IMAN DAN PERSOALAN Part 2 (TINGKATAN IMAN)
Dan iman itu ada lima bahagian/peringkat
1. IMAN TAQLID ... orang yang mengaku percaya ALLAH itu ujud tapi tak ada dalil. Iman ikut-ikutan, prinsip islam nya, juga rukun imanya tidak kuat dan kukuh. Iman yang selalu tertewas dengan nafsu. Iman ini juga ia tidak tahu kenapa ia bersolat, ia tidak tahu dan mengerti kenapa ia beribadah dan yang lain-lain rukun itu ia tidak tahu, tidak tahu bila di tanya tentang dalil ALLAH itu ada dan lain-lain ia tidak tahu. Dia ikut cakap orang membuta tuli. Taqlid buta. TIDAK BERDALIL. Kalau orang kata ALLAH itu ujud, dia kata ALLAH tu ujud. Kalau orang kata ALLAH tu tak ujud, dia pun kata ALLAH tu tak ujud. Ciri-ciri orang yang beriman taqlid, macam lalang. Dia akan mengikut saja arah tiupan angin. Kalau dia beribadah, ibadahnya tak ikhlas. Ibadah yang dilakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Jika dia bersendirian, dia tak solat, dia minum arak. Dia boleh tunjuk pada orang ramai dia orang baik, bila dia bersendirian, dia buat dosa2 besar. Kalau dia berada di kalangan orang Islam, dia akan kata dia juga Islam. Tapi jika berada di kalangan orang kafir, dia akan melakukan perkara2 yang dilakukan oleh orang kafir. Orang yang beriman taqlid, hidupnya penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. TETAPI ... ramai juga yang terpedaya dengan lakonan mereka. Orang yang beriman Taqlid, ialah imannya tak sah. Hakikatnya dia kafir.
2. IMAN ILMU ... orang yang beriman dengan tingkatan iman ilmu, dia sudah mempelajari tentang dalil-dalil perkara-perkara yang wajib diimani. Dia dah belajar sifat yang wajib bagi ALLAH (20sifat), sifat yang mustahil bagi ALLAH (20 sifat), sifat yang harus bagi ALLAH (satu sifat), sifat yang wajib bagi Nabi/Rasul (4 sifat), sifat yang mustahil bagi Nabi/Rasul (4 sifat) dan sifat yang harus bagi Nabi/Rasul (satu sifat) beserta dalil akal dan dalil dari Al Quran. Dia faham dan dia yakin akan perkara2 yang wajib diimani. Dia sudah mampu mendatangkan hujjah dan dalil. TETAPI keimanannya hanya bertunjang di otak bukan di hati. Iman yang bertunjangkan pada ilmu semata-mata.yang mana segala ilmu agama itu mereka tahu dan megerti dan kenal dan belajar secara rasmi tentang ALLAH dan rukun iman yang lain. Mereka juga tahu selok belok agama dengan baik dan sehingga sampai ke taraf Ph.D, M.A. dan BA dalam agama. namun keyakinannya berasas kuat pada fikirannya sahaja. Imannya belum berada dalam hati, segala yang dia yakini itu hanya dalam bentuk pengetahuan dan belum dalam bentuk kejiwaan. Hatinya belum ada hubungan dengan ALLAH dan belum lagi terpaut dengan ALLAH, hatinya belum merasai kebesaran ALLAH. kerna itu ia tidak kasih dan rindu pada ALLAH, andai ingat pun di waktu paksa-paksa dan di waktu di timpa kesakitan. Iman ini masih berani darhaka pada ALLAH dengan buat segala larangannya. walapun ia tahu dan sedar dosa yang dilakukan namun, kekuatan iman ilmu yang dimiliki belum mampu melawan nafsu dan syaitan yang merajai hati dan jiwa mereka. Iman yang ada tidak sekuat nafsu yang menggila, kerna itu sering tewas dalam kelemahan dosa. Iman ini tidak sabar ketika berdepan dengan ujian, tidak reda dengan ketentuan ketika ujian yang ALLAH beri dengan kesusahan dan kerumitan hidup itu buat mereka resah,cemas, gelisah juga hilang pertimbangan dan bertindak di luar syariat. Sebaliknya bila ALLAH uji dengan kesenangan dan keseronokan hidup mereka akan lupa daratan juga hilang pertimbangan serta hilang pertimbangan serta mudah terjebak dalam tipuan nafsu dan syaitan. Sebab itu ramai orang boleh cerita dan syarah bab agama, tetapi masih lagi bergelumang dengan dosa ... sebab ... imannya pada ilmu ... bukannya pada amal .... lebih kepada teori, kurang di segi praktikal.
