama Rasulullah SAW

Majlis Syuyukh (MS) : Mengapa enta kata macam tu ? Enta tak yakin dengan Abuya ?

AM : Cubalah buka hadis. Baca semua hadis. Rasulullah SAW tak akan memberi khabar yang begitu jelas. Takkan Rasulullah SAW bagitau lagi TIGA BULAN akan dapat daulah dan Abuya jadi Perdana Menteri. Mustahil.Kan lebih baik Rasulullah SAW bagitau bila tarikh nak kiamat. Senang sikit orang nak prepare diri.

MS : Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Ini semua khawariqul addah. Enta semua kena percaya.

AM : Nak suruh percaya, kenalah ada dalil. Allah tu sememangnya wujud dan wajib wujud. Wujudnya Allah pun kita kena tahu dalil aqli dan naqli untuk mengesahkan iman dan iktiqad. Lebih2 lagilah sesuatu yang didakwa datang dari Rasulullah SAW kepada seorang akhir zaman, kenalah ada dalil. Bukan main telan saja. Kalau lepas tiga bulan, daulah tak dapat, Abuya tak jadi Perdana Menteri. Macam mana ?

MS : Kalau lepas tiga bulan, daulah tak dapat, Abuya tak jadi Perdana Menteri. Itu tandanya ahli-ahli kita belum bersedia dengan persiapan iman dan taqwa.

AM : Astaghfirullahal azim. Asyhadu alla ilaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Ini bukan ajaran Sheikh Suhaimi. Ini bukan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ini bukan dari ajaran Islam. Rosak aqidah kalau percaya dan pegang pada dialog ni. Nampak sangat pendustaan atas nama Rasulullah SAW.

Bila Abuya dakwa dia berdialog dengan Rasulullah SAW, sedangkan sekali dengar kita sudah tahu itu adalah dialog palsu. Ini adalah pendustaan atas nama Rasulullah SAW. Bukan dari ajaran Islam. Bukan dari ajaran Sheikh Suhaimi.

Bila dalam dialog tersebut mengatakan Rasulullah SAW menjanjikan daulah dan jawatan Perdana Menteri kepada Abuya dalam tempoh tiga bulan. Andainya selepas tempoh tiga bulan daulah masih tak diperolehi dan Abuya masih lagi tak menjadi Perdana Menteri, apakah Rasulullah SAW boleh bersifat KZZAB ? Astaghfirullah, Subhanallah.

Kemudian bila tak berlaku, semata-mata nak pertahanakan dialog palsu ciptaan Abuya, ustaz berani pula salahkan anak buah dengan alasan anak buah tak bersedia dengan iman dan taqwa.

Rasulullah SAW tidak akan berkata berdasarkan hawa nafsu dia. Rasulullah SAW hanya berkata berdasarkan apa yang Allah wahyukan.

Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Apakah ustaz semua fikir dan sangka Allah itu bodoh dan jahil ? Ustaz ingat Allah itu tak tahu ke yang dalam tempoh tiga bulan ahli-ahli Arqam ni tak bersedia dengan iman dan taqwa ? Kemudian Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW satu kenyataan yang menjadi bahan dialog antara Abuya dan Rasulullah SAW. Begitu ke ?

Astaghfirullahalazim. Jelas dialog tersebut adalah dialog palsu rekaan Abuya. Pendustaan atas nama Rasulullah SAW. Jelas penafian sifat SIDDIQ bagi Rasul dan penafian sifat ILMU bagi Allah. Sesat, menyesatkan, merosakkan aqidah dan terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas diskusi hangat tersebut, anak muda itu dihalau dari jemaah. Bukan sebagai simpati, tetapi sebagai musuh. Dan sehinggalah sekarang anak muda itu memusuhi manusia dan jemaah yang mengatakan Rasul - nya bersifat Kazzab dan Allah, Tuhan nya bersifat Jahil.

Selepas tiga bulan ... Al Arqam masih sebuah jemaah kecil yang bergimik, daulah tak tercapai ... dan Abuya masih dalam pelarian di Thailand .... PERSOALANNYA .... siapakah kita yang berani menafikan sifat SIDDIQ bagi Rasulullah SAW dan sifat ILMU bagi ALLAH ? .... Apakah yang menyebabkan kita BERANI BERDUSTA ATAS NAMA RASULULLAH SAW ?

Ogos 1994 ... Arqam diharamkan ... Rakaman dialog palsu yang menjadi asas pendustaan atas nama Rasulullah SAW disiarkan di TV3 dalam slot Bulletin Utama untuk tontonan dan penilaian rakyat Malaysia. ..... Ustaz Asaari Mohamad membuat pengisytiharan di kaca TV bahawa Aurad Muhammadiah adalah salah dan sesat ........

Malangnya Pusat Islam waktu itu hanya memainkan isu khilafiah yang boleh diijtihadkan untuk mengharamkan Arqam. Seperti Imam Mahdi, Syahadah bersambung, Imam Mahdi itu khalifah Rasulullah SAW, waliyullah ghaib muncul semula dan lain-lain lagi. Maka tidak hairanlah fahaman Arqam ini masih berterusan di amalkan kerana "akar kesesatan" yang sebenar tidak dibunuh.

Demi memurnikan semula nama Aurad Muhammadiah, saya akan jawab setiap persoalan dan fitnah yang berlaku hasil tangan orang-orang Arqam di Facebook ku ini.

Lebih malang, Aurad Muhammadiah yang murni difitnah dan dipersalahkan, hanya disebabkan ada jemaah mendakwa kononnya jemaahnya adalah jemaah Aurad Muhammadiah termulia akhir zaman.

Kini Asaari Mohamad sudah kembali ke rahmat Allah. Namun legacy perjuangannya diteruskan oleh isteri2, anak2 dan menantu2nya. Dalam masa yang sama, Aurad Muhammadiah terus tercemar dan difitnah setiap kali isu yang dimainkan oleh isteri arwah Asaari Mohamad., demi mencari sensasi murahan dan meraih simpati dan fulus dari ahli-ahli yang enak diperkudakan.


P/S Kepada mana-mana pihak authority agama sama JAKIM, JAIS, IKIM dan sebagainya. Saya bersedia bermuzakarah dengan anda bagi memurnikan dan membersihkan Aurad Muhammadiah dari fitnah yang telah dilemparkan.



No comments:

Post a Comment