Sunday, 24 July 2016

Iman Dan Persoalan Part 1

IMAN DAN PERSOALAN PART 1



Selepas kita mengenali TINGKATAN NAFSU dan cara mendidiknya. Saya ingin juga menulis tentang TINGKATAN IMAN. Jika nafsu kerjanya mengajak manusia untuk berbuat mungkar dan menderhakai ALLAH Ta'ala, iman pula mengajak manusia untuk melakukan ketaatan kepada ALLAH Ta'ala.

Dalam kitab Tauhid, Fiqeh, Akhlaq ada ditulis dalam satu chapter berkenaan tingkatan iman dan persoalannya. Tulisan berkenaan tingkatan iman tersebut diambil dari kitab Jauharut Tauhid oleh Syeikh Ibrahim Al Baijuri. Dari chapter ini Al Arqam ambil, lalu dijadikan ceramah bertajuk IMAN DAN PERSOALANNYA. Dan ianya menjadi salah satu ceramah yang TOP.

Iman adalah asas penting, yang menjadi landasan tempat berdirinya peribadi mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sebatang pohon, maka iman adalah akar tunjang untuk pohon itu. Kalau manusia diibaratkan seperti sebuah rumah, maka iman adalah tapak berdirinya rumah itu.

Demikianlah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna dan diredhai ALLAH SWT. Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pohon yang tidak berakar tunjang atau rumah yang tidak memiliki foundation. Maknanya, seseorang yang tidak memiliki iman tidak akan memiliki kekuatan untuk berhadapan dengan hidup. Dia pasti gagal.

Kalaupun ada tanda-tanda Islam melalui ibadah lahir, tetapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tidak memiliki iman berhadapan dengan persoalan-persoalan hidup. Semakin banyak ibadah, semakin cepat gagalnya, seperti halnya semakin besar pohon yang tidak berakar tunjang, maka semakin cepat tumbangnya atau makin besar rumah yang didirikan di atas lumpur, makin cepat robohnya.

Datang ujian kecil pun, orang yang tidak memiliki iman sudah goyang. Apalagi ketika berhadapan dengan ujian-ujian yang besar, hanyut dan tenggelamlah ia. Sejarah telah membuktikan hal itu dalam berbagai bentuk. Seorang wali ALLAH dengan 'karamah-karamah' yang luar biasa, pengikut berpuluh ribu dan ibadah pun seperti ibadah nabi-nabi, tetapi di akhir hayatnya telah kafir karena telah berhasil ditipu oleh syaitan hanya dengan seteguk arak dan seorang wanita. Lihatlah kisah Barsyisya dan Bal'am bin Bahura. Mereka hebat, bertaraf wali, tetapi akibat tercabut iman mereka, mati mereka dalam keadaan kufur.

Islam dapat tegak dan kekar dalam peribadi atau masyarakat manusia hanya kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa iman yang kuat, Islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu amalan tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iman yang kuat akan menghasilkan peribadi yang benar-benar kuat dan Islamik.

Islam adalah amalan lahir, Iman adalah amalan hati (batin). Kalau iman kuat, Islam pasti kuat. Tetapi kalau Islam yang kuat belum tentu imannya kuat. Hal ini mesti diperhatikan betul-betul. Jangan sampai kita menjadi orang yang kuat beramal saja tetapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. ALLAH menjanjikan keuntungan tertentu hanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal.
Firman ALLAH SWT:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu semuanya berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh" [Al 'Asr: 1-3]

ALLAH menyebutkan iman terlebih dahulu, sebagai syarat bahwa amalan yang diawali atau didorong dengan iman sajalah yang akan dinilai. Rasulullah turut mengingatkan itu dengan sabda baginda :

"ALLAH tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi DIA melihat hati kamu dan amalan kamu" [Riwayat Muslim]

Sebanyak mana pun amalan lahir seperti solat, puasa, menutup aurat, zikir, doa, sedekah, berjuang dan berjihad tidak ada erti apa-apa di sisi ALLAH jika tidak beriman.

