Sunday, 24 July 2016

Iman Dan Persoalan Part 6

IMAN DAN PERSOALAN PART 6 : PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN
Salam Jumaat di Syawal yang mulia.


Saya terpanggil untuk melanjutkan pnulisan saya berkenaan IMAN, yang pernah digarap oleh Al Arqam dari buku Ustaz Muhammad Taha Suhaimi dan dijadikan satu tajuk ceramah yang popular iaitu IMAN DAN PERSOALANNYA.
Siri pertama penulisan menjelaskan definisi iman. Siri pertama penulisan ini bertajuk : IMAN DAN PERSOALAN PART 1 boleh dibaca di link berikut (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=765751493436485&set=gm.608018835941189&type=1 )
Siri kedua penulisan memperjelaskan peringkat-peringkat iman di bawah tajuk IMAN DAN PERSOALAN PART 2 boleh dibaca di link berikut : (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=767902959888005&set=gm.609706769105729&type=1 )
Siri ketiga penulisan memperjelaskan proses ILMU dalam usaha bagaimana mendapatkan iman dibawah tajuk IMAN DAN PERSOALAN PART 3 ( https://www.facebook.com/photo.php?fbid=770328699645431&set=gm.612275422182197&type=1 )
Siri keempat penulisan memperjelaskan lebih lanjut proses TAUBAT dalm usaha mendapatkan iman dan boleh dibaca di link (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=773703659307935&set=gm.615513101858429&type=1 )
Siri kelima penulisan memperjelaskan proses MUJAHADATUNNAFSI dalam usaha mendapatkan iman dan boleh dibaca di link (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=774850929193208&set=gm.616894055053667&type=1 )
Seterusnya ialah proses memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan memperbanyakkan bertafakur iaitu memikirkan akan nikmat ALLAH, memikirkan akan kelemahan diri sebagai hamba ALLAH, memikirkan akan rahmat ALLAH.
Melalui proses ini, dapat membantu memperteguhkan iman seseorang.
Amalan-amalan sunat adalah sebagai tanda pengabdian kita kepada ALLAH Ta'ala dan sebagai tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW kerana mengamalkan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
TAFAKUR Bersabda Rasulullah :
Terjemahan: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Anjuran berfikir bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang boleh difikirkan ialah tentang din sendiri, Allah mula- kan kejadian kita hanya dari setitik mani. Harga setitik mani adalah lebih rendah dari harga sebiji padi, kalaulah Allah tidak menanamkannya ke dalam rahim perempuan. Tidak juga akan berharga kalau tidak Allah memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan jalan baginya keluar ke atas bumi, dan belum jugalah akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran.
Dengan akal yang Allah kurniakan, manusia jadi raja, menteri, pendekar, ahli fikir, profesor, juruteknik, doktor, jurutera, pensyarah, gum dan lain-lainnya yang menjadikan manusia itu pandai, kuat, kaya dan hidup lepas bebas. Dengan akal fikiran manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh semahu-mahunya dan tidak selamanya memperolehi apa yang kita kehendaki.
Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin. Sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia pada mula-mula dulu.
Firman Allah di dalam Al Quran:
Terjemahan: Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban, Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. (Ar Rum: 54)
Sesudah mati, Allah berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkan kita kembali di Hat-i Qiamat. Apakah alasan untuk kita percaya akan janji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya? Firman Allah:
Terjemahan: Tidaklah mencipta dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) itu melainkan hanyalah seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Luqman: 28)
Fikirkan pula nikmat-nikmat Allah yang kita gunakan di saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan dan semuanya yang sa- ngat penting untuk keperluan hidup. Allah kurniakan tanpa menagih bayaran sesen pun dari kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sahaja beribu-ribu ringgit. Gigi palsu juga mahal. Maka apatah lagi harga mata, telinga, lidah, hati dan akal yang Allah kumiakan, sesungguhnya tidak temilai. Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar?
Fikirkan pula apakah sudah kita berterima kasih pada Allah? Sudah- kah kita tunaikan suruhan-Nya? Sudah berhentikah kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya? Cukupkah sudah bakti kita sebagai hamba, untuk membalas kepemura- han dan kasih sayang Allah, pemelihara kita itu?
Diceritakan bahawa telah meninggal seorang abid. Allah memanggil untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke dalam Syurga, sebagai satu rahmat dan kepemurahan Allah padanya. Mendengar itu si abid merasa tidak puas hati kerana mendapat Syurga hanya melalui belas kasihan Allah, sedangkan di dunia dia begjtu kuat beribadah. Si abid lalu memohon agar dimasukkan ke Syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak.
