Thursday, 21 July 2016

DIALOG DENGAN MISSIONARY KRISTIAN 2006




Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa
Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
Tiada sia-sia menyintai diri mu
Sempurna sejahtara

Ya Rasulullah
Ya Nabi Allah
Ya Habib Allah
Aku cinta pada Mu

Dulu .....

Sewaktu aku bekerja di tempat lama ku, aku sempat bertemu seorang missionarist Christian yang mengidap penyakit kanser paru-paru. Pesakit tu aku tengok memang famous. Dengar ceritanya, pesakit tu selalu masuk rancangan ASTRO, artikel tulisannya selalu keluar kat STAR, New Straits Times dan Berita Harian. Kebetulan aku jumpa dia waktu pagi.


Tengaharinya ada beberapa wartawan dari stesen TV nak interview dia.

Waktu aku jumpa dia, sembang-sembang dengan dia. Dia sendiri mengaku sudah Kristiankan tak kurang 30,000 orang Melayu kat Malaysia sepanjang dia jadi missionarist.

So kalu sekor missionarist boleh murtadkan 30,000 Melayu dalam masa 8 tahun. Kau orang kiralah sendiri berapa ramai sebenarnya yang betul-betul dah murtad.

Sepanjang aku sembang dengan dia, dia sibuk mengeluh. Dia kata apasal tuhan (Jesus Christ) siksa dia macam tu ( kena kanser ) ?. Dia membebel, kata Jesus Christ kejam & zalim, sedangkan dia punyalah tungkus lumus ajak orang jadi Kristian.

Aku dengar ajerlerr dia membebel. Belum mati lagi dia dah frust menonggeng. Kalau dah mati nanti, baru dia tahu siksa kat akhirat macam mana.

Dia habis membebel sambil menangis, aku pun mencelah. Aku cakap kat dia, dia dapat penyakit tu sebenarnya bukan tanda Tuhan ( Allah) itu zalim, tetapi itulah tanda Allah tu Maha Penyanyang. Sebab kalau lagi lama dia hidup, lagi ramai yang jadi murtad disebabkan dia.

Lepas tu aku kata kat dia, apasal dia nak takut mati, bukankah Kristian juga mengatakan Jesus juga mati sebab disalib. Bila dia mati, bermakna dia boleh berjumpa Jesus di syurga nanti. Boleh dia masuk syurga dan duduk sebelah Jesus sebab Kristiankan ramai orang Melayu. Patutnya dia kena happy and happy andhappy and happy gilerrrr tahap gaban bila tau dia akan mati.

Terkebil-kebil dia dengar aku beleter. Dia tanya aku balik " Awak ni gilakah ? ".Aku jawab , aku tak gila, tapi aku gila-gila kuang kuang kuang. Aku jawab, bagi seorang Islam, kematian itu merupakan syarat untuk menemui cinta. Cinta yang paling hakiki dan sejati ialah kecintaan kepada Allah SWT. Sebab itu dalam Islam, umat diajar untuk mencintai akhirat dan menghindarkan cinta kepada dunia. Sebab akhirat yang abadi bukan dunia. Dunia ni tempat kita melabur. Hasil pelaburan akan dituai di akhirat. Jadi kenalah cintakan akhirat dan tidak cintakan dunia. Jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini sedangkan kejidupan yang akhiratlah yang kekal abadi.

Dia kata kat aku balik :
 Islam mengatakan Muhammad kekasih Tuhan (Allah). Tetapi mengapa Tuhan membiarkan kekasih Nya dibaling batu hingga berdarah ?

Jawapan aku :
 Saya tak hairan kalau setakat kekasih dibaling batu sampai berdarah. Yang saya tidak faham tentang Kristian, mengapa Tuhan Ruhul Qudus Kristian membiarkan anaknya (Jesus) dipaku sampai mati ? Lagi teruk dari membiarkan kekasih dibaling batu sampai berdarah. Bolehkah Tuhan dibunuh oleh makhluk ciptaannya ? Jika Jesus anak Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan Tuhan, ini bermakna makhluk yang dicipta lebih kuat dari Pencipta. Masuk akalkah ? Contohnya, awak membuat sebuah kerusi. Bolehkah kerusi yang awak buat, bergerak sendiri membunuh awak ? Oleh itu, Tuhan menciptakan manusia, bolehkah manusia membunuh Tuhan ? Tak masuk akal.

Aku menyambung bebelan aku ......

Dalam Islam, Isa AS adalah Rasul yang diutuskan ALLAH, begitu juga dengan Muhammad Bin Abdullah SAW, salah seorang Rasul yang diutuskan ALLAH untuk memberi pesanan kepada umat manusia agar mentaati ALLAH dan kembali kepada ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang dan dikasihi ALLAH.

Dia tanya aku lagi "Apa pasal awak tak mahu mati ? Pergi bunuh dirilah supaya awak boleh temui cinta awak."