Saya tegaskan sekali lagi bahwa, orang-orang yang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang beramal belum tentu benar-benar beriman. Dan orang lain yang tidak beramal sama sekali, tentu lebih lemah imannya atau tidak memiliki iman sama sekali. Sebab itu ALLAH sering mengingatkan bahwa amalan yang akan diterima-NyYA hanyalah amalan dari orang-orang yang beriman. Di antara firman-firman ALLAH yang menunjukkan demikian adalah :

"Maka siapa yang mengerjakan amal soleh, sedang ia beriman, maka usahanya itu tidak diabaikan dan sesungguhnya kami menuliskan amalan itu untuknya" [Al Anbiya : 94]

"Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya"[Al Baqarah : 82]

Berdasarkan ayat-ayat itu, kita hendaknya faham atau sedar tentang pentingnya iman itu melebihi amalan-amalan yang lain. Orang yang mengaku beriman tetapi tidak mau beramal adalah penipu. Orang yang beramal tapi tidak beriman adalah tertipu. Oleh sebab itu sebaiknya bersiap-siap untuk memeriksa hati kita sendiri, apakah beriman atau tidak. Cara pemeriksaan itu hendaknya sistematik dan ilmiah, bukan mengira-ngira tanpa panduan.

Saya sering menasihati student saya .... antara ungkapan-ungkapan nasihat ku :

Iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman ..
JANGANLAH kita gadaikan iman dan islam kita hanya semata2 nak kaya....

Kita beruntung menjadi orang Islam yang beriman, sebab bila kita menerima nikmat kita akan bersyukur. Bersyukur itu menghampirkan diri kita kepada ALLAH. Sebagai orang Islam yang beriman kita juga beruntung kerana apabila kita ditimpa musibah, kita sabar dan redha. Sabar dan redha itu juga menghampirkan diri kepada ALLAH.

Biarlah yg cacat itu anggota tubuh badan. Asalkan yang cacat itu bukan keimanan. Kalau cacat anggota tubuh badan, anda hanya tak dapat bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Begitulah antara pesanan-pesanan yang pernah saya sampaikan kepada student saya.

Begitulah nilai iman .... Ianya harta yang amat berharga

Kerana IMAN ... si miskin boleh sabar dan redha dengan kemiskinannya

Kerana IMAN ... si kaya menjadi dermawan

Kerana IMAN ... hati menjadi aman, bahagia dan tenang bila ditimpa musibah

Tanpa IMAN ... si kaya jadi tidak bahagia ... lebih malang kalau dirinya papa ... dua kali malang ... malang didunia kerana kepapaan, malang di akhirat kerana diazab

Tanpa IMAN ... orang yang hidup senang, tapi hatinya tidak tenang .... takut kesenangan yang datang dirampas orang

Tanpa IMAN ... celebrity ramai yang jadi susah hati ....SEBAB APA ? ... sebab inginkan perhatian manusia BUKAN perhatian dari ALLAH ... maka ALLAH berlepas tangan darinya

IMAN ... perkataan yang ringkas ... TETAPI ... memberi kesan yang besar pada kehidupan manusia.

Soalan : Mengapa orang yang sudah beristeri/bersuami sanggup berzina ? ................ Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa orang yang kaya, diberi nikmat dunia berlagak sombong dan angkuh ? ........ Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa orang sanggup memburuk-burukkan saudara se-Islamnya ? ......... Jawapannya : Kerana tak ada iman

Soalan : Mengapa orang sanggup menjual maruah dan harga diri dengan nilai yang murah ? ............. Jawapannya : Kerana tak ada iman

Soalan : Mengapa si papa kedana, malas berusaha sebaliknya berjudi sambil berangan menjadi kaya ? ....... Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa si kaya masih rakus nak kaut harta dunia sampai melakukan rasuah ? ....... Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Dan ajukanlah 1001 soalan tentang masalah dan kerosakan yang timbul di dunia ini .... jika diikut salur galur SUMBER MASALAH ... akhirnya jawapannya tetap sama ... KERANA TAK ADA IMAN.

APAKAH IMAN ITU ?

Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata :

Iman itu adalah dibenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan diamalkan dengan perbuatan.

Hati kita meyakini dan membenarkan.

Lidah kita melafazkan apa yang kita yakin.

Amal perbuatan dan tindakan kita menzahirkan apa yang kita yakin di hati dan dilafazkan oleh lidah.

Kita yakin Allah itu ujud ... WALAU .... ALLAH tu tak kelihatan ... Lantas kita melafazkan syahadah .. mensaksikan bahawa ALLAH adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan tiada tuhan selain ALLAH .... dan amal perbuatan kita hendaklah selaras dengan hukum syariat, kita laksanakan apa yang ALLAH perintahkan dan kita hindari dan tinggalkan apa yang ALLAH larang...... Inilah contoh termudah dari kata-kata Saidina Ali berkenaan iman.

BERSAMBUNG .................


1.       Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html )
2.       Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html )
3.       Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html )
4.       Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html )
5.       Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html )
6.       Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html )
7.       Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html )

8.       Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html )

No comments:

Post a Comment