Sunday, 24 July 2016

Iman Dan Persoalan Part 5

IMAN DAN PERSOALAN Part 5

BAGAIMANA MENDAPATKAN IMAN ~ MUJAHADATUNNAFSI



Setelah ditempuhi peringkat mencari ILMU dan peringkat TAUBAT, maka bermulalah peringkat seterusnya dalam meningkatkan iman iaitu MUJAHADATUN NAFSI.

Mujahadatunnafsi telah dihuraikan dalam ceramah TINGKATAN NAFSU.


Imam Al Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin ada menerangkannya.
Imam Al Ghazali dalam kitabnya mengatakan setiap muslim wajib mempelajari sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan 10 sifat mazmumah agar dapat menghindari akhlak yang keji dan menghiasi diri dengan akhlak terpuji.

Antara 10 sifat mazmumah yang top 10 :

1. Takbur - cakap besar.
2. Ujub - merasakan diri hebat dari orang lain (perasan ).
3. Riyak - suka menunjuk-nunjukkan kehebatan diri.
4. Hubbul Jah - sukakan kemegahan (gila glamour).
5. Hubbud dunya - Gila dunia, gila kuasa.
6. Bakhil - kedekut, tamak.
7. Hasad - Dengki, tak boleh ada orang yang lebih hebat darinya.
8. Syahrut Ta'am - kuat makan.
9. Ghadab - Sifat pemarah.
10. Pendendam

Andainya ada mana-mana salah satu dari 10 sifat mazmumah ini dalam diri seseorang, JANGAN HARAP akhlak mulia akan terbina dalam diri. Sifat-sifat mazmumah inilah yang akan menjadi kenderaan untuk nafsu dalam menggoda kita ke arah ke maksiatan dan kemungkaran.

Antara 10 sifat mahmudah yang top 10 :

1. Sabar. Sabar dalam melaksanakan perintah ALLAH. Sabar dalam meninggalkan larangan ALLAH. Sabar di saat ujian musibah melanda.
2. Syukur. Menggunakan nikmat yang ALLAH anugerahkan untuk mentaati ALLAH.
3. Ikhlas. Hati tidak berbunga dengan pujian dan hati tidak rasa hina dan marah dengan cacian. Kerana setiap tindakan hanya untuk ALLAH Ta'ala.
4. Zuhud. Hati tidak terpaut dengan nikmat duniawi.
5. Tawakal. Berserah kepada ALLAH Ta'ala tanpa sebarang rasa takut, sedih, kesal di hati.
6. Zikrul maut -mengingati mati.
7. Redha. Menerima ketentuan ALLAH dengan hati yang tenang gembira.
8. Pemaaf.
9. Khauf - takut kepada ALLAH Ta'ala dan iradah-NYA.
10. Raja' - mengharap kepada ALLAH Ta'ala.

10 sifat mazmumah, itulah yang sering kelihatan terzahir dalam diri kita. Cakap besar, merendah-rendahkan orang lain, memandang orang lain lebih hina, berburuk sangka, menunjuk-nunjk kehebatan diri sendiri, gila glamour, gila puji, gila kuasa, gila dunia.

Mujahadatunnafsi adalah satu proes bertujuan untuk menguasai hawa nafsu, menekan hawa nafsu sampai ketitik terendah dan bila mungkin mematikan hawa nafsu itu sama sekali. Sifat-sifat mazmumah dikikis dari hati dan hati dihiasi dengan sifat-sifat terpuji. Tahapan tersebut terdiri atas tiga tingkatan iaitu TAKHALLI, TAHALLI dan TAJALLI.

1. TAKHALLI : Takhalli, bererti mengosongkan hati dari sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam diri manusia. Diri dilatih untuk menekan sifat-sifat mazmumah. Tatkala ingin takbur, maka dirinya dibawa bergaul dan berkhidmat kepada fakir miskin, anak-anak yatim, janda-janda dan orang-orang yang dipandang hina di dunia. Supaya rasa takbur tersebut berkubud bersama-sama rasa hina diri.

Tatkala hati berasa ujub, maka datangilah manusia-manusia yang lebih hebat dan bergaullah dengan manusia-manusia yang lebih hebat agar kta tahu, bahawa kelebihan kita tak ke mana sebenarnya.

Tatkala rasa kedekut dan bakhil, maka paksalah diri untuk berderma dan bersedekah. Biar hati terguris dan menderita kerana bersedekah.

Tatkala Hubbul Jah , rajin-rajinlah menziarahi kuburan agar sering mengingati mati. Jika boleh duduk bersendirian di tanah perkuburan di malam hari. Bukan sahaja Hubbul Jah, malah rasa penakut pun akan hilang. Kubur akan membantu mengingati mati, membantu dalam mengingati akhirat, membantu akan seksa kubur dan neraka.