Aku jawab balik
, ajal maut seseorang sudah ditetapkan Allah SWT. Tak perlu untuk bunuh diri. Sebab Allah jadikan manusia untuk mengabdikan diri kepada NYA dan untuk menjadi khalifah Allah, untuk mentadbir dunia dengan hukum syariat Allah.

Aku ulang kat dia ayat yang terakhir.

Aku kata : Allah jadikan kita untuk mentadbir dunia dan bukan mencintai dunia. Maka sebab itulah, umat Islam yang mencintai Allah dan akhirat akan berusaha kaw kaw tahap gaban macam dia hidup 1000 tahun lagi sebab dia ada tanggungjawab untuk tadbir dunia dengan hukum Allah, dan beribadah pun kaw kaw macam nak mati esok. Ini yang tak diajar dalam Bible dan ajaran Kristian. Sebab itu umat Islam yang beriman akan berhadapan dengan maut dalam rasa tenang dan gembira.

Dia terdiam.

Aku lak bebel kat dia.

Itulah antara perbezaan Kristian & Islam. Walaupun Kristian pun percaya adanya syurga & neraka, tetapi Kristian tak pernah ajar umatnya untuk menjadikan dunia tempat membuat pelaburan untuk ke akhirat. Sebab tu, missionarist Kristian sendiri memurtadkan orang berdasarkan wang ringgit yang dibayar oleh pihak Gereja. Ajaran Islam kalau nak mengIslamkan orang, tak payah bayar duit sesen pun kat pendakwah.

Yang penting, mereka yang memeluk Islam bersedia menjadi saudara seIslam dan sahabat kita dalam perjuangan mendaulatkan hukum syariat di muka bumi ini serta menyebarkan keselamatan dan kesejahteraan kepada umat manusia.

Aku tanya dia apsal dia takut sangat nak mati ?

Dia jawab " I belum puas enjoy. Belum puas tengok dunia. Dying is so embarassing. Especially if you got this disease which is incureable. I feel shame to myself. Waktu sihat, badan I tegap, handsome. Tapi bila kena kanser, I kurus, lemah, rambut gugur "
Aku bebel balik kat dia. Aku cakap, arwah Tok aku pernah berpesan kat aku :" Sebagai umat Islam, kita kena menjadikan hidup dan mati kita dalam kemuliaan. Hidup mulia, mati syahid "

Hidup dalam kemuliaan apabila kita mampu menjadikan diri kita seorang hamba Allah yang sentiasa beribadah kepada Allah serta melaksanakan hukum-hukum yang telah Allah syariatkan kepada hamba-hamba NYA, kerana itulah nilai manusia disisi Allah. Bagaikan seorang Raja yang punya rakyat. Raja akan lebih menyayangi rakyatnya yang mampu mematuhi undang-undang yang telah dibuat oleh Raja. Lagi banyak peraturan yang rakyat patuhi, lagi sayang Raja kepada rakyatnya. Rakyat yang engkar, dianggap penjenayah. Jadi dalam Islam, sejauh mana manusia mampu mematuhi ajaran Islam, sehampir itulah hubungan hamba dengan Allah, sekuat itulah kasih Allah kepadanya. Semulia itulah nilai manusia di dunia, dan di akhirat akan mendapat kecintaan Allah yang hakiki. Bila Allah sudah sayang kepadanya, urusannya di dunia akan dipermudahkan Allah dan di akhirat Allah kurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang kekal abadi.

Bila matinya, walau apa jua keadaan jasadnya, sama ada hodoh, sama ada jasadnya hancur, atau menjadi debu, kemuliaan tetap bertakhta di hati manusia. Kerana Allah sendiri memuliakannya. Sebab itu sebagai seorang Islam, kematian dianggap sebagai jalan penghubung antara dua cinta yang sejati lagi hakiki. Cinta antara hamba dengan Pencipta-nya. Lebih-lebih lagi jika mati dalam menegakkan syariat Allah. Maka kematiannya adalah syahid. Itulah puncak kemuliaan dalam kematian. Iaitu mati dalam penderitaan serta kepayahan demi mendaulatkan syariat Allah.

Aku bagitau kat dia, Islam mengajar umatnya terus berjuang menegakkan syariat Allah sehinggalah hujung kalimat di akhir hayat. Itu semua bukan untuk Allah, tetapi untuk diri sendiri. Agar meraih keampunan dan keredhaan Allah , Tuhan sekelian alam. Tuhan kepada aku, Tuhan kepada dia, Tuhan kepada Jesus Christ. Bagi seorang Islam, mati ketika melakukan kerja membuat seruan dan mencegah kemungkaran adalah kematian yang amat mulia dan tidak perlu dimalukan.