Ciri-ciri Orang yang beriman pada tahap ilmu ini, WALAU pada zahirnya nampak dia orang yang beragama, tapi jika ditimpa musibah dan masalah atau kesedihan, mereka akan lalai dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Mereka tidak sabar dengan musibah yang melanda. Mereka lupa untuk sandarkan masalah mereka pada ALLAH dengan muhasabah diri dan munajat. Bila mereka menerima nikmat pula, mereka berasa sombong dan angkuh. Ini jelas kita boleh saksikan dalam hidup kita seharian. Baru ALLAH beri rupa paras lebih sikit dari orang lain, kita dah perasan kitalah yang terhensem atau tercantik, lalu kita mempamerkan aurat kita. Baru diberi gaji lebih sikit dari orang lain, kita dah berlagak sombong, tayangkan cek yang enam angka kat orang lain dengan rasa bangga. Orang yang beriman Ilmu ini, walaupun mereka berilmu, tetapi mereka masih tidak mampu berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Mereka masih BELUM SELAMAT dari neraka. Mereka masih belum benar2 rasa takut kepada ALLAH. Mereka masih buat dosa dan mereka masih belum rasa berdosa bila buat dosa. Mereka buat fitnah, mereka ubah istilah fitnah kepada "gossip" agar kurang sikit rasa berdosa. Padahal sama aje besar dosanya. Inilah sifat orang iman ilmu. Iman orang beriman ilmu sah di sisi Islam, tetapi masih belum dapat menyelamatkan dari api neraka.
3. IMAN ‘IYAAN ... orang yang beriman ilmu, jika dia berusaha sungguh2 memperbaiki diri, banyak tafakur, banyak mujahadah melawan nafsu, banyak ibadah, banyak berdoa munajat pada ALLAH .... dia akan merasa kebesaran ALLAH dalam hatinya. Ilmu yang dipelajarinya bukan saja ada di akal, tetapi sudah meresap ke dalam hati dan jiwa. Mereka sentiasa merasai kebesaran ALLAH dan mereka sentiasa ingat kepada ALLAH. Waktu itu, mereka tak ada masa dah nak buat gossip, tak ada masa dah nak melaga2kan orang, tak ada masa dah nak perasan jadi orang besar, orang berkuasa, orang selebriti, orang hebat.... SEBAB .... mereka tahu yang selayaknya mempunyai kuasa, kehebatan dan keselebritian adalah ALLAH. Iman ini keyakinannya bertempat di hati, dengan selalu memikirkan kebesaran ALLAH iman mula meresap dalam hatinya, mula merasai akan kewujudan ALLAH dalam hatinya, punyai hubungan hati dengan ALLAH dan sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali iman ini merenung segala kejadian bumi juga ciptaan ALLAH hatinya kagum dan memuji-muji kebijaksanaan ALLAH lalu terasa lah gagah akan ALLAH dan menjadikan mereka sedar yang mereka itu hanya hamba yang lemah dan berbisiklah hati mereka dengan mengajak diri menyembah, menyerah dan mengabdikan diri pada ALLAH tanpa syak dan ragu lagi. Iman ini taat segala perintah ALLAH sama ada kecil atau besar semua larangan itu ditinggalkan dengan penuh rela. di iman ini terasa berbuat sedikit dosa itu terasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka. Di iman ini ia mula rasa takut dengan ALLAH. Golongan ini golongan orang-orang soleh, abrar, muflihuun, al –faizuun, ashabul yamiin. Golongan ini sangat berhati-hati dalam buat dosa. walupun ada kala mereka terlalai dan terbuat dosa kecil tapi mereka segera menyesal dan bertaubah memohon ampun.Orang yang beriman 'iyaan ini, akan mujahadah menahan nafsu dan perasaan dalam meninggalkan dosa. Dia tau kalau dia dedah aurat, dia nampak cantik, TAPI ... disebabkan dia tahu dedah aurat tu berdosa, dia kawal nafsu dia untuk tidak mendedahkan aurat. Orang byang beriman 'iyaan ni, kalau dia buat dosa, dia rasakan bagai gunung hempap diri dia. Dia rasa resah dan gelisah bila wat dosa. TAK MACAM KITA ... kita buat macam2 dosa besar pun boleh perasan kita baik. Kita togok arak kat ZOUQ sambil joget tergedik-gedik dengan betina pun kita rasa kita orang baik.
