DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا bermaksudmengucap kalimah لاإله إلا الله .
Menurut istilah,
seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan
As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan
kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat Melayu kita pula ialahhimpunan
zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan,
solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawatahlil bukan
sahaja mengucap kalimah لا إله إلا الله , tetapi juga membaca surah-surah
pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah.
Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala
kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri
untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di
dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri
arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan
dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca
tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan
ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari
sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas
dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang
didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh
dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana
banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang
sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak
mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungan tahlilitu
adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama.
Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada
orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk
mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri
arwahyang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah
nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama
kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid,
takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut
adalah doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah
memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam
al-Quran:
- Surah
Muhammad, 19 :
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu
(wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan
bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah),
Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan
kamu (di akhirat).
Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin
laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya
untuknya.
- Surah
Nuh, 28 :
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu
bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan
(ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
(dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim
melainkan kebinasaan!
- Surah
Ibrahim, 40-41 :
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu
bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal
dan pembalasan.
- Surah
Al Hasyr, 10 :
Dan orang-orang (Islam)
yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami!
Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam
iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam
terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat
Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi bukti nyata
bahwa orang yang beriman tidak hanya memperoleh pahala dari perbuatannya
sendiri bahkan mereka juga mendapat manfaat dari amalan orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan bahawa orang
yang sudah meninggal dunia mendapat manfaat amalan orang lain, dalam al-Hadis
juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut. Seperti Hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَىالْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوْا لَهُ الدُّعَاَء (سنن الترمذى)
“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku mendengar
Rasulullah ﷺ
bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas
untuknya. (Sunan At-Tirmizi)
Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa Rasulullahﷺ memerintahkan
kepada umat islam untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus
ikhlas. Hal ini bererti bahawa doa yang dibaca dengan ikhlas bermanfaat
bagi si mati yang dimaksudkan. Jika tidak ada
manfaatnya nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap perkataan dan
tingkah laku Rasulullah tidak sia-sia.
اَنَّ عَائِشةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا سَأَلَتِ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَقُوْلُ إِذَا اسْتَغْفَرْتُ لِاَهْلِالْقُبُوْرِقَالَ قُوْلِى اَلسَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الْدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّاوَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ وَإنَّا إنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ (صحيح مسلم)
“Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha bertanya kepada
Rasulullah ﷺ;
Apa yang harus dibaca ketika aku memohon ampun bagi ahli kubur? Rasulullah ﷺ menjawab; Ucapkanlah
olehmu: Salam sejahtera atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan
mukminin dan muslimin, semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi
orang-orang yang mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami,
dan dengan izin Allah kami akan menyusul kalian.”
Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah ﷺmenganjurkan untuk
menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada ahli kubur serta mendoakannya dan
ada juga hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ sering ziarah ke
Makam Baqi’. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa ahli kubur dapat
mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli kubur tersebut
dan memperoleh manfaat dari doa tersebut.
Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang menjelaskan bahawa
amalan orang yang masih hidup dapat memanfaatkan orang-orang yang sudah
meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari al-Hadis yang
tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam
ini.
Dalil Kaedah-kaedah Fikah :
– الأصل فى الأشياء
الإباحة إلا إذا دل الدليل على تحريمه فهو حرام .
Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang
mengharamkan, maka hukumnya haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari
al-Quran mahu pun as-Sunnah yang secara jelas mengharamkan atau
mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus
kerana tiada larangan yang jelas.
– الأمور بمقاصدها .
Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.
Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa
hukum asalnya adalah harus kerana tiada larangan yang jelas. Kaedah yang
kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tak
dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika kita niatkan bacaan
tahlil tadi untuk si mati, dengan izin Allah sampai pahalanya kerana yang
memberi itu adalah Allah.