Maka Allah SWT memerintahkan malaikat menghitung dan menilai ibadah si abid. Bila selesai, Allah mengumum- kan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid tidak pun cukup untuk membayar harga sebelah matanya, bagai- mana untuk mendapat Syurga. Si abid pun tersipu-sipu, lalu memohon agar berpeluang masuk ke Syurga.
Demikian satu contoh bagaimana nilai bakti kita ini masih belum sepadan dengan harga pemberian Allah pada kita. Malah kita setiap saat dari umur kita digunakan untuk menghambakan diri pada Allah pun, belumlah padan. Apa lagi kalau seseorang yang sombong, ingkar dan derhaka pada Allah. Sesuai sangatlah Allah lontarkan dalam api, ter- seksa selama-lamanya.
Lihat pula beras yang kita jadikan nasi untuk makanan harian kita. Dapatkah pokok itu tumbuh sendiri kalau Tuhan tidak menurunkan hujan, dan kalau tanah tidak direkahkan untuk dapat air dan tidak direkahkan supaya biji yang di daLam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari? Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makan dan minum- nya? Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkan- nya?
Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, hati terus celik, nampak kewujudan, kepemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Selanjutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati selanjutnya akan menga- rahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti dari mengerjakan larangan-lara- ngan-Nya. Kalau tidak. begitu, patut sangat ditangis kerana butanya had, yang sebenamya lebih parah dari buta mata.
Kemudian dongakkan muka ke langit. Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu bermusim-musim, bulan yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap, kadang-kadang terang, menja- dikan air laut pasang dan smut. Lihat bintang-bintang yang berkerdipan, menghiasi langit indah berseri-seri. Lihatlah semua itu. Sebutlah Allah.
Resapkan di hati betapa kuasanya Ia. Pemurahnya Ia. Dengan itu mudah-mudahan akan lem- butlah hati untuk tunduk menyembah dan mengabdikan dir pada-Nya.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Siapa yang mendongak ke langit, melihat bulan dan bintang, kemudian terasa di hatinya betapa kuasa- nya Allah, maku sebanyak bilangan bintang-bintang itulah dosanya diampunkan.
Seseorang yang melihat alam, kemudian berfikir tentang Allah lalu terasa olehnya kehebatan Allah, hingga lembut hatinya terus mahu tunduk menyembah Allah dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempuma. Dia sedar diri- nya sebagai barang ciptaan Allah dan mahu menyerahkan pemberian Allah itu kembali kepada-Nya. Berjayalah dia di dunia dan di Akhirat.
Di dalam Al Quran, Allah telah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal yang diberi- kan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya Allah. Fir- man-Nya:
Terjemahan: Tidakkah kamu perhatikan sesungguh- nya Allah telah menundykkan (untuk kepentingan- mu) apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia masih ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi pene- rangan. (Luqman: 20)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi). {Ar Rum: 20)
Terjemahan: Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia mencipatakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar Rum: 21)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah diciptakan langit dan bumi berlainan- lainan bahasamu dan warna kulitmu sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tan- da-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (Ar Rum: 22)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar. (Ar Rum: 23)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya Dia memperlihatkan padamu kilat untuk (me- nimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menu- runkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguh- nya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tan&-tanda bagi kaum yang mempergunakan akul- nya. (Ar Rum: 25)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradah-Nya. Kemudian apabila Dia niemanggilmu sekali panggil dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur). (Ar Rum: 25)
Seperkara lagi yang patut difikirkan ialah tentang dosa. Berapa banyak dosa kita pada Allah dan sesama manusia? Selamatkah kita dari seksaan dan kemurkaan Allah di dunia dan juga di Akhirat? Mampukah kita berhadapan dengan Mungkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Tahankah kita dengan bakaran api Neraka?
Fikirkan itu selalu, insya-Allah akan lembut hati.
Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa mati itu adalah benar, memasuki liang kubur itu adalah benar. Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Dihidupkan manusia kembali untuk diperiksa amalannya adalah benar. Melalui Siratul Mustaqim adalah benar, pembalasan seksa Neraka dan nikmat Syurga adalah benar belaka. Pasti berlaku tanpa syak dan ragu.