Ciri-ciri orang beriman 'iyaan. Orang yang beriman dengan tingkatan 'iyaan, akan meletakkan dirinya sebagai seorang hamba walau di dunia dia memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pada kaca mata manusia. Hatinya sentiasa ingat pada ALLAH. Ketika bersendirian, dia mampu mengalirkan air mata kerana ingat kepada ALLAH. Ibadahnya khusyuk, tak leka dalam solat. Hati mereka sensitif dengan ALLAH. Mereka akan bersifat zuhud. Mereka mampu mendidik diri, ahli keluarga dan masyarakat untuk mengamalkan Islam. Mereka sentiasa dibantu oleh ALLAH jika berdepan dengan masalah. Jika berlaku musibah dia bersabar dan redha. Jika diberi nikmat, dia bersyukur dan tidak sombong. Mereka sentiasa merasakan diri mereka hina dan berdosa sambil terus memohon dan bermunajat pada ALLAH tanpa rasa putus asa. Jika berlaku masalah atau ditimpa musibah, dia akan muhasabah diri untuk menilai kejahatan diri sendiri. Jika dia melakukan dosa, dia akan segera bertaubat tanpa lengah. Mereka inilah yang DIPERMUDAHKAN hitungan amal mereka di akhirat dan dipermudahkan bagi mereka untuk memasuki syurga ALLAH. Inilah tingkatan iman yang dimiliki oleh orang-orang soleh. Inilah tingkatan iman yang paling minima untuk mendapat syurga ALLAH dan inilah juga tingkatan iman minima untuk selamat dari siksaan neraka ALLAH.
4. IMAN HAK ialah ialah tingkatan iman yang dimiliki oleh wali-wali ALLAH. Orang yang berada pada tingkatan iman hak, setiap lontaran pandangannya akan melihat kebesaran dan keagungan ALLAH. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan ALLAH. Maka penglihatannya hanya menampakkan kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Hatinya tak lekang dari mengingati ALLAH. Tak macam kita, kita dalam solat yang sepatutnya wajib ingat kat ALLAH pun, kita boleh fikir nak makan apa malam ni. Kengkadang dalam solat, sambil baca fatihah, kita boleh plan lepas solat nak gi tengok wayang. Lagi malang ada di antara kita yang solat hanya untuk ditontonkan kat orang. Kat khalayak ramai, dia tunjuk kat orang ramai dia bersolat. TAPI ... Kat rumah tak solat langsung. Kalau solat subuh tu, rasanya gajah pun solat awal lagi dari dia. Ciri-ciri Orang yang berada pada tingkatan iman ini, sentiasa tenang, gembira dan bahagia di dunia. Sebab dia yakin setiap yang berlaku adalah percaturan dari ALLAH. Dia zuhud, warak, tawadduk, mampu melaksanakan APA YANG ALLAH SURUH dan mampu menghindarkan APA YANG ALLAH LARANG. Hati mereka tidak berbunga bila dipuji. Juga hati mereka tidak merasa hina bila dicaci. Bagi mereka kebahagiaan hati lebih diutamakan dari kemewahan duniawi. Hati mereka dihiasi oleh sifat2 terpuji seperti ikhlas, tawadduk.Malah hati mereka tidak terjejas oleh sebarang perubahan emosi dan suasana sekeliling. tetap tenang, aman, damai dan sejahtera. Mereka lebih mencintai akhirat berbanding mencintai dunia yang fana ini.
5. IMAN HAKIKAT ... ialah tingkatan iman milik para Nabi dan Rasul. Orang yang memiliki tingkatan iman ini akan mewarisi sifat Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah. Inilah iman kemuncak dalam kehidupan yang mungkin di capai oleh manusia ia iman yang teragung dan tertinggi. Iman yang paling sempurna ini milik rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa-ur rashidin dan wali-wali besar. Iman yang akan ALLAH tempatkan mereka di syurga tertinggi tanpa melalui sebarang hisab atau perkiraan. Kehidupan seharian mereka iman ini mereka tenggelam dalam kerinduan, asyik dan mabuk dengan ALLAH. 24 jam mereka isi sepenuhnya dengan kerinduan dan kecintaan pada ALLAH. Hati mereka kekal dengan ALLAH dalam tidur atau jaga. Gerak geri mereka, tutur kata, makan minum, senyum tawa dan seluruh perbuatan mereka semuanya dalam ibadah dan bakti kepada ALLAH. Budi mereka dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia, budi bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai. Kewaraqkan mereka juga ibadah mereka sehingga bengkak-bengkak kaki kerana lamanya berdiri, makannya sedikit, kehidupanya sederhana. Iman ini menjadikan mereka betul-betul mabuk dengan ALLAH. Hati yang penuh rindu dan cintakan ALLAH menjadikan mereka lupa diri, lupa makan minum dan tidak pedulikan orang lain selain ALLAH. Kadang-kadang mereka di lebel gila dan sebagainya dan kerna tidak tahan menanggung rindu itu sampai mereka mati, maka bertemulah dengan ALLAH kekasih yang dirinduinya. Di akhirat, ALLAH tempatkan orang ini di syurga tertinggi. Merekalah "super scale"akhirat. Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat. ALLAH kurniakan Sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.
Cuba kita bermuhasabah diri masing-masing .... antara ciri-ciri yang disebutkan... apakah tingkatan iman kita?
AKAN BERSAMBUNG (Bagaimana Meningkatkan Iman ?) ...
1.
Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html
)
2.
Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html
)
3.
Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana
Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html
)
4.
Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah
Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html
)
5.
Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi
Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html
)
6.
Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang
Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html
)
7.
Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html
)
8.
Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html
)
No comments:
Post a Comment