Jika hati telah dihinggapi penyakit atau sifat-sifat tercela, maka ia harus diubati. Ubatnya adalah dengan melatih membersihkannya terlebih dahulu, iaitu melepaskan diri dari sifat-sifat tercela agar dapat mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji untuk memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

2. TAHALLI : setelah melalui tahap pembersihan diri dari segala sifat dan sikap yang terkeji, usaha itu harus berterusan ke tahap kedua yang disebut tahalli. Yakni, mengisi diri dengan sifat-sifat terpuji, dengan taat lahir dan bathin. Dalam hal ini ALLAH SWT berfirman : Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan ALLAH melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada mu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (QS. 16 : 90 )

Dengan demikian, tahap tahalli ini merupakan tahap pengisian jiwa yang telah dikosongkan tadi. Sebab, menjadi satu kebiasaan, sesuatu wadah yang telah dikosongkan seharusnya akn ada yang mengisi ke dalamnya. Begitu jugalah hati. Dalam proses Takhalli, sifat-sifat mazmumah dikikis dari hati. Maka seharusnya sifat yang telah dikiis itu diganti dengan sifat mahmdah. Latih diri bersifat dengan sifat terpuji walau pun permulaannya tidak ikhlas., rasa berat, malu dan hina, tetapi laksanakannya juga kerana itulah tarbiyah dalam melawan nafsu. Dari satu latihan akan menjadi kebiasaan dan dari kebiasaan akan menghasilkan keperibadian. Jiwa manusia, kata Al-Gazali, dapat dilatih, dapat dikuasai, boleh diubah dan dapat di bentuk sesuai dengan kehendak manusia itu sendiri.

Manusia yang mampu mengosongkan hatinya dari sifat-sifat yang tercela ( takhalli ) dan mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji ( tahalli ), segala perbuatan dan tindakannya sehari-sehari selalu berdasarkan niat yang ikhlas. Seluruh hidup dan gerak kehidupannya diikhlaskan untuk mencari keredhaan ALLAH semata. Kerana itulah manusia yang yang tidak jemu-jemu melawan nafsu, walau pun penat dan jemu, mereka dapat mendekatkan diri kepada-NYA.

3. TAJALLI : Hasil dari melakukan takhalli (membuang sifat mazmumah dari hati) dan tahalli (melatih hati untuk bersifat mahmudah) maka terhasillah tajalli. TAJALLI adalah terungkapnya nur di hati. Bila sifat mazmumah sudah tiada, sifat mahmudah terserlah, maka hati merasa tenang, bahagia, tidak ada yang di cintai melainkan ALLAH dan Rasul-NYA. Tidak ada yang dijadikan tempat bergantung dan berkasih sayang, melainkan kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Hati rasa aman, tenteram, damai, tenang dan bahagia. Bersesuaian dengan firman ALLAH SWT : ALLAH adalah nur (cahaya) langit dan bumi (QS. 24:35 ).

Tajalli adalah rasa yang dicampakkan oleh ALLAH ke dalam hati hamba-hamba-NYA yang bersungguh-sungguh melawan nafsu, yang bersungguh-sunguh melakukan takhalli dan tahalli. Tatkala Tajalli diperolehi oleh seseorang hamba, sudah tidak ada lagi sifat hasad dengki, sudah tidak ada lagi sifat iri hati, sudah tidak ada lagi umpat caci dan fitnah memfitnah. Barulah seseorang dapat merasakan dirinya seorang hamba yang bertuhankan ALLAH semata.

Ayuh kita bersama-sama bermuhasabah. Saya menghisab diri saya. Tuan/Puan menghisab diri Tuan/Puan.

Di tingkatan mana nafsu kita ?

Apakah usaha kita untuk meningkatkan dan mendidik nafsu kita ?


Mujahadatunnafsi terdiri dari tiga peringkat :
a. Takhalli – proses membuang sifat-sifat mazmumah dari dalam diri.
b. Tahalli – proses menghias sifat-sifat mahmudah ke dalam diri.
c. Tajalli – Terzahir akhlak terpuji dalam diri.

KITA AMAT BERTUAH.

Kerana Ustaz Ahmad Haris Suhaimi telah menulis sebuah buku bertajuk AMALAN PENYELAMAT DARI AZAB NERAKA, di halaman 466 ada ditulis oleh beliau CARA-CARA MEMBERSIHKAN HATI. Secara ringkasnya untuk membersihkan hati ialah :

1. Jauhi dosa dan maksiat.
2. Belajar ilmu agama yang berkaitan akhlak.
3. Sering berpuasa.
4. Jauhi tempat-tempat maksiat dan perkara-perkara yang membawa kea rah perbuatan maksiat.
5. Menjaga penglihatan.
6. Sering mengingati mati.
7. Sering berdamping dengan golongan ahli ibadah yang mulia akhlaknya.
8. Sering berjumpa dengan orang soleh.
9. Jangan menghina ulamak-ulamak yang mahsyur kerana akan membutakan dan mematikan hati.
10. Menangis kerana ALLAH.
11. Beruzlah.
12. Tanamkan sifat benci kepada dunia.
13. Banyakkan meminum air zam zam sambil berdoa.
14. Banyakkan membaca zikir antaranya surah YAASIN.

Tuan/Puan . Ayuh kita sama-sama usahakan bermujahadah melawan nafsu. Semoga nafsu kita terdidik dan iman kita ditingkatkan ke tingkatan yang lebih tinggi dan mulia oleh ALLAH Ta’ala.



1.       Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html )
2.       Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html )
3.       Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html )
4.       Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html )
5.       Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html )
6.       Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html )
7.       Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html )

8.       Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html )

No comments:

Post a Comment