Dia jawab balik , "Sebagai org Islam, you tak terasa ke ? You buat kerja tuhan, lepas tu tuhan balas you dengan penyakit ? "

Aku jawab balik kat dia.
Apa nak dihairankan. Kita makhluk yang Allah cipta. Kita tak pernah buat kerja Allah sebab kita makhluk yang dicipta oleh Tuhan, kita bukan Tuhan. Kita hanya buat apa yang disuruh oleh Allah. Allah suruh manusia melakukan ibadah dan menjadi khalifah Allah. Allah lantik Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Jadi apa yang para dai'e buat adalah membuat kerja yang Rasul buat iaitu menyeru ke arah iman dan Islam. Itu kerja Rasul. Rasul adalah makhluk ciptaan Allah yang menjadi Tuhan untuk sekelian alam. Umat Islam yang beriman tak pernah buat kerja Allah dan tak layak buat kerja Allah. Mereka hanya menjalankan titah perintah Allah seperti yang terkandung di dalam Al Quran dan Sunnah Rasul-NYA.

Itu bezanya fahaman Kristian dengan Islam. Islam meletakkan Nabi Isa AS sebagai seorang pesuruh Allah. Nabi ISA AS adalah manusia biasa. Jadi bila Nabi Isa AS menyeru untuk mengesakan Allah, itu adalah tanda Nabi Isa AS menjalankan suruhan Allah, bukannya membuat kerja Tuhan lalu dijadikan Tuhan oleh penganut Kristian.

Pengikut Kristian terpesong, mereka mengatakan mengajak orang masuk Kristian adalah kerja Tuhan sebab dia fikir Nabi Isa AS yang buat kerja tu. Sebab tu mereka promote orang masuk kristian dan sembah Jesus Christ.

Satu lagi, dalam Islam umat Islam dituntut untuk yakin Qadha & Qadar dari Allah. Setiap sesuatu yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Kalau penyakit yang kita dapat, itu maknanya Allah nak bagi kita pahala sabar dan redha. Bukan senang nak dapat pahala sabar dan redha. Terutama bila kena sakit, kemudian kita tahu usia kita tak panjang. Bukan senang kita nak tahu bila kita nak mati. Jadi gunakanlah masa tu untuk menghisab diri dan siapkan diri secukupnya sebelum mati. Ini merupakan nikmat Allah, bukannya bala dari Allah. Ini yang tidak di ajar dalam ajaran Kristian.

Sebab itu dalam Islam ada syarat-syarat untuk jadi Islam melalui rukun Islam. Ada juga syarat-syarat untuk mengesahkan iman melalui rukun iman. Senang bagi umat Islam untuk menjadikan dirinya umat yang mematuhi ajaran yang Allah wahyukan. Sebab ajaran Islam dipersembahkan dengan cara yang jelas dan mudah.

Nak jadi Kristian tak ada rukun-rukun cenggitu. Tak ada rukun-rukun nak jadi Kristian. Tak ada rukun untuk sahkan iman Kristian. Malah dalam Kristian tak diajar macam mana nak kenal Tuhan melalui nama Tuhan, perbuatan Tuhan, sifat Tuhan. Tak macam ajaran Islam, umat Islam diajar mengenal Allah melalui nama-nama Allah, melalui sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah, melalui kejadian alam yang diciptakan Allah. Jadi umat Islam amat-amat kenal Tuhan berbanding orang Kristian.


Jadi pegangan ajaran Kristian itu sendiri very fragile dan tidak akan mampu melahirkan prinsip yang baik. Kristian, semua depend on "APA KATA GEREJA". Malah antara satu gereja dengan satu gereja pun tak sama. Bible Kristian tidak dijadikan sumber hukum yang mutlak, sebaliknya Gereja yang menentukan hukum. Ini menyukarkan penganut Kristian itu sendiri. Akhirnya, penganut Kristian beramal ikut apa yang ada dalam akal fikiran mereka yang lemah. Hakikatnya, jiwa mereka kosong. Sebab itu missionarist Kristian, menKristiankan orang sebab imbuhan wang. Bukannya atas dasar ingin menegakkan hukum syariat Kristian. Sebab apa ? Sebab Kristian mana ada hukum syariat. Sebab itu, yang menjadi modal mereka untuk ajak orang murtad dan jadi Kristian ialah pergaulan SOSIAL tanpa batasan. Bukannya kebenaran.

Berbeza dengan Islam. Al Quran menjadi sumber hukum yang mutlak. Dan Al Quran hanya ada satu saja yang diwahyukan Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW, tak seperti bible Kristian ada banyak versi . Antara satu versi dengan satu versi banyak percanggahan. Silalah rujuk kepada mana-mana Bible yang ada di dunia ini, tidak ada satu pun Bible yang menyatakan bahawa Isa anak kepada Maryam adalah Tuhan.Ini lah realiti dan inilah fakta yang menunjukkan Kristian bukanlah agama yang sebenar.

Mamat missionarist tu terkebil-kebil mendengar bebelan aku.


Aku berpaling dari dia, selepas membaca laporan Oncologist dalam folder pesakit, aku pun keluar dari bilik dia dan kembali ke bilik Cytotoxic Reconstitution Lab.

No comments:

Post a Comment