2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :
2.01 - Membaca Surah Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى قَالَ: قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُعَلِّمُكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِقَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ؟. فَأَخَذَ بِيَدِي فَلَمَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْرُجَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ لَأُعَلِّمَنَّكَ أَعْظَمَسُورَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ. قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ. )رواهالبخاري(
Ertinya: “Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia
berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang paling
agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid?”. Maka Rasulullah
memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: “Wahai
Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang paling
agung dalam al-Quran”. Baginda menjawab: “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dibaca
pada setiap sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan
kepadaKu”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca
Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah al-Ikhlas.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْيَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُالْقُرْآنِ .) رواه البخاري(
“ Daripada Abu Said al-Khudri radiallahuanhu, dia berkata:
Nabi ﷺbersabda
kepada para sahabatNya: “Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran
dalam semalam?”. Maka mereka merasa berat dan berkata: “Siapakah di antara kami
yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ (Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga
al-Quran”(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.03 - Membaca
Surah al-Falaq
2.04 - Membaca Surah an-Naas
2.04 - Membaca Surah an-Naas
Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا. )رواه البخاري(
“ Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah ﷺ bila
sakit Baginda membaca sendiri al-Muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq
dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila rasa sakitNya bertambah
aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tanganNya mengharap keberkatan dari
surah-surah tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.05 - Membaca
Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَاللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا أَوَّلُهَا ( لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).) رواه ابن ماجه(
“Daripada Abdullah Bin Mas’ud radiallahuanhu, dia berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4 ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai (لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).” (Hadis riwayat: Ibnu Majah).
2.09 - Membaca
Tahlil : لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah لا إله إلا الله ):
عَنْ جَابِرِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ . )رواه الترمذي وابن ماجه(
“ Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku mendengar
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik zikir adalah ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, dan sebaik-baik doa adalah ucapan الْحَمْدُ لِلَّهِ”. (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْصَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِصَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى . )رواه مسلم(
“ Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi ﷺ,
sesungguhnya Baginda bersabda: “Bahawasanya pada setiap tulang sendi kalian ada
sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu
adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir
itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan
mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha.” (Hadis
riwayat Muslim).
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
2.10 - Membaca
selawat Nabi.
Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:
- Surah
Al-Ahzab, 56 :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ﷺ );
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِأَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً (رواه الترمذي وقال: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ) ثُمَّ قَالَ: وَرُوِي عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ.
“ Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda:
“Manusia yang paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat ialah yang paling banyak
membaca selawat kepadaKu” (Hadis riwayat at-Tirmizi, dan dia berkata: Hadis ini
Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan daripada Nabi ﷺ,
sesungguhnya Baginda bersabda: “Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali,
maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10
kebaikan untuknya”.
2.11 - Membaca
doa.
Keutamaan berdoa:
- Surah
Ghaafir, 60 :
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan
hina.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَالدُّعَاءِ.) رواه ابن ماجه و الترمذي, و قال هذا حديث حسن غريب(
“ Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)
Demikianlah dalil-dalil yang dijadikan landasan kepada amalan tahlil
untuk mendoakan si mati agar diampuni kesalahan-kesalahanya ketika di dunia
atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau dikatakan bertahlil itu tidak
ada dasar hukumnya, tidak ada dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka jelas
sekali kenyataan itu sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil yang
tertera sudah cukup untuk dijadikan dasar pengambilan hukum.
3- Dalil Kenduri Arwah :
Ada
riwayat di dalam Sahih Bukhari :
حدثنا عمرو بن خالد قال
حدثنا الليث عن يزيد عن أبي الخير عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم : أيّ الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم : أيّ الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
Telah memberitahu kepada kami oleh ‘Amr Bin Khalid,
beliau berkata : telah memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid
daripada Abil-Khair daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa
seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih
baik? Jawab Nabi ﷺ :
Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali
atau pun tidak.
Memberi makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan
perkara yang khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi
makanan kepada peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita
tidak boleh mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana
tidak ada dalil yang mengkhususkannya.
Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri
arwah dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang
sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak
menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut
telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya
sendiri, atau harta yang selain dari pusaka si mati misalnya duit gaji
anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada
halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan harta yang
begitu.
Hadis Towus (طاوس ) :
( ان الموت
يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu
difitnah di dalam kubur
mereka dalam masa 7
hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti
daripada mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.
Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah
selama 7 hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan
dengan memberi makanan pada hari tersebut supaya dengan pahala kebajikan
tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat amalan kebajikan
tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
Berkata
Imam as-Sayuti di dalam kitabnya الحاوي للفتاوي, Katanya : ( كانوا يستحبون )“Adalah manusia pada ketika itu melakukan
amalan sedemikian pada zaman Nabi ﷺ, dan
baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.
PENUTUP.
Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada pencinta-pencinta
agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari
perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah merahmati kita
semua.
والله أعلم.
No comments:
Post a Comment