Sekiranya penerangan itu diulang buat setiap hari insya- Allah hati akan dimasuki iman yang waja, yang tidak mudah digoyangkan walau oleh "ribut taufan" yang dahsyat.
Perkara lain yang dibuat untuk mendapatkan iman ialah berpuasa sunat, berjuang dan berjihad, bersedekah, menzia- rahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya dapat menambahkan iman.
Perlu pula diingatkan bahawa setiap dosa sama ada kecil apalagi besar adalah perosak dan peruntuh iman. Rasulullah SAW bersabda: Terjemahan: Bukanlah orang yang berzina ketika berzina itu seorang mukmin.
Ertinya .seorang yang sedang berzina itu, rosak dan hilanglah imannya. Maka bagi mereka yang betul-betul insaf memelihara dan meningkatkan imannya, janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat, cepat-cepat istighfar, menyesal dan bertaubat.
Iman juga boleh berkurang sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kebanyakan kita iaitu di peringkat iman ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti selalu dibaja dengan berbagai cara yang banyak dihuraikan sebelum ini. Sesiapa yang rajin selamatlah ia. Sebaliknya siapa yang cuai, akan terimalah akibatnya.
Iman yang sudah terbina, hendaklah sentiasa di pupuk dan dijaga agar tidak rosak.
Maka penulisan kali ini memperjelaskan faktor-faktor yang merosakkan iman.
Yang perlu kita tahu ialah tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Tujuannya ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dari membuat perkara- perkara tersebut yang boleh merosakkan iman kita. Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak:
1.Iktiqad.
2.Perkataan.
3.Perbuatan.
1. IKTIQAD : Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab antara yang berikut:
a.Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.
b.Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujud- nya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, gyurga, Neraka dan lain-lain seumpamanya.
c.Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.
d.Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan Al Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.
Secara ringkas, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah, adalah membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh itu amat perlu bagi tiap-tiap individu menilik ke dalarn hatinya, untuk memasti- kan bahawa tidak ada sebarang keraguan olehnya kepada perkara-perkara yang dikehendaki meyakininya.
2. PERKATAAN : Iman boleh juga rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla- ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:
a.Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.
b.Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.
c.Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
d.Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.
Secara ringkas, bolehlah dikatakan apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak, adalah merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, dan jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita. Di samping itu kita mendalami pengetahuan tentang apa-apakah bentuk perkataan yang boleh membawa kepada rosaknya iman kita.
3. PERBUATAN : Kerosakan iman boleh juga berlaku kerana perbuatan kita. Di antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman ialah:
a.Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
b.Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.
Seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Dosa yang tidak terampun. Firman Allah:
Terjemahan:聽Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik sebaliknya Dia mengampuni dosa-dosa selainnya pada sesiapa yang Dia kehendaki. (An Nisa': 116)
Kerana itu seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat orang murtad ada dua.
1.Mengucap dua kalimah syahadah.
2.Membaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan atau dilakukan.
Hanya dengan memenuhkan syarat-syarat ini sahaja dosa akan diampun dan amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.

1.       Iman Dan Persoalan part 1 ~ Definisi Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-1.html )
2.       Iman Dan Persoalan part 2 ~ Tingkatan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-2.html )
3.       Iman Dan Persoalan part 3 ~ Bagaimana Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-3.html )
4.       Iman Dan Persoalan part 4 ~ Taubat Langkah Pertama Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-4.html )
5.       Iman Dan Persoalan part 5 ~ Mujahadatunnafsi Dalam Mendapatkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-5.html )
6.       Iman Dan Persoalan part 6 ~ Perkara Yang Merosakkan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-6.html )
7.       Iman Dan Persoalan part 7 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-7.html )

8.       Iman Dan Persoalan part 8 ~ Benteng-benteng Pertahanan Iman 2 (http://as-suhaime.blogspot.my/2016/07/iman-dan-persoalan-part-8.html )

No comments:

Post a Comment