BAGAIMANA MENDAPATKAN IMAN
Peringkat kedua setelah ILMU ialah TAUBAT.
Arwah datuk saya pernah berpesan :
Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat, itu LEBIH MULIA dari orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa..... SEBAB ... merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan.
Scenario pertama .... ada orang ... dia buat dosa .... lepas tu dia rasa diri dia berdosa .... dia minta ampun kat Allah ... taubat sungguh2 ... contohnya Wahsyi.
Wahsyi adalah pembunuh kepada Saidina Hamzah ra (pak sedara Rasulullah SAW). Wahsyi menombak Saidina Hamzah hingga mati. Sewaktu Rasulullah SAW berjaya menakluk Mekah, Wahsyi datang mengadap Rasulullah SAW utk moho maaf kerana membunuh Hamzah, dan Rasulullah SAW kata, "Aku maafkan engkau. Tapi engkau pergilah dari sini aku tak mahu tengok muka engkau lagi" ... Kemudian Allah turunkan beberapa siri wahyu ayat Quran dari Allah khusus membicarakan tentang Wahsyi. Akhirnya, tidak lama selepas peristiwa Futuhul Makkah, Wahsyi memeluk Islam dan dialah yang menjadi TUKANG BUNUH Nabi-nabi palsu selepas kewafatan Rasulllah SAW. Allah muliakan Wahsyi dengan bakat yg ada padanya, iaitu membunuh.
Scenario kedua .... ada orang ... dia tak buat dosa ... lepas tu dia tak lak rasa diri berdosa ... dia tak minta ampun kat Allah ... Ni perangai Azazil. Azazil ni TOK GURU kepada para malaikat. Pernah para malaikat minak Azazil ni mendoakan untuk mereka keselematan, Azazil doakan, TAPI Azazil tak doakan untuk diri dia sendiri. Azazil konfiden jerk dia selamat dunia & akhirat. LAST sekali, Azazil jadi makhluk Allah yang paling derhaka. Lalu nama kat kad pengenalan Azazil diubah kepada IBLIS. Jadi kat orang yang perasan best, perasan baik, sampai tak sembahyang, sampai boleh zina, ni semua perangai Iblis.
Scenario ketiga ..... ada orang .... dia buat dosa ... lepas tu dia tak lak rasa diri berdosa ... dia tak minta ampun kat Allah..... dia dengan konfiden rasa diri dia dah dijamin syurga ... Ni berlambak contoh kita leh tengok kat sekeliling kita . Kita tak sembahyang, selamba aje kita kutuk & caci orang sembahyang. Kita main judi, selamba aje kita fitnah orang yang tak main judi. Kita buat skandal, selamba aje kita fitnah orang lain murahan. BANYAKlah contoh kat dalam dunia ni.
Scenario keempat .... ada orang ... dia tak buat dosa ... TAPI .... dia rasa diri dia berdosa .... dia minta ampun kat Allah ... taubat sungguh2 ... contoh ni dah tak ada zaman ni, sebab cuma Nabi & Rasul aje buat cam ni.
Seseorang wajiblah membersihkan dirinya dari dosa zahir dan batin.
Taubat diwajibkan agar :
a. Kita mendapat keringanan dalam beribadah dan tiada kegusaran dan keresahan dalm hidup.b. Ibadah kita diterima Allah SWT.
Ada dua jenis dosa yang dilakukan oleh seseorang muslim iaitu :
a. Dosa kepada Allah (melakukan larangan Nya atau meninggallkan suruhan Nya)
b. Dosa sesama manusia ( adalah yang berhubung dengan diri peribadi seseorang atau berkaitan dengan hartanya atau berkaitan dengan keluarganya atau berkaitan dengan agamanya)
Syarat taubat atas dosa kepada Allah SWT ada 3 :
1. Menyesal atas dosa
2. Meninggalkan perkara yang mengundang dosa
3. Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa
Syarat taubat atas dosa sesama manusia ada 4 :
1. Menyesal atas dosa
2. Meninggalkan perkara yang mengundang dosa
3. Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa
4. Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa.
Perbanyakkanlah lafaz istighfar dan taubat kepada ALLAH. Kerana hidup kita dipenuhi dengan daki dosa dan maksiat.
1.
Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html
)
2.
Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html
)
3.
Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana
Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html
)
4.
Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah
Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html
)
5.
Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi
Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html
)
6.
Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang
Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html
)
7.
Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html
)
8.
Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng
Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html
)
No comments:
Post a Comment